teks ucapan yang berhormat pehin orang...

7
1 TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA DATO PADUKA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA, DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MUSABAQAH TILAWATIL QUR’AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M HARI KHAMIS, 06 SYA’ABAN 1432 BERSAMAAN 07 JULAI 2011 JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DEWAN DIGADONG KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN Please Check Against Delivery

Upload: truongphuc

Post on 13-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT

PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA

DATO PADUKA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH

MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA, DAN SUKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MUSABAQAH TILAWATIL QUR’AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN

1432H/2011M

HARI KHAMIS, 06 SYA’ABAN 1432 BERSAMAAN 07 JULAI 2011

JAM 8.00 MALAM

BERTEMPAT

DEWAN DIGADONG

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

Please Check Against Delivery

2

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursalin Saidina Muhammadin

Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in.

ASSALAMU ‘ALAIKUM WARAHMATULL AHI WABARAKATUH

1) Terlebih dahulu saya sukacita ingin mengucapkan terima

kasih di atas ingatan baik jawatankuasa Musabaqah

Tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan Tahun 1432h/2011m

yang mana telah berkesudian untuk menjemput saya

hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang penuh

dengan kebajikan ini.

2) Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan ini

adalah usaha yang sangat bertepatan kearah

mambangunkan golongan belia yang konsisten

kepada amalan amalan berugama, membentuk budi

pekerti yang mulia serta memahami harga diri

mereka selaku aset negara.

3) Musabaqah seumpama ini bukan sahaja berfungsi

sebagai wadah untuk bertanding akan tetapi ianya juga

akan dapat memajukan lagi bidang pembelajaran

pembacaan al-qur'an di negara ini dan sekali gus dapat

melahirkan generasi belia yang dekat dengan al-qur'an,

3

yang hidupnya berpandukan kepada Al-qur'an, tutur

bahasa, tindak tanduk berlandaskan kepada ajaran-ajaran

Al-qur'an yang mulia.

4) Ini memandangkan didalam Al-Quran banyak

menyentuh dan menceritakan kisah dan peristiwa

peristiwa mengenai pemuda mukmin dalam

kebenaran iman mereka dan kesan iman terhadap

dirinya dan persekitaranya. Ini adalah amat jelas

seperti mana kisah pemuda ashhabul kahfi yang

dikisahkan di dalam al-Quran. Keberanian mereka

dalam mentauhidkan Allah Subhanahu Wata'ala

walaupun di dalam keadaan yang amat genting dan

menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman sangat-

sangatlah memberikan inspirasi kepada kita.

Hadirin yang dihormati sekalain,

5) Kaum belia dewasa ini berhadapan dengan zaman yang

semakin mencabar yang dibawa oleh arus globalisasi dan

teknologi infokomunikasi. Cabaran cabaran baru dan

tekanan-tekanan tersebut yang mana jika tidak ditangani

dengan bijaksana akan mampu merosakkan akidah dan

meruntuhkan akhlak generasi belia. Perkara ini sudah

4

setentunya bukan sahaja akan membebankan pihak

keluarga bahkan juga kepada negara.

6) Begitu juga belia dan remaja Islam mudah terjerumus

kepada kegiatan kegiatan yang tidak bermoral dan

bertentangan dengan ajaran ajaran Islam seperti

menyalahgunakan dadah, pergaulan bebas, jangkitan

penyakit HIV-AIDS. Ini termasuklah juga budaya dan

perilaku yang tidak berlandaskan syara.

7) Perlu ditekankan, disamping menerima dan

memanfaatkan segala peluang (opportunities) dan

kebaikan yang dibukakan oleh dunia tanpa sempadan,

para belia dan kaum remaja perlu waspada dan siap

siaga dengan melengkapkan diri dan mencari jalan

bagaimana memelihara diri mereka dari terjebak

kepada perkara negative yang merosakan jati diri

dan akhlak sebagai seorang mukmin.

8) Sehubungan dengan ini, pegangan dan sandaran yang

berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah perlu

ditanamkan dan hayati dengan mengambil iktibar,

contoh, pengajaran serta teladan daripada

pengajaran dan kisah kisah yang terkandung didalam

Al-Quran yang menyebut tentang belia yang beriman

dan bertaqwa. Daripada kisah kisah yang terdapat

5

didalam Al-Quran adalah jelas sesungguhnya Allah

Subhanahu Wata’ala menyayangi belia dan remaja

yang beriman dan bertaqwa kepadaNya dengan

mengorniakan banyak rahmat dan berbagai

kebajikan.

Hadirin yang di hormati sekalain,

9) Negara mempunyai dan menaroh harapan yang tinggi

keatas belia belia di Negara ini sepertimana yang

terkandung didalam intisari titah Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara pada 8

April tahun 2005 seperti berikut-:

“Beta juga ingin melihat di Negara ini kewujudan

belia MIB, siapa yang akan membawa sinar

kebahagian, kesejahteraan dan kerukunan hidup

yang sebenar benarnya dalam masyarakat dan

keluarga….….. Pendekatan kita ialah belia yang

bertanbggungjawab serta berakhlak mulia, dimana

dengan tangan tangan mereka itu diharapkan untuk

menagani gejala gejala sosial yang negative yang

boleh mengancam upaya kita membangun Negara”

6

10) Kearah menyahut dan mendukong hasrat murni

Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu belia belia

hendaklah membentuk akhlak dan keperibadian

mereka mengikut ajaran ajaran Al-Quran. Kerana

“pemuda dan belia yang lahir dibawah lembayung Al-

Quran itu pastinya akan membawa kepada generasi

yang cemerlang. Melalui membaca, memahami dan

mengamalkan isi kandungan Al-Quran insyaAllah

akan terpancar nur hidayah, kelurusan dan

kemurnian akhlak”.

11) Dalam hal ini, amatlah besar harapan kita untuk melihat

generasi belia yang celik Al-qur'an ini akan dapat menjadi

agen penggerak dan perubahan yang aktif di dalam

masyarakat dengan menyebarluaskan lagi nilai-nilai dan

ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-qur'an itu

sendiri kepada orang lain.

12) Ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan pengaruh

yang baik dan pada masa yang sama dapat membantu

dalam mengatasi dan merawat penyakit-penyakit sosial

yang berlaku di dalam masyarakat kita terutamanya di

kalangan generasi belia.

7

13) Dengan adanya penglibatan aktif tersebut secara

tidak langsung mereka ini akan dapat menjadi

'qudwah hasanah' atau teladan yang baik kepada

yang lainnya. Perkara ini sangatlah digalakkan di

dalam agama islam sepertimana sabda Nabi

Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yang

maksudnya : "sebaik-baik manusia ialah manusia

yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain."

Sekian,

Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.