teks ucapan pibg
DESCRIPTION
teksTRANSCRIPT
![Page 1: teks ucapan pibg](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082321/55cf904d550346703ba4ac3b/html5/thumbnails/1.jpg)
Terima kasih pengacara majlis. Bismilla hirrahma nirahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Yang dihormati uan Haji
Iskandar Molanah, Pengerusi Kumpulan Sarana Ibu Bapa,. Yang dihormati
Puan Yahtimi Sipin, Guru Besar SK Kampong JAwa, Yang berusaha Pn
Shamsiah Ahmad, Timbalan Pengerusi PIBG, Ahli –ahli Jawatankuasa
PIBG Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati
sekalian. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-
Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang mulia ini
sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kampong Jawa bagi tahun 2015 in.
Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada Tn Hj Iskandar
kerana sudi hadir dalam majlis kita pada hari ini walaupun kita tahu YB
amat sibuk dengan tugasan . Saya juga mengucapkan syabas dan terima
kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan
kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan
anak-anak kita pada masa hadapan.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Bunga selasih di tapak tangan,
Dipetik orang harum mewangi,
Segunung kasih kami taburkan.
Keprihatinan tuan dijunjungi tinggi.
Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini
telah mencecah usia 65 tahun. Dalam usia begitu, banyak kecemerlangan
dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang
akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan
![Page 2: teks ucapan pibg](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082321/55cf904d550346703ba4ac3b/html5/thumbnails/2.jpg)
kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah
kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita.
Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama
yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah
swt. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG
menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.
Umpamanya, Program Solat Hajat bulanan,. Pihak PIBG juga banyak
memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti
kurikulum dan kokurikulum sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk
pelajar-pelajar yang berjaya. Pada hari ini juga kita berbesar hati
menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang telah mencapai kejayaan
cemerlang dalam UPSR yang lalu, Penghargaan seumpama ini diharapkan
akan menjadi titik tolak, membakar semangat para pelajar untuk berusaha
lebih gigih mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Walau bagaimanapun,
anak-anak sekalian janganlah kita berusaha belajar untuk Berjaya dengan
cemerlang kerana mengharapkan penghargaan dan hadiah semata-mata.
Belajarlah untuk mencapai kecemerlangan bagi mengubah hidup anak-
anak pelajar dan juga keluarga pada masa hadapan kelak.
Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini
adalah sebahagian besarnya daripada hasil sumbangan yang kita
sumbangkan dalam tabung PIBG. Tabungan PIBG tiada mempunyai
sumber lain kecuali melalui sumbangan daripada pihak tuan-puan juga.
Justeru, saya ingin menyeru kepada semua yang hadir hari ini agar kita
![Page 3: teks ucapan pibg](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082321/55cf904d550346703ba4ac3b/html5/thumbnails/3.jpg)
sama-sama memberi sumbangan kepada tabung derma yang akan
diedarkan nanti.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada
kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus
sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek
akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa
dan komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-
bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata.
Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi
antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-
anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak menyiapkan kerja
sekolah, membawa kepada masalah ponteng kelas atau ponteng sekolah
kepada sebesar-besar masalah, umpama gejala vandalisme atau
merosakkan harta benda sekolah, pergaduhan sesama mereka malahan
juga kes buli, serta cabul, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan
pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Sewajarnya lah kita memberi
kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Kita juga harus
mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi patut mengambil
jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama
juga.
hadirin dan hadirat sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan
pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham
sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat
![Page 4: teks ucapan pibg](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082321/55cf904d550346703ba4ac3b/html5/thumbnails/4.jpg)
sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi. Masalah disiplin
dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah
ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan
segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang
munasabah. Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita
sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita
di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat
bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka
mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga mesti berdisiplin
dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu
bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil
tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-
mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka
ketika di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada
guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-
anak pelajar semua.
Sampan kotak hilir mudik,
Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang menggolek,
Akal tidak datang melayang .
Sekian, terima kasih.