temuduga karya irwan abu bakar contoh analisis struktural

Upload: cikgu-bala

Post on 15-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kaedah penganalisaan struktural cerpen

TRANSCRIPT

Temuduga karya Irwan Abu BakarNovel yang saya kaji ialah cerpen Temuduga karya Irwan Abu Bakar, Tema yang saya fikirkan sesuai ialah keiklasan/kejujuran dalam mengharungi temuduga.Perkara ini kerana, watak aku atau Abdulah ialah seorang yang sangat jujur serta iklas dalam menghadiri temuduga walaupun beliau dicuba untuk dirasuah dan dibunuh.Persoalan yang dapat kita garapkan melalui cerpen ini ialah:1. Persaingan dalam mendapatkan suatu pekerjaan.Sebagai contoh, terdapat lima calon yang hadir untuk ditemuduga, tetapi hanya seorang calon yang layak untuk jawatan tersebut.

2.sikap tamak haloba. Sebagai contoh, calon no 3 telah menunjuk surat tawaran syarikat lain(ICT) yang membayar gaji lebih tinggi walaupun sudah berada di syarikat Rio Intelek.

3. Tegas dalam pendirian. Sebagai contoh, watak Abdulah tidak memihak kepada tawaran wang ringgit RM 1 juta dan juga ancaman kepada nyawanya.4. Jangan nilai status seseorang berdasarkan pekerjaan. Sebagai contoh, watak Esah, yang menyamar sebagai tukang cuci tingkap untuk menilai Abdulah.

Watak perwatakkan:1.Dalam cerpen ini watak utama iaitu Abdulah, memegang watak sebagai calon temuduga yang berkaliber.2.watak sampingan ialah tukang cuci tingkap, perkara ini dapat kita lihat apabila watak ini tidak kurang pentingnya dari permulaan cerita hingga ke akhir.3. watak hitam dalam cerpen ini ialah calon temuduga no 5, kerana telah cuba merasuah serta menggugut untuk mengancam nyawa Abdullah.

Latar:1. Latar masa, yang ditonjolkan ialah era abad ke- 21, dan waktu pagi.2. Latar tempat, yang dijelaskan ialah di bangunan Rio Intelek, berhampiran lobi, dewan makan, tandas dan bilik temuduga.3. Latar masyarakat, masyarakat elit kerana sedang bersaing untuk menjadi pengarah esekutif syarikat.Plot:Permulaan cerita

Temuduga telah dijalankan di oleh syarikat Rio Intelek untu jawatan Ceo, tedapat lima calon yang telah dipanggil.Pekembangan cerita

Tukang cuci yang sentiasa memerhatikan calon temuduga, Miss Anne yang telah menyatakan bahawa selepas mereka dapat calon yang sesuai yang lain tidak akan ditemuduga. Seterusnya berlaku cabaran dalam menjadi calon 1,2 dan seterusnya dalam temuduga.

Klamax cerita

Perumitan cerita berlaku apabila, calon ketiga telah tarik diri daripa temuduga seterusnya, tempat itu diambil alih oleh calon lain. Disamping itu, berlaku, tekanan kepada watak utama apabila beliau dicuba untuk dimanipulasi serta diugut untuk melepaskan jawatan itu. Peleraian cerita

Penghujung cerita, memperlihatkan situasi yang harmoni,serta gembira apabila seserang iklas dan jujur maka habuan yang diperolehnya daripada tuhan.

Binaan plot:1. Terdapat unsur suspens dalam cerita ini, apabila permulan sehingga ke akhir cerita sama ada Adulah akan mendapat jawatan tersebut. Sementara itu, tawaran serta ugutan yang menjadi tanda tanya kepada pembaca.2. Terdapat unsur kejutan, perkara ini dapat dilihat apabila beberapa presepi buruk yang tentang syarikat itu contoh bahawa calon telah ditemuduga yang diadakan baharu ini hanya untuk mencukupkan jadual.Seterusnya syarikat sedang muflis disebabkan penyelewengan pegarah syarikat, adanya pengintip daripada syarikat berbeza.3. Teknik monolog, Abdulah yang mewakili watak utama telah bercakap dalam hati untuk memikir serta mengambil keputusan.

Demikianlah tema, persoalaan,dan bahasa dalam cerpen ini yang mampu menghasilkan sebuah karya sastera yang baik.

1