teks ucapan

19
TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-43 "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI" 16 MEI 2014, PUKUL 9.00 PAGI, DEWAN MERDEKA, PWTC Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Yang Berhormat Datuk Seri Idris bin Jusoh Menteri Pendidikan II Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan I Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan II Yang Berbahagia Datuk Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia; Yang Berbahagia Dato’ Seri Ir Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Upload: ahmad-fadzil

Post on 21-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURUKALI KE-43

"GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"16 MEI 2014, PUKUL 9.00 PAGI, DEWAN MERDEKA, PWTC

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berhormat Datuk Seri Idris bin JusohMenteri Pendidikan II

Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain ChingTimbalan Menteri Pendidikan I

Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanTimbalan Menteri Pendidikan II

Yang Berbahagia Datuk Dr. Madinah binti Mohamad,Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia;

Yang Berbahagia Dato’ Seri Ir Dr. Zaini bin Ujang,Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri,

Yang Berusaha Tuan Haji Abdullah bin Mad Yunus,Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Page 2: TEKS UCAPAN

Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para pendidik yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-43 Tahun 2014. Saban tahun kita meraikan Perayaan Hari Guru sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan guru dalam mendidik anak bangsa dan memacu kemajuan negara. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok negara atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.

‘GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI’

Para guru, saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

2. Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi’, sudah tiba masanya guru benar-benar menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik murid. Ini adalah amat penting memandangkan negara kita sedang menuju era negara maju di mana ekonomi negara kita perlu dipacu oleh daya inovasi rakyat. Untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, sistem pendidikan kita sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menjana daya inovasi rakyat.

3. Menyedari hakikat ini, kerajaan berusaha mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi. Selaras dengan itu juga, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah dilaksanakan di sekolah yang merangkumi tujuh elemen iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran, sumber, sokongan masyarakat, ko-kurikulum dan bina upaya guru. KBAT di bilik darjah telah diperkukuh melalui Program i-Think iaitu satu program yang membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid. InsyaAllah, menerusi program i-Think ini kita akan dapat melahirkan para pencipta generasi masa depan Malaysia yang hebat dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

4. Dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM), sebanyak 1,048 buah sekolah telah melaksanakan Program i-Think pada tahun 2013. Pada tahun ini, guru-guru dari 1,000 buah sekolah telah diberi latihan KBAT secara dalam talian sebagai langkah memperluas Program i-Think ke semua sekolah di seluruh negara. Pembudayaan KBAT turut dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui kursus untuk guru pelatih dan

Page 3: TEKS UCAPAN

pensyarah.

5. Bagi menggalakkan pembudayaan inovasi dalam kalangan warga pendidik, Kementerian Pendidikan sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada projek-projek inovasi guru melalui Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 2002. Antaranya projek “Smart Kiosk” oleh Cikgu Mohd Solleh Halim bin Mohd Sokhi dari Sekolah Kebangsaan Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor, yang dihasilkan daripada bahan terbuang yang terdapat di persekitaran sekolah. Cikgu Teh Tik Seng dari SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak yang telah menghasilkan inovasi “Matematik EZ Draw”, iaitu satu kaedah penyelesaian masalah bagi meningkatkan prestasi murid dalam Matematik. Cikgu Vimala a/p Muniandy dari SJK(T) Subramaniya Barathee, Gelugor, Pulau Pinang menghasilkan “Courseware Kesusasteraan Bahasa Tamil” untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Produk inovasi berkaitan disiplin juga turut dihasilkan bagi meningkatkan pengurusan disiplin di sekolah. Pada tahun 2013, SMK Agama Putrajaya telah menghasilkan “X-Time2” untuk membantu murid menepati masa; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menghasilkan “Minda Ajaib Portable Whiteboard” untuk mengatasi masalah pembelajaran luar kelas; dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menghasilkan projek “Smart Iqra” untuk mengatasi masalah penguasaan asas al-Quran dalam kalangan murid berkeperluan khas penglihatan.

6. Semua inovasi ini telah dihasilkan melalui pendekatan, kaedah, teknik, bahan dan peralatan baharu yang terbukti berjaya meningkatkan keberkesanan PdP. Semoga kejayaan guru-guru yang saya sebutkan tadi dapat merangsang guru-guru lain untuk terus meningkatkan usaha mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara.

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Para guru dan hadirin yang saya hormati sekalian,

7. Sememangnya menjadi guru dewasa ini tidaklah semudah yang disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan. Untuk itu, guru sebagai golongan profesional perlu bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud, ‘Barang siapa melakukan hal baharu yang baik, maka ia mendapat pahalanya dan mendapat pula pahala orang lain yang mengerjakan hal baharu yang baik itu’.

8. Guru juga perlu sentiasa menambah nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan modal insan yang diperlukan oleh negara kita. Great teachers groom their students to become leaders. Ordinary teachers direct us along the

Page 4: TEKS UCAPAN

right path, but great teachers inspire us to seek our own path. They encourage us to discover our talents.

9. Peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan bagi mencapai matlamat PPPM. Untuk tujuan ini, Kementerian akan memantapkan latihan guru di IPG. Kursus-kursus dalam program pendidikan guru turut memberi penekanan terhadap penerapan unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam latihan perguruan merangkumi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI). Elemen inovasi turut diberi tumpuan melalui aktiviti PdP merangkumi pembentangan, projek, pembinaan sumber PdP, pertandingan inovasi bagi pendidikan lestari dan pembelajaran atas talian. Pembudayaan inovasi di IPG juga dimantapkan dengan penganjuran program-program inovasi di peringkat IPGM dan IPG kampus.

10. Selain itu, dalam usaha kita untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian telah menggabungkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Pada tahun ini dianggarkan 5,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke Gred DG42.

11. Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang bermula di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh meletakkan sasaran 60 peratus guru siswazah sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015. Pada tahun ini seramai 6,286 orang PPP yang sedang mengikuti PPG dijangka bergraduat, manakala 27,105 orang PPPD dijangka bergraduat pada tahun 2015. KPM juga sentiasa menyokong guru-guru untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Berdasarkan rekod pada tahun 2014 sahaja, seramai 250 guru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan 150 guru ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

12. Selanjutnya, penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang yang luas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada para guru. Sehingga Jun 2014, dijangkakan seramai 195 orang guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang ke gred DG52, 803 orang ke gred DG48 dan 8,954 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32.

13. Dianggarkan seramai lebih 10,500 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,700 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma telah mendapat

Page 5: TEKS UCAPAN

manfaat kenaikan pangkat melalui skim tersebut. Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat guru, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap agar peluang kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

14. Saya juga telah mengumumkan penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar kepada 566 buah sekolah rendah yang berjaya melonjakkan pencapaian sekolah masing-masing melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan pada tahun 2013. Bilangan sekolah tersebut mewakili 7.31 peratus daripada 7,746 sekolah rendah dan melepasi sasaran 6 peratus yang ditetapkan oleh KPM. Sebanyak 209 (36.9%) adalah sekolah bandar, 302 (53.4%) adalah sekolah luar bandar dan 55 (9.7%) adalah sekolah pedalaman. Ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian bagi tahun 2012 iaitu sebanyak 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar telah menerima anugerah ini.

15. Daripada keseluruhan penerima anugerah ini, 119 buah sekolah telah menerima anugerah ini sebanyak empat kali berturut-turut. Sebanyak RM23.1 juta telah diagih kepada hampir 22,063 orang warga sekolah, yang terdiri daripada guru besar, guru-guru serta anggota kumpulan pelaksana sebagai ganjaran kepada penganugerahan tersebut. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin sekolah dan guru-guru yang telah menerima ganjaran tawaran baru pada tahun ini. Saya berharap ganjaran ini dapat menyemarakkan semangat guru dalam mengoptimumkan peranan untuk melahirkan anak didik yang boleh bersaing di peringkat global, mempunyai keistimewaan tersendiri serta bersahsiah tinggi.

KEJAYAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

16. Hasil bimbingan guru yang kreatif mampu menjana inovasi murid. Kita berbangga dengan pencapaian murid kita dalam pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Inovasi Kebangsaan dan Malaysian International Young Inventors Olympiad 2013 (MIYIO) dengan muncul sebagai johan dalam beberapa kategori. Di peringkat antarabangsa, murid kita melakar kejayaan dengan muncul johan keseluruhan dalam World Robots Olympiad 2013 di Jakarta. Pingat emas dan markah penuh telah diraih oleh adik Yeoh Zi Song dari SJKC Chong Teik, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam 16th Primary Mathematics World Contest (PMWC, 2013) Hong Kong. Semasa 64th INTEL International Science and Engineering Fair (INTEL ISEF) di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat, adik Nur Liyana Johari telah menerima Intel ISEF 2013 Special Awards Organizations berjumlah USD5000 daripada United Airlines Foundation.

Page 6: TEKS UCAPAN

17. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor pula telah memenangi Anugerah Best International Team Award Pertandingan National Final F1 di United Kingdom dan Anugerah Emas dalam Asia Pasific Conference of Young Scientists yang diadakan di Palembang, Indonesia. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah menyertai Festival Muzik Antarabangsa Australia (SP Winds) dan dianugerahkan Gold Award di Sydney, Australia. Manakala, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, telah memenangi tempat kedua anugerah khas United Airlines Foundation sempena Intel International Science and Engineering Fair 2013 di Arizona, Amerika Syarikat. Sekolah Menengah Sains Selangor memperolehi Anugerah Emas dalam European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT) 2013 yang diadakan di Lasi, Romania. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga pendidikan yang telah berusaha gigih untuk memastikan nama negara harum di peringkat antarabangsa.

18. Dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa pula, Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Asia (ASTFC) yang pertama dengan meraih 12 pingat emas, 14 pingat perak dan 10 pingat gangsa untuk mendahului lapan lagi negara yang bertanding. Pasukan Malaysia juga mencapai kejayaan cemerlang dalam Temasya Sukan Asean Para Games, Nay Pyi Taw Myanmar 2014 dengan memenangi 9 emas, 5 perak dan 2 gangsa.

19. Saya juga amat berbangga dengan kejayaan guru kita yang meraih kejayaan cemerlang dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa. Saya mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Jironi Riduan dari Sekolah Sukan Tuanku Mahkota Ismail, Johor yang telah memenangi 2 pingat emas dalam Sukan Sea ke-27, di Nay Pyi Taw, Myanmar dalam acara lumba lari 800m dan 1500m.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

20. Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan dan Ikon Guru bagi tahun ini. Anugerah ini ialah tanda penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh guru yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.

21. Justeru, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para insan bergelar guru di mana jua anda berada. Biarkan ungkapan keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ tetap kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru. Semoga saudara dan saudari para guru terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa. Kepada guru-guru saya ingin berpesan agar sayangilah murid-murid seumpama ibu atau bapa kepada mereka dan didiklah mereka dengan baik. Kepada murid-murid, nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru-guru anda.

Page 7: TEKS UCAPAN

16 Mei sentiasa dinantiSambutan meriah penuh tradisiTerima kasih guru-guru yang dikasihiJasa baktimu sentiasa diingati

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 Tahun 2014. SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ome > Pendidikan > Ucapan oleh Menteri Pelajaran sempena Hari Guru 2009

Ucapan oleh Menteri Pelajaran sempena Hari Guru 2009

on Tuesday, May 19, 2009

Alhamdullilah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, sekali lagi kita dapat bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009.

Pada pagi yang sungguh bermakna ini, izinkan saya mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada warga guru di seluruh pelosok tanah air dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, pengorbanan dan perjuangan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Untuk kesekian kalinya kita meraikan hari guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan tertinggi masyarakat terhadap sumbangan besar kaum guru. Sejak dari awal lagi, guru-guru telah memainkan peranan penting sebagai penyuluh masyarakat.

Mereka tanpa rasa jemu mencurahkan ilmu kepada anak bangsa, menyemai rasa taat setia kepada negara dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama dengan satu matlamat untuk membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan makmur. Justeru, tema Hari Guru yang dipilih bagi tahun ini iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” amat bertepatan sekali dengan peranan besar yang digalas oleh guru-guru.

Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan harmoni adalah prasyarat utama kepada keupayaan kita untuk memacu kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak ada sebuah negara pun yang boleh bergerak maju ke hadapan jika rakyatnya tidak mampu untuk membulatkan tekad dan bergerak seiring selangkah untuk membangunkan negara bangsa.

Page 8: TEKS UCAPAN

Keupayaan untuk membina negara bangsa pula amat bergantung kepada sejauh mana nilai-nilai patriotisme, toleransi serta sikap saling hormat menghormati dapat dipupuk dan dikongsi secara bersama oleh setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Nilai-nilai yang seharusnya dikongsi secara bersama ini sudah tentu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Justeru, dalam usaha kita untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu, di bahu para gurulah terletaknya satu amanat besar untuk menyemai nilai-nilai patriotisme, perpaduan dan rasa saling hormat-menghormati di kalangan anak bangsa. Berjaya guru dalam menyemai nilai-nilai murni ini, berjayalah kita dalam membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan makmur.

Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi di kalangan rakyat merupakan prasyarat utama kepada kecemerlangan bangsa dan negara. Bangsa yang menguasai ilmu akan menjadi bangsa yang maju. Oleh itu, peranan besar para guru ialah untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi serta mempunyai kepakaran untuk memajukan negara.

Dalam usaha kita untuk melonjakkan pencapaian ekonomi negara ke tahap rantaian nilai yang lebih tinggi, serta menghadapi iklim ekonomi global yang semakin kompetitif, tugas untuk melahirkan modal insan yang berinovasi dan kreatif menjadi lebih mencabar.

Tumpuan kerajaan pada ketika ini ialah untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara dengan memberikan penekanan terhadap aspek inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum akan memberi penekanan khusus kepada usaha untuk membangunkan potensi daya cipta anak-anak agar mereka mempunyai kebolehan untuk mencipta dan berfikir secara kreatif. Matlamat kita adalah untuk menjadikan keinginan mencipta sebagai satu budaya yang diamalkan oleh anak-anak.

Potensi mereka tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan semata-mata, tetapi dinilai secara holistik dengan merangkumi aspek daya cipta dan kreativiti. Dengan cara ini saya yakin bahawa kita akan berjaya melahirkan modal insan yang kompeten.

Untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Pelajaran sedang membangunkan kurikulum yang menumpukan kepada perkembangan potensi pelajar secara holistik dengan memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk meneroka bidang ilmu melalui proses pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan merangsang minda serta tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bagi sekolah rendah yang akan dilaksanakan tidak lama lagi akan menumpukan pembelajaran dalam disiplin komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika, serta literasi sains dan teknologi. Melalui transformasi kurikulum ini, Kementerian Pelajaran berharap agar proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan holistik.

Dalam usaha kita untuk melahirkan insan kamil selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, potensi anak-anak kita perlu dibangunkan secara menyeluruh dan seimbang. Ini termasuklah membangunkan potensi jasmani anak-anak yang berkait rapat dengan perkembangan minda mereka.

Page 9: TEKS UCAPAN

Jasmani yang sihat menjamin perkembangan minda yang cerdas. Aktiviti sukan merupakan komponen utama dalam proses pembelajaran anak-anak yang akan membantu perkembangan jasmani yang sihat.

Oleh itu, kerajaan akan memberikan penekanan khusus kepada usaha mempergiatkan aktiviti kesukanan dan riadah di sekolah-sekolah sebagai satu usaha untuk membangunkan potensi jasmani anak-anak.

Pihak kerajaan pada ketika ini sedang mengkaji model pembangunan sukan yang paling berkesan untuk diaplikasi di sekolah-sekolah di seluruh negara. Khidmat profesional mungkin akan digunakan di sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak dalam bidang sukan yang tertentu. Dengan cara ini kita berharap agar sistem pendidikan kita akan mampu untuk melahirkan juara dalam pelbagai bidang sukan dan sekali gus membantu memajukan industri sukan negara.

Di samping mencurahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, guru juga bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak. Tugas ini tentu sekali perlu digalas secara bersama oleh guru-guru, ibu bapa dan masyarakat.

Untuk itu, perlu wujud persefahaman antara guru dan ibu bapa untuk mengasuh anak-anak dengan sifat-sifat terpuji. Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga perlu menjadi role model kepada anak-anak.

Sekiranya tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dengan baik, saya yakin bahawa kita akan mampu untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah-sekolah serta mengurangkan gejala antisosial dalam masyarakat, terutamanya di kalangan generasi muda.

Guru juga menggalas amanah penting untuk menyemai dan mengukuhkan sanjungan terhadap bahasa, seni, warisan serta budaya bangsa dalam jiwa anak-anak.

Kita perlu ingat bahawa bahasa adalah jiwa bangsa. Luntur bahasa, lunturlah jiwa bangsa. Untuk itu kerajaan sentiasa komited untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan di negara kita perlu menjadi teras kepada jiwa negara bangsa yang ingin kita bina. Bahasa Melayu juga perlu diperkasakan sebagai bahasa perpaduan yang menyatukan setiap rumpun masyarakat yang ada di negara kita.

Pada masa yang sama, kerajaan juga komited untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar untuk menjadikan mereka lebih kompeten dalam menghadapi persaingan globalisasi yang semakin mencabar.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan latihan perguruan berfokus kepada bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Bahasa Melayu.

Latihan perguruan berfokus kepada bahasa Inggeris akan dijalankan di empat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu di IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur; IPGM Kampus Gaya, Kota Kinabalu; IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala

Page 10: TEKS UCAPAN

Terengganu; dan IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching.

Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) juga diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru termasuk memartabatkan bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Kursus dalam perkhidmatan untuk bahasa Inggeris diperkukuhkan lagi di English Language Teaching Centre (ELTC) yang akan menjadi nadi kepada latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru Bahasa Inggeris.

Kerajaan juga sentiasa prihatin untuk memastikan sektor pendidikan negara terus diberikan keutamaan, khususnya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Pada tahun 2009 sejumlah RM3.406 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk membiayai 21 jenis bantuan kepada murid-murid dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Ini termasuklah RM254.92 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan; RM1.142 bilion bagi bantuan makanan asrama, RM255 juta bagi Skim Bantuan Tuisyen, RM180 juta bagi Skim Pinjaman Buku Teks, RM400 juta untuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan lebih RM270 juta untuk pemberian biasiswa pendidikan.

Guru-guru kita telah memberikan sumbangan yang besar kepada kejayaan kita pada hari ini. Tanpa sumbangan guru-guru, kita sudah tentu tidak berada di sini pada hari ini.

Walau siapa pun kita pada hari ini, ingatlah jasa, pengorbanan dan perjuangan guru-guru yang telah mendidik kita semua menjadi insan yang berjaya. Tanpa rasa jemu mereka telah memerah keringat, berkorban masa dan mengharungi pelbagai cabaran demi menyempurnakan amanah mendidik anak bangsa.

Di mana saja mereka berada, baik di bandar mahupun di desa, para guru sentiasa bersedia untuk mencurahkan khidmat bakti. Di hati para guru hanyalah satu matlamat.

Setiap murid perlu ditingkatkan kemampuan inteleknya, dibina akhlak peribadinya, dikukuhkan jati dirinya untuk menjadi insan yang seimbang dan warganegara yang baik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua guru. Tidak dinafikan bahawa kebajikan guru serta peluang laluan kerjaya menjadi faktor utama motivasi guru untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara. Rungutan guru tentang bebanan tugas yang terlalu berat perlu diteliti agar ia tidak menjejaskan motivasi guru untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Menyedari betapa pentingnya aspek kebajikan guru serta insentif yang boleh mendorong mereka untuk terus mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, saya ingin mengumumkan keputusan kerajaan mengenai prospek laluan kerjaya bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada guru-guru, kerajaan telah meluluskan pertambahan kuota guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Sekolah Menengah.

* Guru Cemerlang Gred Khas C ditambah daripada 24 kepada 36,

Page 11: TEKS UCAPAN

* Guru Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 100 kepada 134,

* Guru Cemerlang Gred DG52 ditambah daripada 250 kepada 336,

* Guru Cemerlang Gred DG 48 ditambah daripada 1,000 kepada 1,345,

* Guru Cemerlang Gred DG44 ditambah daripada 4,000 kepada 5,379.

* Pengetua Cemerlang Gred JUSA C daripada 10 kepada 20 jawatan, iaitu pertambahan 100 peratus,

* Pengetua Cemerlang Gred DG54 pula ditambah daripada 200 kepada 475 jawatan; dan

* Pengetua Cemelrang Gred DG52 dikekalkan sebanyak 400 jawatan.

Selain daripada itu, kerajaan juga telah bersetuju mewujudkan beberapa jawatan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah iaitu:

* Guru Cemerlang Gred DG48 sebanyak 173 jawatan, dan

* Guru Cemerlang Gred DG44 sebanyak 1,737 jawatan.

Pegawai Perkhidmatan Bukan Siswazah juga akan menikmati laluan kerjaya yang sama apabila kerajaan selesai melakukan kajian mengenainya tidak lama lagi.

Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada pasangan pegawai yang turut berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman. Tarikh berkuat kuasa pemanjangan elaun ini dikebelakangkan mulai 1 Mac 2009.

Kerajaan juga menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh Anggota Khidmat Sokongan, terutamanya Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Justeru, sukacita saya memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membuat Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid (BIPPM) sebanyak RM200 sebulan kepada Pembantu Pengurusan Murid yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Tarikh kuat kuasa Bayaran Insentif ini juga telah dikebelakangkan mulai 1 Januari 2009.

Setelah saya memaklumkan beberapa keputusan kerajaan berhubung dengan insentif perkhidmatan kepada guru-guru, izinkan pula saya menyampaikan beberapa amanat penting.

Mendidik anak bangsa adalah tugas yang amat mulia. Saya berharap, usaha murni ini akan terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi agar kita berjaya membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan makmur.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh warga pendidik supaya terus

Page 12: TEKS UCAPAN

gigih berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas dan jadikan profesion perguruan sebagai medan perjuangan untuk memajukan anak bangsa.

Kepada guru-guru yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru pada tahun ini, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan. Sesungguhnya budi anda mendidik anak bangsa akan sentiasa disanjung oleh masyarakat.

Harum sungguh bunga melati

Kembang setangkai di ruang laman

Budi guru kita hargai

Jadi sanjungan sepanjang zaman

Selamat Menyambut Hari Guru!

Terima Kasih Cikgu!

2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara2010   Guru Pembina Negara Bangsa2009   Guru Pembina Negara Bangsa2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama1997   Guru Bestari Sekolah Bestari1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera1989   Guru Pembina Budaya Ilmu1988   Guru Pengasas Budaya Membaca

Page 13: TEKS UCAPAN

1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan1986   Pendidikan Teras Nasionalisme1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara1979   Murid Sejahtera Negara Jaya1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan1975   Guru dan Pembangunan Negara1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

PENGENALAN

 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalammasyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Page 14: TEKS UCAPAN

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambillangkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU

Putih   - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.Perak   - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.Merah- Menunjukkan keteguhan semangat.Biru- Menunjukkan perpaduan muhibah.-

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Page 15: TEKS UCAPAN

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kamiKami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.

Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.