teks ucapan alu

9
TEKS UCAPAN ALU- ALUAN SEMINAR KEBANGSAAN PENCAPAIAN UMAT ISLAM PASCA- MERDEKA: PENGAJARAN DAN LANGKAH KE HADAPAN OLEH YBHG. DATUK NIK MUSTAPHA BIN HAJI NIK HASSAN,

Upload: nashklasiknasrahmihat

Post on 17-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ipgkpm

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Alu

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN SEMINAR KEBANGSAAN PENCAPAIAN UMAT ISLAM PASCA-MERDEKA: PENGAJARAN DAN LANGKAH KE HADAPAN OLEH YBHG. DATUK NIK MUSTAPHA BIN HAJI

Page 2: Teks Ucapan Alu

NIK HASSAN, KETUA PENGARAH IKIMWritten by Unit Perhubungan Korporat. Posted in Buletin

1. Alhamdulillah, segala puji-pujian diatur kepada Allah S.W.T. atas

peluang untuk berkumpul dalam Seminar Kebangsaan "Pencapaian

Umat Islam Pasca-Merdeka: Pengajaran dan Langkah ke Hadapan"

sekaligus Majlis Pelancaran Pra Sambutan 20 Tahun Penubuhan Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

2. Selaku tuan rumah dan penganjur, IKIM sangat berbesar hati atas kesudian para jemputan, pengerusi sesi, pembentang kertas kerja, dan peserta sekeliannya untuk hadir dan seterusnya sama-sama menjayakan perhimpunan ilmiah dan majlis pelancaran ini.

3. Majlis pada pagi ini sangat istimewa kerana:

a. pertamanya, majlis ini menandakan permulaan rasmi kepada sejumlah acara dan program bermutu sepanjang tahun ini untuk meraikan Ulang Tahun ke-20 Penubuhan IKIM; dan b. yang keduanya, majlis ini juga satu usaha serius dan tulus kita secara bersama untuk menyemak diri berpandukan semangat tadabbur yang diperintahkan Allah S.W.T. dalam al-Qur'an-yakni, perintah agar kita memperhatikan aturan sebab-akibat sebagai penzahiran sunnatuLlah dalam diri, masyarakat dan peradaban insan demi untuk mencari dan memperoleh hasil-natijah yang baik kemudiannya.

Page 3: Teks Ucapan Alu

4. Sepanjang 20 Tahun IKIM dianugerahkan nikmat kelangsungan, banyak perkara yang baik dan bermanfaat telah diusahakan. Tanpa gagal, dari sejak IKIM diberikan ruang dan peluang, merentas lebih 1 dasawarsa, untuk menyuarakan pandangan dan cadangan dalam beberapa akhbar arus perdana tempatan, para pegawai akademik IKIM dari pelbagai peringkat telah menyumbang secara yang istiqamah dan bermakna. IKIM juga berjaya menganjurkan pelbagai program pengisian berkualiti secara berterusan. Dari sejak penubuhan IKIM pada tahun 1992 hingga sekarang, telah dianjurkan 376 buah program yang terdiri daripada 176 Seminar/ Konvensyen/ Persidangan/ Wacana/ Multaqa peringkat kebangsaan; 46 Seminar/Persidangan peringkat Antarabangsa atau Serantau; 144 Bengkel/Persidangan Meja Bulat/ Muzakarah/Sudut Pandangan IKIM/Ceramah; dan 10 Pertandingan Debat/Pidato IPT. Semua ini tidak termasuk siri bengkel kesedaran dan kursus latihan yang dianjurkan IKIM melalui Pusat Perundingan dan Latihannya (PPLI).

5. IKIM turut giat menerbitkan pelbagai bentuk bahan bacaan dan rujukan dalam beberapa bidang utama, khasnya yang berhubung dengan isu dan persoalan penting dalam kehidupan Umat Islam semasa. Sepanjang 2 dekad yang lalu, sebanyak 85 karya dalam Bahasa Melayu telah berjaya diterbitkan (6 daripada jumlah itu telah diulang cetak atau diterbitkan semula dalam edisi baru); 47 karya dalam Bahasa Inggeris turut dihasilkan (2 daripadanya telah diulang cetak atau mempunyai edisi baru); di samping 11 buah monograf, 8 dalam Bahasa Melayu manakala 3 lagi dalam Bahasa Inggeris. IKIM juga pernah menerbitkan 3 jurnal akademik yang kesemuanya kini disepadukan dan dijenamakan semula menjadi TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Contemporary World. Insha' Allah, jurnal ini

Page 4: Teks Ucapan Alu

akan dilancarkan secara rasminya pada Julai tahun ini, sempena Seminar Antarabangsa IKIM yang bertemakan "Reorienting the Muslim Mind: Charting the Future."

6. Perkongsian dan penyebaran pemikiran serta kefahaman Islam juga turut IKIM lanjutkan melalui sayap medianya, IKIMfm, yang semakin mendapat tempat di hati Umat. Dari tahun ke tahun, pencapaian IKIMfm sangat memberangsang dan mengujakan, alhamdulillah. Dan dengan berkat doa, bantuan dan sokongan pelbagai lapisan Umat, IKIM akan berusaha secara optimum dan berpanjangan menyepadu dan memanfaatkan semua wahana penyampaian yang ada, termasuk media sosial dan tv internet, dalam menunaikan amanah berat yang diberikan ini.

7. Sebagai institut yang bertanggungjawab membantu membentuk pemikiran dan memupuk kefahaman Umat yang betul pada pelbagai lapisan masyarakat, penyelidikan ilmiah yang berwibawa akan terus menjadi teras dan nadi kewujudan IKIM. Inilah sesungguhnya tugas dan tanggungjawab utama yang digalas oleh barisan akademik IKIM di 3 pusat akademik dan penyelidikannya: Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS); Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK); dan Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS). Untuk menyokong usaha ini, pusat sumber dan rujukan yang mantap sangat diperlukan. Dengan hampir 40,000 buah buku dalam beraneka bidang sedia terkumpul-800 lebih daripada bilangan itu berkenaan dengan nilai dan akhlak-Perpustakaan IKIM sedang giat membina keistimewaan atau keunggulannya (niche) sebagai pusat sumber dan rujukan terbaik yang berorientasikan multidisciplinary collections on values and ethics. Sesungguhnya kami di IKIM berkeyakinan bahawa

Page 5: Teks Ucapan Alu

sesebuah peradaban itu dibina atas nilai dan akhlak mulia yang disemai, dipupuk dan dipelihara secara berterusan.

8. Semua yang telah dan akan dilakukan ini bertujuan mencapai hasrat dan tekad yang sememangnya tersirat sejak dari penubuhan IKIM 20 tahun yang lalu dan kini dinyatakan secara tersurat dalam cogan kata "Memahami Islam, Membina Peradaban". Sesungguhnya warga dan anggota IKIM sedar bahawa untuk menjayakan semboyan ini tidak mudah, apatah lagi dalam senario dan kemelut dunia semasa, baik tempatan, serantau mahupun antarabangsa. Namun, perancangan perlu segera dibuat dengan teliti dan berhati-hati dan dilaksanakan dengan bijak, ikhlas, tangkas dan bersungguh-sungguh agar misi yang mulia ini dapat dicapai.

9. Seminar 2 hari ini dengan 5 sesi pembentangan dan perbahasan kertas kerjanya diharapkan dapat menyumbang banyak cadangan dan buah fikiran yang bernas dan bermanfaat dalam membantu IKIM khasnya dan Umat Islam amnya menjayakan maksud dan semangat "Memahami Islam, Membina Peradaban" ini. Semoga semua kerjasama dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sekelian akan dibalas sebaik-baiknya oleh Yang Maha Pemurah lagi Maha Adil, Allah al- Jalil.

10. Bagi pihak warga IKIM, saya ingin merakamkan penghargaan istimewa kepada Y.A.Bhg. Tun Pengerusi IKIM atas kesudian beliau untuk merasmikan Pembukaan Seminar ini, seterusnya melancarkan Pra Sambutan 20 Tahun Penubuhan IKIM dan beberapa karya terbaru terbitan institut ini. Jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang telah bermurah hati menyumbang dana dalam penajaan seminar ini. Turut tidak kami lupakan, kepada

Page 6: Teks Ucapan Alu

semua pihak yang menjayakan Seminar ini, khasnya para pembentang kertas kerja, para pengerusi sesi, dan anggota Urusetia sekeliannya, jazakumuLLahu khairan kathiran.

11. Semoga seminar ini akan dapat mencapai matlamatnya dengan jayanya, insha' Allah.

Ucapan Alu-aluan Sempena Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Dato' Razali Ismail 2013

Bismillah al Rahman al Rahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahuataala kerana dengan limpah ehsanNya, kita

semua dapat berkumpul hari ini bagi sama-sama menyaksikan Majlis Perasmian Seminar

Penyelidikan Tindakan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2010 Institut

Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, yang bakal dirasmikan oleh Yang Berbahagia

Tuan Sulaiman Bin Wak, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan

Malaysia. Saya mewakili seluruh warga PISMP Semester 8 berasa sungguh berbesar hati atas

kesudian Tuan Rektor menghadiri seminar sekaligus menjadi perasmi majlis yang penuh

bermakna ini.

Yang Berbahagia Tuan Rektor, serta hadirin.

Seminar Penyelidikan Tindakan ini merupakan acara tahunan bagi setiap guru pelatih tahun

akhir yang mengikuti program PISMP. Kami merupakan kumpulan ke empat yang bakal

dikeluarkan IPG bagi menyambung tali perjuangan pendidikan negara. Buat makluman hadirin,

seminar kali ini menyaksikan jumlah pembentang seramai 217 orang yang terdiri daripada 8

pengkhususan pendidikan iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Matematik, Sains,

Pemulihan, Pendidikan Khas, Kajian Sosial, dan Pendidikan Seni Visual. Sebanyak 217

Page 7: Teks Ucapan Alu

penyelidikan tindakan bakal dibentang sebagai tuntutan akhir bagi penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Perguruan di samping menjadi serampang yang mampu menambahbaik mutu

pendidikan negara. Penyelidikan-penyelidikan yang dibuat oleh para guru pelatih ini melibatkan

masalah seharian warga pendidik di sekolah, terutama dalam meningkatkan mutu akademik

murid.

Warga dewan sekalian.

Umum mengetahui bahawa guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

telah mengikuti kursus latihan perguruan ini selama 66 bulan mengikuti 4 fasa program Bina

Insan Guru, 4 fasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang berjumlah 4 minggu, 3 fasa

praktikum yang berjumlah 6 bulan, dan 1 bulan internship. Masa selama 66 bulan ini

melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan pedagogi, komunikasi, pengurusan,

kepimpinan, dan pembinaan imej keguruan. Melalui latihan-latihan ini, maka tidak syak lagi

bahawa guru-guru keluaran IPG merupakan tonggak, dan memenuhi inspirasi pendidikan

negara. Setiap pihak harus memberi sepenuh keyakinan kepada pihak IPG untuk terus

berusaha, dan mengeluarkan guru-guru yang berkualiti selaras dengan kehendak Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semakin cepat guru-guru keluaran IPG

bertugas, semakin cerah peluang negara untuk mencapai taraf antarabangsa bagi pendidikan

negara.

Penyelidikan tindakan yang dijadikan asas utama dalam penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Perguruan merupakan langkah utama kerajaan dalam membentuk warga pendidik yang suka

menyelidik, dan menambahbaik mutu pendidikan. Tanpa penyelidikan, banyak masalah akan

terus terpendam tanpa penyelesaian. Budaya penyelidikan haruslah diteruskan oleh kita semua

demi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Hadirin sekalian.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mewakili seluruh jawatankuasa Seminar Penyelidikan

Tindakan PISMP Ambilan 2010 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, ingin merakamkan jutaan

terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Sulaiman Bin Wak, Rektor IPGM

Page 8: Teks Ucapan Alu

Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah sudi bertandang, dan merasmikan program

kami. Sesungguhnya kehadiran Tuan menambahkan lagi semangat kami guru pelatih untuk

terus berusaha demi memartabakan imej IPG di mata dunia. Saya juga ingin merakamkan

ucapan tahniah kepada seluruh jawatankuasa Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Ambilan

2010 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, yang telah bertungkus lumus, siang dan malam demi

menjayakan program ini. Sesungguhnya setiap apa yang kita lalui dalam proses menjayakan

program ini, merupakan pengalaman berharga yang kita akan kenang selama-lamanya. Kepada

semua rakan guru pelatih, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, dan buatlah yang terbaik.

Sekian, terima kasih. 

MOHD NURHAFIZU ADHA BIN SHAMDDIN

Pengerusi

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail 2013