teori 1

5
TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN NAMA TEORI SENDIRI: ‘Jom Relax!!!’ PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI: Pada minggu kedua, saya telah membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan bagi kelas tahun 5 Cemerlang, 5 Gigih, 5 Harapan dan 3 Cemerlang. Saya telah membahagikan mereka dalam lima kumpulan. Setiap kali P&P dilaksanakan, saya akan telah melaksanakan aktiviti permainan di dalam ‘Consolidation Stage’ yang diberi nama ‘Jom Relax!!!’. Saya ingin menekankan konsep bermain sambil belajar. Beberapa jenis permainan telah diperkenalkan kepada murid-murid agar mereka berasa lebih bersemangat untuk belajar. Murid-murid akan berada di dalam kumpulan masing-masing dan bekerjasama melakukan aktiviti itu bersama-sama. Di dalam aktiviti ‘Jom Relax!!’, soalan-soalan akan diberi agar murid- murid dapat mengukuhkan kemahiran yang telah diajar oleh guru. Selain itu, melalui aktiviti ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dan banyak lagi dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Contoh-contoh game yang telah dilaksanakan ialah suaipadan, lakonan, menjawab soalan, teka-teki, silang kata, Music Box, Puzzle Word, Harta Karun, Picture Puzzle dan pelbagai lagi.

Upload: praba-rajamanickam

Post on 11-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TEORI

TRANSCRIPT

Page 1: teori 1

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI:

‘Jom Relax!!!’

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Pada minggu kedua, saya telah membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan

bagi kelas tahun 5 Cemerlang, 5 Gigih, 5 Harapan dan 3 Cemerlang. Saya telah

membahagikan mereka dalam lima kumpulan.

Setiap kali P&P dilaksanakan, saya akan telah melaksanakan aktiviti permainan

di dalam ‘Consolidation Stage’ yang diberi nama ‘Jom Relax!!!’. Saya ingin

menekankan konsep bermain sambil belajar. Beberapa jenis permainan telah

diperkenalkan kepada murid-murid agar mereka berasa lebih bersemangat untuk

belajar. Murid-murid akan berada di dalam kumpulan masing-masing dan bekerjasama

melakukan aktiviti itu bersama-sama. Di dalam aktiviti ‘Jom Relax!!’, soalan-soalan akan

diberi agar murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran yang telah diajar oleh guru.

Selain itu, melalui aktiviti ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dan

banyak lagi dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Contoh-contoh game yang telah

dilaksanakan ialah suaipadan, lakonan, menjawab soalan, teka-teki, silang kata, Music

Box, Puzzle Word, Harta Karun, Picture Puzzle dan pelbagai lagi.

Aktiviti ‘Jom Relax!!!’ ini telahpun dilaksanakan setiap kali pengajaran dan

pembelajaran Sejarah mahupun Bahasa Melayu dilaksanakan. Pertama kali saya

melaksanakan aktiviti ‘Jom Relax!!” ini, murid-murid kelihatan seperti kurang

bekerjasama kerana jarang-jarang melakukan aktiviti dalam bentuk kumpulan. Setelah

melaksanakan beberapa kali, murid-murid mula menunjukkan perubahan positif malah

sangat aktif ketika melaksanaknan aktiviti permainan ini. Mereka juga seringkali

bertanyakan keada saya permainan apa yang akan dilaksanakan pada sesi pengajaan

dan pembelajaran yang akan datang.

Page 2: teori 1

Pada pendapat saya, saya murid-murid adalah merupakan kanak-kanak yang

sedang membesar dan sukakan bermain bermacam-macam permaian. Oleh itu, saya

percaya bahawa murid-murid akan dapat cepat belajar dan menguasai kemahiran yang

diajar melalui aktiviti permainan di dalam kelas. Tambahan pula, aktiviti ‘Jom Relax!! ini

bukanlah hanya dijalankan untuk keseronokan murid-murid malah ianya juga adalah

untuk mengukuhkan isi pelajaran yang telah diajar oleh guru.

Kesimpulannya, aktiviti ‘Jom Relax!!’ ini telah membantu saya untuk menjadikan

psesi pengajaran dan pembelajaran yang diaksanakan menjadi lebih menarik. Selain

itu, dapat membantu muri-murid itu sendiri mengukuhkan kemahiran yang diajar sambil

melaksanakan aktiviti permainan. Walaubagaimanapun saya merasakan kaedah ini

perlu ditambahbaikan untuk keguaan masa akan dating dan bersesuaian dengan situasi

dan keadaan setempat.

Page 3: teori 1

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI:

“Freeze Up dan Freeze Down”

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Saya mendapati murid- murid suka membuat bising dan sering menganggu

rakan – rakan yang lain di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku. Walaupun ditegur beberapa kali, murid masiih mengulangi perkara tersebut.

Peraturan “Freeze Up dan Freeze Down” banyak membantu saya dalam mengawal

kebisingan dan aktiviti murid-murid di dalam kelas saya.

Peraturan “Freeze Up dan Freeze Down” ini akan dilaksanakan setiap kali sesi

pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu dilaksanakan. Peraturan ini

juga digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidak kira

pada sesi set induksi, peringkat perkembangan mahupun pada aktiviti penutup.

Peraturan ini berlaku apabila saya menyebut “Freeze Up” secara kuat, semua

murid haruslah serta merta berhenti melakukan kerja atau aktiviti yang mereka sedang

lakukan, dan perlu berada dalam keadaan keras, diam serta perlu memberi tumpuan

kepada guru. Dalam keadaan diam seperti ini, saya akan mengambil peluang ini untuk

memberi apa-apa arahan atau memberi apa pesanan atau informasi kepada murid-

murid.

Seterusnya setelah selesai memberi arahan, pesanan atau informasi, saya akan

menyebut ‘Freeze Down’. Setelah itu murid-murid boleh kembali membuat kerja yang

telah diarahkan oleh guru dan tidak membuat bising atau sebarang aktiviti lain.

Pada minggu keempat saya mula menggunakan peraturan ini, nampaknya

murid-murid kelas saya melakukan seperti apa yang saya arahkan dan memberi

kerjasama kepada saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.