teks ucapan ppd

7
TEKS UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT sempena MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN SEMARAK TEATER PERINGKAT NEGERI SELANGOR YANG BERBAHAGIA TUAN MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis, Yang Berbahagia Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Mohammad bin Yacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Puan Hajah Fauziah binti Mohamed Ramli, Pengetua SMK Abdul Jalil selaku Naib Pengerusi Pelaksana Pertandingan, Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor, Penolong-penolong PPD Kokurikulum Akademik daerah-daerah negeri Selangor, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, barisan juri pertandingan, guru-guru pengiring dan para peserta yang dikasihi sekelian. Assalamualaikum…warahmatullahiwabarakatuh Salam sejahtera dan salam “1 Malaysia”. 1

Upload: zainol-shari

Post on 11-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

zzzz

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Ppd

TEKS UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT

sempenaMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN

SEMARAK TEATERPERINGKAT NEGERI SELANGOR

YANG BERBAHAGIATUAN MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis,

Yang Berbahagia Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim,

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,

Yang Berbahagia Dato’ Mohammad bin Yacob, Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Ampang Jaya,

Puan Hajah Fauziah binti Mohamed Ramli, Pengetua SMK

Abdul Jalil selaku Naib Pengerusi Pelaksana Pertandingan,

Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor,

Penolong-penolong PPD Kokurikulum Akademik daerah-daerah

negeri Selangor,

Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat,

barisan juri pertandingan, guru-guru pengiring dan para peserta

yang dikasihi sekelian.

Assalamualaikum…warahmatullahiwabarakatuh

Salam sejahtera dan salam “1 Malaysia”.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dirahmati Allah

SWT.

Pertama sekali, saya bagi pihak pengelola dan jawatankuasa

pelaksana pertandingan ingin mengalu-alukan kedatangan Yang

Berbahagia, Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Timbalan

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ke Majlis

Perasmian Penutupan Pertandingan Semarak Teater Sekolah-

sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Selangor

Tahun 2013.

Begitu juga kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohammad bin

Yacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, yang

1

Page 2: Teks Ucapan Ppd

sudi hadir bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini dan

menjadi penganjur bersama pertandingan ini serta

membenarkan penggunaan Auditorium MPAJ ini sebagai lokasi

Pertandingan Semarak Teater Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah Peringkat Negeri Selangor untuk tahun 2013.

Sempena majlis pada hari ini, saya ingin merakamkan ucapan

tahniah kepada pihak jawatan kuasa pelaksana pertandingan

yang bertungkus lumus menganjurkan serta merealisasikan

acara ini. Tidak lupa juga sekalung tahniah diucapkan kepada

semua peserta yang telah berjaya melayakkan diri sehingga ke

peringkat ini.

Tuan-tuan , puan-puan dan para peserta sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, Pertandingan Semarak Teater

ini bukan sahaja menjadi medan untuk menonjolkan pelbagai

kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, malah juga

bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif serta menerapkan

kemahiran insaniah dalam kalangan murid-murid yang terlibat.

Melalui pertandingan ini juga, sudah pasti akan dapat

mencungkil bakat murid-murid terutama dalam menguasai

pelbagai kemahiran. Hal ini demikian kerana teater merupakan

persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton

secara langsung yang menggunakan kombinasi pertuturan,

gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja,

merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para

pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih

2

Page 3: Teks Ucapan Ppd

kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan

berketrampilan, malahan melalui aktiviti berteater, murid boleh

mempertingkatkan potensi diri dalam pelbagai aspek

termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya.

Oleh itu, amat bertepatanlah bahawa teater menjadi medium

unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu

sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini.

Melalui pelibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar

digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam

diri mereka. Ini bertepatan dengan kepelbagaian kecerdasan

yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam

sistem pendidikan negara kita.

Jelaslah bahawa teater dalam pendidikan membolehkan kita

melatih para pelajar menajamkan sesitiviti mereka,

meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni

masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa,

serta mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi,

yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater ini juga

boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi untuk membantu

pelajar yang mempunyai masalah emosi dan fizikal. Teater juga

berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang bersesuaian

dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Akhir kata, kepada para peserta pertandingan, semoga segala

kemahiran yang dimiliki, disemai dan dimanfaatkan melalui

arena teater ini akan dioptimumkan sepenuhnya ke arah

3

Page 4: Teks Ucapan Ppd

pembentukan generasi yang berwawasan pada masa hadapan

dan mengharumkan lagi nama sekolah di persada negara.

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi setinggi-tinggi ucapan

penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

Pertandingan Semarak Teater Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini.

Tidak lupa juga, terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang

Berbahagia, Tuan Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Timbalan

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Yang

Berbahagia Dato’ Mohammad bin Yacob, Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Ampang Jaya, yang sudi hadir untuk memeriahkan

majlis kita pada hari ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

4

Page 5: Teks Ucapan Ppd

TEKS UCAPANPEGAWAI PELAJARAN DAERAH

SEMPENAMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

PERTANDINGAN SEMARAK TEATERSEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

PERINGKAT NEGERI SELANGOR2013

TARIKH : 17 JUN 2013 ( ISNIN ) MASA : 5.00 PETANG

TEMPAT : AUDITORIUM MPAJ, MENARA MAJLIS PERBANDARANN AMPANG JAYA, AMPANG

5