teks ydp agm 2015

5
TEKS UCAPAN PERASMI 2015 SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20 Terima Kasih saudari pengerusi majlis, Yang Berusaha, Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim ,Guru Besar SK Taman Inderawasih, Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Hamidah Binti Sulaiman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosemadi bin Omar, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Azni bin Mohd Yusoff , Barisan Ahli jawatan kuasa PIBG, Guru –guru, Seterusnya ibu bapa, dan murid yang dikasihi sekalian. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara. Pemanis kalam "Selamat Datang", Lafaz mulia pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.. Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG Ke-20 SK Taman Inderawasih 2015

Upload: ctsara3

Post on 05-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PERASMI 2015SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20Terima Kasih saudari pengerusi majlis,

Yang Berusaha, Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim ,Guru Besar SK Taman Inderawasih,

Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Hamidah Binti Sulaiman,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosemadi bin Omar,

Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Azni bin Mohd Yusoff ,

Barisan Ahli jawatan kuasa PIBG,

Guru guru,

Seterusnya ibu bapa, dan murid yang dikasihi sekalian.

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara.Pemanis kalam "Selamat Datang",Lafaz mulia pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG Ke-20 SK Taman Inderawasih 2015

Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Ke-20 SK Taman Inderawasih 2015.Saya amat mengalu-alukan kedatangan ibubapa sekalian. Di sebalik kesibukan tugas harian, ibu bapa semua dapat juga mencuri masa untuk hadir. Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran kita, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan warga SK Taman Inderawasih dalam melibatkan diri dengan aktif dalam program sekolah. Tidak dilupakan kepada para guru yang telah berusaha dengan gigih selama ini.

Tuan-tuan dan Puan-Puan

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan yuran PIBG bagi Tahun 2015. Tuan-tuan dan Puan-Puan

Saya mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada semua, terutamanya daripada ibubapa kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak.Sumbangan pula bukanlah semata-mata wang ringgit, tetapi idea, buah fikiran , masa dan tenaga juga adalah contoh bentuk sumbangan yang amat dialu-alukan.

Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan perlu diingatkan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. Jangan hanya mendengar di sebelah pihak dan kemudian membuat kesimpulan sendiri tentang sesuatu perkara.Saya juga pernah menerima aduan daripada murid yang pernah dimarahi oleh waris lain di dalam kelas . Tidakkah waris tersebut tahu yang sekolah ini mempunyai pihak pentadbir yang bertangungjawab untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jangan ambil jalan mudah dan menyelesaikan sendiri pertelingkahan tu lain2 permasalahan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak pentadbir.Tuan-tuan dan Puan-Puan

PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif dan ceria kepada murid-murid dan guru-guru di sekolahDalam Usaha-usaha Jawatan Kuasa PIBG dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti juga telah dapat membantu sekolah meningkatkan memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti, Program Jaya Waris ,Hari Sukan Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang, Merentas Desa , Karnival dan Maulidur Rasul. Akhir sekali,

Saya percaya di bawah kepimpinan Guru Besar , guru-guru dan barisan AJK PIBG yang berdedikasi, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan yang sudi bersama-sama pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak murid kita.

Tanpa membuang masa lagi

Dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim , saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 SK Taman Inderawasih bagi tahun 2015.Wabillahi_taufiq_walhidayahAssalamualaikum_warahmatullahiwabarakatuhSekian, Terima kasih.