tembakau

Upload: kamal-zaimi

Post on 11-Mar-2016

825 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tumbuhan tembakau

TRANSCRIPT

Karya di atas telah dihasilkan oleh Mohd.Hoessein EnasMengutip Daun Tembakau,1962, Cat Minyak

Pengkarya melihat pemandangan hutan menjadi tarikan untuk dirakam diatas kanvas menggunakan media akrilik. Catan yang dihasilkan ini merupakan bertemakan realistik. Mohd Hoessein Enas melihat mengutip Daun Tembakau merupakan ikon yang sesuai untuk menyampaikan mesej yang hendak beliau sampaikan.

(A)MENGGAMBARPenggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga, kuning, oren, dan merah nyala. Manakala garisan pula berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline dan objek dilukis memenuhi ruang. Karya ini juga menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan(movement). Dilukis dengan aksi yang berbeza.Rekaan karya ini juga melalui penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan. Idea yang sama dan menyeluruh.Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

(B) MENGANALISA Subjek yang digunakan dalam karya ini ialah manusia. Jadi unsur-unsur seni terlibat ialah warna, rupa dan bentuk. Manakala dari prinsip rekaan penegasan, keseimbangan dan bentuk. Jika dilihat dari sudut kualiti ekspresif pula, karya ini memaparkan mood tolong-menolong dalam kalangan penduduk kampung yang mengutip daun tembakau. Karya ini juga memaparkan suasana yang harmoni dan aman. Antara bahan atau teknik dan kaedah yang digunakan pula ialah karya ini menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton. Tafsiran (Interpretation) pada karya ini dapat dilihat melalui makna atau mesej yang ingin disampaikan dari segi unsur-unsur seni iaitu subjek karya ini adalah manusia dan daun tembakau. Simbol yang ditonjolkan ialah gotong-royong dan kerjasama. Metafora dan analogy bagi menjelaskan makna karya ini. Karya ini lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan mempunyai semangat kerjasama dalam kehidupan harian.Melalui pendekatan secara diskripsi terhadap karya tersebut ialah dalam karya tersebut terdapat manusia sedang mengutip daun tembakau. Karya ini berlatarbelakangkan suasana ladang yang sudah diteroka, hal ini pokok-pokok yang keliatan kejauhan disamping tunggul kayu yang telah ditebang. Figura manusia tersebut merupakan manusia yang rajin, hal ini dijelaskan melalui tajuk karya tersebut iaitu Mengutip Daun Tembakau.Melalui pendekatan analisis pula, karya tersebut dihasilkan dengan penuh ketelitian. Hal ini adalah kerana kehalusan pemilihan warna yang terdapat pada karya tersebut. Jalinan yang terdapat pada orang tersebut telah berjaya menimbulkan pergerakan pada bahagian figura orang tersebut. Selain daripada itu, dalam usaha menjadikan karya tersebut kelihatan lebih nyata. Pengkarya telah menjatuhkan sinaran cahaya matahari terhadap ladang tersebut. Situasi ini telah berjaya menjadikan karya tersebut kelihatan seakan-akan nyata. Setiap unsur seni telah digarapkan dengan sempurna dalam catan ini.Melalui pendekatan interpretasi terhadap karya tersebut iaitu mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah tentang penjanaan ekonomi yang telah diusahakan pada zaman dahulu. Hal ini jelas ditunjukkan pengkarya dengan menggunakan ikonografi orang yang sedang mengutip daun tembakau dikawasan padang yang telah diterangkan. Penerokaan padang yang dapat dilihat pada pokok tembakau, figura orang yang menerima banyak cahaya dan juga pada pokok yang diletakkaan kejauhan dari figura tersebut.Kritikan dari segi pertimbangan pula ialah karya tersebut berjaya menyampaikan mesej terhadap pemerhati karya tersebut. Tajuk yang diberikan terhadap karya tersebut juga telah menjelaskan bahawa figura orang tersebut merupakan penduduk dikawasan tersebut. Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat kekitaan, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

(C) MENTAFSIR Karya ini mengambarkan tentang kepelbagaiaan kegunaan dan kesan seni dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya; membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni; memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya; dan mempertingkatkan pengetahuan tetang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni.Selain itu juga, karya ini dapat mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya seperti dapat memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini. karya ini juga akan dapat menambah pengetahuan dan penghargaan tentang sejarah perkembangan seni dalam negara, keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi, sumbangan dalam konteks warisan budaya dan sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya. Karya ini juga membolehkan manusia mempunyai daya kritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan. Ia juga mengetahui keistimewaan suasana ladang dari sudut estetik dan fungsi, mengetahui peranan keris dalam konteks budaya Melayu, memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan, memahami jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan dan memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permainan.Karya ini dapat meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam negara; keistimewaan ciri estetik dan fungsi, sumbangan dalam konteks warisan budaya dan sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya. Melalui karya ini juga menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air dengan kraf luar negara. Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang hasil karya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya; dan gerakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni halus tempatan. (D) PENILAIAN (EVALUATION)Kriteria dalam penilaian karya ini ialah keaslian. Berdasarkan kepada pengalaman. Manakala gubahan pula ialah berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka. Teknik yang digunakan ialah melalui hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau untuk mengolah dalam bentuk fabrik. Fungsi karya ini ialah menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan suasana harmoni.Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menunjukkan sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.Kepelbagaian adalah mengimbangi harmoni. Sedang artis menghasilkan penyatuan kepada harmoni. Dengan kepelbagaian pula artis mencapai aspek individuliti dan minat. Minat merujuk kepada kemampuan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mengekalkan perhatian pemerhati. Hal yang membangkitkan minat kepada visual adalah hasil penambahan kepelbagaian kepada komponen bergambar. Kepelbagaian diperolehi dengan penggunaan kontras dan perincian. Kontras berlaku apabila elemen diulang dengan cara menjadikan ia nampak tiada kaitan; beberapa garisan lebar di dalam kawasan yang sempit. Perincian adalah cara lain kepelbagaian atau ketidaksamaan diwujudkan ke bahagian yang ketiadaan menarik di dalam visual. Ia boleh dianggap sebagai penambahan detail atau hiasan di sesuatu bahagian.Sebarang karya seni visual yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan. Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan.Seniman atau artis harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlukan. Seniman harus menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan yang berbagai. Seterusnya kepada pergerakan berirama dan imbangan karya seni. Seniman menggunakan kaedah yang berbeza untuk memperolehi dominan.Figura manusia menjadi fokus tumpuan atau unit-unit yang penting pada karya di atas kerana saiz, warna dan aktiviti mereka.Artis akan mendapati bahawa jawapan kepada masalah visual yang pelbagai adalah wujudnya kerumitan yang tidak penting. Kadangkala artis hanya melibatkan sesuatu yang penting, menghapuskan penerangan detail, dan mengaitkan perkara tertentu kepada keseluruhan.Ekonomi selalunya berkaitan dengan aspek abstrak. Abstrak adalah berkaitan dengan proses pengurangan kepada keperluan yang penting, berdasarkan stail ekspresi artis. Ekonomi dapat dilihat di dalam stail seni kontemparari seperti karya yang tunjukkan di atas.KESIMPULANKerajaan Malaysia mengenalpasti budaya dan kesenian sebagai elemen sama penting dengan perkembangan ekonomi. Maka, Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka pada tahun 1971 yang bertujuan menjalankan program kebudayaan yang mengembangkan identiti kebangsaan, mempromosi integrasi kebangsaan dan keharmonian pelbagai kaum dan budaya Melayu sebagai asas budaya kebangsaan. Dato Seri Dr. Abdul Shukur Abduulah mengatakan kepentingan seni visual dapat menyumbangkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pendidikan di nagara. Melalui pendidikan seni visual, kita akan bergerak ke arah mencapai satu warisan bangsa yuang unggul. Kesenian mencerminkan kematangan perasaan dan pemikiran sesuatu bangsa atau masyarakat keesahan kenyataan ini tidak dapat dipastikan tetapi apa yang boleh dipastinya ialah sesuatu bangsa atau masyarakat yang tidak mempunyai kesenian diibaratkan sebagai golongan orang-orang yang kurang sempurna hidupnya. Masyarakat yang sebegini adalah masyarakat yang kurang lengkap, kehidupan mereka tak ubah seperti lagu tanpa irama. Jelaslah bahawa kedudukan fungsi dan peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah dalam menangani Wawasan 2020 khasnya dalam cabaran pertama yang berkait dengan perpaduan haruslah dilihat dengan keperihatinan yang serius terutama oleh golongan intelektual pendidikan juga oleh masyarakat keseluruhannya.

RUJUKAN Bender, J.W. and Blocker, H.G., 1993. Contemporary Philosophy of Art. New Jersey: Prentice-Hall.Gaitskell, C.D. dan Al Hurwitz, 1970. Children and Their Art. New York: Harcourt Brace and World Inc.Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History. New York: Alfred A. Knopf.Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History dalam Eric Fernie, 2001. Art History and Its Methods. New York: Phaidon Press Limited.Hornby, A.S., 1974. Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English. Oxford University Press.http://www.newcastle.edu.au/discipline/fine-art/theory/analysis/panofsky.htmLester, P. M., 2000. Visual Communication: Images with Messages. Wadsworth Thomson Learning.Martin, J., 1986. Longman Dictionary of Art. Longman.Mbiyo Saleh, 1987. Estetika. Jakarta: Yayasan Umbi.Muliyadi Mahamood, 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Muliyadi Mahamood, 2000. Sejarah Seni: Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala Lumpur: Univision Press.Muliyadi Mahamood, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.Muliyadi Mahamood, 2004. The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993). Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.Ocvirk, O. G., Stinson, R. E., Wigg, P. R., Bone, R. O., and Cayton, D. L., 1998. Art Fundamentals: Theory and Practice. McGraw-Hill.Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press.Pointon, M., 1994. History of Art. London and New York: Routledge.Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman.Read, H., 1959. The Meaning of Art. Penguin Books.Rupa dan Jiwa. Katalog Pameran Rupa dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 15 Jun-2 Julai, 1993.S.H. Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Terjemahan Baharudin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sidi Gazalba, 1977. Pandangan Islam tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.Smagula, H., 1991. Re-Visions: New Perspectives of Art Criticism. New Jersey: Prentice Hall.Stern, A., 1973. "The Child's Language of Art" dalam In Child Art: The Beginnings of Self-Affirmation. Edited by Milda Present Lewis. Berkeley: Diable Press Inc.Tansey, R. G. dan Kleiner, F. S., 1996. Gardner's Art Through the Ages. New York: Harcourt Brace College Publishers.Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.10