teks ucapan mengenang jasa

23
SMK SERI TANJONG, MELAKA TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS HARI JASAMU DIKENANG TAHUN 2010 TARIKH: 09 NOVEMBER 2010 (SELASA) TEMPAT: DEWAN SMK SERI TANJONG OLEH: CIK HJH. JULIAH BINTI LEMAN 0

Upload: siti-nordiana

Post on 02-Aug-2015

191 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SMK SERI TANJONG, MELAKA TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS HARI JASAMU DIKENANG TAHUN 2010

TARIKH: 09 NOVEMBER 2010 (SELASA) TEMPAT: DEWAN SMK SERI TANJONG OLEH: CIK HJH. JULIAH BINTI LEMAN (TIMBALAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN MELAKA)1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada Pengacara Majlis;

Yang Berusaha Puan Shaleha bt Abdol, Pengetua SMK Seri Tanjong; Yang Berusaha Encik Hasbi bin Mamat, Pegawai Seranta PPD Melaka Tengah;

Inspektor Muhammad Faiz bin Mohd. Shukor,2

Pegawai Polis Perhubungan Sekolah IPD Melaka Tengah; Encik Rahman bin Mat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru SMK Seri Tanjong;

Guru- Guru Penolong Kanan; Guru Guru Kanan Mata Pelajaran; Guru-Guru Cemerlang; Ahli Jawatankuasa PIBG; Dan seterusnya kepada semua penerima anugerah yang diraikan sekalian.3

Alhamdulillah, dengan izin dan keredhaan Allah SWT, Majlis Jasamu Dikenang SMK Seri Tanjong Tahun 2010 dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SMK Seri Tanjong kerana telah sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Jasamu Dikenang pada pagi ini.

Hadirin sekalian,

4

Majlis Hari Jasamu Dikenang ini diilhamkan sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan serta terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah mengharumkan nama SMK Seri Tanjong dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan bagi tahun 2010. Penghargaan ini adalah cuma secebis tanda, ditinta bukan dengan wang ringgit tetapi dengan sebuah mesra rasa. Ada antara anda mungkin telah menerima aneka pengiktirafan dan penghargaan dari luar sana, merangkumi organisasi dan

5

institusi. Namun, hari ini diukir sebagai tanda menghargai sama, suatu ingatan kepada individu-individu yang berjasa dalam bidang kokurikulum ini. Sehubungan itu, ucapan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah yang diraikan pada pagi ini iaitu kepada anak-anak yang berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang dalam kegiatan kokurikulum serta kepada jurulatihjurulatih luar yang telah banyak menyumbang tenaga.

6

Para hadirin sekalian, Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah-sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar dididik melalui penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti kokurikulum. Sekolah bukan sahaja tempat untuk mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar. Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada masyarakat bahkan mendatangkan masalah pula kepada masyarakat dan negara.7

Pengelolaan kokurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang kokurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Hal ini mendorong mereka menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.8

Para hadirin sekalian, Apa yang diperoleh pelajar itu tidak boleh dipelajari dalam bilik darjah kerana di dalam kelas, kebanyakan mata pelajaran semata-mata bersifat akademik. Tetapi, apabila menyertai kegiatan kokurikulum, keadaannya berbeza sebab

selain baik untuk membina sahsiah diri, ia membantu pelajar belajar bersaing dalam apa jua cabaran.

9

Dalam usaha melahir dan membentuk pelajar cemerlang, bukan saja perlu mementingkan akademik, kokurikulum juga harus dibawa bersama. Kita mahu membina generasi cerdas dan cergas untuk mencapai matlamat tersebut, ekoran itu penekanan terhadap dua aspek iaitu kokurikulum dan akademik perlu dititikberatkan.

Pengenalan usaha ini juga dilihat banyak pihak sebagai satu langkah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan lebih berfaedah terutama dalam membendung peningkatan pelajar terbabit dengan pelbagai gejala sosial.10

Jika selama ini, pelajar yang kurang aktif kokurikulum tidak tahu bagaimana mahu menguruskan masa dengan berfaedah, penekanan terhadap langkah itu diharap dapat memberi arah tuju kepada pelajar untuk mengisi masa terluang.

Dalam hal ini, dapat kita lihat langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memang tepat pada masanya selain dapat membantu pelbagai pihak mendidik pelajar menjadi insan berguna dengan penilaian kokurikulum 10% markah kemasukan ke IPTA. Dunia sedang menuju permodenan, manakala remaja juga11

mula terdedah dengan pelbagai anasir negatif. Untuk itu, persediaan awal memang perlu dilakukan iaitu dengan aktif menyertai aktiviti kokurikulum ini. Para hadirin sekalian, Kata pepatah, Gajah mati meninggalkan gadingnya dan harimau mati meninggalkan belangnya, dan manusia mati meninggalkan namanya.

Dalam perjalanan hidup ini, kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah kecemerlangan diri dan salah satunya telah dibuktikan oleh anak- anak pelajar12

sendiri melalui pencapaian kalian dalam Majlis Hari Jasamu Dikenang ini. Syabas saya ucapkan! Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah penghargaan pada pagi ini. Kepada individu-individu atau jurulatih-jurulatih luar, ucapan penghargaan atas sumbangan bakti tuan- tuan dan puan- puan.

Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun; Kalau ada pauh di daik,13

Bawa sebiji ke tanah seberang, Kalau ada budi yang baik, Sampai mati dikenang orang. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya saya merasmikan Majlis Hari Jasamu Dikenang Tahun 2010 SMK Seri Tanjong, Melaka. Sekian,14

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

15