3 1 teori kinetik

10
Keadaan Jirim Pengertian Jirim Jirim adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan isipadu(memenuhi ruang). Jirim terdapat dalam tiga keadaan iaitu pepejal,cecair dan gas. Pengertian Pepejal,Cecair dan Gas Pepejal adalah jirim yang mempunyai isipadu yang tetap dan bentuk tertentu Cecair adalah jirim yang mempunyai isipadu yang tetap tetapi tidak mempunyai bentuk tertentu (mengikut bentuk bekas) Gas adalah jirim yang tidak mempunyai bentuk dan isipadu tertentu(mengikut isipadu dan bentuk bekas) Peresapan, Pemampatan dan Pengembangan Pengertian Peresapan Peresapan ialah proses pergerakan molekul-molekul dari kawasan kepekatan tinggi ke kawasan kepekatan rendah. Eksperimen untuk membandingkan kadar peresapan antara dua pepejal ,dua cecair dan dua gas Letakkan pemberat di atas sebuah bongkah logam seperti rajah(a). Catatkan masa bagi pemberat itu meresap ke dalam bongkah itu. Didapati tiada perubahan @ masa adalah terlalu panjang Tuangkan larutan Kuprum Sulfat melalui corong tisel secara perlahan-lahan.Catatkan masa bagi larutan Kuprum Sulfat mula meresap ke dalam air sehingga kepekatannya menjadi seragam. Didapati selepas beberpa minit larutan Kumprum Sulfat meresap ke dalam air. Alihkan penutup balang kaca seperti pada rajah (c) dan catatkan masa wap Bromin mula meresap ke dalam balang yang mengandungi udara sehingga kepekatan seragam. Didapati selepas beberapa saat wap Bromin didapati meresap ke dalam udara. Kesimpulannya kadar peresapan gas adalah tinggi,kadar peresapan cecair adalah 1 PELAJARAN

Upload: slokkro

Post on 06-Jun-2015

1.778 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 1 Teori Kinetik

Keadaan Jirim

Pengertian Jirim

Jirim adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan isipadu(memenuhi ruang).Jirim terdapat dalam tiga keadaan iaitu pepejal,cecair dan gas.

Pengertian Pepejal,Cecair dan Gas

Pepejal adalah jirim yang mempunyai isipadu yang tetap dan bentuk tertentu

Cecair adalah jirim yang mempunyai isipadu yang tetap tetapi tidak mempunyai bentuk tertentu (mengikut bentuk bekas)

Gas adalah jirim yang tidak mempunyai bentuk dan isipadu tertentu(mengikut isipadu dan bentuk bekas)

Peresapan, Pemampatan dan Pengembangan

Pengertian Peresapan

Peresapan ialah proses pergerakan molekul-molekul dari kawasan kepekatan tinggi ke kawasan kepekatan rendah.

Eksperimen untuk membandingkan kadar peresapan antara dua pepejal ,dua cecair dan dua gas

Letakkan pemberat di atas sebuah bongkah logam seperti rajah(a).

Catatkan masa bagi pemberat itu meresap ke dalam bongkah itu.Didapati tiada perubahan @ masa adalah terlalu panjangTuangkan larutan Kuprum Sulfat melalui corong tisel secara perlahan-lahan.Catatkan masa bagi larutan Kuprum Sulfat mula meresap ke dalam air sehingga kepekatannya menjadi seragam.Didapati selepas beberpa minit larutan Kumprum Sulfat meresap ke dalam air.Alihkan penutup balang kaca seperti pada rajah (c) dan catatkan masa wap Bromin mula meresap ke dalam balang yang mengandungi udara sehingga kepekatan seragam.Didapati selepas beberapa saat wap Bromin didapati meresap ke dalam udara.Kesimpulannya kadar peresapan gas adalah tinggi,kadar peresapan cecair adalah sederhana manakala kadar peresapan pepejal adalah terlalu rendah.Ini disebabkan jarak antara molekul pepejal adalah rapat menyebabkan masa yang lebih panjang untuk molekul pepejal lain untuk meresap.Disamping itu daya tarikan antara molekul pepejal adalah kuat.

Pengertian Ketermampatan:Ketermampatan adalah proses di mana apabila daya dikenakan ke atas sesuatu bahan menyebabkan isipadu menjadi kurang.

Eksperimen membandingkan kadar mampatan pepejal,cecair dan gas.

Catatkan perubahan isipadu bongkah kayu apabila pemberat diletakkan di atas bongkah kayu seperti rajah(a).Didapati isipadu bongkah kayu tidak berubah.

1

PELAJARAN 1

Page 2: 3 1 Teori Kinetik

Catatkan pengurangan isipadu picagari yang mengandungi air apabila pemberat diletakkan di atas ombohnya seperti rajah (b)Didapati isipadu picagari tidak berubah.Catatkan pengurangan isipadu picagari yang mengandungi udara apabila pemberat diletakkan di atas ombohnya seperti rajah(c)Didapati isipadu picagari berkurangan.Kesimpulannya kadar kertermampatan gas adalah tinggi manakala kadar ketermampatan cecair adalah pepejal adalah terlalu rendah.Ini disebabkan daya tolakan antara molekul-molekul pepejal dan cecair adalah kuat, dan bagi gas adalah lemah Pengertian PengembanganPengembangan ialah proses pertambahan isipadu sesuatu bahan iaitu dengan cara memanaskan

Eksperimen untuk membandingkan kadar pengembangan pepejal,cecair dan gas.

Panaskan bahagian tengah rod kuprum (pada rajah(a) dan mulakan jam randek.Hentikan jam randek dan ukur pemanjangan rod kuprum.Panaskan bahagian bawah kelalang pada rajah(b) dan mulakan jam randek.Catat masa untuk aras larutan naik setinggi 1 cm.Panaskan bahagian bawah kelalang pada rajah (c) dan mulakan jam randek.Catat masa untuk aras atas penunjuk naik 1 cmKira kadar pengembangan dengan rumus pemanjangan/masa bagi ketiga-tiga eksperimen.Kesimpulannya didapati kadar pengembangan pepejal adalah rendah,kadar pengembangan cecair adalah sederhana dan kadar pengembangan gas adalah tinggi.

Ini disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul pepejal adalah kuat,cecair adalah sederhana dan gas adalah lemah.Perubahan Keadaan JirimApabila jirim menyerap atau membebaskan haba daya tarikan dan tolakan antara molekul bertambah atau berkurang menyebabkan jirim berubah keadaan.Beberapa jenis perubahan jirim adalah seperti berikut:-

Pepejal cecair = pelakuranCecair gas = pengewapanPepejal gas = pemejalwapan ** serap haba**

Gas cecair = kondensasiCecair pepejal = pembekuan ** bebas haba **Perbandingan Pepejal,Cecair dan gas dari segi molekulSifat Pepejal Cecair GasBentuk tertentu mengikut

bekasmengikut bekas

Isipadu tetap tetap mengikut bekas

Jarak pemisahan antara molekul

rapat Sederhana Jauh

Gerakan molekul

Hanyabergetar pada keduduk-an keseimba-ngan

Bebas bergerak secara rawak

BebasBergerak secara rawak

Daya tarikan antara molekul

Sangat kuat

kuat Lemah

Daya tolakan antara molekul

kuat sederhana lemah

5 Andaian Utama Teori Kinetik Jirim

# Jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang dinamakan atom @ molekul

# Molekul-molekul ini sentiasa bergerak secara rawak

# Perlanggaran antara molekul-molekul adalah perlanggaran kenyal

2

Page 3: 3 1 Teori Kinetik

# Daya antara molekul bertambah apabila apabila jarak pemisahan antara molekul berkurang

# Laju molekul atau tenaga kinetik molekul bertambah apabila suhu jirim bertambah

Ekspreimen-eksperimen untuk membuktikan teori kinetik jirim

Eksperimen 1 (Pemerhatian Struktur Hablur)

Sediakan hablur kuprum(II) Sulfat dalam sebuah pering petri.Dengan menggunakan kanta pembesar perhatikan stuktrur hablur dan kemudian lukiskan bentuknyaDidapati hablur kuprum(II) sulfat mempunyai bentuk geometri yang khas iaitu berbentuk kubus.Ini menunjukkan hablur terdiri daripada zarah-zarah kecil yang tersusun dalam corak teratur.

Eksperimen 2 ( Peresapan Gas)

Isikan balang bawah dengan gas nitrogen peroksida yang berwarna perang.Tutup dengan kepingan kaca dan telangkupkan satu balang yang kosong di atasnya.Keluarkan kepingan kaca.Didapati selepas beberapa ketika ,gas nitrogen peroksida didapati meresap masuk ke balang atas walaupun beratnya melebihi berat udara.Ini menunjukkan gas nitrogen peroksida yang mempunyai zarah-zarah seni bergerak ke atas memasukki ruang-ruang kosong yang terdapat di antara molekul-molekul udara.

Eksperimen 3 ( Gerakan Brown)

Perhatikan zarah-zarah asap melalui udaraDidapati zarah-zarah asap sentiasa bergerak secara rawak.Ini menunjukkan molekul-molekul udara yang bergerak secara rawak melanggar zarah-zarah asap.

1 Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai molekul pepejal kecuali

A Molekul-molekul adalah serupaB Molekul-molekul bebas bergerak secara

rawak

3

TUTORIAL 1

Page 4: 3 1 Teori Kinetik

C Daya tarikan antara molekul pepejal adalah kuat

D Apabila pepejal dipanaskan amplitud getaran molekul bertambah

2 Molekul-molekul pepejal hanya bergetar pada kedudukan keseimbangan kerana

A Saiz molekul pepejal adalah besarB Ketumpatan pepejal adalah rendahC Jarak pemisahan antara molekul adalah

rapatD Daya tarikan antara molekul adalah sama

dengan daya tolakan antara molekul

3 Apabila satu pemberat 12 kg diletakkan di atas sebongkah kayu,bentuk dan isipadu bongkah kayu tidak berubah.Ini disebabkan

A Bongkah kayu adalah beratB Bongkah kayu adalah kerasC Ketumpatan bongkah kayu adalah rendahD Jarak pemisahan antara molekul adalah

rapat

4 Di antara pernyataan-pernyataan berikut yang manakah tidak benar bagi molekul dalam cecair?

A Apabila cecair cuba dimampatkan daya tolakan antara molekul akan bertambah

B Apabila suhu cecair bertambah jarak pemisahan antara molekul bertambah

C Molekul cecair bergetar pada kedudukan puratanya sahaja

D Terdapat daya tarikan antara molekul-molekul cecair

5 Gas boleh dimampatkan dengan mudah manakala cecair dan pepejal tidak boleh dimampatkan kerana

A Daya tolakan antara molekul pepejal dan cecair adalah lemah

B Daya tolakan antara molekul gas adalah kuat

C Daya tarikan antara molekul pepejal dan cecair adalah kuat

D Daya tarikan antara molekul gas adalah kuat

6 Apabila minyak wangi disemburkan pada suatu sudut bilik,bau semburan air wangi dapat dikesan dengan cepat pada seluruh bilik kerana

A Gas mempunyai kadar peresapan yang tinggi

B Gas mempunyai kadar pengembangan yang tinggi

C Gas mempunyai kadar ketermampatan yang tinggi

7 Apabila kepingan kaca dikeluarkan didapati wap bromin meresap ke balang gas sebelah atas.Ini menunjukkan

A Molekul-molekul gas disusun dalam satu pola tertentu

B Daya tolakan yang kuat ujud antara molekul-molekul gas

C Molekul-molekul gas terdiri daripada zarah-zarah seni

D Terdapat ruang-ruang yang kosong antara molekul gas

8 Kadar pengembangan pepejal,cecair dan gas disusun mengikut tertib menaik adalah

A Pepejal,cecair,gasB Cecair,gas,pepejalC Gas,cecair,pepejalD Pepejal,cecair,gas

9 Pelakuran adalah proses dimana

A Cecair berubahmenjadi gasB Gas berubah menjadi cecairC pepejal berubah menjadi cecairD Cecair berubah menjadi pepejal

4

Page 5: 3 1 Teori Kinetik

10 Proses yang berlaku pada P adalah

A Kondensasi B PelakuranC Pemejalwapan D Pembekuan

11 Yang manakah antara berikut bukan andaian teori kinetik jirim?

A Molekul-molekul bebas bergerak secara rawak

B Jirim terdiri daripada zarah halus yang dinamakan molekul

C Perlanggaran sesama molekul adalah perlanggaran kenyal

D Jika jarak pemisahan antara molekul bertambah,daya antara molekul bertambah

12 Eksperimen Gerakan Brown menunjukkan bahawa jirim

A terdiri daripada zarah halusB terdiri daripada zarah-zarah udaraC terdiri daripada zarah asap bergerak

secara rawakD terdiri daripada zarah-zarah udara

bergerak secara rawak

13 Eksperimen pembinaan hablur menunjukkan pepejal

A bergerak secara rawakB mempunyai saiz yang samaC mempunyai bentuk yang tersusunD terdiri daripada zarah-zarah halus

mempunyai zarah-zarah yang bebas

14 Suatu gas diisikan dalam sebiji belon dan kemudian muncungnya diikat dengan

kemas.Selepas beberapa hari didapati belon itu menjadi kempis.Ini menunjukkan bahawa

A Daya yang kuat antara molekul gasB Molekul gas disusun dalam pola tertentuC Molekul-molekul gas bergerak secara

rawakD Molekul-molekul gas terdiri daripada zarah-

zarah seni

15 Haba dibebaskan apabila

A cecair naftalena membekuB pepejal iodin menjadi gasC cecair eter menyejatD ais melebur

16Ciri Keadaan Jirim

A B CJarak pemisahan antara molekul

pendek sederhana panjang

Gerakan molekul

hanya bergetar pada keduduk-an keseimb-angan

bebas bergerak

Daya tarikan antara molekul

kuat kuat lemah

Bentuk ikut bekas

(a) Jadual di atas menunjukkan tiga rupabentuk jirim A,B dan C.(i) Lengkapkan jadual di atas(ii) Nyatakan keadaan jirim A

.............................................................................

(iii) Nyatakan pengertian keadaan jirim B?

.............................................................................

.............................................................................(b) Yang manakah antara keadaan jirim

mempunyai

5

Page 6: 3 1 Teori Kinetik

(i) Kadar pemampatan tinggi?

.............................................................................

(ii) Kadar peresapan tinggi dan nyatakan sebabnya.

.............................................................................

.............................................................................

.............................................................................

17

(a) Rajah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji Gerakan Brown.Gerakan zarah-zarah asap diperhatikan melalui sebuah mikroskop.Apakah yang dimaksudkan dengan “Gerakan Brown”?

.............................................................................

.............................................................................

.............................................................................(b) Lukiskan pada ruang di bawah untuk

menunjukkan gerakan zarah-zarah asap dalam sel kaca

(c) Apakah kegunaan rod kaca

.............................................................................

(d) Apakah yang menyebabkan zarah-zarah asap dalam sel kaca bergerak ?

.............................................................................

(e) Apakah kesimpulan yang yang dapat dibuat daripada gerakan zarah-zarah asap tersebut?

.............................................................................(f) Apakah yang terjadi jika sel kaca

dipanaskan dan nyatakan sebabnya.

.............................................................................

(h) Namakan satu lagi eksperimen untuk menunjukkan gerakan Brown.

.............................................................................

6