teks ucapan asean

2
TEKS UCAPAN PELANCARAN PROGRAM ASEAN KOMUNITI Program Asean Komuniti adalah satu program yang dicadangkan oleh Kementerian Luar Negara sebagai persediaan awal bagi menghadapi Mesyuarat ASEAN 2015 bermula peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. Objektif Program ASEAN Komuniti 1. Melaksanakan program kesedaran , publisiti dan promosi berkaitan ASEAN komuniti di sekolah. 2. Melaksanakan program berfokus melibatkan Negara ASEAN peringkat sekolah. 3. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid berkaitan ASEAN Komuniti. Matlamat utama program ini adalah untuk memasarkan maklumat – maklumat mengenai ASEAN kepada masyarakat. Penyebaran maklumat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai ASEAN., peranan dan sumbangan ASEAN kepada kesejahteraan rantau Asia Tenggara. Disamping itu, pelaksanaan program ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat pemimpin- pemimpin negara ASEAN kearah pembentukan serta mencapai ASEAN Komuniti pada tahun 2015. Bagi menjayakan objektif dan matlamat program ini, tiga aktiviti utama akan dilaksanakan di peringkat sekolah iaitu Laluan / Sudut Asean Komuniti ( telah disediakan di laluan utama murid berhadapan Galeri Sejarah ) , Pertandingan menulis esei dan Program 5 minit. Program 5 minit akan dilaksanakan sekali dalam setiap bulan iaitu pada hari Jumaat minggu pertama. Program ini adalah penyampaian maklumat tentang negara-negara ASEAN yang meliputi semua aspek politik, ekonomi dan sosial Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa pelancaran dan Pelaksanaan Program ASEAN komuniti kerana telah bertungkus lumus dan berganding bahu bagi menjayakan program yang menjadi agenda Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru itu , saya berharap semua murid memberi kerjasama dan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang telah dirangka.

Upload: sufyana-maruf

Post on 21-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Asean

TEKS UCAPAN PELANCARAN PROGRAM ASEAN KOMUNITI

Program Asean Komuniti adalah satu program yang dicadangkan oleh Kementerian Luar Negara sebagai persediaan awal bagi menghadapi Mesyuarat ASEAN 2015 bermula peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi.

Objektif Program ASEAN Komuniti

1. Melaksanakan program kesedaran , publisiti dan promosi berkaitan ASEAN komuniti di sekolah.

2. Melaksanakan program berfokus melibatkan Negara ASEAN peringkat sekolah.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid berkaitan ASEAN Komuniti.

Matlamat utama program ini adalah untuk memasarkan maklumat – maklumat mengenai ASEAN kepada masyarakat. Penyebaran maklumat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai ASEAN., peranan dan sumbangan ASEAN kepada kesejahteraan rantau Asia Tenggara. Disamping itu, pelaksanaan program ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat pemimpin-pemimpin negara ASEAN kearah pembentukan serta mencapai ASEAN Komuniti pada tahun 2015.

Bagi menjayakan objektif dan matlamat program ini, tiga aktiviti utama akan dilaksanakan di peringkat sekolah iaitu Laluan / Sudut Asean Komuniti ( telah disediakan di laluan utama murid berhadapan Galeri Sejarah ) , Pertandingan menulis esei dan Program 5 minit. Program 5 minit akan dilaksanakan sekali dalam setiap bulan iaitu pada hari Jumaat minggu pertama. Program ini adalah penyampaian maklumat tentang negara-negara ASEAN yang meliputi semua aspek politik, ekonomi dan sosial

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa pelancaran dan Pelaksanaan Program ASEAN komuniti kerana telah bertungkus lumus dan berganding bahu bagi menjayakan program yang menjadi agenda Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru itu , saya berharap semua murid memberi kerjasama dan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang telah dirangka.

Dengan Lafaz Bismillahirahirahmanirahim…..

Saya merasmikan Program Nilam dan Program Asean Komuniti peringkat sekolah.