teks ucapan ydp puspanitapuspanita.mot.gov.my/dokumen/teks_ucapan_ksn_map.pdf · saya juga ingin...

26
TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-29 5 MEI 2011 (KHAMIS), 2.30 PTG DE’SERI ENDON PUSPANITAPURI PUTRAJAYA

Upload: buique

Post on 11-Mar-2019

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

TEKS UCAPAN

YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN

PUSPANITA KE-29

5 MEI 2011 (KHAMIS), 2.30 PTG

DE’SERI ENDON PUSPANITAPURI

PUTRAJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

2

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia.

Y. Bhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina

Binti Wan Hussin, Yang Di Pertua

PUSPANITA Kebangsaan

Y. Bhg. Dato’ Sri Abu Bakar Hj

Abdullah, Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz

Wan Abdullah, Ketua Setiausaha

Perbendaharaan

Y. Bhg. dan Y.B. Penasihat-

Penasihat PUSPANITA Cawangan

Kementerian dan Negeri

Page 3: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

3

Y.Bhg. Datin Sri Dato’ Hjh Zuraidah

Hj Mohamed

Timbalan YDP I PUSPANITA

Y. Bhg. Puan Sri Hayati Omar

Timbalan YDP II PUSPANITA

Naib-Naib YDP PUSPANITA

Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi

PUSPANITA

Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA

Ahli Perwakilan PUSPANITA

YBhg Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan

Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Datin Sri-Datin

Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin serta

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Page 4: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

4

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah SWT, atas limpah rahmat dan

izin Nya kita dapat bersama-sama

hadir pada petang ini, sempena

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung

Perwakilan PUSPANITA kali ke-29.

Saya mengucapkan terima kasih

kepada PUSPANITA Kebangsaan

kerana menjemput saya bagi

menyampaikan sepatah dua kata,

dan seterusnya merasmikan Majlis

pada petang ini.

Page 5: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

5

2. Saya juga ingin memohon maaf

kerana Majlis Perasmian yang

sepatutnya berlangsung pada pagi

ini terpaksa ditangguhkan ke

sebelah petang kerana saya serta

beberapa orang Ketua Setiausaha

Kementerian perlu menghadiri

Istiadat Sambutan Rasmi Tuan Yang

Terutama Perdana Menteri Lesotho

pada pagi tadi. Namun saya

difahamkan Mesyuarat Agung

Perwakilan telah pun berlangsung

dengan lancar serta Pemilihan

Jawatankuasa Kerja Tertinggi

PUSPANITA juga telah diadakan

dengan jayanya.

Page 6: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

6

3. Pada kesempatan ini saya ingin

mengucapkan tahniah kepada

barisan ahli Jawatankuasa Kerja

Tertinggi PUSPANITA yang baru

dilantik, yang akan menyumbang

khidmat untuk tempoh 2 tahun, iaitu

2011 hingga 2013. Semoga amanah

yang diberikan akan dapat

dilaksanakan dengan sebaiknya

demi memartabatkan peranan serta

sumbangan wanita dalam

pembangunan negara, khususnya

melalui PUSPANITA. Tidak lupa juga

saya merakamkan penghargaan dan

terima kasih kepada barisan ahli JKT

yang lama atas sumbangan khidmat

Page 7: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

7

menggerakkan program PUSPANITA

dengan jayanya sepanjang tempoh

2009 hingga 2011.

Saudara-saudari sekalian,

4. Setiap kali Mesyuarat Agung

Tahunan ini diadakan, saya telah

dijemput untuk merasmikannya,

dan pada setiap kali itu juga saya

telah cuba sedaya upaya untuk

menghadirkan diri. Ini kerana

selaku Penasihat PUSPANITA

Kebangsaan, adalah menjadi

kewajipan saya untuk lebih

mendekati PUSPANITA serta

mengambil tahu akan

Page 8: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

8

perkembangan dan aktivitinya.

Seterusnya di mana perlu,

berkongsi pandangan dan nasihat

demi memastikan PUSPANITA terus

relevan dengan perkembangan

semasa dalam melaksanakan

objektif penubuhannya.

Sehubungan itu, saya berharap di

peringkat Cawangan, sokongan

yang sama dapat diberikan oleh

Penasihat-Penasihat Cawangan

Kementerian dan Negeri dalam

membantu PUSPANITA menjadi

sebuah NGO yang matang dan

bergerak atas landasan yang betul,

Insya Allah.

Page 9: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

9

5. Dalam hubungan ini, saya ingin

mengucapkan tahniah kepada

PUSPANITA kerana dari maklum

balas yang diterima, PUSPANITA

sangat aktif menjalankan aktiviti-

aktiviti, bukan sahaja untuk ahli-

ahlinya, malah merangkumi kaum

wanita secara amnya. Dengan

keahlian yang semakin meningkat

serta aktiviti yang padat yang

dianjurkan pada setiap bulan, boleh

saya simpulkan bahawa

PUSPANITA ialah sebuah persatuan

yang dinamik. Saya sendiri dapat

merasakan kesannya kerana Yang

Di Pertua PUSPANITA sering kali

Page 10: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

10

sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang

dijalankan, sehinggakan kadang

kala mungkin saya yang lebih

dahulu pulang ke rumah sementara

beliau masih terlibat dengan aktiviti

PUSPANITA.

Saudara-saudari sekalian,

6. Saya dimaklumkan peruntukan

telah diagih-agihkan supaya

program dan aktiviti PUSPANITA

boleh dijalankan di peringkat

Kebangsaan dan juga di cawangan-

cawangan. Selain daripada

mengadakan aktiviti yang

merangkumi pelbagai bidang,

Page 11: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

11

PUSPANITA juga telah mewujudkan

Tabung Latihan dan Tabung

PUSPADARA yang bukan sahaja

dimanfaatkan oleh ahli, malah

keluarga ahli juga dapat menikmati

faedahnya. Setiap tahun,

PUSPANITA, melalui Tabung

Latihan dan Tabung PUSPADARA

telah dapat membantu purata 450

orang yang terdiri daripada ahli dan

anak-anak ahli. Ini bermakna

sekiranya dihitung untuk tempoh 10

tahun, PUSPANITA telah membantu

lebih kurang seramai 4,500 orang

ahli serta keluarga ahli.

Page 12: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

12

7. Ini membuktikan bahawa aktiviti

PUSPANITA yang berbentuk

bantuan dan kebajikan telah sedikit

sebanyak dapat menyumbang

kepada peningkatan mutu hidup

ahlinya dan juga masyarakat umum.

Mungkin tidak keterlaluan jika

dikatakan bahawa usaha ini adalah

selaras dengan aspirasi kerajaan

supaya rakyat didahulukan dan

pencapaian diutamakan. Syabas

diucapkan kepada PUSPANITA

dengan barisan ahlinya yang

sentiasa prihatin dengan kebajikan

ahli serta orang ramai, amnya.

Page 13: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

13

8. Memandangkan kemampuan

PUSPANITA serta jumlah ahlinya

yang ramai, iaitu mencecah 98,563

orang, sudah tiba masanya

PUSPANITA lebih kreatif dan

inovatif dalam penganjuran aktiviti-

aktivitinya. Oleh itu, saya ingin

menyarankan supaya PUSPANITA

berusaha untuk mencungkil bakat-

bakat dari kalangan ahlinya dengan

menganjurkan pertandingan-

pertandingan tertentu – sebagai

contoh pertandingan dalam bidang

penulisan, seni kreatif, hasil

gubahan, dan mungkin inovasi-

inovasi bagi meningkatkan

Page 14: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

14

kesedaran penjagaan alam sekitar,

dan sebagainya.

9. Melalui pertandingan yang

dianjurkan, PUSPANITA akan dapat

mengenal pasti bakat-bakat

cemerlang di kalangan ahli

PUSPANITA yang berkelayakan

dalam apa jua bidang untuk

diketengahkan di peringkat

kebangsaan dan seterusnya jika

berkelayakan, di peringkat

antarabangsa pula. Secara tidak

langsung PUSPANITA akan dapat

membantu kerajaan untuk membina

modal insan cemerlang yang boleh

menyokong pembangunan negara.

Page 15: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

15

10. Selain daripada itu, dalam era

informasi dan teknologi maklumat

serta dunia tanpa sempadan masa

kini, PUSPANITA harus seiring

dengan kemajuan teknologi ICT dan

menggunakan Internet sebagai

platform untuk membolehkan ahli

PUSPANITA di seluruh pelosok

negara mencapai maklumat

mengenai program dan aktiviti

PUSPANITA dalam masa yang

singkat.

11. Di samping itu, media sosial

seperti Facebook yang semakin

popular penggunaannya di

Page 16: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

16

kalangan anak-anak muda boleh

digunakan untuk menarik lebih

ramai golongan muda penjawat

awam untuk menjadi ahli

PUSPANITA. Ahli-ahli juga

berupaya memperluaskan

rangkaian perhubungan antara ahli

dengan persatuan sendiri atau

dengan persatuan yang lain di

dalam dan di luar negeri melalui

saluran Internet.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Saya percaya PUSPANITA

adalah antara Persatuan yang

mengamalkan tadbir urus yang baik.

Page 17: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

17

Namun, sebagai Penasihat adalah

menjadi tanggungjawab saya untuk

sentiasa mengingatkan supaya

pengurusan PUSPANITA di setiap

peringkat dijalankan dengan penuh

integriti. Seperti yang diketahui

umum, kerajaan telah melancarkan

Pelan Integriti Nasional pada 23

April 2004, dan pelan ini telah juga

menggariskan peranan Badan

Bukan Kerajaan, atau NGO, dalam

memartabatkan integriti.

13. Sehubungan dengan ini, saya

amat mengalu-alukan usaha

PUSPANITA menyediakan satu garis

Page 18: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

18

panduan untuk memantapkan tadbir

urus PUSPANITA. Pada hemah

saya, tindakan ini amat wajar bagi

memastikan ada “check and

balance” dan akauntabiliti di dalam

pentadbiran PUSPANITA,

khususnya yang berkaitan dengan

aspek kewangan. Saya juga

berharap agar garis panduan

tersebut akan turut diguna pakai di

peringkat cawangan bagi

memastikan keseragaman proses

dan prosedur di dalam pengurusan

PUSPANITA.

Page 19: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

19

14. Di samping itu, komitmen ahli-

ahli dalam melaksanakan tugas dan

aktiviti dengan jujur dan ikhlas

adalah sangat penting. Saya

percaya PUSPANITA mempunyai

ramai ahli yang komited dan

berdedikasi untuk menjalankan

tugas secara sukarela. Jika tidak,

mana mungkin PUSPANITA dapat

mencapai prestasinya yang baik

pada masa ini.

Saudara-saudari sekalian,

15. Saya percaya penasihat-

penasihat PUSPANITA bersetuju

dengan saya bahawa PUSPANITA

Page 20: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

20

mempunyai peranan dalam

menjayakan agenda kerajaan dan

pergerakannya sehingga kini telah

membuktikan bahawa ahli-ahli

PUSPANITA adalah aset kepada

negara.

16. Dalam hubungan ini, saya ingin

menyarankan kepada semua

penasihat cawangan kementerian

dan negeri supaya memberi

galakan kepada pegawai-pegawai

wanita di semua peringkat untuk

menjadi ahli PUSPANITA di jabatan

masing-masing. Dari masa ke

semasa berilah sokongan kepada

Page 21: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

21

mereka untuk menghadiri

mesyuarat serta melibatkan diri di

dalam program dan aktiviti

PUSPANITA di peringkat cawangan

dan kebangsaan.

17. Akan tetapi seyogia juga

diingatkan agar pegawai-pegawai

tidak mengambil kesempatan atas

“sokongan” yang diberikan dengan

mengabaikan tugas dan

tanggungjawab hakiki di jabatan

masing-masing. Dengan

pengurusan masa yang bijak, saya

percaya kita boleh memberikan

tumpuan kepada tugas-tugas hakiki

Page 22: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

22

di samping tanggungjawab kepada

keluarga serta aktif berpersatuan.

Malah, sekiranya penglibatan aktif

pegawai di dalam PUSPANITA dapat

diimbangi dengan pelaksanaan

tugas hakiki yang berkesan, saya

ingin mengesyorkan supaya mereka

diberikan merit yang tinggi untuk

tujuan kenaikan pangkat,

menghadiri latihan di luar negara,

dan sebagainya.

Saudara-saudari sekalian,

18. Tempoh 29 tahun kewujudan

PUSPANITA merupakan satu

tempoh yang telah mematangkan

Page 23: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

23

pertubuhan ini. Kejayaan yang

dicapai oleh PUSPANITA kini,

pastinya tidak datang bergolek,

malah merupakan usaha gigih serta

semangat juang semua ahli-ahlinya

dari dahulu sehingga sekarang.

19. Pada kesempatan ini, saya

ingin merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih

kepada bekas Yang Di Pertua

PUSPANITA serta personaliti-

personaliti PUSPANITA yang terus

aktif menyumbang kepada

kemajuan PUSPANITA serta

sentiasa menyokong aktiviti yang

dianjurkan. Antara mereka ialah

Page 24: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

24

Y.Bhg. Toh Puan Datin Sri Sagiyah

Salikin, Y.Bhg. Puan Sri Teh

Zahariah Jahidin, Y. Bhg. Puan Sri

Datuk Suslita Abdul Majid dan ramai

lagi.

20. Berkat keazaman dan

keprihatinan perancangan Yang Di

Pertua serta ahli Jawatankuasa

Tertinggi yang terdahulu,

PUSPANITA kini semakin dikenali

ramai dan program-program

PUSPANITA sentiasa dinantikan

serta mendapat sambutan. Saya

percaya kehadiran dan penglibatan

“veteran” PUSPANITA di dalam

Page 25: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

25

aktiviti-aktiviti PUSPANITA sentiasa

dialu-alukan dan amat dihargai oleh

semua ahli.

Saudara-saudari sekalian,

21. Bagi mengakhiri ucapan, saya

merakamkan penghargaan dan

terima kasih kepada semua

penasihat serta para hadirin yang

telah meluangkan masa untuk

sama-sama meraikan majlis pada

petang ini. Semoga semangat

kekitaan dan talian persahabatan

yang terjalin dalam PUSPANITA

sentiasa diteruskan, dan turut

dizahirkan semasa melaksanakan

tugas-tugas harian kita.

Page 26: TEKS UCAPAN YDP PUSPANITApuspanita.mot.gov.my/dokumen/Teks_Ucapan_KSN_MAP.pdf · Saya juga ingin memohon maaf kerana Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pada pagi ini terpaksa

26

22. Akhir kata, saya mendoakan

agar PUSPANITA terus maju dan

berjaya pada masa akan datang.

“Wanita Sepakat, Negara

Meningkat”.

Sekian,

Wabillahittaufik walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.