temubual bersama guru besar

4
LAMPIRAN Temubual bersama Guru Besar 1. Apakah pendapat tuan tentang murid-murid pendidikan khas? Pada pendapat saya, murid pendidikan khas merupakan murid-murid yang sangat istimewa, ahli syurga dan mempunyai kelebihan mereka sendiri. Bagi saya, bukan semua murid pendidikan khas ‘bermasalah’ kerana setiap insan mempunyai kebolehan sendiri. Mungkin mereka mempunyai kekurangan dari segi akal fikiran, fizikal dan sebagainya, tetapi mereka tetap mempunyai kelebihan dari sudut lain pula. 2. Adakah murid-murid ini memberikan sumbangan untuk sekolah? Pada pendapat saya, murid-murid ini sebenarnya banyak memberikan sumbangan kepada sekolah. Sebagai contoh, penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah, peringkat zon, negeri dan sebagainya turut boleh membantu menaikkan nama sekolah. Itu merupakan contoh terbaik sumbangan mereka kepada sekolah. 3. Bagaimana pula dengan pandangan tuan tentang guru-guru pendidikan khas? Pada pandangan saya, guru pendidikan khas merupakan seorang insan terpilih, penyabar, prihatin dan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan rintangan bagi memajukan program pendidikan khas. Guru-guru yang memberikan sepenuh usaha dan tenaga untuk anak-anak istimewa ini tidak terbalas dengan elaun yang diterima. Saya perhatikan banyak aktiviti yang dirancang oleh guru semata-mata untuk memberikan sesuatu kepada

Upload: paul-chavez

Post on 11-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

LAMPIRANTemubual bersama Guru Besar1. Apakah pendapat tuan tentang murid-murid pendidikan khas?Pada pendapat saya, murid pendidikan khas merupakan murid-murid yang sangat istimewa, ahli syurga dan mempunyai kelebihan mereka sendiri. Bagi saya, bukan semua murid pendidikan khas bermasalah kerana setiap insan mempunyai kebolehan sendiri. Mungkin mereka mempunyai kekurangan dari segi akal fikiran, fizikal dan sebagainya, tetapi mereka tetap mempunyai kelebihan dari sudut lain pula.

2. Adakah murid-murid ini memberikan sumbangan untuk sekolah?Pada pendapat saya, murid-murid ini sebenarnya banyak memberikan sumbangan kepada sekolah. Sebagai contoh, penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah, peringkat zon, negeri dan sebagainya turut boleh membantu menaikkan nama sekolah. Itu merupakan contoh terbaik sumbangan mereka kepada sekolah.

3. Bagaimana pula dengan pandangan tuan tentang guru-guru pendidikan khas?Pada pandangan saya, guru pendidikan khas merupakan seorang insan terpilih, penyabar, prihatin dan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan rintangan bagi memajukan program pendidikan khas. Guru-guru yang memberikan sepenuh usaha dan tenaga untuk anak-anak istimewa ini tidak terbalas dengan elaun yang diterima. Saya perhatikan banyak aktiviti yang dirancang oleh guru semata-mata untuk memberikan sesuatu kepada murid-murid ini. Semoga usaha murni dan keikhlasan guru akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.

4. Bagaimana pula dengan kerjasama dari guru pendidikan khas terutama kepada guru-guru di aliran perdana?Setakat yang saya perhatikan, setiap orang guru memberikan kerjasama yang sangat baik samada untuk program pendidikan khas mahupun untuk program sekolah. Mereka sama-sama bertugas, melatih murid perdana, melibatkan diri dengan program sekolah dan ada yang turut membantu mengajar kelas tambahan tahun 6. Syabas dan tahniah saya ucapkan buat guru-guru ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai rencam masalah murid di program pendidikan khas, mereka tetap memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik.

5. Pada pendapat cikgu, wajarkah murid-murid pendidikan khas ditempatkan dalam program inklusif?Pada pendapat saya, murid yang layak memang wajar ditempatkan dalam program inklusif. Sebagai pentadbir saya merasakan tidak wajar untuk kita menyekat peluang murid tersebut. Murid-murid ini perlu dibenarkan belajar mengikut tempoh dan kemampuan mereka. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum. Tambahan pula, mereka dapat mengembangkan kemahiran sosial dan berinteraksi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain apabila bergaul dengan rakan lain di kelas perdana.

6. Bagaimana pula pandangan tuan mengenai murid pendidikan khas yang ingin mengambil UPSR?Bagi saya, murid-murid yang ingin mengambil UPSR tidak boleh disekat. Semua pihak perlu memberikan galakkan. Ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh semua pihak termasuk pihak pentadbir. Semua pihak perlu mengembleng tenaga dan tidak boleh lepas tangan serta menuding jari kepada sesiapa yang bertanggungjawab dan sebagainya. Selagi ada peluang, pihak sekolah akan memberikan komitmen, galakan dan bantuan mana yang perlu untuk memastikan murid ini mendapat pendidikan yang sebaiknya. Tidak mustahil bagi murid ini juga mencapai kejayaan yang sama seperti murid di aliran perdana.

7. Bagaimana pula kerjasama dan penglibatan pihak sekolah terutama pihak pentadbir kepada program pendidikan khas?Pada setiap organisasi, aktiviti mahupun program yang dirancang oleh program pendidikan khas, saya sebagai pihak pentadbir sangat mengalu-alukan aktiviti yang dirancang. Bagi saya tiada masalah dan halangan tentang apa sahaja yang ingin dilaksanakan samada untuk murid, guru, program ataupun untuk sekolah. Akan tetapi saya sentiasa mengingatkan guru-guru pendidikan khas supaya sentiasa memaklumkan kepada saya ataupun kepada pihak pentadbir terlebih dahulu. Begitu juga dengan risiko yang akan dihadapi perlu difikirkan terlebih dahulu. Pastikan setiap apa yang dirancang sentiasa memikirkan tentang keselamatan murid dan guru.