teks pibg

4
Bi l AGENDA TEKS 1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat _____________________________ ____________________dengan diiringi _______________________________ (Yang Dipertua PIBG), En. _______________________(Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh. 2. Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah …………………… Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3. Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim... Yang Berhormat ____________________________________________ _____________________________________________________________ Yang Berbahagia _________________________________ Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Pendang Yang Berusaha En. Ali Bin Zakaria Guru Besar SK Penghulu Jusoh Yang Dihormati En ______________________________ Yang Dipertua PIBG SK Penghulu Jusoh En. ______________________________ Naib Yang Dipertua PIBG SK Penghulu Jusoh Barisan Guru Penolong Kanan Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Barisan pendidik, Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung

Upload: zainol-talib

Post on 24-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tq

TRANSCRIPT

Page 1: teks pibg

Bil AGENDA TEKS1. Ketibaan para jemputan

dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berhormat _____________________________

____________________dengan diiringi  _______________________________ 

(Yang Dipertua PIBG), En. _______________________(Guru Besar), Guru-Guru

Penolong Kanan dan AJK PIBG  Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh.

2.Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah

Sidang Hadirin yang dihormati,

Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya

menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah

……………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat _________________________________________________________________________________________________________

Yang  Berbahagia _________________________________Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Pendang

Yang Berusaha En. Ali Bin ZakariaGuru Besar SK Penghulu Jusoh

Yang  Dihormati  En ______________________________Yang Dipertua PIBG SK Penghulu Jusoh

En. ______________________________Naib Yang Dipertua PIBG SK Penghulu Jusoh

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke_____ tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Penghulu Jusoh, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat ____________________________________ kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh

ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ______________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Page 2: teks pibg

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz _______________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Ali Bin Zakaria, Guru Besar SK Penghulu Jusoh untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ali Bin Zakaria atas ucapan beliau sebentar tadi..

6.Ucapan Perasmian ADUN Penghulu Jusoh

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat _________________________________________________ dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Penghulu Jusoh kali ke _____ bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB ______________________________ atas ucapan dan perasmian itu tadi.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput YB ____________________________ dengan diiringi En. _________________________ untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

Page 3: teks pibg

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB ______________________________ atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En. _____________________________ untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB ________________________________.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

8.Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis

Perasmian Mesyuarat Agung SK Penghulu Jusoh, kali ke-____ bagi tahun 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG serta warga SK Penghulu Jusoh, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB _____________________________ atas kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke ______. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, majlis ini diserahkan kepada En. ________________________ untuk mengendalikan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Penghulu Jusoh, kali ke-____ bagi tahun 2015…..dipersilakan.