ucapan perasmian yb dato’ sri rohani abdul · pdf filedengan program pekerti@remaja...

9
UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PELANCARAN PROGRAM PEMERKASAAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE) FASA 2 #NEGARAKU_KASIHKITA_KPWKM KOMPLEKS SUKAN ASAJAYA, SARAWAK 29 APRIL 2017 (SABTU) 1.30 PETANG

Upload: ngolien

Post on 03-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

UCAPAN PERASMIAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

PELANCARAN

PROGRAM PEMERKASAAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE) FASA 2 #NEGARAKU_KASIHKITA_KPWKM

KOMPLEKS SUKAN ASAJAYA, SARAWAK

29 APRIL 2017 (SABTU)

1.30 PETANG

Page 2: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

1

Salutasi

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam NegaraKu

Terima Kasih Pengacara Majlis,

YB. Datuk Haji Abdul Karim Rahman Rahman Hamzah Ahli Dewan Undangan Negeri (N.15) Asajaya

merangkap Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan

Sukan Sarawak

YB. Puan Rubiah Wang Ahli Parlimen (P.197) Kota Samarahan

Tuan Haji Brahim Lumpu Residen Bahagian Samarahan

Tuan Habari Bakar Pegawai Daerah Asajaya

1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke-hadrat ALLAH S.W.T. kerana

dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita bersama-sama

berkumpul pada petang ini, di Kompleks Sukan Asajaya dalam

Page 3: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

2

Pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) Fasa 2 iaitu di Kampung Asajaya, Samarahan Sarawak.

2. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan

puan-puan dan semua ahli keluarga komuniti Kampung Asajaya serta

penduduk sekitar kerana dapat meluangkan masa hadir bersama-sama

memeriahkan majlis pada petang ini.

Turun Belayar Puteri Santubong

Ikan Pais Jadi Santapan

Di Asajaya Kita Berkampung

Program FACE kita Jayakan.

3. Terima kasih dan tahniah juga kepada penganjur program iaitu

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),

agensi di bawah Kementerian saya dan Pejabat Daerah Asajaya. Tidak

ketinggalan ucapan terima kasih kepada pelbagai jabatan Kerajaan

Negeri dan Jabatan Kerajaan Persekutuan, NGO, pihak swasta serta

pemimpin tempatan, yang berganding bahu melalui Pendekatan Strategi

Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam menjayakan Pelancaran

Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) Fasa 2 ini. Saya

menyokong sepenuhnya pendekatan begini iaitu kolaborasi banyak

pihak dalam membangunkan komuniti setempat melalui aktiviti berkaitan

bagi membantu memperkasa keluarga dan akhirnya membentuk

masyarakat sejahtera.

Page 4: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

3

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

4. Institusi keluarga memainkan fungsinya yang tersendiri dalam

memastikan kestabilan dan keharmonian wujud dalam sesebuah

masyarakat. Institusi keluarga kita masa kini telah dilanda pelbagai

cabaran yang didominasi oleh faktor modenisasi, urbanisasi dan

globalisasi. Dalam mengharungi cabaran ini, keluarga yang mampu

untuk berfungsi dengan baik akan dapat memastikan kesejahteraan

keluarga mereka akan terus terpelihara. Namun, sebaliknya keluarga

yang gagal menjalankan fungsinya akan terdedah kepada kepincangan

yang dapat dilihat kesannya kepada ahli keluarga tersebut dan secara

tidak langsung akan memberi kesan kepada komuniti setempat.

5. Kepentingan bagi memastikan institusi keluarga di Malaysia terus

sejahtera merupakan antara salah satu agenda utama prospek

pembangunan negara. Keutamaan ini dapat dilihat berdasarkan

komitmen kerajaan di dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK-11)

yang mengangkat kepentingan institusi keluarga menerusi memperkasa

komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan serta warga Asajaya yang dihormati sekalian.

6. Pada tahun 2016, LPPKN telah menjalankan Program FACE fasa

pertama yang diadakan di Kampung Beladin di Batang Lupar.

Pelancarannya telah diadakan pada 30 Oktober 2016 dan selepas

pelancarannya telah diadakan pelbagai aktiviti intervensi seperti Forum

Perdana Ehwal Islam, Gotong Royong, Hari Sukan Negara dan

sebagainya.

Page 5: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

4

7. Pada tahun ini, Kampung Asajaya telah dipilih bagi pelaksanaan

Program FACE Fasa 2. Pemilihan dibuat berdasarkan terdapatnya

keperluan dalam memperkasakan komuniti di sini dalam beberapa

aspek seperti ekonomi, sosial dan pendidikan. Untuk makluman semua,

Kajian Pra Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) peringkat komuniti

Asajaya telah dilaksanakan pada 13 hingga 26 Mac 2017 yang lalu

meliputi 400 orang responden dalam kalangan ibu bapa penduduk

Kampung Asajaya Hulu, Tengah dan Laut.

Kajian ini mengukur tahap kesejahteraan keluarga semasa dengan

mengukur lapan (8) aspek atau domain iaitu:

I. Domain Hubungan Kekeluargaan;

ii. Domain Keluarga Dan Komuniti;

iii. Domain Ekonomi Keluarga;

iv. Domain Keselamatan Keluarga;

v. Domain Kesihatan Keluarga;

vi. Domain Keluarga Dan Agama/ Kerohanian;

vii. Domain Persekitaran Dan Perumahan; dan

viii. Domain Keluarga Dan Teknologi Komunikasi

8. Hasil kajian menunjukkan skor keseluruhan Indeks Kesejahteraan

Keluarga (IKK) bagi kampung ini adalah 7.21 daripada skala 10. Dua

domain yang terendah pula adalah domain perumahan dan persekitaran dan domain keluarga dan teknologi komunikasi.

9. Untuk makluman semua, IKK Nasional tahun 2016 mencatatkan

skor 7.33 daripada skala 10 dan skor negeri Sarawak mencatatkan 7.09

Page 6: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

5

dengan dua domain yang terendah juga adalah domain perumahan dan

persekitaran dan domain keluarga dan teknologi komunikasi. Begitu

juga dengan skor bagi IKK di Beladin, mencatatkan skor terendah

adalah bagi domain perumahan dan persekitaran. Terdapat persamaan

dari segi domain yang rendah antara ketiga-tiga IKK yang dijalankan

iaitu IKK Nasional, komuniti Beladin dan komuniti Asajaya. Ini

menunjukkan aktiviti menjurus kepada aspek perumahan dan

persekitaran serta teknologi komunikasi perlu diberi penekanan yang

lebih.

10. Domain Kesihatan dan Domain Ekonomi Keluarga juga

mencatatkan skor yang rendah di komuniti Asajaya. Pejabat Kesihatan

mungkin boleh menjadikan Kampung Asajaya ini sebagai Komuniti

KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara), dan pihak Kawasan

Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan boleh

mengambil peranan dalam membangunkan ekonomi pertanian

masyarakat kawasan ini. Namun demikian, aktiviti bagi domain yang

lain juga perlu dilaksanakan supaya kesejahteraan yang kita usahakan

ini terus kekal dan mampu dipertingkatkan.

10. Penemuan Kajian IKK Komuniti Asajaya, juga mencatatkan tiga

isu sosial yang perlu diberi perhatian iaitu remaja merokok (43.5%),

ponteng sekolah (13%) dan perjudian (13%). Saya melihat ini sebagai

isu komuniti Asajaya yang perlu diambil cakna oleh agensi berwajib.

Antara lain pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Polis DiRaja

Malaysia (PDRM) perlu menjalankan program berbentuk NBOS untuk

membantu mengurangkan gejala ponteng sekolah, remaja merokok dan

perjudian ini. Selain itu agensi seperti LPPKN boleh menyumbang

Page 7: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

6

dengan program motivasi dengan menggunakan Modul Permata Kasih

dan Modul Mutiara Kasih.

11. Dari aspek keperluan setempat pula, tiga perkara yang

ditimbulkan adalah bekalan air bersih (26.5%), pungutan sampah

(16.8%), dan pengangkutan awam (13.5%). Saya kira perkara-perkara

berkaitan kemudahan ini juga perlu dipandang serius oleh pihak yang

berkenaan dan perlu ada tindakan susulan.

12. Saya percaya LPPKN telah mempunyai perancangan untuk

membangun dan memperkasakan komuniti ini. Saya dimaklumkan

bahawa seawal 21 April lalu mereka telah turun ke SMK Asajaya

dengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna

Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial

remaja. Manakala pada 27 April diadakan Tazkirah Maghrib di 3 buah

kampung (Kampung Asajaya Hulu, Kampung Asajaya Tengah dan

Kampung Asajaya Laut) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah

Malaysia (YADIM). Pada 28 April telah dijalankan Program Sukarelawan

Jiwa Malaysia dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) yang

melibatkan Angkatan Tentera Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak

dan Ahli KRT komuniti setempat. Terima kasih kepada semua agensi

yang berganding bahu untuk menjayakan aktiviti yang dirancang. Tanpa

sokongan semua pihak pastinya usaha murni ini akan tergendala.

13. Hari ini contohnya, saya melihat walaupun LPPKN merupakan

tunggak utama program ini, tetapi kerjasama yang cukup baik diterima

daripada agensi lain. Jika di luar dewan ini kita dapat melihat

kenderaan-kenderaan Perkhidmatan Mobile Community Transformation

Page 8: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

7

Centre (MCTC) dan Pasar Tamu FACE, tidak kurang di sebelah dalam

dewan dengan Pameran Agensi, Pertandingan Gubahan, Urutan

Mamacare, Saringan Kesihatan PERCUMA, Ujian Pap Smear

PERCUMA, Suntikan Vaksinasi HPV PERCUMA, Pendaftaran

Mamogram, Art Therapy, Pemeriksaan Gigi dan Kempen Derma Darah.

14. Pada sebelah pagi tadi telah dijalankan Ceramah Interaktif

daripada Majlis Perbandaran Kota Samarahan dengan tajuk Kempen Go

Green; iaitu penerangan tentang pengurusan sisa makanan dan baja

kompos. Selain itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) turut menyampaikan Slot SmartPhone,

SmartParenting berkaitan kawalan penggunaan telefon bimbit dalam

kalangan anak-anak.

15. Selepas majlis ini, saya akan mengabas balo ke tiga (3) buah

rumah klien Jabatan Kebajikan Masyarakat pula. LPPKN dengan

kerjasama JKM telah mengenalpasti klien yang perlu diberi perhatian.

Penutup

Akhir kata, semoga usaha murni membina keluarga bahagia masyarakat

sejahtera melalui Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti dapat

direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.

Dengan kata-kata itu dan dengan dengan lafaz mulia

Bismillahirrahminirrahim, saya melancarkan Program Pemerkasaan

Keluarga dan Komuniti (FACE) Fasa 2, komuniti Asajaya.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Page 9: UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL · PDF filedengan Program PEKERTI@Remaja dengan pengisian Modul Cakna Diri Remaja, iaitu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan

8