teks ucapan program guru penyayang 2015

Upload: liyana-hanim

Post on 01-Nov-2015

1.038 views

Category:

Documents


72 download

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2015

MAJLIS PERASMIAN GURU PENYAYANGAssalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program pensyarah penyayang tahun 2015

Pergi ke pasar membeli ikan,Ikan dimasak diatas bara,Selamat datang kami ucapkan,Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahidimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATIDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia En Abdul Rahim Bin Kassim Pengarah Kolej Vokasional Kuala Klawang2. Yang di hormati Yang dipertua PIBG KVKK3. Yang berusaha CiK Suraini Bt Hj Md Yusof Timbalan Pengarah Akademik KVKK4. Cik Rozilah Bt Ali Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KVKK5. Pn Habsah Binti Zakaria, Ketua Unit Jaminan Kualiti KVKK6. Barisan Pensyarah KVKK7. Rakan rakan pelajar sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran pensyarah penyayang 2015

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program pensyarah penyayang ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih di seluruh warga KVKK. Di samping itu juga, ia dapat menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, sekaligus menjana suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di kolej.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluanHadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau caring bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri .

Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa ragamurid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.

Guru mengajar sepenuh hati,Demi kerana murid tersayang;Apa diajar lekat di hati,Itulah harapan guru penyayang.

Hadiah diberi guruku sayang,di ajar penuh kasih dan sayang;Budi baikmu takkan hilang,melahirkan insan murid cemerlang.

Ucapan perasmian oleh pengetua

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Pengetua Cemerlang Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran guru penyayang smvj 2012.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan khas sempena pelancaram guru penyayang,Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

.tayangan

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih

Penyampaian hadiahWarga SMV juasseh yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program ihya ramadhan 2011. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan

Pemberian Kad Hari Raya

Aturcara majlis diteruskan dengan pemberian kad Hari raya daripada murid dan guru smvj. Buat pengetahuan hadirin, Pada kali ini kita bakal saksikan ketua tingkatan setiap kelas masing2 mewakili murid2 kelas akan memberikan kad hari raya kepada guru tingkatan. Manakala pada waktu yang sama guru tingkatan/ wakilnya akan membalas penerimaan tadi dengan kad hari raya, khas kepada murid melalui ketua tingkatan yang akan dilekatkan di sudut papan keyataan kelas masing-masing.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekelian, Pemberian Kad hari raya dimulakan dengan murid tingkatan 4, di harapkan murid dan guru tingkatan 4 telah bersedia...majlis pemberian dimulakan dengan kelas 1. 4

Seterusnya dipersilakan ketua tingkatan dan guru tingkatan 5 bersedia...

Panggil pengetua terima kad

Majlis pemberian kad hari raya seterusnya dari ketua pengawas selaku wakil semua murid memberikan kad hari raya kepada pengetua selaku wakil semua guru.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penerimaan kad daripada ketua pengawas selaku wakil daripada murid-murid smvj 2012. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Seterusnya dipersilakan ketua pengawas untuk memberikan kad hari raya dipersilakan.

UCAPAN MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT KVKK TAHUN 2015Tarikh : 22 MEI 2015

Terima kasih tuan pengacara majlis,Yang saya hormati barisan Penolong Kanan, Guru-Guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PAGI DAN SALAM 1MALAYSIA saya ucapkan kepada semua.Pertama-tama, saya ingin mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dalam majlis perlancaran program guru penyayang dan mentor-mentee peringkat sekolah pada pagi yang ceria ini.

Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang saya kasihi sekalian,Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee yang diilhamkan oleh Y Bhg. Dato Seri Abdul Ghaffar b Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bakal dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Mac 2012 di semua sekolah di seluruh pelosok Negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga(heart and mind) murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau caring bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concerned) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters / no child left behind) dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran (menitikbertakan outcome daripada output). Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin(believe and have faith) pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri .Nel Noddings (1988) and Lisa Goldstein menyatakan bahawa penyayang itu satu proses; iaitu, sesuatu yang guru buat dan bukan apa yang guru rasa. Ini bermaksud tingkahlaku guru dalam bilik darjah dan semasa interaksinya dengan murid-muridnya yang menentukan sama ada guru itu guru penyayang atau tidak. Sifat penyayang itu satu etik, atau nilai moral yang diamalkan guru selalu dan dapat dirasakan muridnya.Guru penyayang juga mengenali muridnya dengan rapat. Ianya bukan sahaja perlu mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahan muridnya tetapi juga berusaha membantu murid itu meningkatkan kekuatannya, dan mengatasi kelemahannya. Pendek kata, guru penyayang membantu murid membangunkan potensinya ke tahap semaksimum mungkin. Guru penyayang juga merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat reseptif dan mendengar kepada masalah murid, menjadikan mereka lebih mesra dan boleh didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru itu sentiasa berusaha melebihi tanggungjawabnya, iaitu go above and beyond untuk membantu muridnya di dalam dan di luar bilik darjah. Ringkasnya guru penyayang sentiasa go the extra mile untuk membantu muridnya, terutamanya murid-murid yang pemalu atau yang menghadapi masalah pembelajaran. Kata pepatah a little help goes a long waySidang hadirin yang saya hormati sekalian,Murid-murid mempunyai kebolehan pembelajaran dan tahap kefahaman yang berbeza-beza. Ada murid yang cepat faham konsep yang diajar, sementara terdapat murid yang menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru. Mereka ini akan ketinggalan jika guru tidak peka kepada masalah mereka ini. Sesuai dengan prinsip No child left behind Guru penyayang yang sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluan individu yang berbeza-beza ini akan dapat membantu murid berkeperluan khas untuk sama-sama mencapai kejayaan seperti rakan-rakannya yang lain.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Davis (2003) mendapati kajian-kajian yang dibuat 30 tahun kebelakangan ini semakin menunjukkan kepentingan hubungan guru penyayang dalam meningkatkan motivasi, penbelajaran dan pencapaian murid. Kajian-kajian mendapati bahawa guru penyayang dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih kondusif dan mesra, menggalakkan murid untuk menunjukkan tingkahlaku sosial yang lebih bertanggungjawab serta lebih menekankan pembelajaran daripada pencapaian. Murid-murid yang merasakan guru mereka penyayang didapati lebih berjaya dan kurang kemungkinan tercicir dari persekolahan. Guru-guru yang saya muliakan,Program Mentor Mentee tidak asing lagi kepada kita semua. Namun, walau pun program ini telah lama wujud, keberkesanan perlaksanaanya menjadi satu tanda tanya. Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri. Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah murid. Program mentor-mentee ini bertujuan untuk menentukan bahawa setiap murid itu mempunyai orang yang lebih arif yang boleh dirujuknya dan mendapatkan bimbingan dan bantuan dalam menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau kemajuan menteenya. Program mentor-mentee ini boleh dilihat sebagai satu kaedah pengisian atau amalan guru penyayang.Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar ialah disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya dengan mengamalkan amalan penyayang, dapat guru melaksanakan tugas hakikinya mendidik dan membentuk sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru penyayang ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah dan dapat diamalkan semua guru, banyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan keciciran di kalangan murid sekolah akan dapat dikurangkan. Pada masa yang sama, pembelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan awam akan dapat ditingkatkan. Justeru, saya menyeru kepada semua guru agar mengamalkan budaya guru penyayang ini.