berita kimia - science.utm.my · berita kimia jabatan kimia, fakulti sains, universiti teknologi...

4
BERITA KIMIA JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KELUARAN 2 / 2015 daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Secara khususnya seramai 5 orang pelajar tahun 2 (sesi 2014/2015) daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menyertai program ini. Bertemakan ―Ke Arah Pembentukan Tunas Saintis Nobel Berperibadi Holistik dan Inovatif‖, program ini bertujuan melahirkan saintis yang fokus dengan matlamat, berjiwa survival dan berkemahiran. Selari dengan hasrat berkenaan, 3 modul utama telah dirancang sepanjang program ini. Modul The Transformers memfokuskan pembinaan intelek (IQ), emosi (EQ) dan rohani (SQ). Modul Survival Ironman pula menekankan pemantapan ketahanan fizikal dan mental, selain memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan mempraktik ilmu kehidupan. Manakala modul Pengenalan Kepada Penyelidikan merupakan aktiviti yang bertujuan memperkenalkan peserta kepada Undergraduate Research Programme (UGRP), research methodology, lawatan ke makmal terkemuka dan seminar bersama Profesor UTM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, TNC (P&I) UTM, manakala majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pro Canselor UTM. Program yang telah dirancang dan dijayakan oleh felo PSAN yang terdiri daripada pensyarah muda dengan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah senior daripada FS dan FBME diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang bagi malahirkan graduan berfikiran Nobel selari dengan tujuan dan sasaran universiti. PSAN-UTM Summer School 2015 Program PSAN-UTM Summer School 2015 telah diadakan selama 2 minggu bermula pada 16 – 27 Ogos 2015 di sekitar UTM. Program ini telah melibatkan 30 orang pe- serta yang terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih daripada kursus pra-siswazah me- lalui program UTM-YES (Young Excellent Scientist) daripada Fakulti Sains (FS) dan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Peruba- tan (FBME), dan juga program 5ETP (Excellent Track Program) AKAN DATANG MEET EXPERT FROM INDUSTRY A talk will be given by Mr. Shigeo Hashimoto, The Vice President of Uyemura Co. Ltd. Date: 20 October 2015 Time: 2.30—3.30 PM Venue: DK1, C17, Faculty of Science Title: Plating Technology from Fundamental Studies to Applications BENGKEL KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (K3P) 2015 Tarikh: 27—28 Oktober 2015 Tempat: T05, Faculty of Science Program: Demo pemadaman api, ceramah bomba, unit OSHE, ceramah kesihatan, program riadah, berbasikal, senamrobik dan banyak lagi.

Upload: lynhu

Post on 08-Sep-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA KIMIA - science.utm.my · BERITA KIMIA JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KELUARAN 2 / 2015 daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan Fakulti

BERITA KIMIA

JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KELUARAN 2 / 2015

daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Secara khususnya

seramai 5 orang pelajar tahun 2 (sesi 2014/2015) daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menyertai

program ini. Bertemakan ―Ke Arah Pembentukan Tunas Saintis Nobel Berperibadi Holistik dan Inovatif‖,

program ini bertujuan melahirkan saintis yang fokus dengan matlamat, berjiwa survival dan

berkemahiran. Selari dengan hasrat berkenaan, 3 modul utama telah dirancang sepanjang program ini.

Modul The Transformers memfokuskan pembinaan intelek (IQ), emosi (EQ) dan rohani (SQ). Modul

Survival Ironman pula menekankan pemantapan ketahanan fizikal dan mental, selain memberi peluang

kepada pelajar untuk mempelajari dan mempraktik ilmu kehidupan. Manakala modul Pengenalan Kepada

Penyelidikan merupakan aktiviti yang bertujuan memperkenalkan peserta kepada Undergraduate

Research Programme (UGRP), research methodology, lawatan ke makmal terkemuka dan seminar

bersama Profesor UTM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, TNC

(P&I) UTM, manakala majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pro Canselor

UTM. Program yang telah dirancang dan dijayakan oleh felo PSAN yang terdiri daripada pensyarah

muda dengan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah senior daripada FS dan FBME diharapkan

dapat diteruskan di masa akan datang bagi malahirkan graduan berfikiran Nobel selari dengan tujuan

dan sasaran universiti.

PSAN-UTM Summer School 2015

Program PSAN-UTM Summer School 2015

telah diadakan selama 2 minggu bermula

pada 16 – 27 Ogos 2015 di sekitar UTM.

Program ini telah melibatkan 30 orang pe-

serta yang terdiri daripada pelajar-pelajar

terpilih daripada kursus pra-siswazah me-

lalui program UTM-YES (Young Excellent

Scientist) daripada Fakulti Sains (FS) dan

Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Peruba-

tan (FBME), dan juga program 5ETP

(Excellent Track Program)

AKAN DATANG

MEET EXPERT FROM INDUSTRY

A talk will be given by Mr. Shigeo Hashimoto, The Vice President of Uyemura Co. Ltd.

Date: 20 October 2015

Time: 2.30—3.30 PM

Venue: DK1, C17, Faculty of Science

Title: Plating Technology from Fundamental Studies to Applications

BENGKEL KESEDARAN KESELAMATAN

& KESIHATAN PEKERJAAN (K3P) 2015

Tarikh: 27—28 Oktober 2015

Tempat: T05, Faculty of Science

Program: Demo pemadaman api, ceramah bomba,

unit OSHE, ceramah kesihatan, program riadah,

berbasikal, senamrobik dan banyak lagi.

Page 2: BERITA KIMIA - science.utm.my · BERITA KIMIA JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KELUARAN 2 / 2015 daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan Fakulti

UTM dan Institut Kimia Malaysia Cawangan Selatan bersama Institut

Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Jabatan Kimia Malaysia

Johor dan American Chemical Society Malaysia telah menganjurkan satu

program Karnival Kimia Johor bagi tahun 2015. Program yang

berlangsung pada 4-5 September 2015 ini telah diadakan di Institut

Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat. Pelbagai aktiviti

menarik telah disediakan sepanjang karnival ini; antaranya ialah

syarahan kimia, demonstrasi kimia interaktif, pameran inovasi kimia,

pertunjukan sains serta pelbagai pertandingan yang melibatkan bidang

kimia. Program karnival ini dilaksanakan bagi memupuk minat dan

mendedahkan pelajar terhadap pendidikan dan penyelidikan melibatkan

sains kimia. Ia memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari

sains di luar kelas dan waktu pembelajaran rasmi. Selain itu, satu

seminar keselamatan makmal juga telah diadakan untuk memberikan

pengetahuan dan kemahiran kepada guru dan pembantu makmal bagi

persediaan melaksanakan amali sains di sekolah. Program Karnival

Kimia Johor ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Norsarahaida Saidina

Amin, Dekan Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia. Program ini

merupakan kesinambungan program yang telah dilaksanakan bermula

tahun 2011 lagi sempena Tahun Kimia Antarabangsa. Bermula pada

tahun 2015 ini, program ini telah dianjurkan di luar Universiti Teknologi

Malaysia iaitu di daerah Batu Pahat bagi membolehkan keseluruhan

komuniti Johor mendapat manfaat. Berita Kimia mengucapkan sekalung

tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.

KARNIVAL KIMIA JOHOR (K2J) 2015

Jawatankuasa Pembangunan Pelajar (JKPP) merupakan

jawatankuasa yang bertanggungjawab membangunkan

pelajar di luar bidang akademik bagi memberi nilai

tambah kepada pelajar dalam menghadapi cabaran

sebagai graduan kelak. Untuk itu, Fakulti Sains merangka

suatu kaedah pembangunan pelajar melalui program

yang dijalankan dalam Roadmap Fakulti Sains. Pada 8

September 2015, suatu perjumpaan bagi menerangkan rangka program Roadmap telah diadakan kepada

pelajar bagi membantu pelajar memahami perjalanan program dan pencapaian yang ingin dicapai sepanjang

program. Majlis pada petang itu dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan Kimia, PM Dr. Zaiton Abdul Majid

dengan kehadiran pensyarah Jabatan kimia serta semua pelajar tahun satu hingga tahun empat. Diharapkan

dengan pengenalan kepada Roadmap ini, pelajar akan lebih teruja untuk mengikuti setiap program yang

dirancang sepanjang Roadmap dijalankan.

PERJUMPAAN JKPP BERSAMA PELAJAR

Page 3: BERITA KIMIA - science.utm.my · BERITA KIMIA JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KELUARAN 2 / 2015 daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan Fakulti

Beberapa orang pensyarah

Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah

terlibat dalam menjayakan

Bengkel Pentaksiran Soalan Kimia

Program Satu Tahun Matrikulasi

pada 29 September hingga 2

Oktober 2015 bertempat di Corus

Paradise Resort, Port Dickson,

Negeri Sembilan. Mereka yang

terlibat adalah Prof. Dr. Wan Aini

Wan Ibrahim selaku Ketua Panel

Pentaksir dan juga Dr. Che Rozid

Mamat (Pentaksir). Penglibatan

sebegini adalah sebagai satu

pengiktirafan kepakaran oleh

pihak luar kepada staf di Jabatan

Kimia selain dapat menyumbang

kembali kepada keperluan

pendidikan masyarakat di luar

UTM.

PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA KE UTM

Bengkel Pentaksiran

Soalan Kimia Program

Satu Tahun Matrikulasi

Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menerima 5 orang pelajar

antarabangsa melalui program pertukaran pelajar; Non-Graduate

Student—Undergraduate Program (NGS-UG). Mereka ini termasuklah

3 pelajar dari Prince of Songkla University, Thailand, seorang pelajar

dari Universiti Brunei Darussalam, dan seorang pelajar dari Seoul

National University of Science and Technology, Korea Selatan.

Kesemua mereka sedang mengikuti beberapa kursus yang ditawarkan

oleh Jabatan Kimia bersama-sama pelajar tempatan dan akan berada

di sini sepanjang semester ini. Program sebegini selari dengan hasrat

universiti untuk meningkatkan peratusan pelajar antarabangsa di

UTM sekaligus mempromosikan program-program yang ditawarkan

oleh UTM di peringkat antarabangsa. Selain itu, kehadiran pelajar

antarabangsa ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar

tempatan mengenali adat dan budaya negara lain.

Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menerima kunjungan rasmi

oleh Assoc. Prof. Dr. Tewin Tencomnao, Assoc. Prof. Dr. Viroj

Boonyaratanakornkit dan Dr. Siriporn Sangsuthum pada 1—3

September 2015. Lawatan ini adalah bersempena jaringan

penyelidikan yang telah dijalinkan di antara Jabatan Kimia

dengan Chulalongkorn University, Thailand sejak tahun 2011

lagi. Dengan adanya pertemuan ini, perbincangan mengenai

peluang dan hala tuju penyelidikan di masa akan datang di

antara kedua belah pihak dapat diperincikan.

LAWATAN PENSYARAH PELAWAT KE JABATAN

TAHNIAH

Diucapkan kepada semua

pensyarah Jabatan Kimia

yang berjaya menerima FRGS

Grant 2015.

Antaranya: Prof. Dr. Madzlan

Aziz, Assoc. Prof. Dr.

Rusmidah Ali, Prof. Dr. Wan

Aini Wan Ibrahim, Prof. Dr.

Wan Azelee Wan Abu Bakar,

Prof. Dr. Sugeng Triwahyono,

Dr. Mohd Bakri Bakar, Prof.

Dr. Mustaffa Shamsuddin.

Page 4: BERITA KIMIA - science.utm.my · BERITA KIMIA JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KELUARAN 2 / 2015 daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga dan Fakulti

Jawatankuasa Editor

Penasihat Prof. Madya Dr.

Zaiton Abdul Majid

Ketua

Editor

Prof. Dr. Hasnah Md

Sirat

Editor Dr. Siti Aminah Setu

Info Dr. Bakri, PM Dr. Nor

Aziah, Dr. Norazah, Dr.

Hasmerya, Prof. Dr.

Wan Aini, PM Dr.

Farediah, Pn. Nurul

Untuk keluaran seterusnya boleh emailkan

maklumat kepada:

[email protected]

Dr. Aemi Syazwani Abdul Keyon dan Dr. Siti Aminah Setu telah selesai mengikuti kursus Sijil Pengajaran

Pengajian Tinggi (SPPT) 2015 sebagai memenuhi syarat untuk pengesahan jawatan. Kursus ini telah

berlangsung selama 3 minggu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf akademik UTM

dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dalam hal

yang berkaitan pembangunan kurikulum dan silibus berasaskan hasil, kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dan berpusatkan pelajar, penerapan kemahiran generik, kaedah penilaian yang berkesan dan

penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, kursus SPPT ini juga

memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan perkembangan dan keperluan terkini pengajaran dan

pembelajaran terutamanya dalam perlaksanaan sistem OBE, pengguanaan kaedah pembelajaran berpusatkan

pelajar dan penggunaan teknologi terkini.

KEHADIRAN STAF DALAM KURSUS SPPT 2015

INAUGURAL SYMPOSIUM OF THE PHYTOCHEMICAL SOCIETY OF ASIA (ISPSA) 2015

(August 30th

– September 2nd

) at Tokushima Bunri University, Japan

The international symposium was the first independent symposium organized by the Phytochemical Society of Asia (PSA) and was held at Tokushima Bunri University, Japan. The symposium was chaired by Prof Dr DHC Yoshinori Asakawa, the president of PSA. There were 31 plenary and invited speakers, 67 oral presenters and 118 poster presentations.

Her Royal Highness Princess Chulabhorn Mahidol has graced the occasion as the guest speaker. ISPSA 2015 Tokushima had attracted phytochemists from 27 countries in the world to take part. The aims of the symposium were to promote the international exchange of contemporary ideas on phytochemistry, pharmacognosy, plant products, plant engineering and tissue and suspension cultures, toxicology studies of plant products, essential oils, biotransformation of phytochemicals, total and semisynthesis of bioactive natural products. The symposium also provided a platform for post-doctoral fellows and graduate students in the region to create a professional network to continue their careers studying the diverse aspects of phytochemistry. Both Prof Dr Hasnah Mohd Sirat (invited speaker) and AP Dr Farediah Ahmad (oral presenter) from the Department of Chemistry took part in ISPSA 2015 Tokushima.