teks ramah tamah aidilfitri

5
TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR PROTOKOL Melati kuntum tumbuh melata Sayang merbah di pohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Saya sembah pembuka bicara Bismillah… Assalamualaikum wbt… Yang berusaha Encik Komodin bin Slamah, GB SK Sundar Yang dihormati Encik Manudin bin Tassim, PK1 Puan Teo Ah Geok, PK HEM Encik Ladis bin Sapar, PK Koku Rakan-rakan guru, staf-staf sokongan serta murid-murid yang dikasihi sekalian. KESYUKURAN Bersongkok bersampin segak berseri Berbaju kurung anggun jelita Ramah tamah di aidilfitri Bersamalah kita meraikannya. Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa seterusnya dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Mini yang ceria ini untuk meraikan majlis ramah tamah aidilfitri peringkat SK Sundar. Majlis ramah tamah aidilfitri ini merupakan program tahunan sekolah yang diadakan bagi meraikan kemenangan dan kejayaan kita dalam beribadah sepanjang bulan ramadhan. Selain itu juga, majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga sekolah. BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan Lafaz bismillah memperkukuh tautan Doa dipohon penuh pengharapan Agar majlis mendapat keberkatan

Upload: syedputrateen

Post on 05-Dec-2015

829 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

MC

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ramah Tamah Aidilfitri

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

PROTOKOL Melati kuntum tumbuh melataSayang merbah di pohon cemaraAssalamualaikum mulanya kataSaya sembah pembuka bicara

Bismillah…Assalamualaikum wbt…Yang berusaha Encik Komodin bin Slamah, GB SK SundarYang dihormati Encik Manudin bin Tassim, PK1Puan Teo Ah Geok, PK HEMEncik Ladis bin Sapar, PK KokuRakan-rakan guru, staf-staf sokongan serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

KESYUKURAN Bersongkok bersampin segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaRamah tamah di aidilfitriBersamalah kita meraikannya.

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa seterusnya dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Mini yang ceria ini untuk meraikan majlis ramah tamah aidilfitri peringkat SK Sundar.

Majlis ramah tamah aidilfitri ini merupakan program tahunan sekolah yang diadakan bagi meraikan kemenangan dan kejayaan kita dalam beribadah sepanjang bulan ramadhan. Selain itu juga, majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga sekolah.

BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahanLafaz bismillah memperkukuh tautanDoa dipohon penuh pengharapanAgar majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput …………………………………….. untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.

Amin..Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GB Lemang ketupat serta pulut

Page 2: Teks Ramah Tamah Aidilfitri

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

Rendang dan serunding sedia menantiBesar hajat kami menjemputBesar niat di dalam hati.

Agenda majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha Guru Besar SK Sundar, Encik Komodin bin Slamah untuk menyampaikan ucapan beliau.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

*****if any******Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

ANAK ANGKAT Agenda berikutnya merupakan acara penyerahan anak angkat Tahun 6 kepada guru-guru SK Sundar. Untuk itu, saya serahkan majlis ini kepada Puan Jaimah bin Japar untuk meneruskan acara.

PERTANDINGAN

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPertandingan busana hari raya penceria acara

Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Busana Hari Raya. Dipersilakan para peserta untuk beratur di sebelah kanan dewan bagi memulakan pertandingan. Para pengadil juga dijemput untuk mengambil kedudukan di bahagian hadapan pentas.

Dijemput peserta pertama dari ………………………………………… untuk memperagakan busana.Seterusnya, …….

Page 3: Teks Ramah Tamah Aidilfitri

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

Terima kasih diucapkan kepada para peserta.Adat nan baharu berubah-ubahAdat manusia mengandung salahKeputusan permainan diketahui sudahAda menang ada yang kalah

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Komodin Bin Slamah, GB SK Sundar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta.

Majlis merakamkan ucapan teripa kasih kepada GB atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

JAMUAN Terbang rendah burung tempuaHinggap berdua di dahan araHidangan di meja sudah tersediaDijemput tuan menjamu selera

Kini tibalah kita kepada acara yang paling dinantikan. Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan sambil mendengar gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman.

Murid-murid diminta untuk beratur mengikut kelas masing-masing untuk mengambil juadah yang telah sedia terhidang di meja.

Guru-guru serta staf-staf sokongan dijemput untuk ke dewan RMT untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Page 4: Teks Ramah Tamah Aidilfitri

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

PENUTUP Salam ukhwah di aidilfitriCeria syawal sama diraiSelesai sudah tugas di beriDi lain masa bersua lagi

Dengan berakhirkan agenda terakhir kita sebentar tadi, maka majlis kita juga sudah sampai ke penghujungnya.  Pihak majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan ramah tamah Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Songket biru tampak berseriTenunan indah buat arjunaTersilap bicara harap dimaafiKetemu lagi di lain acara.

Sekian, wabillah…….wassalamualaikum wbt