teks ucapan pengacara hari anugerah 2013

Upload: hasnah-halip

Post on 04-Jun-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    1/10

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    2/10

    Barisan Guru-guru Penolong Kanan , ahli-ahli jawatankuasa PIBG , wargapendidik yang dedikasi , staf-staf sekolah, ibu-ibu , bapa-bapa seterusnya hadirin

    dan hadirat yang dihormati sekalian.

    Padi disemai di datar bendang ,

    Tampak awan berarak ke hulu ,

    Pagi nan damai terasa gemilang ,

    Menyambut kalian yang sudi bertamu .

    Tumbuh senduduk di hujung kali ,

    Akar berlingkar mekar bertaut ,

    Jemputlah masuk ke teratak kami ,

    Tikar dihampar salam bersambut .

    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkatlimpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul dan berkenal mesra

    dalam majlis yang penuh gilang-gemilang ini iaitu Hari Anugerah

    Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar bagi sesi 2013 ini .

    Sebelum tari kata diatur lebih lanjut lagi , pihak Majlis ingin merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan rasa bersyukur kepada Yang Berhormat DATO

    HJ. ABDUL AZEEZ B. ABDUL RAHIM , Penyelaras Parlimen Daerah Baling

    di atas kesudian melapangkan masa dan memenuhi jemputan pihak sekolah untuk

    menghadiri majlis ini dan seterusnya bersama-sama menjaya dan merasmikan

    program ini. Walaupun pihak sekolah begitu faham akan kesibukan YB Dato,

    FAIZAL

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    3/10

    namun kami berasa amat berbangga kerana kesudian YB Dato melangkah ke

    teratak ilmuan di ceruk desa ini .Dengan berkat kehadiran Yang Berhormat

    DATO HJ. ABDUL AZEEZ B. ABDUL RAHIM , maka akan menjadikan

    majlis ini menjadi lebih bermakna dan berseri-seri lagi.

    Sebelum itu , pihak sekolah dengan sukacitanya ingin mengambil kesempatanyang ada ini untuk mengalungkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang

    tidak terhingga kepada Yang Berhormat DATO HJ. ABDUL AZEEZ B.

    ABDUL RAHIM kerana untuk makluman para ibu bapa sekalian , YB

    DATO HJ. ABDUL AZEEZ B. ABDUL RAHIM merupakan antara individu

    yang telah memberi sumbangan kewangan kepada pihak sekolah ketika pihak

    sekolah menganjurkan program Lawatan Sambil Belajar sejak beberapa tahun

    kebelakangan ini . Berkat sumbangan daripada YB Dato dan individu-

    individu yang lain maka program lawatan yang telah diatur dapat berjalan

    dengan lancar dan sempurna . Terima kasih sekali lagi diucapkan dan moga-

    moga akan ada lagi sumbangan-sumbangan daripada pihak Dato untuk

    program-program sekolah selepas ini . Tidak lupa juga diucapkan terima

    kasih kepada pembantu-pembantu khas YB Dato yang telah memberi

    kerjasama yang amat padu kepada guru-guru pengelola lawatan tersebut .

    Terima kasih daun keladi , harap-harap lepas ni ada sumbangan lagi .....

    SITI ZARAH

    Ucapan Terima kasih juga dikalungkan kepada para ibubapa dan waris yang sudimeluangkan masa seketika bertandang ke teratak ilmuan ini bagi merai dan

    berkongsi kejayaan akademik dan kokurikulum anak-anak kita sepanjang tahun

    2013 ini . Sesunggunhnya dalam merencana agenda kecemerlangan akademik

    dan sahsiah anak-anak yang menuntut ilmu di sini , kolaborasi antara pihak

    sekolah dan ibubapa ternyata amat penting kerana ia akan membuahkan tuaian

    yang begitu baik sekali . Kehadirin tuan puan sekalian menandakan tuan puan

    SITI ZARAH

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    4/10

    begitu positif dan saling memberi kerjasama dalam program anjuran sekolah ini.

    Syabas dan tahniah diucapkan .

    Tetak buluh panjangnya tujuh,

    Buat menjolok sarang penyengat;

    Menadah tangan jari nan sepuluh,

    Doa dipohon memohon berkat.

    Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi yang gemilang ini, majlis dengansukacitanya mempersilakan Ustaz Othman Bin Wahab naik ke atas pentas untuk

    memimpin dan mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

    - Bacaan doa selesai .............................. -

    AMIN-AMIN YA ROBAL ALAMIN . Majlis mengucapkan terima kasih kepadaUstaz Othman Bin Wahab di atas kesudian memimpin bacaan doa itu

    tadi.Semoga perhimpunan ini mendapat barakah daripada Allah SWT

    Sidang hadirin hadirat sekalian ,

    Sebagai pembukaan majlis , marilah bersama-sama kita mendengar halwa telinga dan

    menyaksikan satu persembahan khas yang akan disampaikan oleh gabungan suara merdu

    daripada anak-anak kecil kita dari Pra Sekolah Suria SK Ulu Tawar yang akan

    menyampaikan sebuah persembahan yang bertajuk Oh , My English...... .

    Dengan segala hormatnya dipersilakan adik-adik daripada Pra Sekolah Suria .

    - Persembahan Pra Sekolah selesai .................

    SITI ZARAH

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    5/10

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan cilik dari PraSekolah Suria di atas persembahan yang sungguh mencuit hati itu tadi .

    Sesungguhnya bakat dan kebolehan anak-anak seharusnya dipupuk dan

    dicungkil dari peringkat kecil lagi supaya ia bercambah menjadi suatu

    kebolehan sampingan anak-anak pada masa akan datang . Untuk makluman

    YB Dato dan hadirin yang dihormati sekalian , persembahan anak-anak dari

    pra sekolah itu tadi adalah di bawah pimpinan gurunya yang amat dedikasi

    iaitu Puan Siti Zarah Binti Mohd Sayuti dan dibantu oleh Puan Salbiah...

    Dayung sampan dulu-duluan,

    Singgah berlabuh di Tanjung Jati;

    Ucapan pembuka sebagai aluan,

    Marilah bersama kita amati.

    Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohd YusoffBin Ishak selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar untuk

    menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

    - Ucapan Guru Besar selesai..... -

    FAIZAL

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dikasihi Encik MohdYusoff Bin Ishak di atas ucapan itu .

    Sidang hadirin yang berbahagia .... ,

    SITI ZARAH

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    6/10

    Dari Melaka pergi ke Serdang,

    Singgah sebentar di Bukit Serindit;

    Tuan umpama bintang gemilang,

    Titipkan amanat barang sedikit.

    Kini tibalah kita ke aturcara yang dinanti-nantikan iaitu mendengar ucapanbervisi daripada tetamu terhormat jemputan kita . Majlis dengan penuh rasa

    rendah hati mempersilakan Yang Berhormat DATO HJ. ABDULAZEEZ B.

    ABDUL RAHIM , Penyelaras Parlimen Daerah Baling untuk menyampaikan

    ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

    Kebangsaan Ulu Tawar bagi tahun 2013 . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

    - Ucapan YB Dato selesai ..................

    Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang BerhormatDATO HJ. ABDUL AZEEZ B. ABDUL RAHIM , Penyelaras Parlimen Daerah

    Baling kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari

    Anugerah Kecemerlangan SK Ulu Tawar bagi Tahun 2013 .

    Air laut tenang-tenangan,

    Tanam selasih tepi perigi;

    Cenderamata tanda kenangan,

    Terima kasih sekalung budi.

    FAIZAL

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    7/10

    Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG EncikMarzuki Mustafa bagi mengiringi Yang Berusaha Tuan Guru Besar , Encik Mohd

    Yusoff Bin Ishak naik ke atas pentas untuk menyampaikan cenderamata kenang-

    kenangan kepada Yang Berhormat DATO HJ. ABDUL AZEEZ B. ABDUL

    RAHIM. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    - Penyampaian cenderamata dan apabila selesai............ - )

    Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan Tuan Guru Besar

    kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat itu tadi.

    Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian ,

    Kini tibalah kita pada agenda utama majlis pada pagi ini iaitu penyampaian hadiah

    dan sijil kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan ko-

    kurikulum sepanjang tahun 2013 ini . Sesungguhnya pihak sekolah amat berbangga

    dengan kejayaan anak-anak di SK Ulu Tawar yang berjaya mengharumkan nama sekolahbukan sahaja di peringkat sekolah , malahan di peringkat daerah Baling / Sik mahupun

    negeri Kedah . Sebagai ganjaran dan tanda terima kasih , maka inilah masanya pihak

    sekolah mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan mereka itu .

    Untuk makluman hadirin sekalian , pada tahun 2013 ini beberapa kategori hadiah

    dan pengiktirafan telah disediakan . Antaranya ialah :

    Kedudukan Terbaik di Dalam Kelas

    Matapelajaran Terbaik

    Anugerah Kerajinan untuk murid-murid yang hadir 100% ke sekolah

    Anugerah Kehadiran Kelas Terbaik 2013

    Matapelajaran Terbaik KSSR bagi Tahun 1 , 2 , dan 3

    Anugerah PraSekolah yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Terbaik

    Tunjang Bahasa dan Komunikasi , Terbaik Tunjang Perkembangan Fizikal ,

    SITI ZARAH

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    8/10

    Terbaik Tunjang Perkembangan Sosioemosi , Terbaik Tunjang Perkembangan

    Kognitif

    Anugerah Tokoh Nilam 2013

    Anugerah Tokoh Murid tahun 2013

    Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum 2013

    Jadi , untuk menyempurnakan majlis penyampaian anugerah dan sijil penghargaan

    kepada para pemenang , maka pihak majlis sekali lagi ingin menjemput Encik Mohd

    Yusoff Bin Ishak , Guru Besar Sekolah kebangsaan Ulu Tawar bagi mengiringi Yang

    Berhormat Dato Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim naik ke atas pentas untuk

    menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang 2013 ini . Dengan segala

    hormatnya dipersilakan ....

    - Penyampian hadiah selesai ....... -

    Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Haji

    Abdul Azeez Bin Abdul Rahim di atas kesudian menyampaikan anugerah kepada murid-

    murid cemerlang akademik dan ko-kurikulum sebentar tadi .

    Para hadirin yang dihormati , majlis kita belum berakhir lagi .Ayuhlah kita tenangkan diri masing-masing kerana persembahan murid-murid SK Ulu

    Tawar yang kedua akan menyusul sebentar lagi . Jika tadi kita telah mendengar alunan

    suara daripada anak-anak dari Pra Sekolah Suria , kini marilah kita hayati pula

    persembahan istimewa daripada pelajar-pelajar tahap 2 yang akan mempersembahkan

    ..................................................................................................................................... .

    Untuk tidak membuang masa lagi dijemput ................................................ naik ke atas

    pentas .

    FAIZAL

    Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada kumpulan murid-murid tahap 2 yang

    telah membuat persembahan sebentar tadi . Untuk makluman semua , persembahan itu

    tadi adalah di bawah pimpinan Encik Syamsyul Bin Halit .

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    9/10

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Pengacara Hari Anugerah 2013

    10/10

    Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padudalam menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Ulu Tawar tahun 2013 ini

    Akhir kata,

    Kalau ada jarum yang patah,

    Jangan disimpan di dalam peti;

    Yang baik itu ketentuan Allah,

    Yang cela itu kelemahan diri.

    Semoga kita bertemu kembali pada sesi akan datang

    Sekian , terima kasih .