teks ucapan bulan teknik dan vokasional

3
TEKS UCAPAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK dan BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih puan / tuan pengerusi majlis. Yang Berusaha, Encik Robin anak Sabai, Pengetua SMK Kapit No.2, Encik Philip Beginda, Penolong Kanan Akademik, Encik Pulit Lai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mikal Luat, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Igoh anak Medan, Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Wong Yau Nyau, Penolong Kanan Sesi Petang, Barisan Ketua Bidang, Rakan-rakan Guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, bulan Sains dan Matematik dan bulan Teknik Vokasional akan bermula pada hari ini dan akan berlangsung sepanjang bulan April 2016. Tema bulan Sains dan Matematik pada tahun ini ialah “SAINS DAN MATEMATIK TERAS PEMBANGUNAN”. Tema bulan Teknik dan Vokasional pula ialah “APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEMAHIRAN”. Sains dan Matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutama guru-guru sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian. Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.

Upload: slyvester-chin

Post on 10-Jul-2016

785 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

Teks ucapan sempena bulan Teknik dan Vokasional. Termasuk dengan aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan. Boleh diedit dengan mengikut kesesuaian masing-masing.

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEKS UCAPAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK dan BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terima kasih puan / tuan pengerusi majlis.

Yang Berusaha,Encik Robin anak Sabai, Pengetua SMK Kapit No.2,

Encik Philip Beginda, Penolong Kanan Akademik,

Encik Pulit Lai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Mikal Luat, Penolong Kanan Kokurikulum,

Encik Igoh anak Medan, Penolong Kanan Tingkatan 6,

Encik Wong Yau Nyau, Penolong Kanan Sesi Petang,Barisan Ketua Bidang,Rakan-rakan Guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, bulan Sains dan Matematik dan bulan Teknik Vokasional akan bermula pada hari ini dan akan berlangsung sepanjang bulan April 2016. Tema bulan Sains dan Matematik pada tahun ini ialah “SAINS DAN MATEMATIK TERAS PEMBANGUNAN”.Tema bulan Teknik dan Vokasional pula ialah “APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEMAHIRAN”.Sains dan Matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutama guru-guru sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri  pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.Matlamat mengadakan Bulan Teknik dan Vokasional ialah memberikan pendedahan dan memantapkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional  melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknik dan vokasional.

Page 2: TEKS UCAPAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Objektif minggu Teknik dan Vokasional ini diadakan supaya pelajar dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional. Dalam masa yang sama mampu mencetuskan kreativiti dan rekacipta murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Kemudian pelajar-pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pelajar juga dapat mengabungjalinkan ilmu yang diperolehi dengan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan aktiviti yang didedahkan di luar bilik darjah seterusnya dapat menekankan pembangunan modal insan supaya pelajar sekolah ini memiliki minda kelas pertama.Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK kapit No.2, Encik Robin anak Sabai untuk menyempurnakan upacara perasmian Bulan Sains dan Matematik dan juga Bulan Teknik dan Vokasional tahun 2016 peringkat SMK Kapit No.2, dengan diiringi oleh Encik Sim Siong Hee, Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Encik Kiu Hieng Sing selaku Ketua Bidang Teknik dan Vokasional. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tuan Pengetua kita, Encik Robin anak Sabai atas kesudian merasmikan Bulan Sains dan Matematik serta Bulan Teknik dan Vokasional pada kali ini.Untuk pengetahuan semua, pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang bulan April ini yang akan dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik dan juga bidang Teknik dan Vokasional.Aktiviti yang akan dianjurkan oleh bidang Sains dan Matematik adalah;Permainan MatematikKuiz MatematikPertandingan Olimpiad Matematik KebangsaanSaintis MudaPertandingan Telur KebalPertandingan Kereta BelonNational Science ChallengeKromatografiKuiz Kimia KebangsaanKereta SuriaLawatan ke HospitalAktiviti yang akan dianjurkan oleh bidang Teknik dan Vokasional pula adalah;Inovasi Bahan terbuangMaster Chef JuniorThe King of PuzzleThe Best Man Wins

Penglibatan para pelajar adalah amat dialu-alukan. Sebagai bonus, para

Page 3: TEKS UCAPAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

pemenang bakal menerima hadiah yang menarik dan juga sijil penghargaan untuk dibawa pulang.Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili Bidang Sains dan Matematik dan Bidang Teknik dan Vokasional mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dan juga Bulan Teknik dan Vokasional kali ini.Sekian, terima kasih.