teori behaviorisme

32
Teori Behaviorisme (perlakuan) dalam Teori Pemerolehan Bahasa Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan. Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Upload: udakanna

Post on 23-Dec-2015

372 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Teori Behaviorisme (perlakuan) dalam Teori Pemerolehan Bahasa

            Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses

pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan

dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat

ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,

teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada

yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

            Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan

pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini

beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala

bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan

bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.

Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting

yang kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-

guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu

dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah

murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses

pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut

diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran

dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang

merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang

dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan,

pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh.

Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru

dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini

merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan.

Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini

adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.Peneguhan boleh

dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal

ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :

Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam

konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang

diikuti oleh murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama

atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan

pelajar-pelajar itu.

Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses

pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.

Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat

diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat

serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan

situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku.

Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga

dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan

cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu

mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan

induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh

terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

Cara Mempelbagaikan Situasi Pembelajaran:

1. Pelbagaikan tingkah laku.

2. Pelbagaikan pengalihan saluran deria.

3. Pelbagaikan pola interaksi guru dan murid.

4. Pelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

5. Menggunakan pendekatan induktif (contoh diberi terlebih dahulu sebelum

dijelaskan)

http://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/prinsip-dalam-pengajaran-bahasa.html

Prinsip Dalam Pengajaran Bahasa

Prinsip-prinsip Dalam Pengajaran Bahasa

1.0 PENDAHULUAN

Tajuk perbincangan ini aalah mengenai prinsip-prinsip yang harus dipegang oleh seorang guru dalam pengajaran khasnya pengajaran bahasa. Guru bahasa perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara bahasa itu diajarkan atau dipelajari. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.

2.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAH ALIRAN BEHAVIORISME

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-

ahli psikologi dan linguistic Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa metsilah didahulukan bahasa lisan.

Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai system bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut dari berasa bosan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran ahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi

guru da murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

3.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN MENTALISME

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistic aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhaap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsp ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai cirri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian

bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam system bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus ata konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ??? Contoh

4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN INTERAKSIONALISME

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalahBerhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsure iaitu makna dan struktur bahasa.

Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

5.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN FUNGSIONALIS

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.

Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.

Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.

Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya.Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

6.0 PRINSIP-PRINSIP UMUM

Prinsip pertama adalah bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati. Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka. Ia juga boleh diterima oleh masyarakat dan penutur jati bahasa itu. Bahasa itu juga mestilah standard. Selain itu, perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu.

Prinsip kedua adalah pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Pengajaran lisan penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak. Mengikut Awang Mohammad Amin (Kamarudin, 2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan pertama, seorang anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah daripada orang-orang yang hamper dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga atau penjaganya.

Perkara kedua penting ialah kerana lisan adalah lebih senang dikuasai daripada perkara-perkara lain yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lisan adalah punca kepada segala kemahiran yang lain. Ini bermakna kemahiran mendengar dan bertuutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.

Prinsip ketiga adalah bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.

(a) Pemilihan bahan-bahan pengajaranPemilihan bahan-bahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan iaitu yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian pelajar-pelajar itu.

(b) Penyusunan bahan-bahan pengajaranBahan-bahan pengajaran harus disusun supaya perkembangannya maju iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Susunan bahan-bahan pengajaran dapat mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar-kacir.

(c) Kawalan bahan-bahan pengajaranIni adalah bertujuan supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

(d) Pemeringkatan bahan-bahan pengajaranBahan-ahan pengajaran yang hendak disampaikan itu seharusnya dirancangkan terleih dahulu kerana dari segi belakang keluarga, pengalaman, kecenderungan dan kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza. Selain daripada pemilihan dan susunan yang dilakukan, bahan-bahan itu juga perlu diperingkat-peringkatkan mengikut kesesuaian.

Prinsip keempat adalah penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu mendengar, bertutur, mambaca dan menulis. Mengikut prinsip ini, mendengar dan bertutur perlu diajar terlebih dahulu dan kemudian baharulah membaca dan menulis. Oleh itu sebutan guru itu hendaklah jelas dan terang yang mana ia menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Sebutan yang betul akan terbawa kepada bacaan yang mengikut cirri-ciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini akan dirakamkan ke dalam bentuk tulisan. Prinsip ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus dilakukan mengikut susunan, iaitu satu kemahiran disusuli dengan kemahiran yang satu lagi.

Prinsip kelima adalah aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah diadakan. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermakna adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai menarik minat murid-murid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran guru itu. Jadi guru mestilah aktif dan Menggunakan alat-alat Bantu mengajar yang sesuai supaya murid-murid tidak berasa bosan. Manakala kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik.

Prinsip keenam adalah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hati-hati.

Prinsip ketujuh adalah mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh

mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan hasilnya juga akan berkesan.

Manakala prinsip kelapan merupakan penilaian pengajaran yang diberikan. Seseorang guru yang dedikasi dan cekap harus dapat menilai pekerjaannya sendiri supaya dia menyedari adakah pekerjaannya itu benar-benar mengikut dasar-dasar pengajaran yang baik. Jika sekiranya terdapat beberapa kekurangan dalam pengajarannya itu maka dia harus segera membetulkannya. Guru yang baik akan sentiasa berusaha mengatasi kekurangan-kekurangan sendiri dengan menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang lebih bermutu.

7.0 PENUTUP

Sebagai kesmpulannya, terdapat empat prinsip pengajaran yang mengikut falsafah masing-masing. Pertama prinsip yang berfalsafahkan aliran Behaviorisme iaitu mengutamakan bahasa lisan dalam pengajaran. Manakala aliran Mentalisme menganggap pembelajaran bahasa adalah satu proses pemikiran. Aliran Interaksionalisme pula mempunyai prinsip yang mana penyampaian makna amat penting dalam sesuatu komunikasi bahasa dan seterusnya aliran Fungsionalisme menekankan system tatabahasa dan fungsi adalah dua perkara yang diutamakan.

Seseorang guru itu tidak patut berpegang sama ada pada prinsip-prinsip Behaviorisme atau prinsip-prinsip Mentalisme. Ini adalah kerana cara pembelajaran seseorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah tidak sama. Kedua-duanya boleh saja digabungkan dalam pengajaran seseorang guru itu kerana seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini kedua-dua teori tersebut adalah saling melengkapi. Prinsip-prinsip dari golongan tersebut hanya sebagai jalan keluar bagi guru tersebut dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi tidak kira dalam pengajarannya atau dalam pembelajaran pelajarnya. Dengan berbekalkan pengalaman yang sedia ada dari guru itu dan menerapkan prinsip-prinsip yang tersebut di atas maka pengajaran yang disampaikan akan lebih efisen dan akan lebih terjamin mutunya.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (KRB 3053)by Peter Anchal - Friday, 17 October 2014, 02:37 PM 

http://ppgusm.com/mod/forum/discuss.php?d=65880

Pengenalan

Menurut Kamaruddin Husin (1988:27), terdapat lebih kurang sepuluh teori

linguistik yang terkenal yang masing-masing mempunyai ramai pengikut.

Namun begitu, hanya dua teori sahaja yang dianggap mendasari

perkaedahan dalam pengajaran bahasa iaitu teori mekanis (Aliran

Behaviourisme) dan teori mentalis (Aliran Kognitif).

 Salah satu bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi.

Model pembelajaran Behaviouris akan menjadi tunggak utama dalam

penyelidikan ini. Ahli-ahli behaviouris yang terdiri  daripada ahli-ahli psikologi

menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran

bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-

bentuk bahasa atau bukan bahasa.   Walaupun begitu, prinsip-prinsip aliran

kognitif atau konstruktivisme tidak dapat diketepikan kerana pembelajaran

bahasa ialah satu proses pemikiran yang dilahirkan melalui pertuturan.

Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk

memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana

wujudnya pelbagai Teori Pemerolehan Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa

ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Pemerolehan Bahasa aliran

Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa aliran

Mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori

pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran

interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.

Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

terdapat empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan

menggunakan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran.

Terdapat banyak cara untuk seorang guru mengguna pakai cara

pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam

pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran

bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan

aliran konstruktivisme.

TEORI HURAIAN BAHASA

Nahu Tradisional

Teori Nahu Tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India.

Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia

dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.ia juga

sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan

mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap

sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu

terjemahan.   

Struktural

Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield

dan Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik

dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-

ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai

peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk

perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini menumpukan kajian terhadap

fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga dilakukan secara

induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi

dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

 Transformasi Generatif

Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam

choamsky. Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan

kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif dikatakan

berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam

sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan

membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.

Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama

terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut

teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat

mempunyai hubungan erat dan menggunakan symbol-simbol tertentu untuk

menganalisis setiap nahu.

 Teori Fungsional

Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji

tentang perubahan yang berlaku pada struktur  bahasa ketika seseorang

sedang berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah

sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan

aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara

verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan

fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut memberi perhatian kepada

fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah

perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu

berkomunikasi.

 

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses

pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas.

Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat

ditimbulkan melalui ganjaran.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan

latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam

pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan

dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.

Golongan ini beranggapan bahawa  Pertama, bahasa yang diutamakan ialah

bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.

Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah

didahului dengan bahasa lisan.

Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua

penting  dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru

mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa

itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan

menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai

sistem bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses

pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta

perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan

baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang

lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran

disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah

laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-

pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas,

galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul

perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang

disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia

merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan.

Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini

adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan

boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal

bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh

Behaviorisme iaitu :

 

Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

 

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam

konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi

model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan

bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini

akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam

proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak

balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur  ini

dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah

baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan

meningkatkan minat serta motivasi.

Terdapat  beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk

mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara

mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan

pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi

guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan,

kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif.

Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan

memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah

diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ????

Generalisasi

 Teori Mentalis

Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses

mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan

(competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi

(performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur

berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek

pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang

kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun

kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat

diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan

bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui

proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan

pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah

dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa

kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu

membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru

perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa

merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada

peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini

mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan

mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru

hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang

hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa

dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk

menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan

makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat

bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna

dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur

bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses

pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian

bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan

yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran

ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif

dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran,

Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,

penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai

rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi

contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar

biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model:

Generalisasi ---- Contoh

 Teori konstruktivisme

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa

dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius

terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa

sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip

pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.

Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang

diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada

murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa

yang dipelajari itu.

Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan

mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk

mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.

Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran

berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah

beberapa variasi dalam penggunaannya.

Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi

komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

 Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan

ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini

menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-

undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan

supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-

prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa

Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi

bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada

pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah

penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi

apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna

yang dimaksudkan adalah

Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur  iaitu

makna dan struktur bahasa.

Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan

terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat

menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka

murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar

dan fasih.

Penutup

Berdasarkan teori pemerolehan bahasa, guru perlulah merancang suatu

aktiviti pengajaran mampu menjana murid untuk menyesuaikan pengalaman

dan juga ilmu baharu yang dipelajari. Guru juga perlu memainkan peranan

sebagai fasilitator yang mana akan  membimbing murid untuk dalam membina

pengetahuan baharu dan menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh,

guru melakukan pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang

menerangkan berkaitan suasana pagi. Setelah selesai murid-murid

menganalisis bahan tersebut, guru akan bertindak sebagai fasilitator dan akan

meminta murid untuk memberikan pandangan mereka tentang suasana pagi

berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mereka. Dengan

aktiviti ini, daya inkuiri murid akan berkembang ekoran daripada proses

menyesuaikan pengetahuan baharu dengan pengalaman sedia ada yang

murid miliki. Dalam pada itu, guru juga perlu menggalakkan murid untuk

bersoal jawab dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru

akan mengetahui sejauh mana pengetahuan sedia ada murid dan akan

membantu guru dalam pengajarannya. Secara kesimpulannya, guru perlu

memberi peluang atau kepercayaan kepada murid dalam membina

pengetahuan baharu mereka. Dengan, fungsi kognitif seseorang murid itu

akan terjana dan akan menguasai sesuatu pembelajaran itu dengan

sebaiknya

EDU 3103 - Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov ) "Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu kembali kepada nuraninya. Jika bermanfaat, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, ia menahan diri. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ) UTAMA RUJUKAN Monday, September 20, 2010 Pengenalan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:53 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Konsep Khas Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov ) Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis oleh Eddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:45 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah: i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:43 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest IVAN PAVLOV TEORI PELAZIMAN KLASIK Biodata dan foto berkenaan dengan pengasas Teori/Model Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal – 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah

bahawa Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden. Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:39 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov. Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah: Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim – GTT ). Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral – RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur. Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan. Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim – GT ). Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng. Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan. Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan. Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan penghapusan sebagai berikut: Konsep Keterangan Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas. Contoh: makanan Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan. Contoh: lelehan air liur Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama. Contoh: loceng Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah dipadankan dengan ransangan lama. Contoh: lelehan air liur Menurut laman sesawang http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html,

Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektif dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi. Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji. Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov. Contoh Dalam Kehidupan Nyata Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang “sangat suka ” dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda. Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov. Menarik bukan? Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:26 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Analisis Teori Menggunakan Teknik SWOT Selepas mencari pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku dan juga internet, kami telah membuat beberapa analisis mengenai teori ini dengan menggunakan teknik SWOT. STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah

dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja. OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme ) Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. THREAT(Ancaman Teori Behaviorisme) Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:00 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share

to Pinterest Friday, September 17, 2010 Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut. Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar. Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh. Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu. Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

https://www.google.com.my/?gws_rd=cr&ei=zwbFVK6QApLo8AX7ioCADA#q=aplikasi+teori+behaviorisme+dalam+pembelajaran+dan+pengajaran+bahasa+melayu