teori dan perspektif konflik

5
Teori Dan Perspektif Konflik Perspektif konflik, bertentang dengan perspektif fungsionalisme, membawa andaian bahawa masyarakat sentiasa dalam keadaan konflik dan tidak stabil malah sentiasa berubah. Teori Dan Perspektif Konflik:Marx Karl Marx (1818-1883), seorang ahli falsafah, ekonomi dan sosiologi berasal dari Germany, tetapi menyebarkan ideologinya dalam masa pembuangan beliau di England. Intisari – intisari fahaman ekonomi Karl Marx ialah -Punca utama perubahan sosial ialah pengaruh ekonomi. -Pengaruh ekonomi adalah berkait rapat dengan perkembangan kapitalisme. -Kelas kapitalis dikenali sebagai borjuis, menjadi kelas pemerintah atau kelas dominan minority kerana menguasai ekonomi dengan manghasilkan barang – barang dan merebut keuntungan secar besar – besaran. -Kelas pekerja, dikenali sebagai proletariat, mewakili majority golongan masa, yang tidak mempunyai modal, terpaksa bekerja untuk kelas kapitalis. -Oleh kerana kedua-dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja berusaha memperjuangkan kepentingan masing – masing, konflik berterusan di antara mereka berlaku dari semasa ke semasa. -Berdasarkan konsep dialektikal George Hegel, perubahan sosoial bukan berlaku melalui revolusi tetapi menerusi konflik dan revolusi. Maka dengan sebab ini, masyarakat, secara rasionalnya, berubah daripada sistem perhambaan dan feudalism kepada kapitalisme.

Upload: valarmathie-paragaspathi

Post on 29-Jun-2015

596 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Dan Perspektif Konflik

Teori Dan Perspektif Konflik

Perspektif konflik, bertentang dengan perspektif fungsionalisme, membawa andaian bahawa masyarakat sentiasa dalam keadaan konflik dan tidak stabil malah sentiasa berubah.

Teori Dan Perspektif Konflik:Marx

Karl Marx (1818-1883), seorang ahli falsafah, ekonomi dan sosiologi berasal dari Germany, tetapi menyebarkan ideologinya dalam masa pembuangan beliau di England.

Intisari – intisari fahaman ekonomi Karl Marx ialah

-Punca utama perubahan sosial ialah pengaruh ekonomi.

-Pengaruh ekonomi adalah berkait rapat dengan perkembangan kapitalisme.

-Kelas kapitalis dikenali sebagai borjuis, menjadi kelas pemerintah atau kelas dominan minority kerana menguasai ekonomi dengan manghasilkan barang – barang dan merebut keuntungan secar besar – besaran.

-Kelas pekerja, dikenali sebagai proletariat, mewakili majority golongan masa, yang tidak mempunyai modal, terpaksa bekerja untuk kelas kapitalis.

-Oleh kerana kedua-dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja berusaha memperjuangkan kepentingan masing – masing, konflik berterusan di antara mereka berlaku dari semasa ke semasa.

-Berdasarkan konsep dialektikal George Hegel, perubahan sosoial bukan berlaku melalui revolusi tetapi menerusi konflik dan revolusi. Maka dengan sebab ini, masyarakat, secara rasionalnya, berubah daripada sistem perhambaan dan feudalism kepada kapitalisme.

-Mengikut Mark, masyarakat bukan dibina dalam struktur statik, tetapi menerusi proses dialektikal yang dinamik.Oleh kerana konflik di antara kelas kapitalis dengan kelas pekerja, sistem kapitalisme akan lenyap dalam masyarakat pada masa akan dating, dan digantikan dengan sistem sosialisme komunisme, iaitu sistem tanpa kelas, yang diimpikan olehnya.

Teori Konflik Marx adalah dibina berlandaskan ekonomi sebagai penentu utama dalam pembentukan dan perkembangan masyarakat.Marx berpendapat institusi – institusi bukan ekonomi.Institusi ekonomi merupakan asas atau struktur masyarakat, manakala institusi- institusi bukan ekonomi seperti keluarga, agama, politik, pendidikan dan sebagainya, merupakan super struktur masyarakat.

Page 2: Teori Dan Perspektif Konflik

Di dalam proses memenuhi keperluan ekonomi, konflik akan berlaku kerana perjuangan kepentingan kelas kapitalis dan kelas pekerja masing – masing.Masalah kehidupan yang timbul adalah berpunca daripada materialisme dan kapitalisme untuk menyelesaikan masalah kehidupan, Marx bercadang menggulingkan sistem kapitalisme dan membina sistem sosialisme melalui tindakan kolektif anggota – anggota masyarakat.

Pandangan K.Marx terhadap pendidikan

1.Kerja pendidikan mempunyai faktor pengeluaran, dan pelaburan pendidikan mengandungi sebahagian pelaburan pengeluaran.

Asas pandangan Mark ini ialah:

-Kerja pendidikan mempunyai cirri perkhidmatan yang diperlukan untuk pengeluaran.

-Melalui pendidikan, pengurus pengeluaran, jurutera, juruteknik, pereka bentuk dan pekerja mahir dapat dilatih secara professional.

2.Pendidikan merupakan cara utama untuk melatih tenaga kerja pengeluaran semuala.

Asas pandangan Marx ini ialah:

-Pendidikan dapat mempertingkatkan kuantitit dan kualiti tenaga kerja, melatih pekerja kurang mahir menjadi pekerja mahir.

-Pendidikan boleh mengubah cirri dan bentuk tenaga kerja, iaitu, menjadikan tenaga kerja mengkhusus, melatih tenaga kerja yang mudah kepada tenaga keja yang kompleks.

3.Pendidikan ialah cara utama untuk menghasilkan semula tenaga pengeluaran yang berbentuk ilmu pengetahuan sains.

Asas pandangan Marx ini ialah:

-Pendidikan mempunyai fungsi mengedar, mengumpul, mengembang dan manghasilkan semula ilmu sains, membolehkan manusia menggunakan ilmu sains yang dikumpulkan dahulu untuk mengembang dan menghasilkan semula ilmu sains yang baru.

-Pendididkan mempunyai fungsi media yang menukarkan sains menjadi teknik pengeluaran.

Page 3: Teori Dan Perspektif Konflik

4.Pendidikan mempunyai nilai ekonomi social.

Asas pandangan Marx ini ialah:

-Perbelanjaan pendidikan menjadi sebahagian nilai daripada jumlah nilai tenaga kerja yang merangkumi perbelanjaan kehidupan pekerja, anak – anaknya dan latihan dalam pendidikan.

-kerja kompleks yang mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi harus mendapat ganjaran ekonomi yang lebih tinggi juga

-Pendidikan membolehkan rakyat menambahkan pendapatan mereka dan mencipta kekayaan ekonomi.

Teori Dan Perspektif Konflik: Weber

Teori Konflik Max Weber (1864 – 1920) dari Germany.

Teori konflik Weber adalah lebih liberal dan dapat diterima oleh lebih ramai ahli sosiologi

Mengikut M.Weber, stratifkasi kelas social adalah bukan sahaja berasaskan daripada faktor ekonomi tetapi juga faktor-faktor yang lain seperti status dan kuasa.Perubahan social pula bukan sahaja disebabkan konflik di antara kelas kapitalis dan kelas pekerja, tetapi juga kerana faktor-faktor lain seperti kelas, status dan parti.

Weber berpendapat kapitalisme berupa sistem yang rasional dan perkembangannya adalah disebabkan faktor agama yang rasional.Calvinisme dalam mazhap prostestant yang mengajar pengikutnya mementingkan kehidupan masa kini, mereka didorong berusaha bertungkus lumus mengumpul kekajaan dunia menyumbang kepada perkembangan sistem kapitalisme.

Perubahan social dan perkembangan yang berlaku di dalam masyarakat moden adalah berasaskan proses rasionalisasi.Sistem kapitalisme merupakan suatu sistem ekonomi social yang dibina melalui proses rasionalisasi dan perkembangannya adalah barlandaskan kepada agama Protestant yang rasional.

Kuasa adalah penting untuk menentukan kumpulan kelas yang mana dominan di dalam ekonomi pasaran. Selain daripada ekonomi kuasa pula ditentukan oleh dua faktor yang lain, iaitu status dan parti.Status bukan sahaja ditentukan kerana kekayaan dan kuasa dalam kelas social, tetapi juga ditentukan mengikut amalan dalam jenis pekerjaan atau gaya hidup dan ritual seperti terdapat dalam sistem kasta di

Page 4: Teori Dan Perspektif Konflik

India.Manakala, parti merupakan organisasi social yang berjuang untuk memperoleh kekuasaan dalam bidang ekonomi ataupun politik.

Berdasarkan konsep hubungan kuasa, status , kelas sosial dan parti yang dihuraikan, Weber merumuskan kewujudan kelas sosial adalah berkaitan rapat dengan ekonomi;Perjuangan untuk merebut status autoriti yang tinggi dalam sesuatu sistem sosial adalah melalui proses legitimasi.Penggabungan ketiga- tiga unsure autoriti, iaitu tradisi, karisma dan rasionaliti, akan membolehkan kumpulan minority, misalnya kelas kapitalis, menguasai kumpulan majority, misalnya kelas pekerja.

Perubahan sosial yang berlaku dari semasa ke semasa adalah berpunca daripada konflik dan perjuangan kepentingan kumpulan masing – masing bukan melalui proses revolusi, tetapi melalui proses legitimasi dan rasionalisasi.