tenaga kimia

4
Tenaga Kimia Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia. Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia, tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga. Tenaga kimia didapati pada bahan api seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan seperti beras, daging, buah- buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia seperti bateri sel kering dan akumulator. Semasa pembakaran, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya. Dalam pengoksidaan makanan, tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan. Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain. Kegunaan tenaga kimia: 1. Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air. 2. Bahan api seperti petroleum dibakar untuk mengendalikan motor/enjin. 3. Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu. Tenaga Elektrik Tenaga elektrik ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik. Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk melaksanakan kerja. Contoh-contoh tenaga elektrik: 1. Dinamo (dynamo).

Upload: missanisf

Post on 26-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sains form 1

TRANSCRIPT

Page 1: Tenaga Kimia

Tenaga Kimia

Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia.

Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia, tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Tenaga kimia didapati pada bahan api seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia seperti bateri sel kering dan akumulator.

Semasa pembakaran, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya.

Dalam pengoksidaan makanan, tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:

1. Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air.

2. Bahan api seperti petroleum dibakar untuk mengendalikan motor/enjin.

3. Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik.

Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk melaksanakan kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:

1. Dinamo (dynamo).2. Bateri/sel kering.3. Sel solar.4. Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:

1. Untuk menyalakan lampu.2. Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik

seperti periuk nasi, cerek elektrik, dan pengekstrak jus.3. Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan

oksigen dalam proses elektrolisis air.4. Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.

Tenaga Nuklear

Page 2: Tenaga Kimia

Tenaga nuklear adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom

Tenaga nuklear juga dikenali sebagai tenaga atom.

Contoh-contoh tindak-balas yang menghasilkan tenaga nuklear:

1. Pembelahan nuklear (nuclear fission)

Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.

2. Pelakuran nuklear (nuclear fusion)

Satu proses di mana unsur-unsur yang lebih kecil dan ringan bergabung dengan satu sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:

Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam.

Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear .

Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom.

Tenaga Mekanikal

Tenaga mekanikal dihasilkan apabila sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya.

Tenaga mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan.

Tenaga mekanikal terdiri daripada tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

Contoh-contoh tenaga mekanikal:

Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas. Ayunan bandul ringkas (simple pendulum swinging) Pergerakan gergaji yang sedang digunakan. Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:

Menunggang basikal. Permainan yo yo. Permainan buaian.

Tenaga Solar

Page 3: Tenaga Kimia

Tenaga solar adalah tenaga yang dihasilkan semasa proses pelakuran nuklear di dalam teras matahari.

Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada matahari.

Kegunaan tenaga solar

Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik. Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan

proses fotosintesis. Untuk membolehkan air menyejat dan kemudiannya

membentuk awan. Untuk mengeringkan pakaian