teks ucapan perasmian ictlab sk long sobeng yb

3
TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA ENCIK DENNIS NGAU ADUN N.67 TELANG USAN Sempena Perasmian ICT ROOM (Information, Communication, & Technology Room) SK Long Sobeng Pada 17/4/2015 Bertempat di Bilik ICT SK Long Sobeng Terima kasih pengacara majlis, Selamat pagi, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia Yang Dihormati, Kaunselor Encik Jarau Braim, Ahli Majlis Daerah Marudi, Baram, Encik David Ubong Taboh, Penolong Kanan HEM, SK Long Sobeng, Yang Berusaha, En. Wilson Braim, Yang Di Pertua PIBG SK Long Sobeng, Guru-guru, Anggota Kakitangan Pelaksana, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa, murid- murid serta para hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari ini, kita berpeluang sekali lagi untuk berkumpul bersama-sama. Terlebih dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah dan PIBG SK Long Sobeng kerana melalui projek Sarana Ibu

Upload: mohamad-aizat

Post on 15-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.,.,

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmian ICTLab SK Long Sobeng YB

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA ENCIK DENNIS NGAUADUN N.67 TELANG USAN

Sempena Perasmian

ICT ROOM(Information, Communication, & Technology Room) SK Long Sobeng

Pada17/4/2015

Bertempat diBilik ICT SK Long Sobeng

Terima kasih pengacara majlis,

Selamat pagi, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Yang Dihormati,

Kaunselor Encik Jarau Braim, Ahli Majlis Daerah Marudi, Baram,Encik David Ubong Taboh, Penolong Kanan HEM, SK Long Sobeng,

Yang Berusaha,

En. Wilson Braim, Yang Di Pertua PIBG SK Long Sobeng,

Guru-guru, Anggota Kakitangan Pelaksana, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa, murid-murid serta para hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari ini, kita berpeluang sekali lagi untukberkumpul bersama-sama.

Terlebih dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah dan PIBG SK Long Sobeng kerana melalui projek Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah ini, salah satu agenda nasional iaitu Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dibawah Program Transformasi Kerajaan Makmal 2.0 dapat direalisasikan di SK Long Sobeng.

Justeru, penglibatan ibu bapa melalui PIBG untuk membangunkan sekolah secara proaktif dan progresif adalah amat diperlukan. Guru sebagai agen perubahan perlu relevan dalam menyediakan generasi yang mampu berdaya saing diperingkat antarabangsa melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 2: Teks Ucapan Perasmian ICTLab SK Long Sobeng YB

Aktiviti The Hour of Code yang dijalankan pada minggu lalu bersempena dengan program pada hari ini menunjukkan Netbook 1Malaysia ini dapat digunakan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap asas sains komputer yang bermanfaat untuk HOTS (High Order Thinking Skills) ataupun KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) iaitu elemen yang kritikal dalam sistem pendidikan kita masa kini. Semoga aktiviti seperti ini dapat sentiasa diadakan agar murid-murid dapat belajar cara berfikir dengan baik.

Oleh yang demikian, adalah besar harapan saya supaya ICT Room ini akan dapat memberikan manfaat dari segi informasi, komunikasi dan teknologi bukan sahaja kepada murid, tetapi juga kepada pihak sekolah, PIBG, dan komuniti setempat.

Let us think of education as the means of developing our greatest abilities, because in each of us there is a private hope and dream which, fulfilled, can be translated into benefit for everyone and greater strength for our nation. - John F. Kennedy

Sebagai wakil rakyat, saya menyeru kepada semua pihak supaya berusaha bersama-sama kerajaan dalam usaha untuk Terus Menjulang Baram dan Terus Menjulang Sarawak melalui pendidikan.

DENGAN INI, SAYA DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN ICT ROOM SK LONG SOBENG.

Sekian,

Terima Kasih.