teks ucapan sempena majlis ihtifal

10
UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2011M/ 1432H Bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana dengan perkenan dan limpahan rahmat kasih sayangNYA, kita semua dapat hadir dan menjadi sebahagian daripada majlis yang bermakna ini. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas peluang dan penghormatan menjemput saya bagi merasmikan Majlis Penutupan Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perak Tahun 2011M/ 1432H. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, 1

Upload: siti-aishah

Post on 05-Jul-2015

1.999 views

Category:

Documents


54 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA PERINGKAT NEGERI

PERAK TAHUN 2011M/ 1432H

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana dengan perkenan dan

limpahan rahmat kasih sayangNYA, kita semua dapat hadir dan

menjadi sebahagian daripada majlis yang bermakna ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas

peluang dan penghormatan menjemput saya bagi merasmikan

Majlis Penutupan Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat

Negeri Perak Tahun 2011M/ 1432H.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Program ini amat besar faedahnya dalam usaha mencungkil

bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid di semua sekolah

di negeri Perak. Dalam konteks yang lebih luas, Majlis Ihtifal ini

bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai

kaitan dengan hiburan, kesusasteraan, muzik tetapi turut

1

Page 2: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

merangkumi tuntutan untuk menguasai ilmu pengetahuan, satu

aspek ibadah jika disertai dengan niat untuk mengajak

pendengarnya mengingati Allah dan berbuat kebaikan. Sejarah

telah membuktikan zaman kegemilangan empayar Islam

semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W., ihtifal telah menjadi satu

aspek penting dalam pembinaan ketamadunan empayar-empayar

Islam.

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perak

ini, adalah bukti kecintaan dan kesungguhan kita dalam

menjunjung budaya ilmu seterusnya mengagungkan al-Quran

dan memartabatkan Bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab. Kita

juga berharap dengan Majlis Ihtifal seumpama ini jualah, akan

lahirnya masyarakat Islam yang berpengetahuan seterusnya

melahirkan cendekiawan Islam terbilang di dunia bersesuaian

dengan tema Ihtifal pada tahun ini iaitu

AKIDAH MENJANA TRANSFORMASI INSAN CEMERLANG.

2

Page 3: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

Melalui agenda Perak Aman Jaya, kepimpinan negeri Perak

sentiasa meletakkan pembangunan pendidikan sebagai

keutamaan. Lantaran itu, kepimpinan sekolah merupakan saluran

utama agenda ini dapat disebar luaskan kepada semua

masyarakat. Untuk memastikan usaha ini dapat diteruskan

dengan berkesan, keberkesanan sekolah sebagai sebuah

organisasi perlu diberi perhatian dan sentiasa berfungsi.

Organisasi hanya akan berkesan jika sekiranya pemimpin mampu

mempengaruhi anggotanya ke arah mencapai tujuan dan

matlamat yang dirangka. Perubahan ini dapat dilakukan melalui

amalan kepimpinan yang berwawasan, ada hala tuju yang jelas

dan dikongsi bersama-sama. Justeru, pemimpin hendaklah

menghayati visi dan misi, mempamerkan rasa yakin dan optimis

bahawa visi dan misi akan dapat dicapai serta menonjolkan bakat

dan kebolehan mereka yang dipimpin. Membina keyakinan

merupakan kunci kepada kejayaan dan keyakinan ini akan

dikukuhkan lagi dengan amalan kepimpinan melalui teladan.

3

Page 4: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Dua penanda aras yang menjadi penentu tahap kecemerlangan

seseorang muslim sebenarnya terletak kepada sejauh mana ia

mampu menyempurnakan dengan jayanya tuntutan di dalam

‘menyuruh kepada kebaikan’ (amar makruf) dan ‘mencegah

daripada kemungkaran’ (nahi mungkar), dan dalam masa yang

sama ia berjaya membina hubungan yang berkualiti terhadap

ALLAH S.W.T. Keadaan ini dirumuskan oleh ALLAH seperti

maksud firmanNYA:

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,

(dengan sebab kamu) menyuruh kepada yang makruf (kebaikan)

dan mencegah dari yang mungkar (keburukan) dan (kamu)

beriman kepada Allah.”

-Surah Ali Imran; ayat 110

Sehubungan itu semangat untuk suatu perubahan yang cuba

dihidupkan melalui pelaksanaan Majlis Ihtifal seperti ini serta

4

Page 5: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

pernyataan AKIDAH MENJANA TRANSFORMASI INSAN

CEMERLANG yang menjadi tema majlis, bukan sekadar slogan

sebaliknya menjadi peringatan yang berterusan untuk kita

meneruskan usaha memberikan yang terbaik dalam setiap

amalan yang dilakukan.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa majlis ini adalah satu

usaha kita bersama untuk mendapatkan keredhaan ALLAH di

samping mengeratkan ukhwah sesama kita dalam menjayakan

misi dan agenda pendidikan di negeri ini.

Pengorbanan dan usaha kita mungkin tidak setanding dengan

jasa Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, namun matlamat dan

cabaran tetap sama iaitu mendidik dan memimpin umat manusia

kepada hidup yang sejahtera lagi dirahmati ALLAH S.W.T.

5

Page 6: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Sesungguhnya, marilah kita bersyukur dengan nikmat ini dan

mudah-mudahan segala usaha kita mendidik dan

memperkasakan serta memuliakan agama, diharapkan kita

tergolong daripada rantaian-rantaian penyampai dakwah dalam

melebarkan seruan Islam ke seluruh alam yang mana firman

Allah dalam surah Yusuf ayat 108 yang berbunyi:

Maksudnya:-

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan

orang-orang Yang menurutKu, menyeru manusia umumnya

kepada agama ALLAH dengan berdasarkan keterangan dan bukti

yang jelas nyata…”

Saya berharap semoga usaha ini InsyaAllah mengembalikan

keagungan Islam dan melahirkan masyarakat yang bersahsiah

serta berketerampilan tinggi, bukan sahaja memenuhi tuntutan

zaman malah meraih kejayaan dunia dan akhirat.

6

Page 7: Teks Ucapan Sempena Majlis Ihtifal

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin

merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada

semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz

(BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM)

Saya merasmikan Majlis Penutupan Ihtifal Institusi Pendidikan

Agama Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perak Tahun

2011M/ 1432H.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum w.b.t.

Sekian, terima kasih.

7