teks ucapan jerebu

10
Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin Embong, guru- guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Jerebu. Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering. Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Tuan-tuan dan puan-puan,

Upload: cheklan

Post on 24-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ucapan jerebu

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan jerebu

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang

Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin

Embong, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.  Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk

Jerebu. Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain

zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World

Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori

kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.  Ia

juga dianggap fenomena udara kering.

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami

oleh negara kita saban tahun.  Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca

negara kerana acap kali melanda negara  Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di

atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia

tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang

teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat

membahayakan kesihatan rakyat. 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Apakah sebenarnya punca kepada kemenjadian jerebu? Faktor dominan yang

menyumbang kepada masalah jerebu ialah pertama pembakaran hutan secara besar-besaran.

Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga

boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal

ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini.

Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin

membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini

mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke

Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara

kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras

berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah

Page 2: teks ucapan jerebu

separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Kedua masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga

menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang

ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan

pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk

membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah

semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka

tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa

kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk

membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar

bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup

angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan

asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Yang ketiga Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan

tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,

terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah

pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida

dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi

mengeluarkan asap pencemar.

Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang

dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan

bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan

jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos

kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta

tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah

jerebu di negara kita dengan semakin runcing.

Selain itu, yang keempat masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang

tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang

Page 3: teks ucapan jerebu

perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap

pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara

di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat

penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap

yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara

menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang

memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.

Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan

memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Hadirin sekalian,

Apakah kesan jerebu terhadap kesihatan kita. Dalam mendepani realiti baru dunia yang

pantas berubah, rakyat Malaysia telah digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara

(IPU) di kawasan Kuala Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu.

Keadaan jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi

penduduk di bandar raya besar tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak

dapat ditutup dengan daun nyiru telah mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan

dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya fenomena

El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja

yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada tanyalah

selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan

pelbagai impak yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan

terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali

jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer

menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling

teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan

Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat

Page 4: teks ucapan jerebu

diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan

dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang

lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.

Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah

seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu

menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema

dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah

diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik

dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam.

Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit,

kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif

kepada kesihatan orang ramai.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut

terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah

menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi

menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam

bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan

buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang

lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber

pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan

merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari

dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih

berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong

ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di

negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada

kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini

akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti

dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas

akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan

Page 5: teks ucapan jerebu

penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau

tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang

untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus.

Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian

turut terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang

terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan

mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan

fauna negara.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

Apakah langkah-langkah untuk mengatasinya masalah jerebu ini.  Memang tidak

dinafikan,  tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara

besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang

canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga

undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja

membakar hutan untuk tujuan pertanian.

      Selain itu,  bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah

jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida

dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan

yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala

Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

        Seterusnya,  jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan

hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah

bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan

khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

   Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil

tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

Page 6: teks ucapan jerebu

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas

yang berlebihan dapat diatasi

       Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran

dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh

dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian

saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kesimpulannya, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk

kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah

menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti

manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-

langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan. Sekiranya

masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan

nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua orang haruslah berganding bahu untuk

menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat

dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika

langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah

Melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.