teks ucapan aluan kppm majlis perasmian mssm ke 54

8
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM KE MSSM KE MSSM KE MSSM KE-54 2012 54 2012 54 2012 54 2012 BERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERI BERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERI BERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERI BERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERI KANGAR, PERLIS KANGAR, PERLIS KANGAR, PERLIS KANGAR, PERLIS PADA : 21 MEI 2012 PADA : 21 MEI 2012 PADA : 21 MEI 2012 PADA : 21 MEI 2012 MASA : 8.00 MALAM MASA : 8.00 MALAM MASA : 8.00 MALAM MASA : 8.00 MALAM TEKS UCAPAN TEKS UCAPAN TEKS UCAPAN TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Upload: khairulsham-noh

Post on 24-Nov-2015

100 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAANMAJLIS PERASMIAN PEMBUKAANMAJLIS PERASMIAN PEMBUKAANMAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN

    KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGKEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGKEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGKEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

    MSSM KEMSSM KEMSSM KEMSSM KE----54 201254 201254 201254 2012

    BERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERIBERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERIBERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERIBERTEMPAT DI STADIUM UTAMA NEGERI

    KANGAR, PERLISKANGAR, PERLISKANGAR, PERLISKANGAR, PERLIS

    PADA : 21 MEI 2012PADA : 21 MEI 2012PADA : 21 MEI 2012PADA : 21 MEI 2012

    MASA : 8.00 MALAMMASA : 8.00 MALAMMASA : 8.00 MALAMMASA : 8.00 MALAM

    TEKS UCAPANTEKS UCAPANTEKS UCAPANTEKS UCAPAN

    YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA

    KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

  • Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Menghadap Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Bt Al

    Marhum Tengku Abd Rashid Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni

    Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil

    Raja Puan Muda Perlis

    Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

    Patik merafak sembah ke bawah Duli-Duli Tuanku.

    Dengan penuh hormat dan takzimnya, patik

    menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali ke-54 2012 pada malam ini. Sesungguhnya, keberangkatan Duli-Duli Tuanku amat besar ertinya untuk majlis

  • ini, khususnya kepada para atlet . Sudah semestinya keprihatinan

    Duli-Duli Tuanku menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada patik-patik sekelian.

    Ampun Tuanku,

    Patik memohon perkenan Tuanku untuk menyampaikan sepatah

    dua kata kepada para hadirin. Ampun Tuanku,

    Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri

    Besar Perlis dan Yang Amat berbahagia Datin Seri Asiah Bt

    Asmuni, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis dan

    Yang Amat Berbahagia Dato Paduka Hj Mohd Yaacob Yang Berhormat Dato Yazid Bin Mat Speaker Dewan Undangan

    Negeri Perlis, Yang Berhormat Dato Azizan bin Hamid

    Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Yang Berusaha En.Dun Bin Kasa,

    Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengarah-pengarah Bahagian,

    Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri,

  • Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,

    Ketua-ketua Sektor dan Pegawai Ikhtisas Jabatan Pelajaran Negeri Perlis,

    Dato-dato, Datin-datin dan Dif-dif jemputan, Para Pengetua dan Guru Besar,

    Pegawai-pegawai Kejohanan, Ketua-ketua Kontinjen, Para atlet, dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekalian.

    Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga

    baginda.

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah

    kurnia dan inayah-Nya, dapat kita berkumpul pada malam yang

    gemilang ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM kali ke-54 2012 di Stadium Utama Kangar, Perlis ini.

    Dato-dato, Datin-datin , tuan-tuan, puan-puan dan para atlet

    yang dirahmati sekalian,

  • Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua

    kontinjen yang mewakili negeri masing-masing melalui penyertaan dalam kejohanan ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

    kepada Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis kerana sudi memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah kejohanan ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-54 pada tahun 2012, kerana berjaya meneruskan tradisi serta kesinambungan kejohanan ini. Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola yang bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan yang berprestij ini. Hadirin yang dihormati,

    Kejohanan MSSM pada tahun ini akan bermula esok 22 - 26 Mei 2012, denganmenyajikan pelbagai acara padang dan balapan. 15 buah kontinjen yang mewakili negeri masing-masing akan memberikan kerjasama yang padu melalui penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Komitmen sebegini amat

  • perlu untuk memberi peluang kepada para pelajar menonjolkan bakat dan kemampuan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang sukan, khususnya. Hal ini selari dengan misi

    dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita memang menyedari bahawa kegiatan sukan mampu

    membangunkan modal insan yang berkualiti yang bakal

    menerajui negara pada masa akan datang. Kegiatan sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal, malah dapat membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, lebih fokus,

    bijak menyusun strategi dan juga membina semangat berpasukan. Justeru, penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia pastinya selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan mulai tahun 2011.

    Dalam konteks ini, penyertaan murid dalam kejohanan seumpama ini merupakan antara usaha untuk merealisasikan

    Dasar 1 Murid 1 Sukan agar dapat memupuk budaya bersukan

    dalam kalangan murid seterusnya melahirkan masyarakat yang

    mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Oleh hal yang

  • demikian, jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat membantu negara merealisasikan pembangunan modal insan yang memiliki minda

    kelas pertama.

    Sidang hadirin sekalian,

    Penganjuran Kejohanan Padang dan Balapan MSSM yang diadakan saban tahun ini sepatutnya menjadi landasan untuk kita mengembalikan reputasi sukan negara, terutamanya di peringkat

    antarabangsa. Justeru itu, bakat-bakat baru yang masih muda,

    cergas dan bersemangat kental perlu dicungkil, dilatih dan

    seterusnya digilap menjadi pencetus kegemilangan sukan negara di pelbagai peringkat. Saya yakin, penyertaan berterusan

    daripada para pelajar dalam kejohanan ini memberikan peluang kepada mereka menonjolkan bakat serta kemampuan masing-masing dalam bidang sukan.

    Hadirin sekalian,

    Sudah menjadi lumrah dalam apa-apa jua pertandingan, kemenangan merupakan titik noktah yang diharap-harapkan oleh

    setiap peserta. Tetapi, bagi KPM, yang paling penting ialah

  • penyertaan pelajar. Semangat kesukanan dan matlamat bersukan perlu dititikberatkan.

    Saya ingin melihat semangat bersaing akan terus dikekalkan,

    bukan sahaja di gelanggang sukan, tetapi turut dipamerkan dalam gelanggang akademik. Saya yakin, jika semangat yang sama sentiasa dapat dikekalkan, pasti para pelajar akan mampu melakar kejayaan dalam pelbagai bidang di peringkat global.

    Akhir kata, diharapkan kejohanan pada kali ini akan berlangsung dengan jayanya dan meriah dengan semangat kesukanan semua atlet yang mengambil bahagian.

    Ampun Tuanku,

    Sekali lagi patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Tuanku bercemar duli berangkat untuk menjayakan majlis yang cukup bersejarah dan amat bermakna ini. Sekian,

    Wabillahitaufik walhidayah

    Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.