tema 2 sejarah islam p2

Upload: halusan-maybe

Post on 02-Jun-2018

478 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    1/18

    TEMA 2

    SOALAN 1:

    JELASKAN SUMBER & PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN.

    Pendahuluan

    - Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau

    menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.- Baitulmal telah bermula pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan pelaksanaannya

    sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.- Sumber baitulmal diperoleh daripada tiga sumber utama iaitu:a)Harta Masyarakat sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang

    berhak menerimanya.b)Harta Negarasumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa

    waris.c)Harta Umumterdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.- Tujuan penubuhan baitulmal adalah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan

    keperluan asas dan membasmi kemiskinan- Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip

    ekonomi Islam.

    Isi-isi Penting

    Sumber Baitu lmal

    a) Zakat

    - Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

    - Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas danperak.

    b) Kharaj

    - Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengankadar 10 peratus.

    c) Jizyah

    - Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawahnaungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.

    - Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih hidup dan

    berupaya.- Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

    d) Ghanimah dan Al-fay

    - Ghanimah merupakan harta rampasan perang.

    - Al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan hartakarun.

    - Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Hartayang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    2/18

    e)Usyur

    - Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.- Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak

    10%.- Bagi kafir Zimmi yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5%.- Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

    Peranan Baitulmal

    a) Membantu perkembangan ekonomi Islam

    - Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.- Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

    - Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

    b) Sumber utama memperkukuh angkatan tentera

    - Penting bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera.

    - Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatantentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.

    c) Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat

    - Melibatkan kos pentadiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera.

    - Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tenterasebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.

    - Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.- Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam

    i) Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.

    ii) Pengagihannya mestilah adil dan saksama.

    iii) Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapitentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

    - Menyimpan harta negara.

    Kesimpulan

    Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlakupenyelewengan.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    3/18

    SOALAN 2:

    BINCANGKAN PERANAN DAN PELAKSANAAN INSTITUSI BAITULMAL PADA ZAMAN

    KHULAFA AL-RASYIDIN

    PENGENALAN

    1. Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggarakan segala sumber pendapatan danperbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu

    permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).2. Baitumal telah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berapa digunakan oleh baginda kerana

    sumber kerajaan ketika itu agak terbatas serta baginda tidak suka menyimpan barang-barang amanah kerana

    tidak mahu menimbulkan masalah. Semua hasil pendapatan akan diagihkan segera oleh Nabi MuhammadSAW kepada yang berhak.

    3. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai pemegangkunci baitulmal ketika itu. Peranan institusi ini semakin penting pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab

    disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan.4. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

    ISI

    1 Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

    o Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, institusi baitulmal telah wujud.o

    Bukti, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai pemegang kunci baitulmal.o Khalifah Abu Bakar menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad SAW kpd baitulmal apabila Fatimah

    menyatakan bahawa Nabi tidak melakukan pindah milik kepadanya sebelum wafat.o Berjaya melaksanakan ekspedisi ketenteraan terhadap Parsi dan berjaya mendapat kutipan jizyah dan zakat

    lalu disimpan di baitulmal.

    o Ketika Khalifah Abu Bakar as-Siddiq hampir meningggal dunia, beliau berpesan kpd Umar al-Khattab supayamengambil hartanya sebanyak 8 000 dirham utk dikembalikan kpd baitulmal.

    2 Zaman Khalifah Umar Al-Khattab

    o Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.o

    Mewujudkan pengurusan baitulmal secara sistematik dengan menyediakan buku kira-kira negara untukmengetahui pengaliran wang masuk dan keluar.

    o Harta negara Islam semakin bertambah dan pelbagai antaranya zakat, jizyah, sedekah , kharaj, usyur danghanimah. Seterusnya sumbangan melalui ekspedisi kemenangan ketenteraan dan dakwah.

    o Melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair bin Mutam untuk mengendalikan institusiyang sebelum ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah.

    o Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal yang kemudiannya ditubuhkan di setiap cawangan.o

    Pegawai-pegawai akan lantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada Baitulmal peringkat pusat.

    o Memastikan tidak ada kemasukan sesuatu ke dalam baitulmal atau pengeluaran baitulmal sekiranya

    bertentangan dengan hukum syarak. Mengharamkan sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi keranaharta berkenaan adalah amanah Allah.

    o Khalifah Umar pernah mengambil bahan makanan seperti gandum, mentega dan kurma dari stok simpanan di

    baitulmal utk diberikan kpd seorang wanita dan anak-anaknya akibat kelaparan.

    o Melarang golongan tentera memiliki tanah dan rumah sebagai rampasan perang. Tanah-tanah di wilayah yangditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya dan melarang orang Islam memilikinya.

    o Golongan tentera Islam telah diberi elaun atau gaji drp baitulmal.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    4/18

    3 Zaman Khalifah Uthman bin Affan

    o Khalifah Uthman juga turut menggunakan baitulmal dan memastikan pengurusan harta negara yang

    sistematik.

    o Pendapatan negara semakin meningkat dan telah digunakan utk kepentingan serta kebajikan rakyat sepertimembina jalan, jambatan, projek perumahan dan kelengkapan tentera.

    o Namun, mula timbul masalah mengenai baitulmal sehingga membawa penentangan terhadapnya. Beliau telah

    dituduh menyalahgunakan harta baitulmal dan menaikkan kadar cukai yg dikenakan terhadap rakyatnya, tidakmengagihkan harta perang dan dituduh boros dlm perbelanjaan.

    o Hakikatnya, beliau terpaksa mengerahkan rakyatnya membayar cukai lebih drp biasa bagi menyekat seranganmusuh spt menghadapi ancaman laut oleh Byzantine di Mesir.

    o Beliau juga terpaksa menggunakan wang negara utk memperkuatkan angkatan laut spt membeli kapal dan

    senjata.o

    Khalifah Uthman juga tidak mengagihkan harta rampasan perang kerana harta itu diperuntukkan oleh beliau

    bagi keperluan negara.o Beliau juga tidak menggunakan harta baitulmal utk diberikan kpd kaum keluarganya iaitu Abdullah bin Saad

    (gabenor Mesir) sehingga penduduk Mesir bangkit menentangnya.o Semua ini adalah tuduhan orientalis Barat semata-mata di mana Khalifah Uthman tidak akan berbuat

    demikian kerana beliau adalah seorang yang kaya serta dermawan. Harta rampasan perang yang diberikan kpdAbdullah bin Saad digunakan utk membayar gaji tentera laut. Khalifah Uthman sanggup menyerahkan

    perdagangannya yang besar kpd kaum keluarga dan wakil utk menguruskan harta tersebut dan menjadikan

    rumahnya sebagai baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang sebenar.

    4 Zaman khalifah Ali bin Abi Talib

    o Meneruskan sistem baitulmal dan menguruskan dengan jujur dan amanah serta tidak menggunakan harta

    baitulmal. Beliau hidup dlm keadaan sederhana, menerima gaji sama seperti Khalifah Abu Bakar dan Umar,memakai pakaian yang singkat dan bertampal-tampal serta tidak pernah menyimpan harta sepanjangkehidupannya.

    o Ketika berperang dgn Muawiyah, Khalifah Ali tidak menggunakan harta baitulmal bagi mempertahankan diriseperti mana Muawiyah yang menggunakan wang dan hadiah utk mendapat sokongan orang lain. Malah

    beliau turut menolak permintaan saudaranya iaitu Aqil bin Abi Talib yang meminta harta baitulmal.

    KESIMPULAN

    o Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlakupenyelewengan. Baitulmal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.

    o Pentadbiran Baitulmal zaman Khalifah Umar al-Khattab diikuti oleh khalifah-khalifah selepasnya dan

    khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    5/18

    SOALAN 3:

    INSTITUSI ZAKAT MERUPAKAN INSTITUSI YANG PENTING DALAM SISTEM EKONOMI

    ISLAM. JELAS FUNGSI DAN PERLAKSAAN ZAKAT PADA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR

    AL-SIDDIQ DAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB.

    Pengenalan:Difinisi zakat dan sejarah penubuhan institusi zakat:

    1. Zakat berasal daripada perkataan Arab kata zasar Zakat yang bererti Penambahan dan Penyucian.Penambahan bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahala umat Islam, pensucian bermaksud

    pembayaran bagi mensucikan jiwa umat Islam.

    2. Sejarah Institusi zakat dilaksanakan sejak zaman Kenabian Ibrahim a.s Nabi ishaq, nabi Yaakub, Nabi Ismaildan Nabi Isa a.s. Pada permulaan Islam zakat ,mula dibayar secara suka rela oleh Bani Adhrah dari Yaman

    yang terkenal dengan sifat pemurah dan berbudi mulia. Pada tahun ke dua Hijrah ( 623 M ), zakat difardhukansecara ijbari ( kuat kuasa ) atau ilzami ( wajib ) diantara bulan syaaban hingga bulan Syawal. Keengganmembayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.

    3.

    Latarbelakang pemerintahan Khalifah Abu bakar:

    Memerintah selam 2 tahun 6 bulan ( 632 0 634 Masihi )

    Menghadapi ancaman gerakan ArRiddah.

    4. Latarbelakang pemerintahan khalifah Umar AlKhattab.

    Memerintah selama 10 tahun 634644 Masihi .

    Melalui zaman kemakmuran semasa pemerintahannya.

    Isi-isi Penting:A. Fungsi zakat:

    1. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala.2.

    Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.

    3. Mendamaikan atau mengwujudkan kedamaian ( alsalah ).4. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.5.

    Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.6. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.7. Membuktikan semangat sifat metaati hukum & perintah Allah.

    8. Memperolehi keberkatan.

    B.

    Perlaksanaan institusi zakat pada zaman khalifah Abu Bakar AlSiddiq dan Khalifah Umar bin AlKhatab.

    1.

    Penubuhan institusi Baitulmal yang menguruskan pentadbiran harta negara, harta masyarakat dan harta umum

    menghasilkan zakat. Operasi secara rasmi berlaku pada zaman Khalifah Umar AlKhatab.

    2. Perlantikan Amil yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran atau kadar nisab tertentu.

    3. Membahagikan jenis zakat kepada dua iaitu : zakat harta dan zakat fitrah.

    4. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum. Khalifah Abu Bakar memerangigolongan alRiddah yang engakr membayar zakat. Dari segi syarak, pembayaran zakat adalah wajib keatasharta apabila cuku syaratnya ( sampai nisabnya dan genap haul ( tahun / masa ).

    5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima antaranya:

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    6/18

    a. Fakir Miskinb. Orang musafir.

    c. Amil.d.

    Muallaf

    e. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.f. Orang yang berhutangg. Orang yang berjihad

    h. Orang yang merantau ( ibnu sabil ) dan kehabisan wangnya semasa dalam perjalanan yang bertujuan baik dandibenarkan oleh syarak ( termasuk mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu )

    Kutipan zakat dan cukai akan bertambah semasa pemerintahan Umar Al Khattab kerana beliau banyakmelakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam.

    Kesimpulan:

    Perlaksanaan institsu zakat pada zaman Khalifah Umar Al Khattab menjadi asas dalam perlaksanaan dan

    pentadbiran zakat hingga ke hari ini. Perlaksanaannya yang diuruskan secara terpimpin akan membawakemakmuran dan kesejahteraan ummah.

    SOALAN 4:

    HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI ISLAM SEMASA PEMERINTAHAN

    NABI MUHAMMAD S.A.W PADA ABAD KE 7.

    A.Pengenalan:

    Ekonomi merupakan ilmu berkaitan dengan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang dan perkhidmatan

    Menurut pandangan Islam, ekonomi ialah mengkaji aktiviti manusia selaras dengan tuntutan syariah dari segi

    perolehan,penggunaan ,pengurusan sumber untuk kebaikan diri,masyarakat,dan negara bagi mendapatkeredahaan Allah s.w.t.

    Ekonomi Islam mencakupi aspek kerohanian dan jasmani

    Terdapat beberapa ciri-ciri ekonomi Islam yang berbeza dengan ekonomi bukan IslamB.Huraian isi:1.Konsep ekonomi Islam mencakupi aspek-aspek berkait dengan hubungan antara Allah sebagai Penguasa

    dan munusia sebagai hamba.Terdapat 3 konsep iaitu :

    a.Konsep rububiyah(ketuhanan)

    Menekankan Allah sebagai Penguasa yang membuat peraturan yang bertujuan meningkatkan kualiti

    kehidupan manusiauntuk kebahagiaan dunia dan akhiratb.Konsep tazkiyah

    Merupakan penyucian jiwa untuk membentuk sahsiah dan akhlak yang baik

    Para rasul diutus untuk memurnikan dan mensucikan hati nurani manusia dalam hubungan dengan Allah

    S.W.T,manusia dan alam

    c.Konsep ubudiyah

    Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah(pemimpin) disuruh patuh segala suruhan-Nya

    Sebagai khalifah/pemimpin dan pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan

    unsur-unsur tauhid dan rububiyyah (ketuhanan)

    d.Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    7/18

    Menekankan hubungan sesama manusia berasaskan unsur persaudaraan,kasih saying,hormat-

    menghormati,tanggungjawab,dan rela berkorban demi agama,masyarakat dan negara.

    Asas hubungan ini akan melahirkan nilai-nilai murni dan dapat mengurus aktiviti ekonominya dengan cara

    yang diredhai Allah

    Dapat mengelak berlaku penindasan,memeras,mengeksploitasi,bakhil dan sifat negatif yang lain.

    2.Ciri-ciri ekonomi Islam

    a.aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah S.W.T Tujuan utamasetiap aktiviti ekonomi seperti pertanian,perniagaan,pelaburan,perusahaan dan sebagainya

    adalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T

    Aktiviti ekonomi perlu dijalankan secara berhemah,bertanggungjawab dan mengutamakan kebajikan

    masyarakat berdasar konsep hubungan baik sesama manusia

    b.Utamakan matlamat jangka panjang

    Matlamat kegiatan ekonomi untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dalam jangka

    panjang iaitu mencapai kesejahteraan hidup di akhirat

    c.memberi kemakmuran kepada masyarakat

    Tujuan aktiviti ekonomi dijalankan untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat.

    Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bertujuan untuk meningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat. Kegiatan ekonomi yang merosakkan dan membawa kesenggaraan masyarakat ditegah dalam Islam seperti

    perjudian,pelacuran dan seumpannya.

    d.keuntungan dunia dan akhirat

    Aktiviti ekonomi yang dijalankan bertujuan untuk mendapat keuntungan material dan pahala di akhirat

    Oleh itu ,perlu melaksanakan aktiviti ekonomi dengan amanah ,jujur,tolong menolong dan tidak ada unsur

    penipuan dalam proses jual beli semata-mat untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

    C.Kesimpulan

    Ekonomi Islam bertunjangkan hubungan Allah sebagai Penguasa alam dan manusia sebagai hamba yangbertindak sebagai khalifah bertangungjawab memakmurkan alam ini mengikut garis panduan yang ditetapkan

    dalam Al Quran dan sunnah nabi Muhammad S.A.W Ekonomi Islam menekankan kesejahteraan dan keadilan dalam masyarakat dan mengelak perbuatan menipu

    ,penindasan dan amalan ribadalam urusan ekonomi.

    Madinah telah muncul negara Islam pertama mengamalkan sistem ekonomi Islam pada abad ke 7 Masihi dan

    berkembang pesat semasa pemerintahan Khalifah Al Rasyidin ,Kerajaan Abbasiyah dan Umaiyah.

    SOALAN 5:

    BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN

    ABBASIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA ABAD KE 12.

    A.Pengenalan:

    Kota Baghdad menjadi pusat perdagangan yang pesat dan bertaraf dunia

    Mempunyai pelabuhan yang maju kerana dikunjungi pelbagai jenis kapal seperti kapal dagang dan kapal

    perang

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    8/18

    Terdapat pelbagai barang yang dipasarkan sama ada barangan dalam negeri dan luar negeri seperti sutera dan

    kasturi dari negara China,remapah ratus dan cat dari India,batu batu permata dan hasil perusahaan dibawaoleh pedagang dari Turki dan Asia Tengah.

    Pedagang dari Scandinavia dan Rusia memasarkan barangan kulit,madu dan lilin,gading dan hasil galian

    seperti permata,emas dari Afrika-Timur,beras dab gandum dari Mesir

    Barangan kaca dan buah-buahan dari Syria,manakala kain sutera dan minyak wangi dari Parsi.

    b.Huraian isi:1. kegiatan perdagangana. Baghdad menjadi pusat perdagangan dalam dan luar negara

    Mata wang Arab ditemui di Rusia,Finland,Sweden

    Menyumbang pendapatan negara melalui cukai zakat ke atas barang dagangan yang dibawa melalui tempat

    pemeriksaan

    2.Kegiatan pertanian dan penternakan

    Wujudnya kegiatan pertanian dan ternakan menyebabkan kerajaan Abbasiyah dapatmemperkenalkan kutipan zakat yang dibahagi kepada 2 jenis iaitu kutipan zakat fitrah dan zakat hartai. Zakat fitrahdikenakan ke atas setiap orang Islam

    i i.Zakat harta -dikenakan terhadap binatang ternakan seperti kambing,lembu dan unta

    - harta barangan berharga seperti emas,perak- Zakat perniagaan

    Menunjukkan pemerintahan B.Abbasiyah mencapai kemakmuran dan kemewahan

    3. Pusat percetakan

    Berlaku semasa pemerintahan Khalifah al Makmun

    4.Penggunaan mata wang emas

    Diguna dalam urusan pemerintahan :

    i. taksiran cukai

    ii.belanjawan khalifahiii.perbelanjaan dan perniagaan

    5.Sumber pendapatan negara Daripada cukai yang dikutip daripada kawasan-kawasan yang ditakluki

    Hasil kutipan cukai disimpan dalam Perbendaharaan Negara atau Baitul Mal

    Contoh:i.Pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid (786-809M)

    Berjaya mengalahkan tentera Rom dan Maharani Irene Leo IV dan Raja Nicephorus bersetuju membayar

    jizyah kepada Khalifah Harun al Rasyidii.Khalifah al Muqtadir(908-932M)

    Pendapatan utama negara daripada hasil cukai

    i.Cukai wilayah Iraq,Khuzistan,Parsi,Jazirah,Syria,Mesir,Oman,Adharbayyah

    dan Armania

    Bayar cukai dalam bentukmata wang emas dan perak

    ii.cukai tanah,cukai pendapatan,cukai air,cukai tol,cukai pasir di Iraq berjumlah 1,547,734 dinar.iii.Wilayah Adharbayyah dan Armania -226,370 dinariv.Pendapat lain1,768,015 dinar

    iii.Khalifah al Qadir(991-1074M)

    berlaku pertambahan dalam perbendaharaan negara

    mendapat rampasan perang setelah memenangi peperangan dengan Turki,Wasit dan Basrah

    Batihah dan Basrah setuju bayar cukai tahunan 1,000 dinar

    C. Kesimpulan

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    9/18

    zaman pemerintahan Bani Abbasiyah mengalami perkembangan pesat dalam pelbagai kegiatan ekonomi

    menjalin hubungan perkembangan dengan pelbagai negara luar

    mengurus kegiatan ekonomi dengan baik

    menjana pendapat negara dari pelbagai sumber ekonomi terutama hasil kutipan pelbagai cukai

    Serangan tentera Moghul telah menamatkan era kegemilangan ekonomi kerajaan Abbasiyah.

    SOALAN 6:

    BINCANGKAN PELAKSANAAN KHARAJ PADA ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA

    ABAD KE 7-8 MASIHI.

    A. Pengenalan1.Definisi

    Dipinjam daripada bahasa Byzantine yang bermaksud ufti

    Dalam konteks Islam bermaksud cukai tanah ke atas tuan-tuan tanah yang telah ditakluki oleh tentera Islam

    sama ada melalui peperangan atau secara aman

    Merupakan salah satu sumber kewangan negara yang penting

    Bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab (634-644M)

    Terdapat 2 jenis kharaj iaitu wazifah dan muqasamah

    Kadar kharaj bergantung kepada 3 faktor iaitu kualiti tanah,kualiti benih tanaman dan kedudukan tanah

    pertanian

    B.Huraian isi1. Khalifah Abu Bakar

    sebahagian tanah di Iraq yang dikuasai oleh tentera Islam merupakan harta rampasan perang dan diagih-agihkan kepada tentera yang terlibat

    Pada masa ini sistem kharaj belum diamalkan lagi

    2. Khalifah Umar al Khattab

    a.Iraq

    Saidina Ali Abi Talib telah menasihatkan Khalifah Umar supaya tanah-tanah yang ditakluki di Iraq dijadikan

    tanah kharaj dan hasil cukainya digunakan untuk kepentingan umat Islam

    Tanah yang ada pemilik dibenarkan diusahakan

    Tanah milik orang bukan Islam tetapi jika memelok Islam dikenakan zakat

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    10/18

    Tanah terbiar dijadikan milik negara dan diusahakan oleh golongan petani di bawah pengawasan dan

    pentadbiran Pemegang Amanah

    Pemegang Amanah terdiri daripada orang Arab yang terlibat dalam ekspedisi perang di Iraq yang dikenali

    golongan Ahl al-Ayyam.

    Ditugaskan pungut culai tanah dan 1/5 daripada hasil diserah kepada kerajaan pusat(Madinah),bakinya

    diserah kpd golongan Ahl al-Ayyam.

    i. Tanah Sawad di Iraq kawasan dari teluk Parsi ke Mawsil di Utara dan dari sempada Syria-Iraq ke Hulwan di sebelah timur

    Uthman b Hanif dan Hudhaifah b al Yaman diminta mengukur keluasan tanah yang dapat dikerja seluas 36

    juta jarib

    Kadar kharaj yang dikenakan tidak membebankan rakyat iaitu berdasarkan:

    a.Jenis tanaman :-gandum :2 dirham,barli : 1 dirham,kurma :8 dirham,tebu:6 dirham,kapas:5

    dirham,anggur;10 dirham,dusun:10 dirham,bijan: 8 dirham,sayuran : 3 dirham.b.Kualiti tanahgandum : 4 dirham sejarib,barli : 2 dirham sejarib

    c.Tanah tidak diusahakan : 1 dirhamd.Tanaman baru :dikenakan kharajii.Jumlah kharaj di Iraq -86 juta dirham setahun

    iii.mengekalkan taraf dan hak golongan marzaban dan dahqan(pemilik tanah terkenal sebelum Islam)

    iii.Pelaksanaan kharaj yang adil dan teratur menyebabkan hasil tanaman meningkatdan turut mempengaruhipeningkatan kutip kharaj

    b. Mesir

    i. Semasa pemerintahan firaun ,tanah Mesir dikenakan cukai tanah dan boleh dibayar dalambentuk tunai atau hasil tanaman dan perlu dijelaskan dalam masa 4 tahun.

    -Pemerintahan Rom pula mengenakan bentuk cukai yang sama .Mereka menghantar hasil padike Constantinople setiap tahun dan hasil padi tersebut tidak termasuk cukaiii. Khalifah Umar mengganggap bayaran cukai tersebut membebankan rakyat dan tidak adil

    -Beliau adakan pembaharuan iaitu padi dikira sebagai bayaran kharaj dan jika perlu padidihantar ke Makkah pada masa kebuluran ,padi tersebut akan dibeli

    iii. Baiki kaedah pengutipan cukai tanah

    -Hasil pertanian di Mesir bergantung kepada bekalan air daripada sumber Sungai Nil -kaedahtersebut menyebabkan hasil pertanian tidak menentu-mengarahkan pakar-pakar membuat anggaran jumlah hasil tanaman setiap tahun dan menentukan kadarkharaj yang harus dikutip daripada petani

    -kesannya kutipan kharaj meningkat kerana kadar kharaj yang dikenakan adil dan tidak membebankan petan.Contoh : Pendapat:

    *Baladhurikutipan kharaj sebanyak 1 juta dinar*Maqrizi -12 juta dinar

    c.Syria

    i. mengekalkan sistem cukai tanah yang diamalkan oleh Raja Yunani di bawahpemerintahan Islam.

    -tanah dikelaskan berdasarkan kepada kualiti dan kesuburannya

    ii. Jumlah pendapatan kharaj sebanyak14 juta setahun.

    d.Lain-lain wilayah:i. Fars,Kirman,Armenia dan lain-lain

    ii Khalifah Umar melantik pegawai yang bertanggungjawab,mempunyai kelulusan,mahir dalam matematik dan penyelidikan bertujuan untuk memastikan wujud keadilan dan

    tiada penindasan

    3.Khalifah Uthman

    i. perkenalkan kharaj aliltizam atau iqta yang diurus oleh pemilik-pemilik tanah

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    11/18

    C.Kesimpulan

    Khalifah Umar merupakan seorang pemimpin Khalifah al Rasyidin yang berjaya meningkatkan

    perkembangan ekonomi melalui pelaksanaan baitulmal daripada sumber kharaj

    Pemilik tanah dan petani dapat mengecapi keuntungan kerana kadar kharaj yang dikenakan adil dan tidak

    menindas merekaHasil tanaman meningkat setiap tahun dan turut meningkatkan jumlah pendapatan negara Islam di Madinah.

    SOALAN 7:

    BINCANGKAN SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-YUBBI DALAM PERJUANGAN

    MEMARTABATKAN AGAMA DAN NEGARA ISLAM.

    Pendahuluan- Salehuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada

    kekuasaan orang Barat.

    - Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanyasetelah berjaya menawan semula beberapa wilayah kerajaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam

    peperangan di Mesir, Palestin dan Syria.

    Isi-isi penting:Menentang tentera Sali

    - Pada tahun 1164 M, Salehuddin al-Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa

    saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din.- Mereka berjaya menewaskan tentera salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I.- Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera

    Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.

    Menawan kota Baitulmuqaddis.- Salehuddin al-Ayubbi menjadikan Rasu al-Ma

    sebagai pusat gerakkannya menuju ke Bursadiikuti Karak, Syubak dan Tabariah.

    - Ketika pertempuran di Hittin , kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kemaraan tentera Salehuddin al-

    Ayubbi tidak dapat dikekang lagi apabila beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqaddis yang hanya dikawaloleh 150 orang pahlawannya sahaja.

    - Salehuddin al-Ayubbi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu Guy of Lusignan dan pemerintah Karak iaituRaynald supaya menghadapnya. Beliau kemudiannya telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadap

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    12/18

    pemerintah Karak tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

    Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian.

    - Meskipun orang Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, namun orang Kristian tetap diberikan peluangmengunjungi kota suci tersebut.

    - Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin al-Ayubbi dengan Richard The Lion Heart di

    Ramalah pada 22 November 1192 M, orang Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristianuntuk mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis.

    Memulihkan dan membangunkan Negara.- Salehuddin al-Ayubbi mengarahkan pembinaan kubu Qalah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi

    membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam Kota Kaherah. Di Sinai, kubu yang hampir samajuga dibina di samping membangungkan Pulau al-Raudah dan Pulau al-Gizah.

    - Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar inidilengkapi dengan kemudahan dan tempat bersantai.

    - Salehuddin al-Ayubbi telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz denganmenjadikannnya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah gedung ubatan disediakan bagimembolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut jugamempunyai ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagimengelak pesakit mental mengganggu pesakit lain.

    Memajukan Pendidikan- Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput

    golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya.

    - Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib. Mengikutsistem tersebut, kanak-kanak akan mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran senikhat. Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu matematik, syair, katak-kata hikmat dan beribadat

    seperti solat berjemaah.

    Memajukan bidang ekonomi.

    - Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizayah yangdikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang yang menebus diri, harta

    rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyahdihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.

    - Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian seperti member tumpuan kepada penyediaandan penyelenggaraab sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti danmengelak kekurangan bekalan makanan.

    Kesimpulan- Kejayaan Salehuddin al-Ayubbi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti paling ketara yang

    beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agam dan Negara Islam.

    - Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancangan yang meliputi

    aspek politik, ekonomi, pendidikan dan kebajikan sosial.

    SOALAN 8:

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    13/18

    SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG MATEMATIK TELAH MEMBERI IMPAK

    YANG BESAR KEPADA MASYARAKAT HARI INI. BINCANGKAN PENYATAAN TERSEBUT.

    PENGENALANo Al-Khwarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam falsafah,logik, aritmetik,

    geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Sumbangan al-Khwazrizmi mula terserlah ketika

    pemerintahan Khalifah al-Mamun (813-833 H) di Baghdad dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atassumbangan kajian beliau. Beliau lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan

    merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.o Antara sumbangan beliau yang memberi impak kepada masyarakat hari ini dan masih digunapakai dalam

    bidang matematik ialah sistem nombor, sistem angka, algebra, istilah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah

    kuasa dua (x) dan pemalar (c), pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran,luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan kon serta pengiraan pembahagian harta pusaka.

    ISI1. Kepakarannya dalam ilmu matematik diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah

    o Khalifah Abbasiyah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.o Beliau dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana khalifah oleh khalifah al-Mamun. Malah,

    baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana,termasuklah al-Khwarizmi.2. Sistem nombor

    o

    Al-Khwarizmi memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan

    9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu.o Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui

    angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.3. Sistem angka

    o Al-Khwarizmi memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan

    matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains danteknologi berkembang pesat.

    o Angka sifar yang beliau perkenalkan masih kekal digunakan oleh masyarakat pada hari ini. Malahan angka

    sifar dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre, chiffre dan zero.4. Sistem al-Jabar (algebra)

    o Selain itu, beliau memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Bentuk pengiraan yang menggunakan simbol

    tertentu disebut sebagai algebra dalam ilmu matematik pada hari ini.o Al-Jabar juga merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Penggunaan simbol yang

    mewakili nombor, nilai atau pembolehubah membolehkan masyarakat hari ini menyelesaikan banyak masalahpengiraan. Masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.

    o Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukanpelaan bagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hingga abad ke16M.5. Pengenalan istilah baharu

    o Beliau memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini.o

    Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x) dan pemalar (c).o Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topik seperti pengiraan darab, campur,

    tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan kon.

    6. Pengiraan pembahagian harta pusakao

    Al-Khwarizmi menghasilkan al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang digunakandalam urusan pengiraan spt pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Masalah pengiraan yang rumit dan

    kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.KESIMPULAN

    o Sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik amatlah besar dan berkekalan hingga ke hari ini.o Sumbangan beliau mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam.o Malah yang lebih membanggakan, sumbangan beliau menjadi pemangkin kepada kemajuan sarjana-sarjana

    Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    14/18

    SOALAN 9:

    BINCANGKAN SUMBANGAN TOKOH AL-KHWARIZMI DALAM BIDANG

    MATEMATIK , ASTRONOMI DAN GEOMETRI.

    Pendahuluan:

    Al-Khwarizmi merupakan seorang tokoh yang terkenal di bawah pemerintahan KhAl-Makmun. Nama sebenarnya ialah Muhammad b Musa al-Khwarizmi. Belau dikenali juga dengan nama

    Abu Abdullah. Orang Barat mengenalinya dengan gelaran Al-Goritmi, Al-Cowarizmi atau Al-Gorism. Beliaumendapat gelaran al-Khawarizmi kerana berasal dari Khwarizmi atau Khuway, sebuah tempat di selatan

    Tasik Aral di Turkistan atau kini dikenali sebagai Republik Uzbekistan. Semasa di bawah pemerintahanKhalifah Al-Makmun, beliau dilantik menyandang pelbagai jawatan seperti penasihat bidang astronomi,

    pengawas Khalifah dan pengurus Marsod ( bilik memerhati bintang)

    Sumbangan:

    1.

    Bidang matematik- Digelar Bapa Matematik Moden kerana begitu sinonim dalam bidang matematik.- Pada zaman Kh.Al-Makmun, beliau diarahkan menulis sebuah buku ringkas berkaitan algebra untuk

    memudahkan urusan umat islam dalam sistem pembahagian harta pusaka, wasiat, zakat dan sebagainya.- Lahirlah karya agung beliau iaitu Al-Mukhtasar fi Al-Jabr wal-Muqaba.

    - Dalam buku ini, al-Khwarizmi menggunakan tanda atau huruf untuk menggantikan nombor, nilai ataupemboleh ubah.

    - Banyak masalah boleh deselesaikan dengan mudah. Contohnya dalam urusan pembahagian zakat.-

    Sumbangan dalam bidang algebra tidak dapat disangkal lag hinggakan nama algorithm diambil sempenanama beliau.

    2. Bidang geometri- Karya agungnya juga turut mengulas secara terperinci tentang geometri. Dalam bab sukatan luas(al-

    Misahah), beliau memperkenalkan satu teorem tentang segi tiga sudut tegak sama kaki serta mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan.

    -

    Sistem angka turut diperkenalkan melalui bukunya bertajuk De Numero Indorum, sebuah naskhah berbahasa

    Latin3. Bidang astronomi- Beliau turut memperkenalkan algebra untuk digunakan dalam kaedah mengira astronomi.

    - Buku Zaij al-Sindhind telah membincangkan tentang peredaran matahari, bulan dan lima planet yangdiketahui ketika itu.

    - Beliau merupakan orang pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometriPenutup

    Ternyata al-Khwarizmi memang seorang tokoh yang begitu hebat dan memberikan sumbangan besardalam bidang matematik, algebra dan astronomi.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    15/18

    SOALAN 10:

    BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

    ABAD KE-11 HINGGA ABAD KE-13 M.

    A. PENDAHULUANIlmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas, iaitu ilmu

    naqli (revealed sciences) yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan ilmu aqli (rational sciences).Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang daripada sumber-sumber yang

    boleh dipercayai dan sentiasa benar.Ilmu naqli merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudiannyadiperturunkan kepada para sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmu syariyyah yang mana meliputi

    tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan ilmu sirah.Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya layak di jelaskan oleh

    baginda sahaja. Tidak ada orang yang berani dan boleh mentafsir al-Quran semasa Nabi Muhammad masihhidup.

    Namun selepas kewafatan baginda, tugas mentafsir al-Quran telah disandang oleh sahabat baginda yang alimdan dipercayai seperti Ibnu Abbas.

    Selepas zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah di ambil alih oleh golongan tabiin dan seterusnya para ulama.

    Ilmu naqli pada zaman kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad ke-13 masihi.B. ISI

    Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli pada masa itu.Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam usaha untuk membangunkanilmu ini kerana mereka lebih memberi perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.

    Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan.

    Beliau telah mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m. Madrasah ini merupakaninstitusi pengajian tinggi yang pertama.

    Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh ini

    merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.

    Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak. Terutamanya melaluikaryanya Tahzibul-Akhlak.

    Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telahmencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali turut

    berkecimpung dengan falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli dalam

    bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation (persamaan isi padu) dan mengenalpasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah diperintahkan olehpemerintah Saljuk memperbaiki sistem takwim.

    C. KESIMPULAN

    Kesimpulannya, ilmu naqli telah berkembang pada zaman abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-13 lagi.

    SOALAN 11 :

    HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16 DAN KE-17.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    16/18

    A. PENDAHULUAN

    1. Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka letak yang dibina olehmanusia.

    2 Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabila British bertindak membuangnegeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2.

    3 Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina

    ialah Syah Jehan (1627-1658 M).B.

    ISI:

    1. Ciri-ciri seni bina Indiai) Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan dilengkapi

    dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah

    terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.ii)

    Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman

    kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam sesebuah komplek,contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

    2. KUBUR/ MAKAM DIRAJAMonumen lain ynag terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat pemakamanraja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan-bahanmerah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secarakhusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.

    3. TAJ MAHALi) Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal. Bangunan ini

    dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan inididirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

    ii) Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buahmihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan

    dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.iii)

    Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di

    Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak

    besar.iv) Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana,

    terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruangrasmi pemerintah.

    v) Kompleks ini mempunyai cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang terpisah olehsebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan

    bangunan istana.

    vi) Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah.Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisandari teknikstucco.Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)

    Pembinaan Kota Merah (Red Fort)

    1.

    Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qilah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini ialah istanabagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.

    2. Penggunaa warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna Monokrome digunakan untukmembinanya.

    3. Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.4. Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang yang sama

    membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)

    5. Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpentingpenduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    17/18

    6. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohimusuh.

    7. Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk senibina India.

    8. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediamankeluarga diraja Moghul.Masjid Jama, Delhi

    Pembinaan Masjid Jama1.

    Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu Masjid Jama

    yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya Jahanara Begum.2. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini dipuncak sebuah bukit pada tahun 1650.3. Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini

    lebih dikenali dengan nama Masjid Jama.4.

    Masjid ini terletak diatas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monument

    masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang terletak berhadapandengan Masjid Jama.

    5. Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356 tahunatau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi.

    6. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.

    7.

    Terdapat ciri-ciri unit yang terdapat dalam masjid ini, iaitu terdpat beberapa artifak di dalam masjid ini seperti

    naskah kitab suci al-Quran yang berusia 1400 tahun ditulis atas kulit rusa oleh menantu Rasulullah S.A.W.(dalam bahasa Kufi).

    8. Selain itu, terdapat juga tinggalan artifak yang lain, iaitu tapak kaki Rasulullah S.A.W. pada marmar, kasutRasulullah S.A.W. yang diperbuat daripada kulit unta dan janggut Rasulullah S.A.W. sendiri.

    9. Kedudukkan Masjid Jama juga menjadi titik pertembungan antara dua budaya, iaitu penduduk Islam dan

    penduduk beragama Hindu.10.Masjid Jama yang menyaksikan jatuh bangun empayar Moghul kerana masjid ini dikatakan pernah dilelong

    sebelum dipulangkan semula oleh kerajaan penduduk Islam dengan tukaran 4 buah kampung.

    Makam Humayum (Humayun Tomb)Pembinaan Makam Humayun

    1. Makam Humayun dibina oleh isteri maharaja Humayun (pemerintah Moghul ke-2), Hamida Banu Begum

    sebagai tanda cintanya supaya maharaja Humayun sentiasa diingati.2. Komplek perkuburan atau makam yang besar ini mula dibina pada tahun 1565, selepas 9 tahun kemangkatan

    maharaja Hamayum dan siap pada sekitar tahun 1572 dengan kos pembinaannya 15 Lakh Rupee (1.5 juta) pada masa tersebut.

    3. Binaan makam ini diadabtasi daripada seni bina Parsi dan Moghul yang direka oleh Mirak Mirza Giyuath(arkitek Parsi).

    4. Daripada reka bentuk monumen ini juga diilhamkan oleh Shah Jahan untuk membina Taj Mahal di Agra.

    5. Makam Humayun terletak di Jalan Mathura, dikawasan timur Nizamuddin, tidak jauh daripada Kota Delhi(disebut juga sebagai Purana Qilla) dan berdekatan dengan sungai Jumna (Yamuna).

    6. Taman makam ini yang pertama dibina di tanah India dan diisytiharkan oleh UNESCO sebagai TapakWarisan Dunia pada tahun 1993.

    7. Selain maharaja Humayun, isterinya, Hamida Banu Begum turut dimakamkan disini. Tokoh-tokoh penting

    lain turut dimakamkan di makam ini ialah Dara Shiqoh (anak lelaki bongsu Shah Jahan)

    C. KESIMPULAN1.

    Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan khususnya dari

    aspek seni bina.2. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik menggabung nilai-nilai kesenian

    Islam dengan unsur tempatan Parsi.

  • 8/10/2019 Tema 2 Sejarah Islam p2

    18/18