teks-ucapan-ydp

4
1

Upload: gnambigai-ramanathan

Post on 27-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

UcapanYdp

TRANSCRIPT

SALUTASI

Terima kasih Saudari/saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Tuan PPD_______________________________.

Yang berusaha Pn Hjh Fadzillah bt Samik. Guru Besar SK Jimah Baru.Guru-guru penolong kanan , guru-guru,Para hadirin sekalian.

Dan seterusnya pelajar yang kita raikan.Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

UCAPAN

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Majlis Hari Graduasi 2014 bagi pelajar-pelajar tahun 6 bagi sesi 2014 dapat kita raikan pada hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua.

Pertamanya bagi pihak Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, ke Majlis Graduasi pada hari ini. Walaupun majlis ini diadakan secara dalaman dan kecil-kecilan, namun apa yang saya pasti dan yakini adalah makna di sebalik majlis ini amat besar kepada anak-anak sekalian.

Sesungguhnya majlis pada hari ini diatur sedemikan rupa sebagai salah satu daripada program susulan kecemerlangan akademik sekolah yang telah menjadi tradisi kita untuk menzahirkan pengiktirafan kepada anak-anak kita yang berjaya menamatkan persekolahan pada setiap tahun .

Saya juga yakin bahawa majlis ini amat sesuai untuk mencetuskan semarak kejayaan buat para graduan. Semoga di tempat ini, di dewan ini, di pusat ini dan guru-guru di sekolah ini menjadi pendorong untuk anak-anak semua menanam tekad menjejakkan kaki ke menara gading, bukan sebagai pelawat tetapi sebagai penghuni yang memanfaatkannya untuk menimba ilmu demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

Harapan saya agar para graduan akan meneruskan budaya positif, sikap saling berkerjasama, saling menghormati, berdaya saing yang tinggi, mementingkan ilmu, saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan bersama.

Gunakanlah peluang yang ada untuk memperkasa diri para graduan sekalian dengan kemahiran keinsanan (soft skills) seperti sikap tanggungjawab, menghargai alam sekitar, mengamalkan nilai-nilai etika, moral dan profesionalisme, memantapkan sipiritual, mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, mengamalkan kerja sepasukan, berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah, berkemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, bersaing pada peringkat global, mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan mahir dalam pengurusan.

Para graduan sekalian,

Dalam dunia ini, tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama seperti Dato Sharifah Mazlina binti Syed Abd. Kadir, Dato Azhar Mansor, Datuk Abdul Malek Mydin, K. Mohandas dan Muhammad Muqarrabin seharusnya terjelma dalam kotak minda anda sebagai insan yang berusaha gigih hingga kadangkala mempertaruhkan nyawa demi mencapai matlamat meletakkan nama negara di persada dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi oleh para graduan. Majlis Graduasi ini dan peperiksaan SPM yang ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal anda terokai. Di hadapan anda sekalian nanti, terbentang pelbagai ranjau duri dan rintangan ke arah pencapaian kejayaan sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda.

Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, dan pihak pengurusan pusat dalam menjayakan Majlis Graduasi pada hari ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tanggungjawab berat membimbing, mendidik dan menyediakan para graduan dengan segala kudrat yang ada supaya dapat menduduki peperiksaan SPM dengan penuh yakin dan berjaya dengan cemerlang , Insyaallah. Bagi pihak mereka, saya dengan ini memberi restu dari hati tulus ikhlas dan menghalalkan segala ilmu pengetahuan dan didikan yang dicurahkan kepada kamu. Kami maafkan jika ada kesalahan yang telah dilakukan sepanjang berguru dengan guru-guru di sekolah ini. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kami ini akan mendapat kerahmatan All SWT dan mengurniakan kita semua dengan kejayaan demi kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti.

Kepada para graduan, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh ibu bapa anda. Balaslah jasa mereka dengan juadah kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.Pengakhir kalam, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan dan selamat maju jaya pada masa hadapan. Sekian, terima kasih,

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

2