teks sesi soal jawab taklimat pelaksanaan...

12
TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN GOODS AND SERVICES TAX (GST) BAGI PIHAK BERKUASA TEMPATAN SELURUH MALAYSIA 27 MEI 2015, 2.30 HINGGA 4.30 PETANG PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE Peserta 1 : Encik Mohamad Razif Bin Ramli, Majlis Daerah Kerian, Perak. S1: Perolehan kerja: Di dalam proses sebut harga BQ tidak dibenarkan menyatakan GST bagi kerja-kerja dalam dokumen tersebut, bagaimanakah hendak membuat pembayaran GST kepada kontraktor yang berdaftar sekiranya amaun GST tidak dinyatakan dalam dokumen? Telah berbincang dengan seorang sahabat dan mengesyorkan: Contoh peruntukan berjumlah RM100,000, maka harga anggaran jabatan adalah RM94,000 ribu kerana mengambil kira amaun GST. Dalam inden perlu nyatakan amaun 94 ribu atau 100 ribu? Sebab waran hanya akan dikeluarkan berdasarkan sebutharga yang ditawarkan.Bolehkah di dalam dalam surat tawaran kerja, amaun ditawarkan 94 ribu dan ditambah dengan GST, supaya waran yang akan dipohon adalah berjumlah 100 ribu. Boleh atau tidak begitu? J1: Peraturan sedia ada menyatakan semua harga tawaran adalah TANPA KENAAN GST. Seperti yang dinyatakan dalam 1PP PK Perolehan Kerajaan PK1/2013 perenggan 6, xiv. Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian Kewangan masih mengenalpasti soalan tambahan berkaitan GST dalam perolehan Kerajaan Anggaran jabatan dibuat tanpa GST adalah untuk membolehkan dasar penilaian harga yang sama, kerana terdapat syarikat yang tidak berdaftar dengan Kastam dan tidak boleh mengenakan GST.Walau bagaimanapun bagi penyediaan peruntukan hendaklah mengambil kira kenaan GST. Semasa mengiklankan sebut harga PBT hendaklah: 1. Memaklumkan bahawa harga tawaran adalah TANPA GST. 2. Pihak syarikat hendaklah memaklumkan status pendaftaran GST dengan mengemukakan salinan dokumen pendaftaran dapi pihak Kastam. 3. Apabila SST dikeluarkan, sekiranya syarikat terpilih berdaftar dengan Kastam, amauan di dalam SST ditambah dengan kenaan GST. Contoh ayat dalam SST: ‘…. harga kontrak sebanyak RM100,000.00 dan kenaan GST sebanyak RM 6,000 …’ S2: PBT melaksanakan banyak projek kerja yang mana peruntukannya adalah daripada Persekutuan atau Negeri. Untuk projek-projek atau kerja-kerja yang dilaksanakan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri/Persekutuan, pihak manakah yang perlu membayar GST? Sama ada GST akan dimasukkan amaun peruntukan atau bagaimana? J2: GST perlu dibayar oleh pihak PBT sendiri menggunakan peruntukan yang telah diberikan. Anggaran jabatan berdasarkan apa yang hendak dilakukan dan perlu mengambil kira kenaan GST. Pelawaan adalah berdasarkan harga sebelum GST, tetapi bajet yang

Upload: trinhtram

Post on 07-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

TEKS SESI SOAL JAWAB

TAKLIMAT PELAKSANAAN GOODS AND SERVICES TAX (GST) BAGI PIHAK

BERKUASA TEMPATAN SELURUH MALAYSIA

27 MEI 2015, 2.30 HINGGA 4.30 PETANG

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Peserta 1 : Encik Mohamad Razif Bin Ramli, Majlis Daerah Kerian, Perak. S1: Perolehan kerja: Di dalam proses sebut harga BQ tidak dibenarkan menyatakan GST

bagi kerja-kerja dalam dokumen tersebut, bagaimanakah hendak membuat pembayaran GST kepada kontraktor yang berdaftar sekiranya amaun GST tidak dinyatakan dalam dokumen? Telah berbincang dengan seorang sahabat dan mengesyorkan: Contoh peruntukan berjumlah RM100,000, maka harga anggaran jabatan adalah RM94,000 ribu kerana mengambil kira amaun GST. Dalam inden perlu nyatakan amaun 94 ribu atau 100 ribu? Sebab waran hanya akan dikeluarkan berdasarkan sebutharga yang ditawarkan.Bolehkah di dalam dalam surat tawaran kerja, amaun ditawarkan 94 ribu dan ditambah dengan GST, supaya waran yang akan dipohon adalah berjumlah 100 ribu. Boleh atau tidak begitu?

J1: Peraturan sedia ada menyatakan semua harga tawaran adalah TANPA KENAAN GST. Seperti yang dinyatakan dalam 1PP PK Perolehan Kerajaan – PK1/2013 perenggan 6, xiv. Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian Kewangan masih mengenalpasti soalan tambahan berkaitan GST dalam perolehan Kerajaan Anggaran jabatan dibuat tanpa GST adalah untuk membolehkan dasar penilaian harga yang sama, kerana terdapat syarikat yang tidak berdaftar dengan Kastam dan tidak boleh mengenakan GST.Walau bagaimanapun bagi penyediaan peruntukan hendaklah mengambil kira kenaan GST. Semasa mengiklankan sebut harga PBT hendaklah:

1. Memaklumkan bahawa harga tawaran adalah TANPA GST. 2. Pihak syarikat hendaklah memaklumkan status pendaftaran GST dengan

mengemukakan salinan dokumen pendaftaran dapi pihak Kastam. 3. Apabila SST dikeluarkan, sekiranya syarikat terpilih berdaftar dengan

Kastam, amauan di dalam SST ditambah dengan kenaan GST. Contoh ayat dalam SST: ‘…. harga kontrak sebanyak RM100,000.00 dan kenaan GST sebanyak RM 6,000 …’

S2: PBT melaksanakan banyak projek kerja yang mana peruntukannya adalah daripada Persekutuan atau Negeri. Untuk projek-projek atau kerja-kerja yang dilaksanakan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri/Persekutuan, pihak manakah yang perlu membayar GST? Sama ada GST akan dimasukkan amaun peruntukan atau bagaimana?

J2: GST perlu dibayar oleh pihak PBT sendiri menggunakan peruntukan yang telah diberikan. Anggaran jabatan berdasarkan apa yang hendak dilakukan dan perlu mengambil kira kenaan GST. Pelawaan adalah berdasarkan harga sebelum GST, tetapi bajet yang

Page 2: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

perlu disediakan perlu mengambil kira kenaan GST. PBT perlu berdaftar dengan Kastam untuk mengenakan GST.

Peserta 2 : Encik Henry Wong, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan S3: Berkenaan isu Kerajaan Negeri / PBT sudi menanggung GST – apakah pendirian

rasmi pihak Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia?

J3: Dalam pelaksanaan GST tiada isu tanggung atau serap – PBT WAJIB mengenakan caj GST dan mengeluarkan Tax Invoice dan wajib mengutip caj GST tersebut sama ada melalui pelanggan atau peruntukan PBT sendiri. Kaedah ‘penyerapan’ GST boleh dilaksanakan dengan kaedah menurunkan harga dasar asal kemudian ditambah amaun GST, menjadikan harga perkhidmatan sebelum GST berkuatkuasa, sama dengan harga perkhidmatan selepas GST berkuatkuasa. Pihak MOF akan mengeluarkan surat kepada pihak Jabatan untuk menerangkan apa yang dimaksudkan dengan fungsi (Regulatory and Enforcement) R&E dan apa perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu dikenakan GST dalam masa terdekat.

S4: Bersimpati dengan kebanyakan PBT di Malaysia di mana kebanyakan PBT mengalami defisit dalam belanjawan mengurus. Jika PBT terpaksa membayar GST, kemungkinan mulai tahun depan PBT akan memohon bajet lebih. Keadaan sekarang menekankan perbelanjaan berhemah, barangkali terdapat kekangan kewangan di peringkat Persekutuan. Setakat mana pihak Kementerian Kewangan menimbang perkara ini?

J4: Tiada isu di PBT kerana berbeza dengan Kerajaan Persekutuan/Negeri, kerana PBT dibenarkan untuk menuntut GST yang dikenakan ke atas PBT dalam urusan pembekalan harian dengan syarat PBT tersebut berdaftar dengan pihak Kastam. PBT juga boleh menggunakan kutipan GST daripada pelanggan sebagai sumber untuk menjelaskan GST dalam laporan kepada pihak Kastam. Situasi defisit hanya berkemungkinan berlaku kepada PBT yang tidak berdaftar dengan Kastam kerana tidak boleh menuntut semula GST yang telah dikenakan ke atasnya.

S5: Adakah pihak berkuasa merangka suatu bentuk ganjaran untuk PBT yang memungut GST sama ada dalam bentuk insentif kewangan atau insentif bukan kewangan?

J5: Tiada insentif disediakan sama ada dari segi kewangan atau bukan kewangan buat masa sekarang.

Peserta 3 : Che Wan Intan Maisarah Bt. Jamaluddin, Majlis Bandaraya Ipoh S6: Berlalu kekeliruan tentang definisi R&E. Perkhidmatan yang disediakan PBT adalah di

bawah Akta 171. Kemudahan awam di bawah seksyen 101. Selain itu, perkhidmatan PBT juga adalah tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) PBT, justeru, PBT

Page 3: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

menyediakan kemudahan awam tanpa mengambil keuntungan. Maka PBT memohon agar semua aktiviti PBT ditafsirkan sebagai R&E.

J6: Didalam akta GST menyatakan pembekalan yang dibuat oleh PBT bukanlah sama jenis atau serupa dengan suatu pembekalan bercukai yang dibuat oleh mana-mana orang lain. (Akta 762, Seksyen 64 (2) (b)). Maka walaupun tiada keuntungan diambil, kemudahan tersebut tetap dikenakan GST seperti yang telah dinyatakan dalam Akta GST.

S7: Belanjawan PBT telah pun defisit dan perlu menanggung GST walaupun PBT menyediakan kemudahan tanpa mengambil keuntungan (pendapatan minimum). Selain itu PBT juga perlu menanggung bayaran perubatan bagi kakitangan, keluarga kakitangan dan kakitangan yang sudah bersara. GST bagi bayaran perubatan tidak boleh dituntut. Begitu juga dari segi penyelenggaraan kenderaan, di mana kesemua kenderaan PBT adalah digunakan dalam operasi PBT seharian. Terdapat van yang kurang dari 9 tempat duduk dimana GST yang dikenakan atas penyelenggaraan kenderaan tersebut tidak boleh dituntut. Pelaksanaan GST menyebabkan PBT mengalami kesukaran aliran wang dan menyeimbangkan perbelanjaan. Tiadakah pelepasan istimewa untuk meringankan beban PBT dalam menangani GST?

J7: PBT telah pun diberi keistimewaan berbanding Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, di mana PBT boleh menuntut semula GST yang dikenakan ke atas input (bagi perbelanjaan R&E dan aktiviti lain yang dibenarkan dituntut) dengan syarat PBT tersebut telah berdaftar dengan pihak Kastam (sebagai orang kena cukai). PBT juga masih boleh menuntut GST ke atas penyelenggaraan kenderaan yang bukan saloon car seperti van, lori dan sebagainya. Pihak Kastam menyarankan supaya PBT mengubah cara operasi untuk mengatasi masalah defisit dan berada dalam keadaan kewangan yang lebih baik. PBT juga diingatkan untuk berdaftar dengan pihak Kastam supaya GST input yang dikenakan boleh dituntut semula. Pihak Kastam telah pun membuat kajian dan mendapati di sebuah PBT, nilai GST input adalah lebih besar daripada GST output yang dikenakan oleh PBT, justeru, PBT akan dapat pulangan GST tersebut. PBT yang perlu submit reten 3 bulan sekali boleh memohon (melalui KPKT) kepada KP Kastam untuk ubah tempoh reten kepada lebih singkat. GST merupakan cukai kepenggunaan yang perlu di bayar oleh pengguna. Walaupun terdapat beban kepada pengguna, pengenaan GST adalah dipulangkan dalam bentuk penurunan kadar Cukai Pendapatan, BR1M dan sebagainya.

S8: Mohon agar diwujudkan garis panduan untuk memudahkan PBT dalam melaksanakan GST.

J8: Pelaksanaan GST adalah masih di peringkat permulaan. Jika terdapat pandangan, boleh memohon dalam bentuk memorandum kepada jabatan dan kemukakan kepada pihak Kastam, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pelaksanaan GST

Page 4: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa agar tidak membebankan mana-mana pihak, dan menjadikan pelaksanaan GST business-friendly dan PBT-friendly.

Peserta 4 : Puan Hanita, Majlis Perbandaran Taiping, Perak S9: MP Taiping telah menghantar permohonan pengecualian GST bagi tiket Zoo Taiping

dan Night Safari telah dihantar pada awal April 2015. MP Taiping merupakan satu-satunya PBT yang menguruskan zoo, zoo siang dan zoo malam. Sejak pelaksanaan GST, bilangan pengunjung semakin berkurangan. Walaupun kenaan GST kelihatan sedikit, tetapi dalam tempoh sebulan, amaun GST yang dikutip hampir RM20,000.00. Pihak pengurusan MPT memohon supaya pelaksanaan GST ini dilihat semula memandangkan kemudahan zoo adalah berlainan daripada kemudahan yang disediakan di PBT lain.

J9: Permohonan telah diterima dan sedang diproses bersama dengan permohonan dari Zoo Negara dan zoo-zoo lain. Permohonan ini dilihat dari aspek zoo. Maklumbalas dijangka pada minggu akan datang.

Peserta 5 : Encik Fahaizul Anuar B. Mohamad Jaapar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak S10: Seperti setia maklum, kontrak yang dipanggil sebelum 1 April tidak dikenakan GST,

kontrak yang dipanggil selepas 1 April dikenakan GST. Ada projek (kontrak sebelum 1 April 2015) yang terpaksa melangkaui waktu yang telah ditetapkan (sebelum 1 April 2015). Sebelum 1 April, syarikat tidak dibenarkan menuntut GST, walaubagaimanapun selepas pelaksanaan GST, syarikat akan dikenakan GST apabila membuat pembelian bahan. Justeru pada pandangan saya syarikat tersebut perlu dibenarkan menuntut GST.

J10:

Contoh senario: SST keluar 1/3/2015, tempoh siap melangkaui sehingga 31 Disember 2015. GST kuatkuasa 1/4/2015 adalah dikenakan GST. Maka GST perlu dikenakan bermula 1/4/2015 dan boleh dituntut oleh syarikat. Jika pada 1/3/2015, syarikat dikenakan cukai perkhidmatan, maka pada 1/4/2015 cukai perkhidmatan dimansuhkan dan digantikan GST, maka pada 1/4/2015 perlu dikira semula jumlah cukai yang dimansuhkan dan diganti dengan GST. Kaedah-kaedah ini boleh dirujuk dalam FAQ di laman web 1PP: http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_circulars&view=circulars&Itemid=2508&lang=ms Soalan lain yang dibacakan: S1: perlukah kadar GST dimasukkan dalam kos kerja? J1: Ya. Tertakluk kepada pelaksanaan GST bermula 1 April 2015. Jika pembayaran bermula 1/3/2015, GST hanya dikira bagi baki pembayaran selepas 1/4/2015. S2: Bagaimanakah pelaksanaan GS secara khusus dalam perolehan kerja secara sebut harga dan tender? J2: boleh rujuk kepada laman 1PP. (PK1, para. 6. xiv.)

Page 5: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

S3: bagi kontraktor yang tidak layak mendaftar GST kerana pendapatan di bawah RM500,000. Tetapi apabila ditawarkan kontrak, bahan-bahan binaan yang dibeli telah dikenakan GST. Pihak kontraktor tidak boleh menuntut GST tersebut. Pohon penjelasan. J3: Tuntutan memang tidak boleh dibuat. Walaupun akta menyatakan syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan wajib mendaftar, syarikat yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM500,000 boleh mendaftar secara sukarela. Kerana hanya syarikat yang berdaftar GST sahaja boleh membuat tuntutan GST. Syarikat perlu berdaftar GST dengan Kastam sebelum boleh mengenakan atau menuntut GST. Begitu juga dengan PBT. PBT perlu berdaftar dengan Kastam supaya boleh menuntut input Tax. PBT yang tidak berdaftar tidak boleh membuat tuntutan GST.

Peserta 6 : Tiada Maklumat S11: Soalan tambahan mengenai perolehan/kontrak, bagaimana kenaan GST terhadap

material on-site? Apabila material on-site dibekalkan, perlu dibayar GST atau tidak? kerana material tersebut akan digunakan dalam pembinaan, dan pada bayaran akhir juga dikenakan GST, seolah-olahnya GST dikenakan sebanyak 2 kali. Mohon penjelasan.

J11: Material on-site adalah berkaitan dengan perolehan kerja. Perolehan kerja termasuk dalam kategori perkidmatan. Dalam perolehan kerja terdapat beberapa komponen iaitu bekalan, perkhidmatan dan kerja. Untuk kaedah pembayaran, semua PBT adalah dipohon untuk merujuk kepada ibu pejabat JKR Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Dasar pembayaran bagi perolehan kerja sebegini adalah terlalu teknikal dan tidak dapat dijelaskan oleh pihak panel. Kerana terdapat senario dimana sama ada pembayaran dibuat kepada main-contractor sahaja, atau pembayaran dibuat terus kepada sub-contractor atau kepada kedua-duanya sekali. Isu yang akan timbul adalah pihak mana yang perlu menanggung GST, maka isu ini perlu dirujuk kepada pihak JKR. Walau bagaimanapun pegawai kontrak adalah dipohon untuk tidak menyimpan Surat Setuju Terima (SST) kerana menunggu syarikat tersebut selesai mendaftar GST dengan Kastam kerana ia adalah suatu kesalahan. SST tetap perlu dikeluarkan, jika syarikat tidak berdaftar, maka harga dinyatakan adalah tanpa GST, bagi syarikat berdaftar, harga dinyatakan bersama GST. Berkenaan barang dan perkhidmatan. Pihak Kastam ada membuat keputusan klasifikasi jenis kontrak. ada jenis kontrak perkhidmatan termasuk barang dan perkhidmatan kontrak barang termasuk perkhidmatan Sebarang kontrak yang bermula dengan perkhidmatan, akan jadi kontrak perkhidmatan. Sebarang kontrak yang bermula barang, akan jadi kontrak bekalan barang. Sebagai contoh, kontrak pembinaan adalah dikira sebagai kontrak perkhidmatan. Dalam proses pembinaan akan ada pembelian barang dan juga kerja-kerja pembinaan. Dalam kontrak perkhidmatan, caj GST adalah dikira sekaligus, justeru syarikat tidak boleh mengenakan caj GST lain ke atas barang-barang, dan caj GST yang lain ke atas kerja-kerja. Caj GST hanya dikenakan sekali ke atas keseluruhan kos kerja. Dalam kontrak perkhidmatan, servis dan barangan yang dibekalkan adalah

Page 6: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

dianggap sebagai satu item. Dikhuatiri jika caj GSt ke atas barangan lain dan caj GSt ke atas perkhidmatan lain, kemungkinan caj GST ke atas perkhidmatan telah termasuk GST ke atas barangan menyebabkan GST dicaj 2 kali. Contoh projek Tawaran Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Perkakasan Komputer Secara Sewaan dikategorikan sebagai perkhidmatan Contoh projek Tawaran Membekal, Menghantar, Menguji dan Mentauliah 250 CCTV dianggap sebagai perolehan/pembekalan barang. Begitulah dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Kastam walaupun nilai bagi kontrak tersebit adalah tinggi.

Peserta 7 : IR Chaiko Het, Majlis Perbandaran Miri, Sarawak. S12: Based on my understanding from the previous sessions with Customs officers,

projects called before GST will have no need to pay for GST, but what about delayed project? Can the contractor charge the GST? It would be a budget constraint to the PBT since PBT are given fixed budget by the State/Federal Government during the project initiation.

J12: Berkaitan dengan projek yang dilaksanakan sebelum pelaksanaan GST, tetapi tempoh siap melangkaui tarikh pelaksanaan GST disebabkan terdapat EOT (Extension of Time). Projek dikira siap adalah apabila projek tersebut tamat. Katakan suatu projek itu sepatutnya disiapkan sebelum 30 Mac, tetapi tidak dapat disiapkan dan JK EOT telah bersetuju untuk memberi penambahan tempoh siap projek kepada 3 bulan. Sebagai PBT, sebaik sahaja GST dilaksanakan pada 1 April, maka PBT perlu mengenakan GST. Justeru akan terdapat kos tambahan bagi projek tersebut, sekiranya tempoh siap melangkaui tarikh pelaksanaan GST. Adalah menjadi tanggungjawab PBT untuk menyediakan peruntukan bagi kos-kos tambahan (disebabkan pelaksanaan GST) tersebut jika berlaku kes-kes sedemikian walaupun di dalam perjanjian kontrak tidak dinyatakan mengenai GST kerana ia telah ditetapkan dalam Akta GST (Akta 762).

S13: When GST is implemented, its like looping, where money is passed from right hand to left hand, and from left to right hand. For example, we have approached Customs officer in Miri and were told that street lighting can be exempted, but still the Bill is to be paid to the provider and the GST is to be claimed from Customs, it’s a work burden. What about a procedure that could make things easier, like not having to pay for the street lighting GST in the first place. In Miri particularly we have a service from a company, which collect meter deposits, where each meter is charged 50 sen with GST of 3 sen. This is also a burden to us to do the calculations. We also have some contracts by our council where the duration is for five years and the contract started before GST. Should we pay the contractors of the additional funds and from where are we going to get the funds (because of GST)? Normally when we apply for additional fund from State/Federal, the application is usually

Page 7: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

turned down.

J13: Kaedah adalah sama seperti soalan pertama tadi. Walaupun di dalam perjanjian kontrak tidak dinyatakan mengenai GST, tetapi PBT perlu menyediakan kos untuk pembayaran GST kerana ia telah ditetapkan dalam Akta GST (Akta 762) bermula 1 April 2015. Sedikit tambahan: Berdasarkan kepada Akta GST syarikat yang memperolehi pendapatan melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan hendaklah berdaftar GST dengan Kastam. Walaupun syarikat menerima kontrak dengan agensi bernilai RM100,000 tetapi telah mencapai agregat RM500,000. Harga yang ditawarkan termasuk kenaan GST Harga Surat Setuju Terima sebelum berdaftar GST adalah termasuk cukai jualan dan sebagainya (Sales and Service Tax (SST)), dan apabila telah berdaftar GST dengan Kastam, maka pihak syarikat akan memohon untuk membuat penyelarasan harga. Secara umumnya, Bahagian Perolehan bersetuju penyelarasan harga dibuat dengan syarat SST (Sales and Service Tax) dikeluarkan dahulu dari harga asal, kemudian baru ditambah dengan GST. Ini kerana, sebelum ini dalam Surat Setuju Terima tidak dinyatakan cukai yang dikenakan. Justeru pelarasan harga perlu tolak dahulu apa-apa cukai yang telah dikenakan sama ada Cukai Jualan atau Cukai Perkhidmatan dari harga asal kontrak, contohnya harga asal RM100,000 ditolak 10% menjadi RM90,000 kemudian ditambah semula GST 6% menjadikan jumlahnya tidak sampai RM100,000. Itulah sepatutnya yang berlaku, kerana cukai tidak sepatutnya dikenakan 2 kali. Sebelum ini, syarikat telah pun memasukkan cukai SST ke dalam harga yang ditawarkan dan tidak dinyatakan dalam Surat Setuju Terima. Kebanyakan industry hanya memahami GST adalah pengenaan 6% ke atas barangan dan perkhidmatan, sedangkan GST memansuhkan SST yang telah dikenakan pada tahun-tahun sebelumnya sehingga 10%. Apa yang terjadi adalah, industry mengenakan 6% ke atas harga barangan/perkhidmatan yang telah termasuk 10% SST yang dikenakan sebelum ini. Jika berlaku senario harga yang melampau, boleh kemukakan aduan kepada KPDNKK di mana terdapat Akta Kawalan Harga dan Pencatutan. Terdapat beberapa syarikat yang telah diambil tindakan kerana telah mengenakan harga yang melampau. Menurut akta tersebut, margin keuntungan yang boleh diterima adalah 10%, lebih dari 10% adalah super profit margin, dianggap keuntungan melampau. Jika terdapat sebarang cadangan peambahbaikan, adalah dipohon untuk dikemukakan kepada pihak Kastam melalui saluran yang betul. Digalakkan membaca 1PP dan Akta GST sebelum mengemukakan persoalan, kerana kebanyakan persoalan yang diterima telah pun dijelaskan dalam Akta/1PP.

Peserta 8 : Puan Rozaimah Bt. Jidin, Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. S14: Penjelasan mengenai perolehan, menggunakan peruntukan Negeri/Persekutuan, jika

peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM500,000, jika PBT perlu membayar GST, adakah tuntutan tersebut dihantar termasuk dengan nilai GST (melebihi RM500,000), atau tuntutan RM500,000 dihantar tanpa GST kemudian PBT menggunakan peruntukan sendiri untuk membayar GST kemudian dituntut daripada Kastam? Atau jika perbelanjaan dibuat dalam RM500,000 tetapi terdapat sedikit

Page 8: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

lebihan disebabkan GST, katalah RM2,000, maka tuntutan RM500,000 dikemukakan, manakala PBT membayar baki RM2000 tersebut menggunakan peruntukan sendiri, kemudian membuat tuntutan daripada pihak Kastam sebanyak RM2,000 sahaja?

J14: RM500,000 yang diberikan oleh pihak Negeri/Persekutuan adalah untuk dibelanjakan, justeru boleh mengemukakan perbelanjaan sebanyak RM500,000 tersebut, dan jika berlaku lebihan seperti senario tadi sebanyak RM2,000, pihak PBT boleh menggunakan peruntukan sendiri atau apa sahaja cara untuk membayar RM2,000 tersebut dan kemudian menghantar reten kepada Pihak Kastam bagi tuntutan RM2,000 tersebut. Dengan itu, amaun tadi akan di’zerorise’. Jika tuntutan GST tersebut dibuat kepada pihak Negeri/Persekutuan, PBT akan untung RM2,000, manakala Negeri akan mengalami kerugian kerana Kerajaan Negeri tidak dibenarkan membuat tuntutan GST.

Peserta 9 : Dr. Hasnah Bibon, Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, S15: Kami di JKT membekalkan pembelian peralatan dan racun serangga untuk program

kesihatan persekitaran. Sebagai contoh, kami membekalkan PBT untuk membeli fogging machine. Katakan sebelum ini harganya RM5,000 untuk satu unit, tetapi selpas pelaksanaan GST, mungkin pembekal meletakkan harga RM5,300 termasuk 6% GST. Dan bila kami menerima invois tersebut, kami akan mengeluarkan waran kepada PBT untuk membuat pembayaran. Jadi yang mana benar? Sama ada harga RM5,300 atau harganya menjadi kurang dari RM5,000 kerana seperti yang pihak tuan telah maklumkan sebelum ini, pelarasan harga perlu ditolak dahulu cukai (SST) yang dikenakan sebelum ni (10%) kemudian baru ditambah GST? Sekiranya RM5,300 dibayar oleh JKT untuk kegunaan PBT, pembekal akan membayar RM300 kepada pihak Kastam. Kemudian PBT yang membuat pembayaran tersebut, bolehkah menuntut GST RM300 tersebut dan dimasukkan ke akaun PBT?

J15: Dalam kes ini, pembayaran adalah dibuat oleh PBT menggunakan waran daripada JKT, justeru harga sepatutnya RM5,000 (persekutuan dikecualikan daripada GST). Walaubagaimanapun pengenaan GST adalah tertakluk kepada siapa penerima invois tersebut. Dalam situasi ini penerima invois adalah PBT, maka pihak pembekal akan mengeluarkan invois kepada PBT secara individual dengan jumlah RM5,300 (termasuk GST RM300). PBT perlu membayar GST sebanyak RM300 tersebut menggunakan peruntukan PBT atau apa sahaja cara dan boleh menuntut semula RM300 tersebut dari pihak Kastam. Pembekal tersebut perlu membayar RM300 tersebut kepada pihak Kastam. Walaubagaimanapun, terpulang kepada pihak Jabatan bagaimana untuk membantu PBT.

Peserta 10 : Puan Suhaida Bt. Kamalul Ariffin, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, S16: Apa yang saya dan rakan-rakan faham, semua input tax yang PBT perlu bayar, PBT

boleh tuntut. Mohon penjelasan daripada pihak Kastam. J16: Seperti taklimat yang diberikan pada pagi tadi, PBT layak menuntut cukai input atas

fungsi pengawalselian dan penguatkuasaan (R&E) dan juga pembekalan bercukai iaitu jualan dan sewaan, bukan keseluruhan seperti yang telah disebutkan berulang

Page 9: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

kali pagi tadi. GST ke atas aktiviti perniagaan (PBT) seperti ruang letak kereta boleh dituntut.

S17: Jika demikian, pihak kami memerlukan penjelasan dari pihak Kastam mengenai perbelanjaan kami bagi pelaksanaan program-program Majlis, contohnya kami ada City Fun Run dan pelbagai aktiviti rekreasi. Selain daripada itu, kami juga membelanjakan kepada alat-alat perabot untuk kegunaan di pejabat. Selain dari itu, dari segi landscaping, kami menyelenggara taman-taman dan membuat pemotongan rumput. GST tersebut tidak dibenarkan dituntut. Mohon tuan jelaskan perkara-perkara ini.

J17: Jika landscaping dibuat oleh Majlis Bandaraya dan di bawah R&E, ia boleh dituntut. Pelaksanaan Majlis-Majlis pula perlu dilihat bagaimana perkaitannya dengan fungsi R&E dan pembekalan bercukai. Pihak PBT yang perlu menentukan sebenarnya, pihak kami tidak boleh memberikan satu keputusan yang tepat. Secara ringkasnya PBT boleh menuntut GST bagi mana-mana fungsi R&E dan pembekalan bercukai jika PBT berdaftar dengan pihak Kastam, kecuali input Tax yang telah diblok. Bagi Majlis-majlis hanya dibenarkan kepada kakitangan dan future-client, tetapi jika kepada existing client, atau bukan kakitangan, tuntutan tidak dibenarkan. Ada sebab mengapa tuntutan tersebut diblok kerana khuatir perbelanjaan tersebut bukan digunakan untuk tujuan R&E sebaliknya untuk tujuan peribadi.

Peserta 11 : Puan Azalina Bt Abdul Rahaman, Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah S18: Pada awal tahun, MBAS telah membuat penswastaan untuk letak kereta dan syarat-

syarat yang telah ditetapkan adalah pihak syarikat swasta perlu membayar deposit dan juga pendahuluan sewaan untuk April dan dibayar pada bulan Februari. Pada ketika itu GST masih belum dilaksanakan dan sewaan April telah dibayar tanpa GST. Bagi bulan Mei dan seterusnya akan dibayar pada awal bulan setiap bulan. Bagaimana dengan kenaan cukai bagi bulan tersebut? (April)

J18: Jika ia membayar deposit yang tidak menjadi sebahagian daripada pembayaran perkhidmatan yang disediakan atau pembekalan bercukai maka ia tidak tertakluk kepada GST. Ia hanya tertakluk kepada GST jika deposit tersebut digunakan untuk pembayaran sesuatu perkhidmatan/pembekalan. Bagi bayaran untuk perkhidmatan selepas 1 April, tetapi invois telah dikeluarkan sebelum 1 April, harga atas invois tersebut adalah termasuk GST (inclusive). Tidak boleh mengeluarkan invois lain untuk menuntut GST. Bagi kes MBAS, pembayaran pendahuluan bagi sewa bulan April adalah dikenakan GST dan pihak MBAS perlu membuat bayaran kepada pihak Kastam pada bulan Mei. Caranya adalah dengan mengambil sebahagian daripada amaun tersebut, katalah RM10,000, 6% sebahagiannya sebagai amaun GST. Formula: Amaun GST inklusif = (6/106) x Amaun.

S19: Bagaimana dengan hasil-hasil PBT ada sesetengah PBT untuk hasil yang sama PBT tersebut menganggap sebagai SR, tetapi bagi PBT lain ia dianggap sebagai OS atau RS. Jadi soalan saya, adakah perbezaan tersebut akan menyebabkan apa-apa

Page 10: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

penalti dikenakan kepada PBT?

J19: Kod-kod tersebut adalah Tax code yang terdapat dan digunakan dalam Perisian Perakaunan. Tiada specific offense untuk tax code dan ia digunakan untuk recored keeping. Dan bagi tujuan rekod, pihak Kastam tidak menyatakan bentuk rekod sama ada elektronik atau manual, selagi mana ada rekod disimpan secara betul, ia tidak menjadi suatu kesalahan. Jika PBT merekod RS ke SR akan ada impak, sebab kesilapan mengekod RS dan SR bukan bermasalah kepada kod, tetapi bermasalah pada reten, kerana SR 6%, RS 0%. Jika tersilap apply tax code, ia kan memberi kesan kepada reten GST – maka ia kan menjadi kesalahan. Jika tersilap apply RS dengan GS, maka ia tiada impak kerana kedua-duanya 0%, tetapi akan ada impak kepada laporan maklumat tambahan kerana bagi GS, ia perlu diisytihar. Kesalahan bukan pada kod, tetapi pada reten, jadi jika pihak PBT mendapati kesalahan pada kod assignment, perlu dibetulkan dahulu sebelum reten dihantar kepada pihak Kastam. Pihak Kastam berharap kesalahan tersebut tidak akan berpanjangan. Permasalahan akan menimbulkan implikasi audit, dan menyukarkan pengesahan GST yang dibayar berdasarkan kod yang telah tersilap tadi. Walaubagaimanapun buat masa sekarang pelaksanaan GST masih dalam tempoh penambahbaikan. Walaubagaimanapun diharap tidaklah sehingga 4 tahun GST dilaksanakan, masih terdapat kesalahan aplikasi kod oleh PBT. Jika PBT tidak pasti mana-mana aktiviti menggunakan tax code yang mana, pihak PBT boleh menyenaraikan dan menghantar kepada pihak Kastam untuk semakan.

Peserta 1 : Encik Mohamad Razif Bin Ramli, Majlis Daerah Kerian, Perak. S20: Mohon penjelasan bagi projek menggunakan peruntukan dari KPKT, GST bagi

projek tersebut dibayar menggunakan peruntukan projek yang diberikan atau PBT perlu mencari peruntukan lain untuk membayar GST tersebut?

J20: Pihak Jabatan perlu memainkan peranan, di mana pihak Jabatan perlu tahu bahawa PBT akan dikenakan GST dan boleh menuntut GST. Maka Jabatan perlu tahu semasa memberikan peruntukan tersebut, sama ada termasuk GST atau tidak termasuk GST. Jika termasuk GST, maka keuntungan akan diperolehi oleh PBT, di mana GST telah dibayar mengguna peruntukan daripada Persekutuan dan kemudian PBT menuntut semula GST yang telah dibayar tadi. GST tidak melihat kepada siapa yang memberikan peruntukan, tetapi melihat kepada siapa yang dicaj GST. Begitu juga dengan PBT, terpulang sama ada membayar GSt dengan peruntukan yang telah diterima, atau membayar GST dengan menggunakan peruntukan masing-masing, dan jabatan juga perlu memainkan peranan dalam menetapkan pemberian peruntukan kepada PBT sama ada termasuk GST atau tidak.

S21: Peruntukan projek tidak termasuk GST bernilai RM490,000 tetapi bila mengambil kira GST ia akan melebihi RM500,000. Jadi bagi kes tersebut, adakah ia masih sebutharga atau perlu keluar tender?

J21: Merujuk FAQ 13 (1PP).

Page 11: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

Contoh pembelian terus: harga ditawarkan adalah RM19,800 tanpa GST, kemudian syarikat memaklumkan telah berdaftar GST. Selepas GST harga menjadi RM20,988. PBT tidak perlu buat sebutharga kecil, terus keluarkan LO dengan nilai RM20,988. Sama juga bila untuk sebutharga, harga sebelum GST RM480,000, bila mengambilkira GST, harga menjadi RM508,800, tak perlu dibuat tender kerana kenaan GST tidak diambil kira semasa keputusan dibuat. Tetapi jika anggaran jabatan RM480,000 dan setelah dinilai, harga tawaran yang diterima semasa keputusan dibuat melebihi anggaran jabatan, maka perlu dibawa semula ke Jawatankuasa.

Peserta 12 : Tiada maklumat. S22: Peruntukan daripada Persekutuan/Negeri di mana seperti sedia maklum PBT boleh

menuntut GST jika mematuhi syarat. Jika amaun GST hanya melibatkan amaun seperti RM1,000 atau RM2,000 mungkin dikira kecil, tetapi jika amaun perolehan kerja melibatkan tuntutan tinggi sehingga mencecah puluhan juta, maka tidak patutlah jika pihak Kerajaan Persekutuan/Negeri perlu menyediakan peruntukan GST bersekali, sedangkan PBT yang dikenakan GST dan boleh menuntut semula GST tersebut. Mungkin bagi PBT berskala besar, tidak menjadi masalah untuk membayar terlebih dahulu GST tersebut, tetapi bagaimana pula dengan PBT-PBT berskala kecil yang tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung pembayaran GST tersebut.

J22: Seperti telah dimaklumkan tadi, pihak Jabatan perlu mengambilkira kemampuan PBT untuk menanggung GST ke atas projek-projek yang dibiayai, justeru jabatan mungkin tidak perlu menanggung keseluruhan GST, hanya sebahagian mungkin mencukupi di mana peruntukan yang diberikan adalah untuk kegunaan sepanjang tahun, dan PBT juga perlu mengatur perbelanjaan peruntukan tersebut. Pihak Jabatan boleh memberikan peruntukan bagi sebahagian GST yang akan dikenakan sepanjang tahun tersebut pada peringkat awal, di mana PBT boleh menuntut semula GST tersebut, dan terimaan GST tadi boleh dikitar semula untuk menampung GST bagi projek seterusnya.

S23: Difahamkan terdapat transition period bagi kontrak perolehan kerja sebelum pelaksanaan GST dan selepas pelaksanaan GST, mohon dikeluarkan pekeliling berkenaan perkara tersebut dan jika telah ada, mohon dimaklumkan di mana boleh didapatkan maklumat tersebut.

J23: Pengecualian tersebut hanya terpakai bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutan sahaja. Perakuan telah pun dimasukkan dalam Soalan Lazim No. 15 dalam 1PP. Pihak Kastam juga akan mengeluarkan perakuan tersebut dalam laman web.

Peserta 13 : Puan Mariani Bt. Matra, Majlis Daerah Maradong-Julau, Sarawak. S24: Apabila PBT melaksanakan projek, Kontraktor akan mengenakan GST kepada PBT,

walaubagaimanapun PBT buat masa ini tidak boleh menuntut GST tersebut kerana tidak dapat berdaftar (sukarela) dengan pihak Kastam disebabkan tidak mencapai RM300,000. PBT sudah berdaftar tetapi tidak diluluskan oleh pihak Kastam Sarawak.

Page 12: TEKS SESI SOAL JAWAB TAKLIMAT PELAKSANAAN …jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2015/TEKS_SESI_SOAL... · Sebanyak 53 Soalan lazim disediakan dan Kementerian ... kemungkinan

J24: PBT yang telah berdaftar secara sukarela dibenarkan untuk menuntut GST walaupun

pendapatan tidak mencapai threshold. Pn. Amarjit akan follow up dengan pihak Kastam Sarawak.

S25: Untuk pembinaan bangunan Majlis, boleh kah pihak Majlis menuntut semula GST?

J25: Boleh, GST yang dikenakan ke atas perkhidmatan pembinaan tersebut, termasuk penyelenggaraan dan sebagainya boleh dituntut oleh pihak PBT jika PBT berdaftar dengan Kastam.

Peserta 14 : Cik Anisyahayati Bt. Ismail, Bahagian ICT, Jabatan Kerajaan Tempatan. S26: Bagaimana treatment rounding adjustment yang dikenakan dalam invois oleh

pembekal?

J26: Rounding Adjustment adalah keperluan Bank Negara dan perlu dipatuhi. Gunakan mekanisma rounding adjustment seperti yang telah digariskan oleh Bank Negara. Bagi Kastam, hanya menerima jumlah GST sebenarnya tanpa perlu rounding adjustment.

Peserta 15 : Puan Yusmarini Bt. Mahyuddin, Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. S27: Penyewa telah membayar bil pada bulan Januari untuk tempoh setahun, tanpa

dikenakan GST. Bagaimana treatment, sama ada perlu panggil semula penyewa GST atau sebagainya?

J27: Bayaran tersebut telahpun termasuk GST. Apa-apa bayaran yang telah diterima sebelum 1 April 2015 untuk perkhidmatan selepas 1 April 2015 ada termasuk GST. Justeru penerima bayaran (PBT) merlu menanggung GST tersebut dan dibayar kepada Kastam.

S28: Untuk pembayaran output tax, menggunakan sistem TAP, tetapi tax file tidak ready, bolehkah membuat bayaran?

J28: Yang penting adalah laporan reten yang perlu dihantar. Fail untuk GAF hanya untuk tujuan audit sahaja.