teks-ucapan-perpisahan.doc

6
TEKS UCAPAN PERPISAHAN Bismillahirrahmanirahim Yg berusaha _______________________, Guru Besar SK Jalan Gurney 2, Yang diraikan Pn. ______________________, KP ___________________ dan ___________________, Yang dihormati _______________________________, Penolong Kanan Pentadbiran, Datin __________________________Penolong Kanan HEM, _____________________ Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru serta murid2 yang dikasihi sekalian.. Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dgn limpah izinnya kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Bunga Raya pada hari yang mulia ini. Sebagai pembuka Majlis, saya mempersilakan alFadhil Ustaz_____________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan. Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati.

Upload: azrin-zaki

Post on 26-Oct-2015

198 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teks ucapan majlis perpisahan

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN.doc

TEKS UCAPAN PERPISAHAN

Bismillahirrahmanirahim

Yg berusaha _______________________, Guru Besar SK Jalan Gurney 2, Yang

diraikan Pn. ______________________, KP ___________________ dan

___________________,

Yang dihormati _______________________________, Penolong Kanan

Pentadbiran,

Datin __________________________Penolong Kanan HEM,

_____________________ Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru serta

murid2 yang dikasihi sekalian..

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dgn limpah izinnya kita dapat

bersama-sama berkumpul di Dewan Bunga Raya pada hari yang mulia ini. Sebagai

pembuka Majlis, saya mempersilakan alFadhil

Ustaz_____________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati.

Murid-murid sekalian pasti ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang tertanya-

tanya apa tujuan kita berkumpul pada hari ini. Kita akan kehilangan seorang guru

yang kita sayangi dan kasihi iaitu _________________________ yang akan

bertukar ke SK ___________________ sebagai ___________________________.

Sedih hati tidak terkira..berat hati ingin melepaskan cikgu yang saya pasti semua

orang sayang..namun apa kan daya walaupun dengan linangan air mata, kami tetap

merestui pemergian _________________________________. Tahniah diucapkan

dan bersama-samalah kita mendoakan semoga beliau sentiasa maju jaya bertugas

di tempat baharu.

Page 2: TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN.doc

Ada serangkap pantun ingin saya hadiahkan,

Raut wajah penuh ketenangan,

Tidak terkalam kasih dijunjung,

Jasamu tetap dikenang,

Budimu tetap disanjung

Sirih puan buat laksamana,

Pinang beracik sebagai teman,

Hadir puan amat bermakna,

Dikenang diingat sepanjang zaman,

Justeru itu tanpa membuang masa, saya menjemput Yang Berusaha Guru Besar

kita Pn. ____________________________ untuk memberikan ucapan.

Seterusnya majlis mempersilakan yang diraikan Pn.______________________

untuk memberikan ucapan beliau. Dipersilakan....

Terima kasih Pn._______________________________ atas ucapan itu tadi. Kata-

kata dan ungkapan penuh bermakna, tersemat di hati kami sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,

Majlis yang sederhana ini akan diteruskan dengan sebuah tayangan video /

persembahan slaid yang memaparkan kenangan-kenangan sukaduka kita bersama

yang diraikan ______________________________.

Hadirin yang dikasihi sekalian, seterusnya majlis diserikan dengan sebuah

persembahan nyanyian oleh guru-guru SKJG2. Majlis dengan hormatnya

dipersilakan.

Terima kasih semua guru atas persembahan itu tadi.

Page 3: TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN.doc

Majlis dengan sukacitanya ingin menjemput yang diraikan

____________________________ untuk menyempurnakan acara memotong kek.

berhampar lapik berlicin daun

bagai lesung dengan antan

purnama pula berganti tahun

jasamu puan kekal di ingatan

Kini tibalah saat yang ditunggu.. Dijemput pula wakil murid dari setiap kelas

(ketua kelas / penolong ketua kelas) untuk menyampaikan hadiah kelas sebagai

tanda ingatan tulus ikhlas kepada yang diraikan

________________________________. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

Justeru tanpa membuang masa saya mempersilakan

1. wakil kelas pra sekolah

2. wakil kelas tahun 1 (panggil ikut

kelas:_________________________________)

3. wakil kelas tahun 2 (panggil ikut

kelas:_________________________________)

4. wakil kelas tahun 3 (panggil ikut

kelas:_________________________________)

5. wakil kelas tahun 4 (panggil ikut

kelas:_________________________________)

6. wakil kelas tahun 5 (panggil ikut

kelas:_________________________________)

7. wakil kelas tahun 6 (panggil ikut

kelas:_________________________________)

8. wakil daripada kelab guru*

Page 4: TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN.doc

sutera batik pemberian teruna

dipakai sidara nampak berseri

terimalah hadiah tidak seberapa

tanda ingatan tulus dihati

rakan-rakan sekalian,

hadiah diberi seikhlas hati,

kini marilah bersalaman menyusun jari,

bermaaf-maafan seikhlas hati,

semoga ukhwah kekal abadi.

Diminta semua murid2 beratur mengikut kelas masing-masing untuk sesi

bersalaman dengan Pn. ___________________________.

Berakhirnya sesi bersalaman itu tadi, maka berakhirnya sudah majlis kita pada hari

ini. Serangkap pantun terakhir buat _____________________________,

sutera batik bertenun indah

dipakai si dara nampak berseri

biar jauh jarak memisah

pastinya ada rindu di hati

Sebelum mengundur diri, saya ingin memaklumkan kepada semua guru

matapelajaran yang mengajar waktu 5.30 petang diminta bersiap sedia untuk

bergerak ke kelas bersama-sama murid sebentar lagi ketika murid2 berbaris.

Sekian dari saya, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warrah

matullahiwabarakatuh..