teks ucapan hari guru 2015
DESCRIPTION
KPMTRANSCRIPT
TEKS UCAPAN HARI GURU 2015
KETUA MURID
"GURU: MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan
sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut
Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Membina ilmu menyempurnakan
akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan
dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang
berilmu dan berakhlak. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.
Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka
mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang
hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca,
menulis dan mengira.
1
Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan
patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.
Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar
sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita
fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat
berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana
tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada
kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen
sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Sekian, terima kasih.
2