teks pidato-new-budaya membaca melahirkan insan yang cemerlang

4
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh….. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia……Salam aspirasi saudara pengatur majlis,barisan panel penghakiman penuh berkarisma,guru-guru seterusnya rakan-rak yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah tonggak Negara. ’Budaya Membaca Melahirkan Insan Yang Cemerlang’. egitulah tajuk pidato saya pada hari ini. Sidang hadirin yang dihormati, Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba turutkan amalan membaca banyak faedahnya Untuk kegunaan masa hadapan. Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagaijenispuisitradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma mereka. !uisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa h "etahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi . #leh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit . Sidang saksi yang ber$isi, Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2! yang lalu. "ngkapan keramat itu# membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai indi$idu itu berusaha melakukan an%akan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Selain melalui proses pembela%aran secara &ormal di sekolah # nilai diri akan dap

Upload: norazelin-mat-isa

Post on 04-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Pidato Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Salam sejahtera dan Salam 1 MalaysiaSalam aspirasi saudara pengatur majlis,barisan panel penghakiman penuh berkarisma,guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah tonggak Negara.Budaya Membaca Melahirkan Insan Yang Cemerlang.Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Sidang hadirin yang dihormati,

Nasi lemak buah bidaraSayang selasih hamba turutkanamalan membaca banyak faedahnyaUntuk kegunaan masa hadapan.Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telahterbungkam dalam atma dan sukmamereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat denganmuatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapatmencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yangdibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Sidang saksi yang bervisi, Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya. Maka,amalan membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini.Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

Seterusnya , melalui budaya membaca kita dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapatmenjulang negara kita ke puncak jagat. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Sidang dewan yang penuh santun,Membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang seiring dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapanseperti Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar, sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Tuntasnya membaca dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggidalam kalangan masyarakat yang mengamalkannya. Malah, membaca juga merupakanramuanuntuk membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu mengangkat Malaysia di persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Sidang hadirin sekalian,Membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk barjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar tidak mempunyai kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampumeluaskan horizon pemikiran. . Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak utama kejayaan.Intihanya, sinergisemua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi horizon pemikiran yang harmonisdalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan imej negara dan bangsa serta dalam melahirkan insane yang cemerlang.Sekian, terima kasih.