teks ucapan aluan - treasury.gov.my kastam.pdf · menteri kewangan ii teks ucapan bersempena...

Download TEKS UCAPAN ALUAN - treasury.gov.my kastam.pdf · menteri kewangan ii teks ucapan bersempena perasmian hari kastam sedunia kali ke 28 26 januari, 2010 akademi kastam diraja malaysia,

If you can't read please download the document

Upload: ngonga

Post on 11-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • MENTERI KEWANGAN II

    TEKS UCAPAN BERSEMPENA PERASMIAN HARI KASTAM SEDUNIA

    KALI KE 28

    26 JANUARI, 2010 AKADEMI KASTAM DIRAJA

    MALAYSIA, MELAKA

  • Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh Yang Berusaha Saudara Pengerusi Majlis, Yang Amat Berhormat, Para jemputan, seluruh Warga Kastam, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Salam sejahtera

    1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita bersama hadir dalam majlis sambutan Hari Kastam Sedunia bagi tahun 2010 ini. 2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan untuk merasmikan majlis pada pagi ini.

    2

  • 3. Di sini juga saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan Kerajaan Persekutuan di atas kecemerlangan pihak Kastam Diraja di dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai agensi pemungut hasil yang berkesan. Untuk tahun 2009, pihak Kastam telah berjaya mengutip RM25.9 bilion. Walaupun ini merupakan penurunan sebanyak 9.4% dari kutipan tahun sebelumnya, saya bangga di atas jumlah tersebut, memandangkan negara kita mengalami kegawatan ekonomi di tempuh waktu tersebut. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga Kastam seluruhnya. Tuan-tuan dan puan-puan

    3

    4. Negara kita sekarang menuju ke arah satu persimpangan yang amat penting. Selepas berjaya melakukan transformasi ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian, ekonomi kita akan berganjak kepada

  • satu alam ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. 5. Sungguhpun begitu, negara hanya dapat memenuhi cita-cita ini jika terdapat kerjasama erat di antara semua pihak, dari pihak awam dan juga swasta. Defisit negara di unjurkan turun kepada 5.6% pada tahun ini. Untuk ini menjadi kenyataan, kutipan hasil dari semua agensi-agensi kerajaan yang berkenaan haruslah beroperasi dengan lebih efisyen dengan memperolehi nisbah Ringgit:Pegawai yang lebih tinggi.

    4

    6. Dalam kita berusaha keras untuk meningkatkan kutipan hasil negara, kita juga bertekad untuk mengelakkan dari kebocoran di dalam perbelanjaan Khazanah Negara. Kebocoran ini berlaku di dalam pelbagai cara, di dalam bentuk rasuah, bayaran kepada orang pertengahan dan amalan sebut

  • harga tinggi untuk kontrak-kontrak perolehan awam. 7. Adalah mungkin pembocoran yang berlaku tidak salah dari segi undang-undang, namun ianya boleh dikatakan tersisih dari segi rangka etika dan moral. Amalan-amalan ini seharusnya di benteras dengan sekeras-kerasnya. 8. Seiring dengan usaha ini, kerajaan akan menggubal Whistle Blower Act pada 2010 ini, bagi menggalakkan pemberi maklumat tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salah laku. Akta ini memberi kekebalan kepada pemberi maklumat daripada diambil sebarang tindakan sivil dan jenayah akibat pendedahan maklumat yang diberi.

    5

    9. Saya amat sedih jika terdapat sebarang kebocoran di dalam perbelanjaan negara. Ini adalah kerana wang ringgit yang diperoleh itu

  • adalah hasil usaha pendapatan perniagaan dan pendapatan peribadi sesama kita - hasil dari titik peluh keringat kita semua juga. Setiap Ringgit dari sumber ini semestinya hanya dibelanjakan untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat, pembangunan dan keselamatan Negara. 10. Kerajaan amatlah bersungguh untuk memastikan tadbir urusnya berada pada tahap tertinggi. Kerajaan ini akan memegang teguh polisi bersikap telus dengan mendedahkan sebarang salah laku sebagaimana terkandung dalam Laporan Audit Negara setiap tahun. Sebarang penyelewengan dan salah laku tidak akan di selindungi. Tuan-tuan dan puan-puan

    6

    11. Dalam melaksanakan tugas tanggung jawab kita, pihak Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi kerajaan hendaklah sentiasa

  • mengamalkan ciri-ciri ketelusan, kejujuran dan akauntabiliti. Ciri-ciri ini harus diterjemahkan dalam setiap tindakan supaya rakyat yakin dengan kita. 12. Sebarang penampilan yang mengundang kepada pandangan serong dan prasangka buruk hendaklah dielakkan. Peraturan dan undang-undang yang digubal hendaklah dipatuhi dan dikuatkuasakan. Perkongsian antara pihak awam dan pelanggan harus juga bersifat profesional. 13. Saya percaya, keakraban hubungan antara pihak Kastam dengan rakan niaga sudah terjalin dengan baik sejak sekian lama. Pencapaian ini adalah hasil komitmen yang tinggi dari semua anggota Kastam dan pelanggan dalam mengisi amanah dan tanggungjawab masing-masing.

    7

  • 14. Saya sedar betapa anggota Kastam sentiasa berhadapan dengan cabaran yang semakin berat dari masa ke semasa. Ancaman-ancaman dari dalam dan dari luar yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menambahkan lagi cabaran ini. 15. Modus operandi dan trend penyeludupan, penipuan dan sebagainya yang sentiasa berubah boleh menjejaskan sektor industri, perdagangan bahkan satu ancaman kepada keselamatan serta kesejahteraan negara. Semua cabaran ini boleh diatasi. Antaranya melalui peningkatan kemampuan bekerja anggota Kastam dan penggunaan teknologi terkini dalam melaksana tugas-tugas perkastaman, tanpa menjejaskan hubungan baik antara pihak Kastam dengan pihak pelanggan.

    8

    16. Bersempena dengan sambutan Hari Kastam Sedunia yang ke 28 ini,

  • saya menyeru kepada semua anggota Kastam agar membaharui azam dan tekad untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan bagi menghadapi cabaran ekonomi dunia semasa. Hanya dengan inilah kita akan dapat mengharungi segala cabaran yang bakal mendatang. 17. Hari Kastam Sedunia tahun ini bertemakan `Kastam dan Rakan Niaga: Peningkatan Prestasi Melalui Perkongsian. Sesungguhnya tema ini adalah tepat, memandangkan arah jalan tuju pembangunan ekonomi negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi lagi untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 18. Hasil kutipan kastam amatlah kritikal untuk perbelanjaan negara. Amanah yang di serahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian adalah tinggi dan luhur. Kerajaan menanggung harapan penuh kepada tuan-tuan dan puan-puan.

    9

  • 19. Sempurnakanlah amanah yang diberi dengan jujur dan berani. Janganlah kita abaikan tanggung jawab ini. Satu hari nanti kelak, kita dapat berbangga dengan pencapaian kita, bukan di ukur dengan gaya mahupun gelaran tetapi kerana kita tahu bahawa kita kerja dengan betul, ikhlas dan di redhai Allah SWT to do the right thing. Inilah amanat saya kepada semua. 16. Akhir sekali, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia sempena sambutan Hari Kastam Sedunia kali ini. Saya berdoa agar majlis ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT. Dengan kalimah saya dengan sukacita dan besar hatinya merasmikan sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 28 bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini.

    10