teks

18
KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TOKAI 2009 TARIKH : 14HB. FEBRUARI, 2008 JAM : 8.00 pagi TEMPAT : PADANG SMK TOKAI TETAMU UTAMA : YANG BERBAHGIA EN ROSLAN B ROSLI PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENDANG KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahgia En Roslan b Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendang NYANYIAN LAGU NEGARAKU Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian, marilah kita sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu NEGARAKU. Terima kasih. ALUAN PENGACARA Yang Berbahgia En Roslan b. Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendang Yang Berusaha Pn Hjh rukiah bt Marhassan Pengetua SMK tokai Yang Berbahagia En. Md Azemi Yang Dipertua PIBG SMK Tokai Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tokai Para pegawai kejohanan Tuan-tuan dan puan-puan para waris Saudara-saudari peserta kejohanan dan seterusnya tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin yang dihormati sekelian Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Salam kejohanan serta selamat datang

Upload: izatismkt

Post on 13-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Page 1: teks

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TOKAI 2009

TARIKH : 14HB. FEBRUARI, 2008

JAM : 8.00 pagi

TEMPAT : PADANG SMK TOKAI

TETAMU UTAMA : YANG BERBAHGIA EN ROSLAN B ROSLIPENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENDANG

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahgia En Roslan b Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendang

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian, marilah kita sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu NEGARAKU. Terima kasih.

ALUAN PENGACARA Yang Berbahgia En Roslan b. Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah PendangYang Berusaha Pn Hjh rukiah bt Marhassan Pengetua SMK tokaiYang Berbahagia En. Md Azemi Yang Dipertua PIBG SMK TokaiAhli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK TokaiPara pegawai kejohananTuan-tuan dan puan-puan para warisSaudara-saudari peserta kejohanandan seterusnya tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin yang dihormati sekelian

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.Salam kejohanan serta selamat datang ke kejohanan olahraga SMK Tokai kali yang ke-21

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berbahgia En Roslan b Rosli untuk merasmikan kejohanan sebentar lagi.

Page 2: teks

PERARAKAN LINTAS HORMAT KONTINJEN

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin sekelian,Acara perasmian kejohanan pada pagi ini dimulakan dengan perarakan lintas hormat kontinjen rumah sukan dan unit beruniform.Untuk menyempurnakan majlis dengan segala hormatnya dipersilakan Yang berbahgia En Roslan b Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendang untuk menerima tabik hormat.Dipersilakan.

RUJUK LAMPIRAN

PERASMIAN Demikian tadi, perbarisan lintas hormat kontinjen. Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahgia En Roslan b Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendang , di atas kesudian menerima tabik hormat kontinjen.

Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berahgia En Roslan b Rosli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendang , untuk mengistihar rasmi Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Tokai kali ke- 21.Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.

BENDERA KEJOHANAN Hadirin dan hadirat yang di hormati sekelian, majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.

Demikian tadi, upacara menaikkan bendera kejohanan yang telah disempurnakan oleh saudara

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

IKRAR KEJOHANAN Majlis seterusnya menjemput saudara Mohd Haniff Bin Hussin untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Berlalu sebentar tadi, lafaz ikrar kejohanan. Terima

Page 3: teks

kasih diucapkan.

SELESAI ACARA Upacara perasmian kejohanan olahraga SMK Tokai kali ke-18 berakhir disini. Sekali lagi majlis merakamkanucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berusaha tuan Haji Mokhtar Bin Zakaria di atas kesudian merasmikan kejohanan olahraga SMK Tokai.Terima kasih juga diucapkan kepada para jemputan yang sudi meluangkan masa hadir pada petang ini.Kepada para warga kerja yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan upacara perasmian ini diucapkan terima kasih.Kepada para atlit diucapkan SELAMAT BERTANDING dengan semangat kesukanan yang tinggi. Akhirnya kontinjen perarakan akan bergerak meninggalkan arena upacara perasmian kejohanan.

ACARA BERMULA Para pegawai diminta mengambil tempat masing-masing. Acara kejohanan akan dimulakan sebentar lagi.Sidang hadirin sekelian,Acara balapan pada petang ini didahului dengan acara

Page 4: teks

PERARAKAN KONTINJEN

Hadirin sekelian,

Memimpin perarakan lintas hormat kejohanan Olahraga SMK Tokai kali ke 21 ialah

ketua kontinjen Sarjan Mohd Rahmat Bin Saad. Diikuti oleh 4 anggota KRS yang

membawa bendera kejohanan dan 21 orang pembawa bendera warna- warni.

Menyusul kini adalah 16 orang gadis ayu pembawa bunga manggar.

Dengan anggota seramai 21 orang, kontinjen ini melangkah dengan penuh berdisiplin,

dan berharap penyertaan mereka akan menyemarakkan lagi acara kejohanan pada petang

ini. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah Pasukan Kadet Remaja sekolah (KRS) Puteri SMK

Tokai diketuai oleh saudari Maslina Binti Ahmad Shukri dan dibimbing oleh Puan

Norfadzila Binti Abdul Rahaman.

Mendahului kontinjen olahraga adalah kontinjen rumah sukan Temenggung. Kontinjen

ini diketuai oleh saudara Mohd Fuad Bin Saidon sementara ketua guru rumah ialah

Pn.Siti Asma Binti Morad.

Seterusnya,mendahului kontinjen unit beruniform adalah pasukan pengakap yang

diketuai oleh saudara Mohd Yusri Bin Yusuff dan dibimbing oleh En. Muhammad Wafi

Bin Md. Salleh.

Mara seterusnya adalah kontinjen rumah sukan Bendahara. Kontinjen ini diketuai oleh

saudara Mohd Taufik Bin Saad dan dibimbing oleh Puan Najihah Binti Mahmud.

Kontinjen ini berazam akan terus berjuang agar kejayaan menjadi milik mereka.

Dengan langkah yang penuh sopan, puteri-puteri ini mewakili Pergerakan Puteri

Islam.SMK Toka yang diketuai oleh Saudari Nor Hafirah Binti Ismail serta dibimbing

oleh Ustazah Siti Meriyam Mansor.

Page 5: teks

Kontinjen rumah sukan seterusnya ialah Rumah Sukan Syahbandar. Warna biru terus

menyatukan ahlinya untuk menuju ke puncak. kontinjen ini yang diketuai oleh saudara

Mohd Zulhafiz Bin Jeffri dan En. Muhammad Wafi Bin Md. Salleh selaku ketua guru

rumah berharap akan dapat menjuarai kejohanan tahun ini.

Kontinjen unit beruniform seterusnya adalah pasukan PBSM yang diketuai olehLim Chia

Wei .Kontinjen ini dibimbing oleh Puan Siti Asma Binti Morad dan En. Suib Bin Md.

Arshad.

Penampilan seterusnya adalah kontinjen Rumah Sukan Laksamana . Warna merah terus

menyemarakkan semangat juang ahlinya. Kontinjen ini dianggotai oleh 21 orang dan

diketuai oleh saudara Mohd Ashraf Bin Ghazali . Dengan Pn. Nur Izati Binti Ismail

sebagai Ketua guru rumah, kontinjen ini berharap akan menjuarai kejohanan olahraga

pada tahun ini.

SELESAI PERARAKAN MASUK

Page 6: teks

UPACARA PENUTUP

Untuk menyempurnakan majlis penutup Kejohanan Olahraga SMK Tokai kali ke-18

tahun 2009, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan haji Mokhtar Bin

Zakaria , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Seterusnya upacara menurunkan bendera kejohanan. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan saudara untuk menurunkan bendera

kejohanan dan menyerahkannya kepadaTuan haji Mokhtar Bin zakaria, Pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Tokai.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Dengan ini berakhirlah upacara kejohanan olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan

Tokai kali ke-18 tahun 2009.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

guru, staf dan para pekerja kerana telah bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan

kejohanan olahraga pada tahun ini. Kepada anak-anak pelajar diucapkan tahniah kerana

telah hadir dan bertanding dengan penuh semangat kejohanan dan menunjukkan disiplin

yang tinggi pada petang ini.

Sebelum bersurai marilah kita sama-sama melaungkan Hip Hip Hooraey (3kali)

Page 7: teks

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI TAHUN 2008

TARIKH : 26 MARCH 2008

MASA : 9 PAGI

TETAMU UTAMA : YANG BERUSAHA TN. HJ. AHMAD ZUHKORI BIN

SAAD, KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI JPN KEDAH

KETIBAAN VVIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn. Hj.

Ahmad Zuhkori Bin Saad, Ketua Sektor Jaminan

Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

NYANYIAN NEGARAKU Hadirin sekelian marilah kita sama-sama berdiri

untuk menghormati nyanyian lagu kebangsaan kita.

Terima kasih.

ALUAN PENGERUSI

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Pinang

Pemanis kata Selamat Datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Yang berusaha Tn. Hj. Ahmad Zuhkori Bin Saad,

ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran

Negeri Kedah

Yang berusaha Encik Abu Yazit Bin Zain, Pegawai

Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang

Yang berusaha Pn. Fauziah Binti Osman, Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai

Yang berbahagia En. Mat Said Bin Taib, YDP PIBG

Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai

Pengetua-pengetua

Guru Besar – Guru Besar

Page 8: teks

Serta wakil

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tokai

Guru-guru

Para waris, anak-anak penerima anugerah dan

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sidang

Hadirin yang dihormati sekelian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang dan

Mesyuarat agung PIBG Sekolah Menengah

Kebangsaan Tokai tahun 2008.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berusaha tn.

Hj. Ahmad Zuhkhori Bin Saad, Ketua Sektor jaminan

Kualiti, JPN Kedah untuk merasmikann Hari

Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG

SMK Tokai kali ke 19 dan seterusnya

menyempurnakan majlis penganugerahan sijil kepada

pelajar-pelajar cemerlang sebentar lagi.

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di pohon kayu

Bukan majlis sebarang majlis

Majlis merai para tetamu

BACAAN DOA Tuan-tuan dan puan-puan sekelian , untuk

memulakan majlis marilah kita sama-sama

mengaminkan doa memohon keberkatan majlis kita

pada pagi ini. Bagi menyempurnakan majlis dengan

segala hormatnya dijemput Tn. Hj. Md Sobri Bin Hj

Page 9: teks

Hussin/ Ustaz Ismail Bin Ahmad.

***Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERSEMBAHAN PELAJAR Sidang hadirin sekelian, majlis seterusnya

mempersilakan kumpulan nasyid SMK Tokai untuk

menyampaikan persembahan dengan lagu :

“MINDA HADHARI INSAN BESTARI” yang

diketuai oleh saudari Nor Hafirah Binti Ismail

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

***Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan

terima kasih

UCAPAN YDP Memulakan ucapan,

majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Mat

Said Bin Taib, YDP PIBG SMK Tokai untuk

menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*** Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas

ucapan sebentar tadi

LAPORAN PENGETUA Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Fauziah Binti

Osman, Pengetua SMK Tokai untuk menyampaikan

ucapan dan seterusnya membentangkan laporan

persekolahan tahun 2008.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

***Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan

terima kasih.

Page 10: teks

UCAPAN VVIP Sidang hadirin sekelian,

Majlis seterusnya, mempersilakan Tn. Hj Zuhkori Bin

Saad, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Kedah untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Hari Anugerah Cemerlang dan mesyuarat Agung

PIBG SMK Tokai kali ke-19 Tahun 2008.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

***Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan

terima kasih.

PERSEMBAHAN PELAJAR

****PERSEMBAHAN PELAJAR********

Tuan-tuan dan puan sekelian,

Berlalu sudah persembahan pelajar SMK Tokai yang

dibimbing oleh Ustazah Sakinah Abu Bakar, Ustazah

Najihah Mahmud dan Pn. Shakirah Ismail.

Kumpulan nasyid SMK Tokai telah menyampaikan

lagu yang berjudul “INSAN SEJATI”

Sementara deklemasi sajak dijayakan oleh :

Saudari Nor Amanatul Syahida Bt Khadir

Yang bertajuk : KEJAYAAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Page 11: teks

PENYAMPAIAN

ANUGERAH

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Majlis hari

anugerah cemerlang SMK Tokai diteruskan dengan

upacara penyampaian anugerah dan sijil kepada

pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik

dank ko-kurikulum.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan sukacitanya

dipersilakan Pn. Fauziah Binti Hassan, Pengetua

SMK Tokai untuk mempersilakan dan mengiringi

Yang berusaha Tn. Hj Ahmad Zukhori Bin Saad,

Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran

Negeri Kedah untuk naik ke pentas.

Dipersilakan.

(RUJUK LAMPIRAN )

CENDERAMATA VVIP Berakhir sudah upacara penyampaian

anugerah.Majlis merakamkan ucapan penghargaan

dan terima kasih.

Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Fauziah Binti

Osman untuk menyampaikan buah tangan kepada Tn.

Hj. Ahmad Zuhkori Bin Saad sebagai kenang-

kenangan di atas kesudian bertamu ke SMK Tokai.

Dipersilakan.

PENUTUP Dengan ini maka berakhir sudah Hari Anugerah

Cemerlang SMK Tokai. Majlis merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas

kesudian Yang berusaha Tn. Hj Ahmad Zuhkori

menyempurnakan majlis Hari Anugerah Cemerlang

SMK Tokai bagi tahun 2008;

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada para jemputan yang telah sudi meluangkan

Page 12: teks

masa hadir pada pagi ini.

Kepada semua warga kerja , diucapkan terima kasih

di atas usaha yang telah dilakukan sehingga dapat

menjayakan Hari anugerah cemerlang dengan

jayanya.

Kepada anak-anak penerima anugerah, tahniah

diucapkan dan teruskan usaha anda untuk

meningkatkan kecemerlangan diri dan sekolah.

Kepada para waris , terima kasih di atas sokongan

yang telah diberikan.

Hujan turun badan pun basah

Patah galah haluan perahu

Berakhirlah sudah Hari Anugerah

Di lain masa bertemu pula

Anak enggang di dahan rendah

Patah ranting terbanglah ia

Jari disusun maaf dipohon

Andai tersalah bicara mengendalikan acara

Sekian. Wbt wassalamualakum wbt. .

Para tetamu dan jemputan, dipersilakan ke bilik

jamuan.

Para waris di minta tunggu di dalam dewan. Makanan

akan diedarkan dan majlis mesyuarat agung PIBG

akan diadakan sebentar lagi. Terima kasih.

Page 13: teks