teks ucapan pengetua dlm msyt pibg

Upload: masturahahmad

Post on 14-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Ucapan Tuan Pengetua SMK Sg Pelek, Pn Hajah Saimah Ahmad.Bismillahirahmanirahim.

Yang Berhormat Tuan Yap Ee Wah, ADUN Sg PelekYang Berusaha En ________________ , wakil Pegawai Pendidikan Daerah SepangYang Berusaha En Oon Teik Eng, Yang Dipertua PIBG Smk Sg PelekSerta barisan ahli jawatankuasanya.Yang Berusaha Penolong-penolong KananSeterusnya, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini untuk menyempurnakan mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Pelek kali ke- 35.Izinkan saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran semua hadirin khasnya para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG pada pagi yang penuh ceria ini. Selaku Pengetua di sekolah ini, saya berasa sungguh bangga dan amat bersyukur dengan komitmen dan pengorbanan masa emas tuan-tuan dan puan-puan dan saya berharap agar sokongan dan kerjasama yang bertaut erat begini akan berterusan. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini juga memberikan petanda baik bahawa wujudnya permuafakatan yang jitu antara ibu bapa dan guru di sekolah ini bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita seperti aspirasi yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. PPPM ini mengandungi 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. Salah satu daripada anjakan tersebut iaitu anjakan ke-9 telah menyentuh tentang hubungan kerjasama iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas .Pelan ini menyasarkan hasil pada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam aspirasi untuk setiap murid yang akan membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama serta beridentiti kebangsaan.Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menerbitkan dua dokumen iaitu Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan semua pihak mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.Justeru itu, saya berharap dikesempatan ini kita akan dapat merancang dan melaksana pelbagai strategi untuk mencapai kejayaan akademik, kokurikulum, dan pembentukan sahsiah anak-anak kita. Saya yakin untuk maju ke tahap yang lebih tinggi, komitmen secara berterusan dari semua pihak adalah amat diharapkan.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis kita hari ini adalah gabungan antara Mesyuarat Agung PIBG dan Penyampaian Penghargaan Insentif khusus untuk pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun 2012. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan dorongan kepada pelajar-pelajar cemerlang kita supaya mereka terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan. Pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu boleh menjadi contoh ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis ini bukan sahaja meraikan anak-anak pelajar yang berjaya, malah juga sebagai mezahirkan ucapan tahniah kepada para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda utama dalam kehidupan mereka. Kepada para guru-guru pula, sekalung tahniah dan sejuta penghargaan saya berikan kerana gigih dan tekun sehingga berjaya memimpin tangan anak-anak kita meniti cabaran di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan yang gemilang.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga berbanyak terima kasih kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini.

Sekian, wassalam.