tenaga nuklear-p.am 2 (laras sains)

16
NAMA SEKOLAH : SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH, SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK. TAJUK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2 : TENAGA NUKLEAR NAMA PELAJAR : SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM (911031-08-6634) NAMA GURU : EN. KHAIRUDDIN BIN BORHAN TARIKH HANTAR : 1

Upload: norriza65

Post on 18-Jun-2015

2.713 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

NAMA SEKOLAH :

SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH,

SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN,

PERAK.

TAJUK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2 :

TENAGA NUKLEAR

NAMA PELAJAR :

SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM

(911031-08-6634)

NAMA GURU :

EN. KHAIRUDDIN BIN BORHAN

TARIKH HANTAR :

18 FEBRUARI 2010

1

Page 2: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

TENAGA NUKLEAR

1. MEMAHAMI BAHAN RADIOAKTIF

Pernahkah anda mendengar bom nuklear?. Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat tinggi dan memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.

Kita akan mengkaji sedikit tentang bahan radioaktif.

Bahan radioaktif ialah unsur yang :- a. nukleusnya tidak stabil b. nukleusnya mereput secara spontan c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)

Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller, Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.

Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan. Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.

Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.

SINARAN ALFA BETA GAMMA

Kuasa penembusan

dihalang oleh sekeping kertas

dihalang oleh kepingan aluminium (3mm)

dihalang oleh kepingan plumbum (10cm)

Ciri runut dalam kebuk awan

lurus dan tebal

garis halus dan bergelombang

pendek, halus dan bertaburan

Cas + - neutral

2

Page 3: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

2. PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR

Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

BAHAGIAN BAHAN API MODERATORSISTEM

PENYEJUK

KOMPONEN

Bahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uranium

Bahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafit

Sistem yang mengurangkan tenaga haba

3. KEGUNAAN LAIN BAHAN RADIOAKTIF

Selain menghasilkan tenaga elektrik (Malaysia belum lagi ya..), bahan radioaktif juga mempunyai kegunaan lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.

BIDANG KEGUNAANCONTOH BAHAN

Perindustrian Mengesan kebocoran paip bawah tanahradioisotop iodin

PertanianMengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan

fosforus-32

Perubatan Membunuh sel barah kobalt-60

3

Page 4: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

ArkeologiMenentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon")

karbon-14

4. KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF

Jika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan kepada kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan radioaktif.

KESAN AKIBAT KESAN CARA MENGATASI

KEMALANGAN

alam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulan

Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan

PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF

alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas

Pembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.

PEPERANGANPembinaan senjata pemusnah yang besar

Menghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata

Jika perlu penggunaan bahan radioaktif hendaklah diuruskan dengan baik. Sebagai contoh ianya hendaklah disimpan dengan cara yang sempurna. Cara penyimpanan bahan radioaktif ialah :-

Menyimpan dalam kotak plumbum yang tebal. Bilik penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.

Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti

memakai "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem menggunakan robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.

4

Page 5: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

5. BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia.

TENAGA NUKLEAR SEBAGAI PENYUMBANG TENAGA ELEKTRIK: ISU-ISU GLOBAL

Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.

Tindak balas berantai uranium yang digunakan dalam reaktor nuklear hendaklah dikawal untuk mengelakan letupan yang dahsat yang menjejaskan alam sekitar. Proses pengawalan tindak balas berantai uranium ini adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kecekapan peralatan dan kepakaran manusia berada di tahap yang optimum. Selain daripada itu tindak balas berantai uranium akan menghasilkan radiasi yang dikeluarkan oleh isotop uranium. Kemudaratan yang terhasil di dalam industri nuklear menjadi isu hangat di peringkat antara bangsa.    

PRO TERHADAP PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

1. Bahan api fosil adalah bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akan berkurangan dari satu masa ke semasa. Justeru itu bahan api nuklear digunakan sebagai alternatif terhadap bahan api fosil didalam usaha menjana tenaga elektrik.

2. Bahan api fosil dikatakan mencemarkan alam sekitar sedangkan tenaga nuklear yang digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik tidak mencemarkan udara. Unsur utama yang dikeluarkan daripada janakuasa yang menggunakan bahan api fosil ialah gas karbon dioksida. Pengeluaran bahan api fosil ini akan menyebabkan kesan rumah hijau berlaku.

5

Page 6: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

3. Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan lagi di mana kecekapan peralatan boleh mencapai 100 peratus. Para saintis berusaha untuk mereka bentuk reaktor nuklear yang lebih selamat.

4. Para penyelidik sedang berusaha untuk mengatasi masalah pelupusan sisa nuklear dengan lebih berkesan lagi. Kajian ditumpukan untuk mengitar semula sisa radioaktif untuk menjadi bahan yang tidak mendatangkan mudarat kepada alam sekitar. Sebagai contoh: para saintis di Universiti Mississippi State sedang mengusahakan suluhan plasma (plasma torch) yang mampu menghasilkan pancaran sebanyak 15,000 darjah Fahrenheit. Suluhan plasma ini dikatakan boleh menjadikan sisa toksid bertukar menjadi bahan yang tidak merbahaya.

KONTRA TERHADAP PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

1. Bahan api fosil adalah bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akan berkurangan dari satu masa ke semasa. Bahan radioaktif adalah bahan galian juga dimana penggunaannya pasti akan mengurangkan stok bekalan dunia.

2. Adakah benar bahawa loji elektrik yang menggunakan nuklear tidak mencemarkan alam sekeliling?

Pembakaran bahan api fosil menyumbangkan 57% faktor berlakunya kesan rumah hijau. Gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil adalah tinggi manakala tiada pembebasan gas tersebut di dalam reaktor nuklear. Tetapi gas karbon dioksida banyak dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium bermutu tinggi yang digunakan di dalam reaktor nuklear. Jumlah gas karbon dioksida yang di dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium bermutu tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil.

3. Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan lagi di mana kecekapan peralatan boleh mencapai 100 peratus. Walau bagaimana pun kecekapan pengendalian peralatan oleh manusia tidak akan mencapai 100%.

Isu-isu global yang dibangkitkan oleh nuklear begitu hangat dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat dunia. Berikut ini adalah perkara-perkara utama mengapa penjanaan kuasa elektrik menjadi isu-isu global;

1. Perlombongan Dan Fabrikasi Uranium 2. Pengilangan Uranium 3. Penyimpanan Uranium 4. Pengangkutan Nuklear 5. Reaktor Nuklear 6. Penutupan Reaktor Nuklear 7. Sisa Nuklear 8. Perlumbaan Senjata Nuklear

6

Page 7: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

BERITA-BERITA TENTANG TENAGA NUKLEAR..

Malaysia wajar guna tenaga nuklear 2020

Oleh KAMARULZAIDI KAMIS dan DALIZA ARIFFIN

BANGI 11 Nov. – Kerajaan wajar menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif menggantikan minyak bagi menjana elektrik menjelang 2020, kata Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Datuk Dr. Daud Mohamad.

Beliau berkata, jika negara terus bergantung kepada minyak bagi menjana elektrik sedangkan harga komoditi itu terus meningkat, kerajaan pasti tidak ada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tarif elektrik dalam jangka panjang.

‘‘Penggunaan minyak akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif elektrik yang tinggi selain meningkatkan kos operasi sektor perkilangan dan pembuatan,’’ katanya dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Katanya, walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro tetapi tenaga nuklear dilihat alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam.

Daud berkata, pada masa ini lebih 80 peratus tenaga elektrik negara dijana menggunakan gas dan selebihnya menggunakan arang batu, minyak dan hidro.

‘‘Pada masa ini harga minyak mentah melepasi AS$90 setong dan trend menunjukkan harga komoditi itu akan terus naik melepasi AS$100 setong tidak lama lagi.

‘‘Tidak ada tanda-tanda harga minyak akan turun kembali di bawah paras AS$70 setong,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantung kepada minyak dan gas.

‘‘Adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk nilai tambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara.

‘‘Malah penggunaan sumber minyak secara intensif akan menyebabkan sumber itu cepat habis dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang,’’ katanya.

7

Page 8: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

Daud berkata, penggunaan tenaga nuklear juga lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang, selain bahan buangannya boleh diproses semula untuk dijadikan bahan bakar hidrogen bagi kegunaan kenderaan.

Beliau berkata, tempoh pembinaan janakuasa nuklear juga mengambil masa yang singkat iaitu selama lima tahun.

Menurutnya, reka bentuk loji nuklear sekarang boleh bertahan sehingga 70 tahun berbanding hanya 40 tahun menggunakan teknologi lama.

Kata beliau, modal permulaan bagi membangunkan loji tenaga nuklear adalah sama dengan loji yang menggunakan minyak yang mengeluarkan kapasiti sama, namun dalam jangka panjang, penyenggaraan loji nuklear lebih murah dan dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus.

Beliau berkata, buat permulaan Malaysia perlu membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti kira-kira 700 hingga 800 megawat elektrik iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam negara.

Katanya, bagi membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti 700 dan 800 megawat elektrik, kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1 bilion mengikut kos pada masa ini.

Menurut Daud, jika rakyat Malaysia dapat diberi maklumat yang jelas mengenai kebaikan tenaga nuklear dan sentimen negatif rakyat Malaysia terhadap penggunaan nuklear dapat dikikis, kerajaan tidak ada masalah untuk melaksanakan penggunaan tenaga itu menjelang 2020.

Katanya, Malaysia wajar melangkah ke arah penggunaan tenaga nuklear kerana Indonesia, Vietnam dan Thailand telah melaksanakan polisi untuk menggunakannya menjelang 2016, 2018 dan 2021.

8

Page 9: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

15 OGOS (UTUSAN MALAYSIA):KEJAYAAN NUKLEAR JEPUN JADI IKUTAN

PENGGUGURAN bom nuklear ke atas Jepun pada 6 dan 9 Ogos 1945 sememangnya merupakan tragedi yang telah meranapkan tamadun dan kegemilangan Jepun ketika era Perang Dunia Kedua. Kemusnahan dan kemampuan senjata nuklear ini hakikatnya pada satu ketika telah menimbulkan kebimbangan global terhadap bahaya nuklear yang mampu menghapuskan nyawa dan ketamadunan manusia. Malah apabila memperkatakan mengenai nuklear, rata-ratanya masyarakat antarabangsa sering menyuarakan kebimbangan dan mengaitkan dengan bahaya nuklear kepada dunia.   Dalam masa yang sama bencana kebocoran nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 sering menjadi ukuran terhadap nuklear dan sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Hakikatnya, nuklear adalah sumber tenaga yang memberi impak yang positif kepada ekonomi, politik dan kemajuan sesebuah negara. Sedarkah kita Jepun yang pernah menjadi mangsa kepada nuklear yang mana lebih 200,000 nyawa terkorban dalam satu masa kini merupakan negara ketiga terbesar membangunkan nuklear di dunia? Adakah mereka tidak serik dengan bahaya nuklear? Walaupun Jepun pernah menghadapi dan menanggung bencana akibat daripada nuklear, namun ia tidak mempengaruhi perspektif dan dasar Jepun untuk menolak pembangunan nuklear sebagai sumber yang dapat menjamin kelangsungan hidup mereka. Sememangnya Jepun telah menyedari bahawa nuklear sebenarnya bukanlah satu sumber yang hanya bertujuan bagi membangunkan senjata semata-mata, sebaliknya ia dapat membawa kepada kebaikan kepada ketamadunan manusia jika ia dibangunkan bagi tujuan sumber tenaga. Ternyata keputusan Jepun untuk membangunkan nuklear sebagai sumber tenaga bagi negara telah membawa kepada kejayaan seperti mana negara Jepun yang kita lihat pada hari ini. Jepun yang pernah menjadi mangsa kepada nuklear kini, berjaya membangunkan sumber nuklear untuk kebaikan kepada Jepun dan telah berjaya meletakkan Jepun sebagai negara maju sebaris dengan kuasa- kuasa besar yang lain. Kini terdapat 55 buah loji nuklear di Jepun yang bertanggungjawab menyalurkan tenaga 49,467 megawatts (MW) kepada keperluan domestiknya. Kejayaan dan pandangan positif terhadap nuklear yang diaplikasikan oleh Jepun, telah menjadi contoh kepada negara lain khususnya di Asia Pasifik. Sehingga kini, sumber tenaga nuklear bukan lagi perkara yang asing bagi negara di rantau Asia Timur. Ini kerana kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau berkenaan memiliki sumber nuklear seperti Korea Utara (enam loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (lapan loji) dan China (40 loji).   Kesedaran dan peralihan negara rantau Asia Timur kepada pembangunan nuklear turut mempengaruhi negara-negara di Asia Tenggara untuk membangunkan nuklear. Pada 13 Mei 2006 dalam Sidang Kemuncak Kelima Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang diadakan di Bali, Indonesia telah mengumumkan cadangan untuk membangunkan program nuklear. Kesedaran Indonesia untuk membangunkan nuklear ini adalah dipengaruhi oleh masalah penyediaan sumber tenaga kepada keperluan domestiknya yang mempunyai populasi melebihi 200 juta orang di samping dapat mengurangkan kos dan mengelakkan pergantungan kepada sumber gas dan minyak.  

9

Page 10: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

Kesungguhan Indonesia ini dapat dilihat apabila pada 8 Disember 2006, negara itu telah memohon kebenaran daripada IAEA bagi membangunkan sumber tenaga nuklear dengan mensasarkan pembinaan loji tenaga nuklear pertamanya di Semenanjung Muria Jawa Tengah, Indonesia. Keputusan Indonesia yang mengumumkan pembangunan nuklear bagi tujuan tenaga adalah masih tertakluk dan tidak melanggari perjanjian SEANWFZ. Malah, Ketua Pengarah IAEA, Mohamed ElBaradei telah menjelaskan pada 8 Disember 2006 bahawa Indonesia telah pun memenuhi syarat-syarat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT). Kepentingan nuklear ini turut di sedari oleh Malaysia khususnya bagi mengatasi masalah penyediaan sumber tenaga dan menghadapi fenomena kenaikan harga minyak. Kesedaran Malaysia ini dapat dilihat apabila kerajaan menyatakan cadangan membangunkan reaktor tenaga nuklear berkuasa 20 MW dalam Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA pada 27 November 2006 dan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Sains dan Teknologi ASEAN (IAMMST) ke-4 pada 28 Ogos 2006. Selain Malaysia, program pembangunan sumber tenaga nuklear ini turut merebak ke negara serantau yang lain seperti Myanmar yang mula membangunkan sumber tenaga nuklear semenjak tahun 2001 dan Vietnam pada Ogos 2006. Tenaga nuklear hakikatnya tidak lagi dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa, sebaliknya ia telah membuka ruang kepada masyarakat dunia untuk membangunkan nuklear bagi tujuan positif. Last Updated ( Sunday, 07 September 2008 )  

10

Page 11: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

Tenaga Nuklear di Malaysia...Biar Betul???

Kerajaan bersedia menggunakan tenaga nuklear menggantikan minyak sebagai alternatif

jangka panjang untuk menjana kuasa elektrik jika harga bahan api itu terus melambung di

pasaran dunia. Kerajaan akan mencari alternatif lain seperti tenaga solar, hidro, hidro mini,

biomas dan bahan bakar yang diperbaharui daripada sampah sarap bagi menggantikan

minyak.

Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan membina reaktor nuklear bagi

tujuan penjanaan elektrik. Adakah ini perkara baik atau buruk bagi kita?

Untuk pengetahuan semua, teknologi nuklear ini bukanlah satu perkara yang asing bagi

negara kita. Kerana Malaysia sudah pun mempunyai reaktor sendiri yang dikenali sebagai

Reaktor Triga Puspati (RTP). RTP mula beroperasi pada tahun 1982 dibina bagi tujuan

penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan kepada perubatan, pertanian serta kajian

neutron.

11

Page 12: TENAGA NUKLEAR-P.AM 2 (LARAS SAINS)

Janakuasa nuklear menggunakan uranium dalam bentuk isotop, dengan melakukan beberapa

siri tindakbalas bagi menghasilkan haba yang banyak. Haba tersebut akan digunakan untuk

memutarkan turbin bagi menghasilkan elektrik. Uranium merupakan salah satu unsur yang

paling mudah dijumpai di tanah, pokok dan air. Antara negara yang menjadi pengeluar

terbesar uranium ialah Kazakhstan, Australia dan Canada.

Stesen Janakuasa Nuklear Ikata, Jepun.

Dalam analisis reaktor nuklear, stesen nuklear Ikata mempunyai tiga reaktor dan apabila

ketiga-tiga kipas turbin reaktor ini bekerja serentak, ia mampu menghasilkan 2, 022 MW di

satu lokasi sahaja. Dapat dirumuskan bahawa jika digabungkan empangan Kenyir dan

Temenggor masih tidak dapat menandingi stesen nuklear Ikata.

Jika Malaysia tetap mahu membina stesen janakuasa nuklear, harus diingat pembinaan

janakuasa nuklear memerlukan kawasan pembinaan yang amat besar.

12