teks ucapan perasmi program ppki

5
Assalamualaikum W.B.T. Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha , En. Mohamad Zaidi Bin Ishak, Pengetua SMK Datuk Undang Abdul Manap merangkap Pengerusi Program Terapi Warisan Budaya Kita Pn. Hajah Noor Padilah Bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tunku Munawir, merangkap Pengerusi Panitia PPKI Daerah Kuala Pilah Pn. Hajah Badariah Bt Ahmad, Pengerusi Homestay Kampung Lonek, Yang dihormati, Pengetua-Pengetua, Guru Besar – Guru Besar, guru-guru pengiring dan PPM-PPM PPKI. Seterusnya Yang dikasihi lagi disayangi anak-anak permata PPKI sekalian, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Terapi Warisan Budaya Kita bagi Tahun 2015 Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi –tinggi tahniah dan penghargaan terima kasih kepada Panitia PPKI SMK Datuk Undang Abdul Manap dan Ahli jawatankuasa Program yang telah berusaha dengan gigih untuk menganjur dan menjayakan program Terapi Warisan Budaya Kita peringkat PPD Daerah Kuala Pilah pada tahun ini. Terima kasih juga kepada pengusaha Homestay Kampung Lonek kerana memberi peluang dan ruang untuk anak-

Upload: zarimah-othman

Post on 07-Feb-2016

153 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Warisan Homestay Kg Lonek

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmi Program PPKI

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat Sejahtera,

Salam 1 Malaysia.Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha ,

En. Mohamad Zaidi Bin Ishak, Pengetua SMK Datuk Undang Abdul Manap merangkap Pengerusi Program Terapi Warisan Budaya Kita

Pn. Hajah Noor Padilah Bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tunku Munawir, merangkap Pengerusi Panitia PPKI Daerah Kuala Pilah

Pn. Hajah Badariah Bt Ahmad, Pengerusi Homestay Kampung Lonek,

Yang dihormati,

Pengetua-Pengetua, Guru Besar – Guru Besar, guru-guru pengiring dan PPM-PPM PPKI.

Seterusnya

Yang dikasihi lagi disayangi anak-anak permata PPKI sekalian,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Terapi Warisan Budaya Kita bagi

Tahun 2015

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi –tinggi

tahniah dan penghargaan terima kasih kepada Panitia PPKI SMK Datuk Undang Abdul Manap dan

Ahli jawatankuasa Program yang telah berusaha dengan gigih untuk menganjur dan menjayakan

program Terapi Warisan Budaya Kita peringkat PPD Daerah Kuala Pilah pada tahun ini. Terima kasih

juga kepada pengusaha Homestay Kampung Lonek kerana memberi peluang dan ruang untuk anak-

anak permata PPKI Daerah Kuala Pilah mengikuti aktiviti-aktiviti di homestay Kampung Lonek ini.

Secara peribadinya, saya amat berpuas hati dan bangga dengan komitmen semua pihak yang bersama-

sama menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan

program ini berjalan dengan lancar.

Page 2: Teks Ucapan Perasmi Program PPKI

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Selain pendidikan dalan bilik darjah,permata-permata PPKI ini juga perlu dilatih dari segi terapi fizikal

yang membolehkan mereka dapat berfungsi pada tahap yang maksimum dalam memenuhi keperluan

kehidupan mereka.Aktiviti –aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini seperti menoreh,

sukaneka, mengoca, dan kraf tangan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor

kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal. Aktiviti ini dilaksanakan bagi melatih murid

berdisplin dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui penerokaan secara kendiri. Ini merupakan

pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan

suasana kampung dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Program ini dirancang dan diatur agar permata-permata PPKI Daerah Kuala Pilah dapat mencapai

objektif Kurikulum PPKI yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu

memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,berinteraksi dan bersosialisasi dengan

menepati tatasusila masyarakat majmuk di samping mempunyai kemahiran dan ketrampilan ke arah

kehidupan berkerjaya. Selain itu program ini akan dapat melahirkan permata-permata PPKI yang

mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya kita.

Anak-anak Permata PPKI sekalian,

Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi walau apa pun keadaan kita.

Jika kita kurang ilmu, mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin sekolah, ia

akan membawa kepada keruntuhan negara pada masa hadapan. Oleh itu, peliharalah akhlak dan disiplin

anda sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan kecemerlangan anda sebagai pelajar. Saya juga

berharap anak- anak permata PPKI dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada program ini.

Segala pengalaman yang anda lalui sepanjang program di sini adalah untuk tujuan pendidikan dan

pembangunan kerjaya sebagai seorang yang berjaya. Saya mengucapkan selamat maju jaya dalam

bidang yang diceburi. Saya percaya, anak-anak permata PPKI telah didedahkan dengan pelbagai ilmu

secara teori dan praktikal untuk membolehkan kita menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa

dan negara.

Page 3: Teks Ucapan Perasmi Program PPKI

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Saya berasa amat gembira kerana program ini berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah serta

terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya, kejayaan ini disumbangkan berkat

kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat memastikan program ini berjalan dengan baik dan

sempurna.  Insya-Allah, segala bakti yang telah dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi

cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.

Dengan lafaz “bismillahhirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan

Program Terapi Warisan Budaya Kita, Panitia PPKI Daerah Kuala Pilah tahun 2015.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah,  wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 4: Teks Ucapan Perasmi Program PPKI

Bunga dedap di atas paraAnak dusun pasang pelitaKalau tersilap tutur bicara

Jemari disusun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para Jatuh ditimpa  buah berangan

Andai kata tersilap bicaraKemaafan jua kami pohonkan.