teks ucapan perhimpunan

15
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM W.B.T. YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR, PN. AZIZUL BT SALLEH, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, TN. HJ. ABDUL AZIZ BIN HARUN, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PN. HARISUN BT ALI, GURU-GURU YANG KAMI SANJUNGI DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN. UNTUK MAKLUMAN KITA SEMUA, MINGGU INI ADALAH MINGGU KE- 4 PERSEKOLAHAN KITA BAGI TAHUN 2015. GURU YANG BERTUGAS PADA MINGGU INI IALAH CIKGU MOHAMAD HAFIZAN BIN GHAZALI, CIKGU AHMAD ZAMRI BIN HAMID, CIKGU NOOR ZAZATULISMA BT MD. DESA DAN USTAZAH SITI FATIMAH BT JAAFAR. BAGI MEMULAKAN DAN MEMBERKATI MAJLIS PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI, MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT ............................................................ ................................. UNTUK MEMBACAKAN DOA. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ..................................................... ............................. MAJLIS PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI DITERUSKAN DENGAN SESI NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK. UNTUK ITU, SAYA MENJEMPUT CIKGU NORHANAI BT MAT DESA UNTUK MEMIMPIN KITA MENYANYI LAGU-LAGU PATRIOTIK.

Upload: mohamad-tarmizi

Post on 29-Jul-2015

204 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks ucapan perhimpunan

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR, PN. AZIZUL BT SALLEH, GURU PENOLONG

KANAN HAL EHWAL MURID, TN. HJ. ABDUL AZIZ BIN HARUN, GURU PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM, PN. HARISUN BT ALI, GURU-GURU YANG KAMI SANJUNGI DAN

RAKAN-RAKAN SEKALIAN.

UNTUK MAKLUMAN KITA SEMUA, MINGGU INI ADALAH MINGGU KE- 4

PERSEKOLAHAN KITA BAGI TAHUN 2015. GURU YANG BERTUGAS PADA MINGGU INI

IALAH CIKGU MOHAMAD HAFIZAN BIN GHAZALI, CIKGU AHMAD ZAMRI BIN HAMID,

CIKGU NOOR ZAZATULISMA BT MD. DESA DAN USTAZAH SITI FATIMAH BT JAAFAR.

BAGI MEMULAKAN DAN MEMBERKATI MAJLIS PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI,

MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT

............................................................................................. UNTUK MEMBACAKAN DOA.

DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ..................................................................................

MAJLIS PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI DITERUSKAN DENGAN SESI NYANYIAN

LAGU-LAGU PATRIOTIK.

UNTUK ITU, SAYA MENJEMPUT CIKGU NORHANAI BT MAT DESA UNTUK MEMIMPIN

KITA MENYANYI LAGU-LAGU PATRIOTIK.

DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU NORHANI BT MAT DESA.

SETERUSNYA , DIJEMPUT ............................................................................ SELAKU KETUA

MURID SEK. KEB. TANJONG DAWAI BAGI MENGETUAI BACAAN IKRAR MURID.

DIPERSILAKAN.

Page 2: Teks ucapan perhimpunan

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MOHAMAD ADLI BIN ABDUL HAMID.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN TN. HJ. AHMAD FAUZI BIN REJAB, GURU YANG

BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS UNTUK MENYAMPAIKAN LAPORAN.

DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH CIKGU AHMAD FAUZI BIN REJAB.

MAJLIS MENJEMPUT GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI, CIKGU NOOR

ZAZATULISMA BT MD. DESA MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH CIKGU NOOR ZAZATULISMA BT MAD DESA. SEMOGA APA YANG

DISAMPAIKAN, AKAN KITA JADIKAN PANDUAN DAN PEDOMAN.

SEKARANG, MAJLIS MENJEMPUT GURU-GURU LAIN JIKA ADA

MAKLUMAT YANG HENDAK DISAMPAIKAN.

DIPERSILAKAN.

SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT PN. GURU BESAR,

PN. AZIZUL BT SALLEH UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN. GURU BESAR.

DENGAN UCAPAN ITU, MAKA BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI.

SEKIAN ,

WABILLAH HITAUFIQ WALHIDAYAH W.B.T

TERIMA KASIH.

Page 3: Teks ucapan perhimpunan

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG DAWAI

08110 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN

PERHIMPUNAN

MINGGU KE - 10

2014

2 MAC 2014

HINGGA

6 MAC 2014

TEMA :

MAKANAN SEIMBANG

GURU BERTUGAS :

EN. MOHAMAD HAFIZAN BIN GHAZALI

EN. AHMAD ZAMRI BIN HAMID

PN. NOOR ZAZATULISMA BT MD. DESA

PN. SAADATUL ARFAH BT KHUSHAIRI

Page 4: Teks ucapan perhimpunan

PN. ZAHARAH BT ABD. HAMID

TEMA MINGGU 10 : MAKANAN SEIMBANG (2 MAC 2014 HINGGA 6 M1C 2014)

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat,protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

PIRAMID MAKANAN

Definisi :Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis- jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

CADANGAN HIDANGAN LEMAK"TIADA LEMAK, TIADA PENYAKIT"

Tiada kuantiti yang sesuai yang dapat dicadangkan bagi pengambilan lemak.

Pengambilan lemak adalah sangat tidak digalakkan. Semakin sedikit

pengambilan makanan berlemak adalah lebih baik.

Page 5: Teks ucapan perhimpunan

CADANGAN HIDANGAN PROTEINMAKANAN CADANGAN HIDANGAN

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

  1 ketul peha ayam  1 ekor ikan kembung  2 ketul daging tanpa lemak  ½ cawan kekacang kering  1 keping tauhu

Susu dan produk tenusu   1 cawan susu  ½ cawan dadih  1 keping keju  Tenusu rendah lemak

CADANGAN HIDANGAN VITAMIN

MAKANAN SAJIAN

Sayur-sayuran   ½ cawan sayuran berdaun hijau  ½ cawan lain-lain sayuran  ½ cawan sayuran buah dan ubian.

Buah-buahan   ½ biji jambu batu  1 potong betik/ tembikai/ nenas  1 biji pisang / oren/ epal  ½ cawan jus buah (tanpa gula)

Page 6: Teks ucapan perhimpunan

Kita adalah apa yang kita makan merupakan satu ungkapan yang sering kita

dengar mencerminkan bertapa pentingnya kita menjaga pemakanan kita kerana

Page 7: Teks ucapan perhimpunan

apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan seterusnya

mempengaruhi pembentukan tingkah laku kita. Jadi pemakanan untuk pelajar

cemerlang tentunya berbeza dari pelajar biasa.

Sumber gambar: jpapencen.gov.my

Pemakanan untuk pelajar cemerlang perlu dipilih dengan teliti kerana ia

merupakan salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan

kesejahteraan atau kekuatan akal ialah melalui pemakanan yang berkhasiat dan

mengelakkan sumber makanan yang boleh memberi kesan yang tidak baik

kepada otak. Di sini diberikan sedikit panduan pemakanan untuk membantu

dalam kesihatan otak dan sekali gus membantu dalam perkembangan daya

pemikiran yang cerdas.

Makanlah makanan otak (brain food)

Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa

lemak, brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai

Cantaloupe, telur, kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega

kacang, kacang pea, kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis,

kurma, badam dan madu lebah. Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida,

vitamin dan mineral, juga mengandungi nisbah karbohidrat, protin dan lemak

yang membantu mengekalkan fungsi badan dan mental yang sihat. Rasulullah

pernah memberitahu bahawa akal yang sihat itu terdapat pada badan yang sihat.

Lebih-lebih lagi semua jenis makanan di atas adalah sumber semulajadi yang

mana sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan tiruan yang mendatangkan

kesan sampingan.

Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida

Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak.

Page 8: Teks ucapan perhimpunan

Sesetengah makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi,

bawang putih, kailan dan bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi.

Tanpa anti-oksida, daya pemikiran akan merosot kerana sel-sel otak akan

merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh kerana itulah kita

harus mengambil makanan yang tinggi khasiat anti-oksida dalam diet harian.

Pengambilan serat

Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja

menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang

ingatan secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan.

Elakkan lemak berlebihan

Kebanyakan lemak adalah kaya dengan Omega-6. Lemak tepu telah terbukti

membantutkan pertumbuhan sel-sel otak, manakala asid lemak Omega-3

merupakan unsur yang menyeimbangkan asid-asid lemak dalam badan juga

otak.

Elakkan makanan yang mengandungi bahan tiruan

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan-bahan tiruan seperti pewarna,

perasa atau pemanis, kola, sirap jagung, makanan sejuk beku, minuman segera

bergula tinggi, makanan mengandugi MSG dan sebagainya, memberikan kesan

tidak baik kepada otak. Secara asasnya makanan-makanan segera atau tiruan

mempunyai kesan-kesan negatif jangka pendek dan jangka panjang. Walau

sedikit sahaja pengambilan makanan jenis ini, ia akan memberika kesan kepada

otak dalam masa 24 jam, lalu menyebabkan mental menjadi bengap, keliru dan

kekurangan kuasa penumpuan.

Elakkan gula dan karbohidrat berlebihan

Gula dan juga karbohidrat berlebihan akan menjadikan minda menjadi

mengantuk, lemah dan kurang bertenaga, juga boleh menyebabkan terjadinya

brain fog, dengan kerana itu minda tidak dapat menjalankan proses berfikir

dengan jelas dan lancar. Jadi elakkanlah makanan yang mengandungi glukos

atau karbihidrat yang tinggi sebelum melakukan tugas-tugas yang banyak

menggunakan proses berfikir, seperti kerja-kerja penulisan, kreativiti,

penyelesaian masalah dan decision making.

Jangan tinggalkan sarapan pagi

Kajian menunjukkan bahawa, apabila kanak-kanak yang tidak makan sarapan

pagi telah mula mengambilnya, didapati markah ujian matematik mereka

mengalami peningkatan. Tetapi harus diketahui bahawa kita di Malaysia ramai

Page 9: Teks ucapan perhimpunan

orang suka mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Nasi lemak boleh

menyebabkan minda menjadi mengantuk, dan kepala ikan bilis yang terkandung

dalam sambalnya itu menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Jangan makan

nasi lemak pada sebelah pagi. Pastikan ikan bilis dibuang kepalanya sebelum

dibuat sambal.

Jangan makan dengan berlebihan

Kesan makan berlebihan untuk jangka masa singkat, darah dalam badan

ditumpukan kepada proses penghadaman, maka darah akan berkurangan pada

bahagian otak. Untuk jangka masa panjang, oleh kerana lemak yang berlebihan

(karbohidrat yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak) saluran darah akan

menyempit akibat penempelan lemak di sekitar pembuluh darah. Ini menjadikan

darah akan kurang mengalir pada bahagian otak, lalu menyababkan otak

menjadi lemah.

Alkohol – Elakkan sama sekali

Dari segi kesihatan mental , arak atau alkohol akan membunuh sel-sel otak yang

mennyebabkan kewarasan dan kecedersan fikiran merosot. Ramai yang

mengadu bahawa alkohol telah menjadikan memori dan daya intelek mereka

melemah akibat pengambilan alkohol.

Semoga dengan pengamalan tip-tip ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang

cemerlang melalui kaedah pemakanan untuk pelajar cemerlang.

SEMANGAT KEJIRANAN

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah,

di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam

satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali

sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah

yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita

apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada

mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita

perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa

bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-

langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat

Page 10: Teks ucapan perhimpunan

kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-

royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan

bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.

Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-

kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan

seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal

ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan

bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang

boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan

taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan

sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan

hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah

terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat

membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan

dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran

dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan

lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli

dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang

sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai

contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina,

Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka

hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka

mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan

berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga

untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan

turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak,

memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya.

Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan

Page 11: Teks ucapan perhimpunan

sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti

ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar,

taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui

aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang

secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu

antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam

peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya

melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau

pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan

yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau

pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli.

Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam

masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa

Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian,

dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga,

masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan

taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini

berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat

aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-

menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-

mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk

dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat,

kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan

mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.

Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat

berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap

sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada

mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu

memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada

Page 12: Teks ucapan perhimpunan

prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah

jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat

merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita.

Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat

meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam

kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap

mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain

semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah

Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-

masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan

seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang

mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita

roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan,

perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa,

kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan

sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan

sejahtera.