teks ucapan

4
Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati.Assalamuailaikum, selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Hadirin semua, Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan berbangga kerana telah diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana kita akan kehilangan seorang uztaz yang amat kita semua kagumi dan hormati tetapi pada masa yang sama kita turut berasa gembira kerana uztat tersebut akan bertukar ke sebuah sekolah yang lain pula untuk meneruskan usahanya mendidik anak bangsa negara ini. Guru yang saya maksudkan itu ialah Uztatz Rozaidi Bin Ramli. Beliau telah ditawarkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Proton City. Sekolah tersebut berdekatan dengan rumah beliau.Kita semua sedia maklum bahawa Uztat Rozaidi begitu inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran dan pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam dunia dan akhirat. Sudah banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah kita ini terutamanya dari segi disiplin murid-murid .

Upload: nazira-hanum-sarif

Post on 03-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks ucapan perpisahan guru

TRANSCRIPT

Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati.Assalamuailaikum, selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.Hadirin semua, Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan berbangga kerana telah diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana kita akan kehilangan seorang uztaz yang amat kita semua kagumi dan hormati tetapi pada masa yang sama kita turut berasa gembira kerana uztat tersebut akan bertukar ke sebuah sekolah yang lain pula untuk meneruskan usahanya mendidik anak bangsa negara ini.Guru yang saya maksudkan itu ialah Uztatz Rozaidi Bin Ramli. Beliau telah ditawarkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Proton City. Sekolah tersebut berdekatan dengan rumah beliau.Kita semua sedia maklum bahawa Uztat Rozaidi begitu inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran dan pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam dunia dan akhirat. Sudah banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah kita ini terutamanya dari segi disiplin murid-murid .Hadirin yang dihormati, Pemergian Uztat Rozaidi pasti menjadi dorongan kepada kita semua untuk belajar dengan lebih baik supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara seperti yang sering dilaungkan oleh Uztat Rozaidi ketika mengajar kita di dalam kelas. Selama ini, Uztat Rozaidi bolehlah dianggap sebagai pendorong utama kepada kita untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya melakukan perkara yang kita impikan pula. Beliau umpama lilin atau obor yang menerangi hidup kita semua.Kepada Uztat Rozaidi, kami doakan semoga uztat akan terus menabur bakti kepada anak bangsa walaupun di mana-mana uztat bekerja kerana uztat mempunyai satu kelebihan dalam mendidik pelajar dengan berkesan. Sekolah ini pasti akan kehilangan seorang uztat yang berdedikasi tetapi kami yakin penggantinya juga seorang yang setaraf atau berkemampuan untuk mengisi tempat beliau itu.Walaupun uztat menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah murid sekolah ini,namun dengan ketegasan dan didikan uztat inilah yang mampu membentuk saya dan rakan-rakan menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini izinkan saya menyampaikan beberapa rangkap pantun kepada uztat.Jentayu burung jentayu,Hinggap di balik pokok mayang;Bunga kembang akan layu,Budi baik bilakan hilang.Tanam lenggun tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati;Budi tuan kami tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.

Lipat kain lipat baju,Lipat kertas dalam puan;Dari air menjadi batu,Sedikit tak lupa budimu tuan.Akar keladi melilit selasih,Selasih tumbuh di hujung taman;Kalungan budi junjungan kasih,Mesra kenangan sepanjang zaman. Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan semua di sekolah ini memohon maaf atas semua kesalahan dan kesilapan kami terhadap uztat.Sekian terima kasih.