teks ucapan laporan guru bertugas mingguan smkds

2
TEKS UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN SMK DESA SERDANG SESI PAGI 2013 Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis. Assalamualaikum warahbatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia Sebelum memulakan ucapan saya pada pagi ini, dimohon kepada semua murid untuk mengeluarkan buku catatan perhimpunan masing-masing. Sila catatkan apa sahaja yang disampaikan nanti. Yang Berbahagia Datin Kamariah bt Mohamad, Pengetua SMK Desa Serdang Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran SMK Desa Serdang, En.Zulkifli Ahmad Karman Syah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn Hj Ridzuan bin Hamat, Barisan guru kanan mata pelajaran SMK Desa Serdang, barisan kaunselor sekolah, Guru-guru dan yang dikasihi murid-murid sekalian Untuk makluman semua, saya Pn Masitah bt Mustafa akan bertugas pada minggu ini bersama-sama dengan Pn Nur Azura bt Mohd Said. Seandainya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan, bolehlah berjumpa dengan saya ataupun cikgu azura. Di sini, saya ingin melaporkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas 1. Pada minggu lalu Program Penyayang diteruskan setiap hari sepanjang minggu lepas bermula jam 7.00pg. 2. Pada hari Rabu lepas, perjumpaan badan beruniform dan rumah sukan berjalan seperti biasa manakala pada hari Khamis pula perjumpaan kelab persatuan dan sukan permainan berlangsung dengan baik. Pada hari tersebut juga, satu majlis perpisahan telah diadakan sempena pertukaran PK Koku kita iaitu Pn Ariyati bt Kandak ke SMK Taman Jasmin 2 kerana dinaikkan pangkat sebagai pengetua. Semoga beliau meneruskan perjuangan di sana dan diberkati selalu. 3. Bagi program 3S iaitu senyum, sapa dan salam ianya kurang dipraktikkan. Masih ramai lagi murid yang tidak mengamalkan budaya senyum, sapa dan salam ini. Mereka hanya mempraktikkannys semasa masuk ke perkarangan sekolah sahaja. Selepas melepasi pagar sekolah budaya ini terus hilang. Semoga semua murid dapat mengamalkan budaya ini sepanjang waktu tidak kira di mana sahaj berada. 4. Berkaitan dengan keceriaan kelas pula, tahniah diucapkan kepada kelas yang telah mengambil inisiatif untuk menceriakan suasana kelas masing-masing walaupun tidaklah sampai 100% namun usaha dan kesungguhan itu ada. Namun masih banyak lagi kelas yang tiada perubahan apa-apa. Diharapkan kepada semua murid untuk menceriakan kelas masing-masing dengan informasi terkini. Setiap kelas hendaklah mempunyai senarai nama pentadbir sekolah,

Upload: s-hashidah-mn

Post on 20-Oct-2015

4.073 views

Category:

Documents


99 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN SMK DESA SERDANGSESI PAGI 2013Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis.Assalamualaikum warahbatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1MalaysiaSebelum memulakan ucapan saya pada pagi ini, dimohon kepada semua murid untuk mengeluarkan buku catatan perhimpunan masing-masing. Sila catatkan apa sahaja yang disampaikan nanti.

Yang Berbahagia Datin Kamariah bt Mohamad, Pengetua SMK Desa SerdangYang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran SMK Desa Serdang, En.Zulkifli Ahmad Karman SyahPenolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn Hj Ridzuan bin Hamat,Barisan guru kanan mata pelajaran SMK Desa Serdang, barisan kaunselor sekolah,Guru-guru dan yang dikasihi murid-murid sekalian

Untuk makluman semua, saya Pn Masitah bt Mustafa akan bertugas pada minggu ini bersama-sama dengan Pn Nur Azura bt Mohd Said. Seandainya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan, bolehlah berjumpa dengan saya ataupun cikgu azura. Di sini, saya ingin melaporkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas

1. Pada minggu lalu Program Penyayang diteruskan setiap hari sepanjang minggu lepas bermula jam 7.00pg.2. Pada hari Rabu lepas, perjumpaan badan beruniform dan rumah sukan berjalan seperti biasa manakala pada hari Khamis pula perjumpaan kelab persatuan dan sukan permainan berlangsung dengan baik. Pada hari tersebut juga, satu majlis perpisahan telah diadakan sempena pertukaran PK Koku kita iaitu Pn Ariyati bt Kandak ke SMK Taman Jasmin 2 kerana dinaikkan pangkat sebagai pengetua. Semoga beliau meneruskan perjuangan di sana dan diberkati selalu.3. Bagi program 3S iaitu senyum, sapa dan salam ianya kurang dipraktikkan. Masih ramai lagi murid yang tidak mengamalkan budaya senyum, sapa dan salam ini. Mereka hanya mempraktikkannys semasa masuk ke perkarangan sekolah sahaja. Selepas melepasi pagar sekolah budaya ini terus hilang. Semoga semua murid dapat mengamalkan budaya ini sepanjang waktu tidak kira di mana sahaj berada.4. Berkaitan dengan keceriaan kelas pula, tahniah diucapkan kepada kelas yang telah mengambil inisiatif untuk menceriakan suasana kelas masing-masing walaupun tidaklah sampai 100% namun usaha dan kesungguhan itu ada. Namun masih banyak lagi kelas yang tiada perubahan apa-apa. Diharapkan kepada semua murid untuk menceriakan kelas masing-masing dengan informasi terkini. Setiap kelas hendaklah mempunyai senarai nama pentadbir sekolah, organisasi tertinggi kelas, jadual bertugas harian, jadual waktu kelas, koordinat murid iaitu susunan murid dalam kelas. Selain itu senarai nama murid yang terkini hendaklah ditampal pada papan kenyataan. Sudut nilam juga perlu diwujudkan dalam setiap kelas.5. Pada minggu lalu juga didapati tahap kebersihan adalah memuaskan. Terdapat segelintir murid yang suka menyimpan sampah di dalam laci meja. Semoga tahap kebersihan pada minggu seterusnya akan bertambah baik.6. Masalah yang paling ketara ialah waktu antara pertukaran guru, ramai murid suka keluar dari kelas dan merayau-rayau di sekitar kelas malah ada yang suka mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar di kelas yang bersebelahan. Walaupun teguran dilakukan oleh guru namun mereka tidak mempedulikannya. Diharapkan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi. Murid perlu berada di dalam kelas dan membuat kerja sekolah masing-masing sementara menunggu guru seterusnya masuk. 7. Setakat ini sahaja laporan saya pada kali ini. Semoga apa yang disampaikan tadi akan menjadi pengajaran kepada semua dan melakukan perubahan kea rah yang positif.

Dengan ini , saya sudahi ucapan saya dengan wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum wbr dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih. saya serahkan kepada adik pengerusi majlis.