teks ucapan perkahwinan

Upload: aisyah-honey

Post on 03-Jun-2018

330 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 TEKS UCAPAN PERKAHWINAN

    1/5

    TEKS UCAPANMAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA

    Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;Yang Berbahagia Tan SriTan Sri,Dato-Dato,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan

    Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu

    wa taala sekalian.Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada

    pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan

    kami ..........................dan pasangan pilihan

    hatinya ...........................kerana berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan

    hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.

    PENDAHULUAN

    1. Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi,

    kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat

    dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu

    semua pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak

    pengantin lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.

    2. Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato, Datin-Datin, sidang hadirin

    yang dimuliakan;

    http://4.bp.blogspot.com/-SQMVD0gcI-0/Tnmjf9EJEdI/AAAAAAAAAGc/-qmgqLcBlbk/s1600/cl0090.jpg
  • 8/12/2019 TEKS UCAPAN PERKAHWINAN

    2/5

    Di malam hari terang senegeriMemberi cahaya di tengah balaiMajlis indah ditambah seriUntuk meraikan kedua mempelai

    DOA RESTU IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN

    3. Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga

    yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi

    membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman AlHakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada

    anaknya, katanya;

    "Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak

    manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah

    lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya

    adalah tawakkal kepada Allah SWT".

    Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika

    kita mengikut jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan

    tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.

    RASA SYUKUR DAN GEMBIRA DIKURNIAKAN MENANTU DAN BESAN

    YANG BAIK

    4. Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini,

    kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi tinggi.

    Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini, akan

  • 8/12/2019 TEKS UCAPAN PERKAHWINAN

    3/5

    menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi

    keluarga kedua-dua belah pihak.

    5. Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan, keranamempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama

    lain dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan keluarga dan

    kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami selama ini.

    PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN

    TETAMU

    6. Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang

    tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis

    perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada

    saudara pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua

    yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian

    dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada

    hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak

    saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak

    membalasnya.

    7. Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat

    bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya,

    maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;

    Kalau ada wajah yang tersalah pandangKalau ada nama yang tersalah sebutKalau ada gelar yang tersalah ucap

  • 8/12/2019 TEKS UCAPAN PERKAHWINAN

    4/5

    Kalau ada yang duduk di salah tempat

    Kalau ada hidangan yang salah bekas

    Kalau ada air mawar yang tersalah renjisKalau ada gelas tersalah letakKalau ada nasi tersalah tambah

    Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

    Bunga sakura si bunga JepunDitanam nyonya berpohon-pohonTersilap tersalah harap diampunTerkasar bahasa maaf dipohon

    PENUTUP

    Tindih kasih jahitan baju,Bila menjahit baju pendita,Terima kasih kepada para tetamuMengimarahkan majlis sehingga berjaya.

    Terangnya api di Tanjung Andas,Nampak di laut kapal belayar,Sayang dan kasih boleh dibalas,Budi dan jasa tidak terbayar.

  • 8/12/2019 TEKS UCAPAN PERKAHWINAN

    5/5

    Sekian, terima kasih.

    http://1.bp.blogspot.com/-2GyJNZPJp1k/Tnmj0DI6gDI/AAAAAAAAAGg/JgF53hSWViA/s1600/cl0107.jpg