temu ramah bersama guru sains

4
Temu ramah bersama Guru Sains Nurhajrina: Selamat pagi, Cikgu. Bolehkah saya menemuramah cikgu berkenaan aktiviti P&P di dalam kelas Sains? Guru: Selamat pagi. Boleh, apa salahnya. Nurhajrina: Selalunya apakah teknik pengajaran yang cikgu gunakan untuk mengajar Sains? Guru: Selalunya saya akan menggunakan aktiviti praktikal dan amali. 2 masa untuk praktikal dan satu masa lagi untuk melihat cd courseware dari KPM. Melainkan jika ada masa di dalam kelas, kami akan membuat perbincangan. Namun begitu, setiap sesi P&P akan ada sesi perbincangan. Contohnya selepas amali, pelajar akan membuat laporan tentang aktiviti atau eksperimen yang mereka telah buat. Selepas itu barulah saya akan memberikan maklum balas tentang perolehan mereka. Nurhajrina: Adakah teknik yang cikgu unakan boleh digunapakai terhadap pelajar yang berlainan kebolehannya? Guru: Kebetulan juga sekolah ini memang mengamalkan sistem ‘streaming’. Jadi murid-murid yang berada dalam satu-satu kelas itu kebolehannya hampir sama. Pada masa ini, saya mengajar 6Dahlia. Kelas tu, boleh dikatakan kelas

Upload: jumardi-muhlis

Post on 11-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Temu ramah bersama Guru Sains Nurhajrina:Selamat pagi, Cikgu. Bolehkah saya menemuramah cikgu berkenaan aktiviti P&P di dalam kelas Sains?

Guru:Selamat pagi. Boleh, apa salahnya.

Nurhajrina:Selalunya apakah teknik pengajaran yang cikgu gunakan untuk mengajar Sains?

Guru:Selalunya saya akan menggunakan aktiviti praktikal dan amali. 2 masa untuk praktikal dan satu masa lagi untuk melihat cd courseware dari KPM. Melainkan jika ada masa di dalam kelas, kami akan membuat perbincangan. Namun begitu, setiap sesi P&P akan ada sesi perbincangan. Contohnya selepas amali, pelajar akan membuat laporan tentang aktiviti atau eksperimen yang mereka telah buat. Selepas itu barulah saya akan memberikan maklum balas tentang perolehan mereka.

Nurhajrina:Adakah teknik yang cikgu unakan boleh digunapakai terhadap pelajar yang berlainan kebolehannya?

Guru:Kebetulan juga sekolah ini memang mengamalkan sistem streaming. Jadi murid-murid yang berada dalam satu-satu kelas itu kebolehannya hampir sama. Pada masa ini, saya mengajar 6Dahlia. Kelas tu, boleh dikatakan kelas pandai. Jadi, para pelajarnya boleh mengikuti apa-apa arahan dari saya. Mereka boleh paham sendiri, buat sendiri mengikut arahan saya. Jadi, tak perlu saya bahagikan mereka mengikut kumpulan.

Nurhajrina:Pernahkah cikgu mengajar kelas yang lemah?

Guru:Pernah.

Nurhajrina:Bagaimana teknik atau pendekatan yang cikgu gunakan untuk pelajar-pelajar yang lemah?

Guru:Pelajar yang lemah ini memerlukan bimbingan. Maksudnya mereka ini perlu dibimbing seorang demi seorang. Baca bersama, terangkan, kemudian baru buat eksperimen. Kalau kelas yang pandai tadi, saya hanya bertindak sebagai pemantau sahaja. Tapi kalau kelas yang lemah, saya harus menjadi pembimbing. Mereka perlu ditunjuk bagaimana melakukan sesuatu benda.

Nurhajrina:Pendekatan?

Guru:Kalau di kelas yang pandai, cikgu menggunakan kaedah mentoring manakala di kelas yang lemah pula cikgu menggunakan pendekatan yang lebih kepada guiding.

Nurhajrina:Boleh tak cikgu menggunakan teori Constructivisme untuk kelas yang lemah?

Guru:Kuranglah.Kalau boleh pun cuma 50% sahaja yang berkesan.

Nurhajrina:Katakanlah aktiviti atau pendekatan yang cikgu pilih untuk kelas pada hari itu tidak dapat mencapai matlamatnya, apakah yang akan cikgu lakukan?

Guru:Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran pada hari itu akan mengikuti remedial oleh cikgu. Maksudnya, murid yang lemah itu akan menghadiri sesi pemulihan sementara yang lain akan membuat aktiviti lain.Untuk aktiviti praktikal pula, jika ada satu-satu kumpulan yang tidak dapat mengikuti rentak pembelajaran pada hari itu, mereka akan dipecahkan dan masuk ke kumpulan-kumpulan yang lain. Tak pun, cikgu akan membuat demonstrasi dulu sebelum membenarkan mereka melakukan eksperimen. Alternatif terakhir, cikgu akan mennyusun sendiri radas tersebut dan mereka akan melakukan pemerhatian dan prosedur yang lebih mudah.

Nurhajrina:Bagaimana pula dengan penggunaan ABM dan BBM semasa kelas?

Guru:Selalunya cikgu akan menggunakan alatan dan radas di dalam makmal untuk eksperimen, CD courseware dari KPM serta bahan-bahan ICT. Bahan-bahan ABM seperti kad manila dan lukisan jarang cikgu gunakan. Worksheet pula cikgu gunakan sebagai pengukuhan setelah satu-satu tajuk habis dipelajari.

Nurhajrina:Dalam tema Investigating Materials, apakah contoh-contoh tajuk yang boleh cikgu ajari menggunakan kaedah bereksperimen.

Guru:Contohnya tajuk states of matter, acid and base dan lain-lain. Dalam tema Investigating materials ini memang banyak tajuk yang boleh diajar menggunakan kaedah eksperimen, amali, dan hand-on.

Nurhajrina:Untuk kawalan kelas pula bagaimana? Bolehkah cikgu memberikan tips-tips yang berguna untuk saya sebagai bakal guru?

Guru:Kawalan kelas tu memang sesuatu yang sukar terutamanya kepada guru baru. Cikgu pun mengambil masa selama 3 tahun untuk memperoleh kemahiran mengawal kelas dengan baik. Terdapat banyak kaedah untuk mengawal kelas, terpulang kepada jenis murid dan persekitaran kelas tersebut.

Nurhajrina:Rasanya itu sahaja soalan saya pada hari ini cikgu. Terima kasih atas tips dan kesudian cikgu ditemuramah pada pagi ini.

Guru:Baiklah. Sama-sama.