teori behaviorisma

28
Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191 Isi Kandungan Perkara Muka Surat (1) Pengenalan …………………………………………… 2 (2) Pengasas-pengasas utama teori behaviorisme (i) Ivan Pavlov (1849 – 1936) …………………………. 4 (ii) J.B. Watson (1878 - 1958) …………………………. 4 (iii) Burrhus F. Skinner (1904 - 1990) …………………. 6 (3) Idea Asas Teori Behaviorisma ………………… 7 (4) Tiga Prinsip Asas Behaviorisma (i) Prinsip pelaziman klasik Pavlov ……………………… 9 (ii) Prinsip Pelaziman Operan Skinner …………………. 11 (iii) Prinsip Pelaziman Operan Thorndike ……………….. 13 (5) Pengaplikasian Prinsip Di Dalam Kelas (i) Prinsip pelaziman klasik Pavlov Di Kelas ……………. 16 (ii) Prinsip Pelaziman Operan Skinner Di Kelas ………. 17 Psikologi Pendidikan 1

Upload: shogi-arumugam

Post on 23-Jun-2015

665 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

(1) Pengenalan …………………………………………… 2

(2) Pengasas-pengasas utama teori behaviorisme (i) Ivan Pavlov (1849 – 1936) …………………………. 4 (ii) J.B. Watson (1878 - 1958) …………………………. 4 (iii) Burrhus F. Skinner (1904 - 1990) …………………. 6

(3) Idea Asas Teori Behaviorisma ………………… 7

(4) Tiga Prinsip Asas Behaviorisma (i) Prinsip pelaziman klasik Pavlov ……………………… 9 (ii) Prinsip Pelaziman Operan Skinner …………………. 11 (iii) Prinsip Pelaziman Operan Thorndike ……………….. 13

(5) Pengaplikasian Prinsip Di Dalam Kelas (i) Prinsip pelaziman klasik Pavlov Di Kelas ……………. 16 (ii) Prinsip Pelaziman Operan Skinner Di Kelas ………. 17 (iii) Prinsip Pelaziman Operan Thorndike Di Kelas .……… 18

(6) Kesimpulan ……………………………………………….. 19

(7) Bibliografi …………………………………………………. 20

Psikologi Pendidikan 1

Page 2: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Pengenalan

Psikologi ialah kajian mengenai sesuatu. Mengikut kepada Kamus Dewan,

psikologi didefinisikan sebagai “Kajian tentang proses mental dan pemikiran,

terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran

dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu;dan kebijaksanaan

memahami sifat manusia”. Selain itu, psikologi ini memainkan peranan penting

dalam kajian tentang memahami proses pembelajaran pada seseorang individu.

Dalam usaha memahami proses pembelajaran yang berlaku pada seorang

pelajar ataupun pada setiap individu pelbagai pendekatan telah digunakan iaitu

seperti Pendekatan Behaviorisme, Pendekatan Psikoanalitik, Pendekatan

Kognitivisme, Pendekatan Humanistik dan Pendekatan Biologi. Dalam kerja kursus

ini saya telah memilihkan Pendekatan Behaviorisme untuk pengajaran.

Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu

memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental, sebaliknya

memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau

tidak nyata. Watson, seorang ahli behaviorisme, mengatakan bahawa aspek yang

berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya unsur-

unsur dalaman. Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang

berlaku dengan wujudnya rangsangan.

Di dalam teori ini terdapat beberapa prinsip pembelajaran yang dikemukakan

oleh tokoh-tokoh behaviorisme. Antaranya ialah (i).Teori Pelaziman Klasik Pavlov,

(ii). Teori Pelaziman Klasik Wtson, (iii). Teori Pelaziman OperanThorndike, dan (iv).

Teori Pelaziman Operan Skinner. Inilah yang akan di terangkan dalam kerja kursus

ini. Selain itu pengealan tentang tokoh-tokoh, idea-idea asas behaviorisma dan cara

mengajar di kelas mengikut prinsip behaviorisme juga diterangkan dalam kerja

kursus ini.

Psikologi Pendidikan 2

Page 3: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Pengasas-Pengasas Utama Teori Behaviorisma

(Ivan Pavlov, J.B. Watson, B.F. Skinner, E.L Thorndike)

Psikologi Pendidikan 3

Page 4: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Ivan Pavlov (1849 – 1936)

Tokoh yang berlahir pada tahun 1849 ini bernama Ivan Petrovich

Pavlov. Dia sebenarnya bukanlah sarjana psikologi dan tidak mahu disebut

sebagai ahli psikologi, kerana beliau adalah seorang sarjana ilmu faal yang

fanatik.  Eksperimen Pavlov sangat terkenal di bidang psikologi mulai ketika

beliau melakukan kajian tentang pencernaan. Dalam kajian tersebut beliau melihat

bahawa haiwan kajiannya (seekor anjing) akan  mengeluarkan air liur sebagai

respons atas munculnya makanan. Beliau kemudian mengeksplorasi fenomena

ini dan kemudian mengembangkan satu kajian perilaku (behavioral study) yang

mengandungi, teori Classical Conditioning. Menurut teori ini, ketika makanan

(makanan disebut sebagai the unconditioned or unlearned stimulus - stimulus

yang tidak dikondisikan atau tidak dipelajari) diberikan dan dengan bunyi bel

(bunyi bel disebut sebagai the conditioned or learned stimulus - stimulus yang

dikondisikan atau dipelajari), maka bunyi bel akan menghasilkan respons yang

sama, iaitu keluarnya air liur dari anjing yang dikajinya. Hasil karyanya ini

menjadikan Ivan Pavlov sebagai pemenang hadiah Nobel. Selain itu teori ini juga

merupakan dasar bagi perkembangan aliran psikologi behaviourisme, dan

meletakkan dasar-dasar bagi penelitian mengenai proses belajar dan 

pengembangan teori-teori tentang belajar. Beliau meninggal dunia pada tahun

1936.

J.B. Watson (1878 - 1958)

John Broades Watson dilahirkan di Greenville pada 9 Januari 1878 dan

meninggal dunia di New York City pada 25 September 1958. Beliau mempelajari

ilmu falsafah di University of Chicago dan memperolehi gelaran Ph.D pada tahun

1903 dengan disertasi berjudul "Animal Education". Watson dikenal sebagai

ilmuwan yang banyak melakukan penyelidikan tentang psikologi binatang.

Pada tahun 1908 beliau menjadi profesor dalam psikologi eksperimenal

dan psikologi komparatif di John Hopkins University di Baltimore dan sekaligus

Psikologi Pendidikan 4

Page 5: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

menjadi pengarah makmal psikologi di universiti tersebut. Antara tahun 1920-

1945 beliau meninggalkan universiti dan bekerja dalam bidang psikologi

konsumen. 

John Watson dikenal sebagai pendiri aliran behaviorisme di Amerika

Syarikat. Karyanya yang paling dikenal adalah "Psychology  as the Behaviourist

view it" (1913). Menurut Watson dalam beberapa karyanya, psikologi haruslah

menjadi ilmu yang obyektif, oleh karena itu ia tidak mengakui adanya kesadaran

yang hanya diteliti melalui kaedah introspeksi. Watson juga berpendapat bahwa

psikologi harus dipelajari seperti orang mempelajari ilmu pasti atau ilmu alam.

Oleh kerana itu, psikologi harus dibatasi dengan ketat pada penyelidikan-

penyelidikan tentang tingkahlaku yang nyata saja. Meskipun banyak kritik

terhadap pendapat Watson, namun harus diakui bahwa peranan Watson tetap

dianggap penting, kerana melalui beliaulah berkembangnya kaedah-kaedah

objektif dalam psikologi.

Peranan Watson dalam bidang pendidikan juga cukup penting. Beliau

menekankan pentingnya pendidikan dalam perkembangan tingkahlaku. Beliau

percaya bahawa dengan memberikan kondisioning tertentu dalam proses

pendidikan, maka akan dapat membuat seorang anak mempunyai sifat-sifat

tertentu. Ia bahkan memberikan ucapan yang sangat ekstrim untuk mendukung

pendapatnya tersebut, dengan mengatakan: "Berikan kepada saya sepuluh orang

anak, maka saya akan jadikan ke sepuluh anak itu sesuai dengan kehendak

saya".

Psikologi Pendidikan 5

Page 6: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Burrhus F. Skinner (1904 - 1990)

Burrhus Frederic Skinner dilahirkan di sebuah kota kecil bernama

Susquehanna, Pennsylvania, pada tahun 1904 dan meninggai dunia pada tahun

1990 setelah terserang penyakit leukemia. Skinner dibesarkan dalam keluarga

sederhana, penuh disiplin dan pekerja keras.  Ayahnya adalah seorang jaksa dan

ibunya seorang ibu rumah tangga.

Skinner mendapatkan ijazahnya di Inggris dan berharap bahawa dirinya

dapat menjadi penulis. Semasa bersekolah memang beliau sudah menulis untuk

sekolahnya, tetapi beliau menempatkan dirinya sebagai outsider (orang luar),

menjadi atheist, dan sering mengkritik sekolahnya dan agama yang menjadi

panganutan sekolah tersebut. Setelah lulus dari sekolah tersebut, beliau pindah

ke Greenwich Village di New York City dan masih berharap supaya dapat menjadi

penulis dan bekerja di sebuah surat khabar.

Pada tahun 1931, Skinner menyelesaikan sekolahnya dan memperoleh gelar

sarjana psikologi dari Harvard University. Setahun kemudian beliau juga

memperoleh gelar  doktor (Ph.D) dalam bidang yang sama. Pada tahun 1945,

beliau menjadi ketua fakulti psikologi di Indiana University dan tiga tahun

kemudian beliau pindah ke Harvard dan mengajar di sana sepanjang karirnya.

Meskipun Skinner tidak pernah benar-benar menjadi penulis di surat kabar

seperti yang diimpikannya, beliau merupakan salah satu pakar psikologi yang

paling banyak menerbitkan buku mahupun artikel tentang teori

perilaku/tingkahlaku, reinforcement dan teori-teori belajar.

Psikologi Pendidikan 6

Page 7: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Idea Asas Teori Behaviorisma

Teori behaviorisma yang dikenali juga sebagai teori tingkah laku amat

mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu, khususnya kemahiran

fizikal. Pakar psikologi Behaviuris menganggap pembelajaran adalah perubahan-

perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi

tertentu. Bagi mereka, pembelajaran adalah proses luaran atau tingkah laku yang

dapat dilihat dan diamati. Pembelajaran juga dapat dikawal dan diramal. Hubungan

antara sebab-sebab dan akibat atau rangsangan dan gerak balas adalah asas

kepada berlakunya pembelajaran.

Para pendukung psikologi behaviorist beranggapan bahawa pemerolehan

sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi secara kerap. Semua bentuk

pembelajaran perlakuan baru adalah berdasarkan persekitaran dan tidak

mempunyai apa-apa hubungan dengan keupayaan mental. Golongan ini

berpendapat, otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa

yang berlaku di dalamnya tidak dapat diamati dan diselidiki. Oleh yang demikian,

sebarang kajian atau pembelajaran yang mengaitkannya dengan otak manusia

haruslah ditolak.

Teori ini diasaskan oleh Ivan Pavlov melalui kajian-kajiannya yang begitu

bermakna. Konsep pelaziman klasik yang telah diperkenalkan kepada dunia

psikologi kemudiannya diperkembangkan oleh pakar-pakar psikologi terkenal seperti

J.B. Watson, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike. Perspektif teori ini ialah perubahan

tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling yang berperanan

membentuk dan mengubahsuai perlakuan tersebut. Teori ini tidak menerima

saranan pakar psikologi kognitif yang menganggap bahawa manusia boleh memilih

keadaan yang membolehkan mereka memberi gerakbalas-gerakbalas tertentu.

Menurut teori ini, tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh pengalaman-

pengalaman lampau serta keadaan di sekeliling mereka.

Psikologi Pendidikan 7

Page 8: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Tiga Prinsip Asas Behaviorisma

Psikologi Pendidikan 8

Page 9: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

(i) Prinsip pelaziman klasik Pavlov

Dalam proses pembelajaran, teori ini menekankan kepentingan rangsangan

(stimulus) dan tindak balas (response). Peranan otak dan fungsinya tidak diambil

kira langsung kerana hubungan-hubungan mental tidak dapat diamati dan diselidiki.

Penguasaan sesuatu aspek pembelajaran bukanlah semata-mata merupakan ilmu

pengetahuan. Ia memerlukan banyak latihan dan harus dikuasai dan dipelajari lebih

daripada biasanya.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menganggap

pembelajaran bahasa adalah satu hal latihan. Bahasa bagi mereka adalah sesuatu

yang hidup dan berubah. Bahasa perlu dipelajari dalam suasana lisan. Latihan

bentuk dan pola-pola bahasa adalah perlu untuk mewujudkan kebiasaan atau tabiat

berbahasa. Penggunaan bahan-bahan sokongan, contoh-contoh yang jelas dan

rancangan-rancangan pembelajaran yang menarik dan berkesan perlu disediakan

untuk mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna.

Eksperimen Pelaziman Pavlov

Perkara ini dapat dibuktikan oleh Ivan Pavlov dengan kajian yang

dilakukan olehnya dengan menggunakan seekor anjing peliharaannya. Anjing itu

ditambat pada satu pasungan. Satu pembedahan kecil dilakukan pada pipi anjing

tersebut untuk

menyalurkan air liurnya melalui saluran ke dalam satu lubang penyukat. Apabila

anjing itu diberikan daging, air liurnya mengalir dengan banyak. Bagi anjing itu,

Psikologi Pendidikan 9

Page 10: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

daging yang diberikan kepadanya merupakan rangsangan semula dan air liur yang

keluar kerana melihat daging adalah gerak balas semula jadi atau gerakan pantulan.

Setelah anjing itu biasa dengan situasi itu, loceng dibunyikan beberapa saat

sebelum daging diberikan. Air liur anjing itu tetap keluar seperti biasa. Setelah

keadaan ini diulang beberapa kali, apabila loceng dibunyikan tanpa diberikan

daging, air liur anjing itu tetap keluar seperti biasa. Ini adalah hasil pelaziman antara

bunyi loceng dengan daging. Bunyi loceng merupakan rangsangan terlazim dan air

liur yang keluar itu dinamakan gerak balas terlazim. Pelaziman yang dihasilkan

secara Pavlov ini dikenali dengan nama pelaziman klasik kerana pelaziman cara

inilah yang mula-mula sekali

ditemui. Sekiranya loceng dibunyikan tanpa pengukuhan (daging), air liur anjing itu

masih juga keluar tetapi kadarnya berkurangan. Lama kelamaan air liur anjing itu

tidak keluar walaupun loceng dibunyikan.

Peringkat ini dinamakan “penghapusan”, iaitu kesan pelaziman telah hilang.

Namun demikian gerak balas terlazim ini dapat dilahirkan semula selepas berehat

beberapa waktu. Bagaimanapun, gerak balas terlazim ini akan terhapus jika tidak

disertakan dengan rangsangan semula jadi. Sekiranya selepas penghapusan,

daging diberikan semula dan air liur anjing itu keluar seperti biasa, peringkat ini

dinamakan “pembelajaran semula”.

Secara ringkasnya, implikasi Teori Pavlov terhadap pembelajaran

adalah,

(i) Pembelajaran dipengaruhi oleh sejauh manakah baiknya sistem saraf seseorang. Individu yang baik sistem sarafnya lebih mudah menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim.

(ii) Faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas. Dalam hal ini, pemberian ganjaran perlu diberi perhatian.

(iii)Gerakbalas terlazim akan menjadi bertambah kukuh melalui banyak latihan dan ulangan.

(iv) Lupaan atau penghapusan gerak balas terlazim memang boleh dihasilkan dalam sesuatu pembelajaran.

Psikologi Pendidikan 10

Page 11: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

(ii) Prinsip Pelaziman Operan Skinner

Tingkah laku ini ditekankan oleh Skinner. Apa juga tingkah laku yang diikuti

dengan pengukuhan atau keadaan yang menyenangkan, maka tingkah laku itu akan

menjadi lazim dan dengan ini proses pembiasaan berlaku.

Tikus telah digunakan oleh Skinner dalam eksperimennya. Tikus tersebut

telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang mempunyai alat penekan pada

dindingnya. Apabila alat itu ditekan, maka keluarlah bijian untuk dimakan oleh tikus

tersebut. Pada mulanya tikus itu membuat tingkah laku secara rawak sahaja, tetapi

apabila tertekan alat penekan, maka ia mendapat makanan. Selepas itu, tikus

tersebut tidak berhenti-henti menekan alat itu sehinggalah ia kenyang. Dengan

demikian tikus tersebut telah mempelajari cara untuk mendapatkan makanan.

Prinsip ini telah digunakan oleh Skinner untuk mendapatkan gambaran

tentang proses pembelajaran pada haiwan dan manusia. Untuk mencapai sesuatu

pembelajaran, matlamat hendaklah ditentukan, terlebih dahulu. Langkah-langkah

untuk menuju ke matlamat ini juga harus ditentukan. Matlamat tingkah laku dapat

dicapai melalui proses mengukuhkan tingkah laku.

Skinner telah mencuba proses ini bagi melatih dua ekor merpati bermain

pingpong. Matlamat tingkah laku yang dicapai ialah supaya merpati itu memukul

bola pingpong dengan muncungnya ke sebelah jaring yang direntang di tengah-

tengah meja antara kedua-dua merpati itu.

Proses pembentukan dilakukan perlahan-lahan dan beransur-ansur.

Sekiranya merpati itu menuju ke matlamt tingkah laku sasaran, merpati itu akan

diberi pengukuhan (rangsangan). Pada peringkat permulaannya, apabila merpati itu

menghampiri bola pingpong ia akan diberi kacang hijau. Ini dilakukan berulang-

ulang sehingga tingkah laku merpati itu menghampiri bola pingpong menjadi satu

tingkah laku yang terlazim. apabila merpati itu meragut bola, ia diberi juga

pengukuhan. Begitulah seterusnya apabila merpati itu memukul bola ke sebarang

jaring, ia diberi kacang hijau pengukuhan. Cara yang serupa dilakukan juga pada

merpati yang satulagi. Akhirnya Skinner berjaya menuju ke matlamatnya, iaitu

melatih dua ekor merpati itu memukul bola pergi balik ke seberang jaring dan bola

pingpong itu tidak statik di atas meja.

Psikologi Pendidikan 11

Page 12: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Dalam pembelajaran secara pelaziman, alat atau operan yang dikemukakan

oleh Skinner ini yang pentingnya ialah pelaziman antara sesuatu tingkah laku

dengan pengukuhan (Ganjaran). Sekiranya tingkah laku diikuti dengan pengukuhan

yang positif maka tingkah laku itu akan diulang-ulang. Sebaliknya, jika tingkah laku

diberi pengukuhan negatif ataupun tiada pengukuhan, maka tingkah laku itu tidak

akan diulang dan pelaziman tidak akan terbentuk. Pengukuhan boleh dibahagikan

kepada tiga bahagian, iaitu pengukuhan positif, pengukuhan negatif dan tiada

pengukuhan.

Pengukuhan positif ialah pemberian sesuatu yang menyenangkan setelah

sesuatu tingkah laku dapat dilakukan. Pengukuhan positif boleh dibahagikan pula

kepada dua bahagian, iaitu pengukuhan berterusan dan pengukuhan berkala.

Pengukuhan berterusan ialah pengukuhan yang mengikut kala yang tertentu.

Pengukuhan berkala pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

pengukuhan berkala tetap dan pengukuhan berkala tidak tetap. Pengukuhan berkala

tetap terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, pengukuhan berkala tetap mengikut

nisbah, iaitu pengukuhan yang hanya diberikan setiap lima kali tingkah laku itu

dilakukan. Kedua, pengukuhan berkala mengikut masa, iaitu pengukuhan yang

diberikan tiap-tiap satu minit.

Pengukuhan negatif ialah pengukuhan yang tidak menyenangkan

disebabkan sesuatu tingkah laku. Apabila tingkah laku itu akan menghasilkan

keadaan yang menyenangkan atau tidak menerima kesakitan. Contoh pengukuhan

negatif ini telah ditunjukkan oleh Skinner dalam percubaannya yang menggunakan

peti Skinner. Di dalam peti itu telah diletakkan seekor tikus. Apabila tikus itu

menekan alat penekan yang terdapat pada dinding peti itu, ia akan terkena kejutan

elektrik. Setelah melakukannya berkali-kali akhirnya tikus itu menahan dirinya

daripada menekan alat penekan supaya ia tidak mendapat kesakitan. Menahan diri

daripada menekan alat penekan ialah pengukuhan negatif (kejutan elektrik) yang

diterima oleh tikus itu akibat menekan alat penekan tersebut.

Sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diberi pengukuhan sama ada

pengukuhan negatif ataupun pengukuhan positif, tingkah laku itu tidak mendapat

perhatian dan pelaziman tingkah laku tersebut tidak akan tercapai.

Psikologi Pendidikan 12

Page 13: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

(iii) Prinsip Pelaziman Operan Thorndike

Thorndike adalah anak seorang paderi dan merupakan pengasas psikologi di

Amerika Syarikat. Popularitinya selalu dikaitkan dengan pelbagai tatacara

percubaan yang digunakan dalam pelaziman operan. Melalui kajian-kajiannya

terhadap haiwan, beliau cuba menegaskan bahawa haiwan belajar melalui proses

cuba jaya yang dilakukan secara beransur-ansur dan berulang-ulang sehingga

terbentuk kebiasaan. Pada akhir pembelajarannya, haiwan itu mendapat suatu

gerak balas yang betul dan berjaya menyelesaikan masalahnya.

Thorndike melaksanakan beberapa eksperimen untuk melihat secara dekat

perkaitan antara kaedah dan prinsip pembelajaran haiwan dengan pembelajaran

manusia. Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan, hasilnya menunjukkan

bahawa bentuk perlakuan itu adalah sama iaitu manusia juga belajar melalui

ganjaran dan denda. Menurutnya, ganjaran akan menggalakkan manusia untuk

terus mengulangi tindak balas itu, manakala denda pula akan menyekatnya

daripada melakukan gerak balas tersebut. Beliau tidak bersetuju yang manusia

belajar melalui proses celik akal yang melibatkan otak mereka.

Thorndike telah menjalankan beberapa eksperimen dengan menggunakan

kucing, ikan, anjing dan monyet. Percubaannya yang terkenal ialah melalui

eksperimen yang telah dijalankan terhadap seekor kucing. Kucing tersebut telah

dikurung di dalam sebuah kotak yang dalamnya terdapat satu penekan. Sekiranya

penekan itu ditekan, pintu akan terbuka dan kucing itu dapat melepaskan dirinya

daripada kotak tersebut.

Thorndike telah menjalankan eksperimen seperti ini dengan meletakkan

makanan di luar kotak tersebut. Kucing itu telah dibiarkan berlapar untuk beberapa

hari. Dalam kajian ini beliau mendapati masa yang diambil oleh kucing untuk

melepaskan dirinya tidak sama. Masa yang diambil oleh kucing tersebut semakin

berkurangan daripada yang sebelumnya. Kucing itu, melalui proses cuba jaya ia

telah dapat menguasai gerak balas yang betul dan menghindari gerak balas yang

salah. Gerak balas yang betul itu telah dapat menyelesaikan masalah yang

dihadapinya.

Psikologi Pendidikan 13

Page 14: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Berdasarkan kajian ini, Thorndike membuat kesimpulan bahawa dalam

pembelajaran, hubungan rangsangan dan tindak balas berlaku tanpa sebarang

proses media yang membabitkan pemikiran. Walaupun manusia mempunyai

keupayaan untuk belajar, namun mereka juga dapat belajar dengan cara yang

mudah dan mekanikal. Aspek yang penting dalam proses pembelajaran itu ialah

motivasi, ganjaran dan deraan yang dapat menjamin penghasilan tingkah laku yang

baik.

Teori Thorndike ini adalah yang terawal pernah dilakukan dengan perkaitan

rangsangan dan tindak balas. Singkatan teori ini disebut S-R sahaja, iaitu stimulus

dan response. Hubungan antara S-R ini pula dihasilkan melalui beberapa hukum

utama. Hukum-hukum itu termasuklah hukum kesediaan, hukum kesan dan

hukum latihan.

Menurut Thorndike sekiranya sesuatu unit yang bertindak itu sudah cukup

bersedia, maka ia akan dapat merasakan kepuasan setelah tindakan itu dilakukan.

Walau bagaimana pun, kekecewaan boleh berlaku sekiranya sesuatu unit

bertindak itu sudah bersedia tetapi tindakan tidak dapat dilakukan. Ringkasnya

hokum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan yang perlu ada

sebelum seseorang belajar dan kesediaan ini dapat dilihat dari segi kesediaan

psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.

Hukum latihan pula, melihat latihan sebagai sesuatu yang utama dalam

proses pembelajaran. Hukum ini menyatakan bahawa sesuatu perkaitan antara

rangsangan dan tindak balas akan bertambah kukuh jika terdapat latihan.

Sebaliknya, jika tiada ulangan dan latihan, maka ikatan sedemikian akan menjadi

lemah. Biasanya, hukum ini sangat sesuai digunakan bagi latihan menghafal.

Menurut hukum kesan pula, hubungan antara rangsangan dan gerak balas

akan bertambah kukuh apabila terdapat kesan yang memuaskan selepas sesuatu

gerak balas dapat dihasilkan. Sebaliknya, hubungan ini akan menjadi semakin

lemah seandainya tindak balas itu diikuti oleh sesuatu yang menyakitkan.

Menurut hukum ini lagi, sesuatu yang memuaskan itu akan menyebabkan

gerak balas berulang, dikekalkan atau diteruskan. Sekiranya sesuatu gerak balas

diikuti oleh sesuatu yang menyakitkan, kemungkinan gerak balas itu diulang atau

diteruskan akan menurun atau berkurangan.

Psikologi Pendidikan 14

Page 15: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Pengaplikasian Prinsip Di Dalam Kelas

Psikologi Pendidikan 15

Page 16: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

(i) Prinsip Pelaziman Klasik Pavlov Di Kelas

Dalam pengajaran mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov guru-guru

harus menggunakan pelbagai bahan sokongan untuk mengajar di dalam

sesuatu kelas. Contohnya apabila seorang guru bercadang untuk mengajar

matematik guru tersebut perlu meyediakan kaedah mengajar. Kaedah

pengajaran tersebut boleh disediakan dalam pelbagai bentuk. Contohnya seperti

menyediakan bahan pengajarannya dalam persemabahan Power Point,

Menyediakan dalam kad manila dan juga dengan tulis di papan hitam.

Semua kaedah ini memang berguna tetapi mengikut Prinsip Pelaziman

Pavlov, kaedah pengajaran yang memberi keseronokkan(dorongan) ataupun

tarikan(rangsangan) untuk belajar perlu diwujudkan dalam pengajaran tersebut.

Contohnya guru tersebut perlu menyediakan pelbagai bahan sokongan yang

menarik untuk belajar. Sebagai suatu langkah pengaplikasian prinsip ini, kalau

kaedah pengajaran hari itu disediakan dengan Kad Manila, guru itu

digalakkan menyediakan lagi bahan sokongannya iaitu dengan menggunakan

Power Point.

Selepas mengajar dengan menggunakan kad manila, sudah pastinya

pelajar akan faham tentang cara menyelesaikan matemetik. Untuk

mengukuhkan pengajaran tersebut soalan yang disediakan dengan power point

boleh ditunjukkan dan guru bolehlah memanggil sebanyak pelajar (satu demi

satu) yang mungkin untuk menjawabnya. Selepas itu apabila pelajar

menjawab soalannya jawapan akan dirujuk pada slide power point dan kalau

jawapannya betul kita perlu menyuruh seluruh kelas tepuk tangan sebagai

pendorongan pada pelajar tersebut dan perbuatan ini boleh dikatakan sebagai

peneguhan positif pada pelajar tersebut. Perbuatan ini juga akan mendorong

pelajar lain untuk datang ke hadapan secara relanya dan untuk cuba buat

soalannya supaya mereka pun akan dapat tepukan(dorongan) dari semua

pelajar. Inilah yang dikatakan oleh Ivan Pavlov yang peneguhan positif

ataupun rangsangan (dorongan adalan rangsang di sini) dapat mempengaruhi

pelajar. Oleh itu bahan tambahan adalah pentinng dalam pengajaran.

Psikologi Pendidikan 16

Page 17: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

(ii) Prinsip Pelaziman Operan Skinner Di Kelas

Mengikut pada prinsip pelaziman skinner Untuk mencapai sesuatu

pembelajaran, matlamat hendaklah ditentukan, terlebih dahulu. Langkah-langkah

untuk menuju ke matlamat ini juga harus ditentukan. Matlamat tingkah laku dapat

dicapai melalui proses pembentukan tabiat, iaitu mengukuhkan tingkah laku yang

menuju ke matlamat tingkah laku sasaran.

Oleh itu didalam kelas, sebelum kita mengajar sesuatu pelajran kepada

pelajar kita hendaklah membentukkan ataupun menentukkan matlamat untuk

pengajaran yang kita akan ajar kepada pelajar. Sebagai contoh katakan guru

akan ajar tentang bagaimana hendak melukiskan rumah yang cantik dengan

sempurna. Yang pertamanya guru hendaklah menentukan yang dengan cara

apakah kita boleh mengajar pada pelajar. Iaitu guru mungkin boleh mengajar

dengan menunjukkan suatu model rumah kepada pelajar sebagai pendedahan

ataupun untuk mewujudkan suatu idea untuk melukiskannya.

Selapas itu guru tersebut hendaklah memupuk pelajar untuk melukis,

dengan pelbagai cara. Contonya mulakannya dengan ajarkan bahagian demi

bahagian rumah seperti dari bumbung ke bawah dan sebagainya.

Dalam pengajaran ini tidak mungkin yang semua pelajar dapat melukis

dengan cantik. Oleh itu untuk memupuk pelajar untuk melukis dengan cantik

kita bolehlah mengadakan suatu pertandingan di dalam kelas. Iaitu dengan

mengatakan pelajar yang lukis dengan cantik akan dapat hadiah. Dengan

mengatakan sebegini pelajar akan cuba sedaya upaya untuk melukiskan yang

tercantik. Selain itu kita juga boleh melekatkan lukisan yang cantik di dalam

kelas. Dengan ini pelajar yang lain juga akan berusaha untuk melukis dengan

baik supaya lukisannya dapat dilekat atas dinding dalam pelajaran seni yang

seterusnya.

Oleh itu guru-guru hendaklah mendorong dan mengembirakan pelajar

dengan pelbagai cara supaya konsantrasi pelajar dapat ditingkatkan dalam

sesuatu pelajaran ataupun supaya dapat meningkatkan minat pelajar untuk

terus belajar dengan baik.

Psikologi Pendidikan 17

Page 18: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

(iii) Prinsip Pelaziman Operan Thorndike Di Kelas

Mengikut Thorndike manusia juga belajar melalui ganjaran dan denda.

Menurutnya, ganjaran akan menggalakkan manusia untuk terus mengulangi tindak

balas itu, manakala denda pula akan menyekatnya daripada melakukan gerak balas

tersebut.

Suatu contoh yang baik ialah pelajar diberikan tepukan pujian daripada guru

apabila pelajar tersebut membuat sesuatu yang baik. Oleh itu untuk pembelajaran

yang efektif, guru perlu memuji dan memberikan galakkan apabila pelajar dapat

mengikuti apa yang kita ajar. Contohnya semasa guru mengajar gaya-gaya yang

penting dalam permainan hoki, walaupun pelajar tidak dapat mengikuti

pembelajaran iaitu tidak dapat menguasai gaya-gaya permainan hoki, kita sebagai

guru haruslah memberi dorongng dan sokongan ataupun motivasi kepada

seseorang pelajar itu supaya dengan mengatakan yang “kamu memang boleh

melakukan” “bagus” dan dengan menggunakan perkataan lain yang dapat

memupukkan semangat untuk belajar. Perkataan seperti ini dapat menimbulkan

perasaan ingin belajar di dalam hatinya.

Selain itu guru juga tidak baik marah seseorang pelajar ataupun menyakitkan

hatinya dengan menggunakan perkataan ataupun tindakannya. Kerana ini akan

membuatkan seseorang pelajar itu tidak berminat lagi untuk belajar ataupun ianya

akan mengurangkan ketekunan pelajar itu yang mungkin ingin belajar(Pengukuhan

negatif). Selain itu paksaan seseorang guru untuk belajar sesuatu juga tidak baik

kerana ia sudah pastinya akan membazirkan tenaga guru yang mengajar. Kerana

apabila pelajar dipaksakan untuk belajar sesuatu yang tidak diminati, sudah

pastinya pelajar tidak dapat belajar sesuatu pelajaran itu dengan efektif. Selain itu

ulangan dalam sesuatu pembelajaran dapat membantu untuk belajar dengan baik

ataupun mengingati apa yang kita belajar. Contonnya apabila pelajar, bermain

sesuatu gaya dalam perminan hoki secara ulangan kemingkinan untuk menjadi

cekap dalam gaya tersebut adalah tinggi.

Inilah prinsip yang dikemukakan oleh Thorndike.

Psikologi Pendidikan 18

Page 19: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Kesimpulan

Dengan membuat kerja kursus tentang teori behaviourisma ini saya

telah belajar beberapa prinsip behaviourisme di mana yang boleh di

gunakan dalam pengajaran. Iaitu semasa kita sebagai guru mengajar di

kelas. Terdapat pelbagai cara ataupun kaedah yang boleh kita gunakan di

dalam kelas semasa kita mengajar pada pelajar. Selain mengatakan cara

pengajaran ianya, lebih sesuai dikatakan pendekatan sikologi.

Melalui belajar tentang pendekatan-pendekatan ini saya sebagai guru di

masa hadapan dapat mengaplikasikan prinsip prinsip pengajaran ini pada

murid. Prinsip prinsip seperti Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman

Klasik Wtson, dan Teori Pelaziman Operan Thorndike ini juga telah

memberikan suatu gambaran pada saya tentang bagaimana kita boleh

mengajar dan juga tentang cara yang saya boleh gunakan untuk

memotivasikan pelajar untuk belajar dan untuk mewujudkan pelajar yang

pandai.

Prinsip-prinsip ini memang berguna dan pada pendapat saya, adalah

baik kalau semua guru dapat mempelajari prinsip-prinsip ini dengan baik.

Akirnya saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terlebih

dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sebaya saya yang

membantu dengan memberikan bahan maklumat yang penting untuk tugasan

ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing

saya yang memberikan tumjuk ajar yang betul untuk menyiapkan tugasan

ini.

Psikologi Pendidikan 19

Page 20: Teori  Behaviorisma

Shogi A/L Arumugam 860206 - 02 - 5191

Bibliografi

Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah. Utusan Publications & Distributors SDN BFD.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. PTS Publications & Distributor SDN.BHD.

Atan Bin Long Ph.D (1978). Psikologi Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

http://www.e-psikologi.com/lain-lain/tokoh.htm

http://www.criminology.fsu.edu/crimtheory/bandura.htm

Psikologi Pendidikan 20