teks perasmian ybhg. dato’ abdul fattah abdullah

27
1 TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA “SEMINAR PENGURUSAN ANTI RASUAH KOPERASI 2020” 14 SEPTEMBER 2020 (ISNIN) 3.00 PETANG

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

1

TEKS PERASMIAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

“SEMINAR PENGURUSAN ANTI RASUAH

KOPERASI 2020”

14 SEPTEMBER 2020 (ISNIN)

3.00 PETANG

Page 2: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

2

CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING

JAYA, SELANGOR

_____________________________________

Bismillahirrahmaniirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Koperasi

Page 3: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

3

Saudara Pengacara Majlis

YBhg. Datuk Nordin bin Salleh

Pengerusi Eksekutif

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Page 4: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

4

YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin

Mohd Jamil

Timbalan Ketua Pesuruhjaya

(Pencegahan)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM)

Page 5: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

5

YBhg. Dr. Mohd Azlan bin Yahya

Naib Presiden merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Pengurusan Risiko,

Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA

YBhg. En. Mohd Roslan bin Bani Amin

Ketua Pengarah

Institut Koperasi Malaysia (IKM)

Page 6: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

6

YBhg. Dato’ Mohd Alias Hamzah

Pengerusi Jawatankuasa

Perhubungan ANGKASA Negeri

Selangor

YBrs. Tuan Haji Zulkifli Jamaludin

Pengerusi Jawatankuasa

Perhubungan ANGKASA Negeri

Wilayah Persekutuan

Page 7: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

7

YBrs. Tuan Haji Nasir Khan Yahaya

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

ANGKASA

Penasihat-Penasihat Korporat

ANGKASA

Pegawai-Pegawai Kanan SPRM dan

ANGKASA

Page 8: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

8

Anggota-anggota Koperasi Ahli

ANGKASA

Dato’- Dato’ /Datin – Datin /Tuan -

Tuan/ Puan-Puan serta Hadirin Sekalian

1. Terlebih dahulu marilah kita

bersama-sama memanjatkan

kesyukuran kehadrat Allah

Subhanahuwataala kerana dengan

Page 9: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

9

limpah kurniaNya dapat kita bersama-

sama menghadiri Majlis Perasmian

“Seminar Pengurusan Anti Rasuah

Koperasi 2020”. Seminar ini merupakan

kerjasama antara SPRM dan

ANGKASA.

2. Saya mewakili seluruh warga

kerja ANGKASA merakamkan ucapan

Page 10: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

10

setinggi penghargaan dan terima

kasih yang tidak terhingga kepada

hadirin sekelian terutamanya

Pegawai-Pegawai dari Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia kerana

sudi melapangkan masa, hadir bagi

memeriahkan majlis perasmian

seminar pengurusan anti rasuah pada

petang ini.

Page 11: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

11

3. Sekalung tahniah dan setinggi-

tinggi penghargaan juga dirakamkan

buat ahli jawatankuasa dan

kakitangan yang terlibat dalam

seminar ini baik secara langsung

mahupun tidak langsung sekaligus

memastikan kejayaan penganjuran

“Seminar Pengurusan Anti Rasuah

Page 12: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

12

Koperasi 2020” ini. Syabas dan tahniah

dari saya.

4. Harapan saya, agar

penganjuran seminar ini dapat

meningkatkan integrity kita semua dan

mendukung hasrat Kerajaan ke arah

masyarakat “Sifar Rasuah”, Insya Allah.

Page 13: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

13

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

5. Seiring perubahan era

globalisasi ini, pembangunan lebih

tertumpu kepada kemajuan manusia,

kejayaan dalam bidang ekonomi,

kebendaan termasuk juga tahap

penguasaan dalam bidang teknologi

semata-mata. Penumpuan

Page 14: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

14

pembangunan kepada perkara

yang saya sebutkan tadi sebenarnya

semakin lama semakin mencabar

integriti di peringkat diri mahupun

institusi sama ada dari segi moral

mahupun undang-undang.

6. Pelan Antirasuah Nasional

(NACP) yang diperkenalkan kerajaan

Page 15: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

15

merupakan pelan strategi yang

penting dalam melaksanakan dasar

anti rasuah di Malaysia. Pelaksanaan

Pelan Anti Rasuah Nasional bagi

tempoh lima tahun akan datang ini

amat signifikan dan mencerminkan

harapan rakyat untuk membentuk

sebuah negara yang bebas rasuah

Page 16: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

16

dengan warganya membudayakan

ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

7. Seperti semua sedia maklum,

rasuah merupakan isu kritikal yang

perlu ditangani secara sistematik dan

menyeluruh kerana ia boleh

Page 17: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

17

menyebabkan berlaku peningkatan

pada jumlah kos modal dan

pembangunan bagi apa jua program

atau projek yang dilaksanakan. Ini

sudah tentu memberikan kerugian

besar kepada negara. Rasuah bukan

semata-mata kesalahan undang-

undang tetapi juga kesalahan sosial

dan peradaban yang boleh

Page 18: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

18

menjejaskan imej Malaysia di mata

dunia.

8. Menurut statistik yang telah

dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

sebanyak 662 tangkapan telah dibuat

diatas kesalahan jenayah rasuah

sehingga Ogos tahun 2020. Daripada

Page 19: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

19

jumlah ini didapati 363 orang atau

sebanyak 54.8% peratus adalah

daripada pihak swasta, orang awam

dan lain-lain lagi. Manakala penjawat

awam meliputi 45.2% atau 299 orang.

Angka ini menunjukkan semakin

berkurangan berbanding tahun lalu

iaitu sebanyak 920 orang atau 83.6%.

Page 20: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

20

9. Ingin juga saya menyentuh

tentang Pengurusan Tadbir Urus

koperasi melalui Skim Pensijilan Sistem

Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS)

berdasarkan standard ISO 37001:2016

di mana ia diperkenalkan oleh SIRIM

QAS International dengan kerjasama

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) dan Persatuan

Page 21: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

21

Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia

yang dilihat mampu membantu dalam

memberi panduan kepada sesebuah

organisasi atau koperasi untuk

melaksana dan menambah baik

sistem pengurusan anti rasuah.

10. Adalah diharapkan dengan

pelaksanaan pensijilan ABMS dalam

Page 22: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

22

sesebuah organisasi atau koperasi

diharap dapat meningkatkan reputasi,

mengurangkan kos operasi,

mengukuhkan prestasi kewangan,

membudayakan integriti dan

meningkatkan moral pekerja.

Sehubungan itu saya menyeru dan

berharap kepada koperasi-koperasi

ahli ANGKASA agar dapat menyertai

Page 23: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

23

skim pensijilan ABMS ini agar

pencegahan (preventive) rasuah

dapat dibendung di peringkat awal

lagi.

11. Selain itu, ANGKASA dengan

kerjasama SPRM merancang untuk

mengadakan satu bengkel

“Pembangunan Pelan Anti Rasuah

Page 24: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

24

Organisasi atau OACP untuk koperasi.

Bengkel akan diadakan pada 23

hingga 25 November 2020. Ini bagi

menggariskan kaedah sistematik

mencegah gejala rasuah melalui

proses mengesan, mengurus serta

merawat risiko rasuah. Ia merupakan

kawalan yang berkesan bagi

mengekang gejala rasuah. Kaedah ini

Page 25: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

25

telah banyak dilaksanakan di sektor

kerajaan dan swasta. Bagi koperasi

yang berminat boleh berhubung

dengan Bahagian Pengurusan Risiko,

Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA.

12. Akhir kata, saya sekali lagi

merakamkan ucapan terima kasih

kepada pihak SPRM yang sedia

Page 26: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

26

bekerjasama menjayakan seminar

pengurusan anti rasuah ini.

Dengan lafaz

“Bismillahirrohmanirrohim” saya

merasmikan Seminar Pengurusan Anti

Rasuah Koperasi 2020 ini.

Page 27: TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH

27

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah

Wassalamu’alaikum warahmatullah

hitaala Hiwabarakatuh.