teks ucapan

4
TEKS UCAPAN GURU BESAR SK GEMBUT SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014 Yang Dihormati Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Assalammualaikum dan salam 1Malaysia…. Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini. Irama beralun gendang dipalu, Langkah diayun berpasang-pasangan, 57 tahun telah berlalu, Malaysia megah menyambut kemerdekaan. Malaysia…di sini lahirnya sebuah cinta tema kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Gembut bagi tahun 2014. Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera. Guru-guru dan murid sekalian, Sedar tak sedar pada tanggal 31 Ogos 2014 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke-57. Banyak perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa. Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga. Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, saya berharap agar kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Guru-guru dan murid sekalian,

Upload: izam-samsudin

Post on 17-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

TEKS UCAPANGURU BESAR SK GEMBUTSEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014Yang Dihormati Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.

Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini.

Irama beralun gendang dipalu,Langkah diayun berpasang-pasangan,57 tahun telah berlalu,Malaysia megah menyambut kemerdekaan.Malaysiadi sini lahirnya sebuah cinta tema kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Gembut bagi tahun 2014. Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.Guru-guru dan murid sekalian,Sedar tak sedar pada tanggal 31 Ogos 2014 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke-57. Banyak perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa.Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga.

Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, saya berharap agar kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Guru-guru dan murid sekalian,

Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama India.

Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini.

Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang.

Guru-guru dan murid sekalian

Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan, teknologi telah kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin.Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyeru kepada murid sekalian marilah kita bersama-sama berjuang untuk terus mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini. Manfaatkanlah segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung.Oleh itu, kehadiran kita semua pada pagi, ini bukan hanya mewarnai program ini atau sekadar mahu bergembira bersama-sama rakan-rakan, tetapi adalah untuk menggambarkan betapa bangganya kita dan cintanya kita kepada tanah air. Ia bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, bukan setakat meneriakkan laungan Merdeka, tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.Guru-guru dan murid sekalian,Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Gembut bagi tahun 2014 dan menyeru agar mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat yang sesuai sama ada di bilik darjah, kenderaan, kediaman dan bangunan.

Semoga langkah tersebut akan menyemarakkan lagi semangat patriotisme kita kepada tanah air tercinta ini. Saya difahamkan ahli jawatankuasa penganjur telah membuat persiapan dan persediaan yang begitu rapi sejak beberapa minggu yang lepas. Mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada ahli jawatankuasa penganjur.

Sesungguhnya, kerjasama baik yang telah ditunjukkan ini juga boleh diterjemahkan dalam program-program akan datang, lebih-lebih lagi dalam memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan mempertahan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini.Sama-samalah kita laungkan MERDEKA sebanyak 7 kaliMERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!

Dengan lafaz Bismillah Hirahman Nirahim saya melancarkan perasmian sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SK Gembut dengan rasminya.Wabillahi Taufik Walhidayah..Wasallam.

Wasiat 7 Raja raja Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).