teks pengucapan awam_edit

4
1. Selaku Timbalan Perdana Menteri, anda diminta menyampaikan ucapan pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ucapan tersebut menyentuh kepentingan pembangunan sukan dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Pelajaran II, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, para pendidik, dan para pelajar. Pendahuluan (Aqmah) Integrasi nasional Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato Sri Ahmad Shabery bin Cheek, selaku Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Fuad Bin Zarkashi , selaku Menteri Pelajaran II, Yang Berbahagia Dato Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, guru-guru yang dedikasi, dan para pelajar yang disayangi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama meraikan majlis pelancaran ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang bertungkus lumus bagi memastikan pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan pada pagi ini berjalan dengan lancar. Hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) merupakan dasar yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dalam ucapan saya pada pagi ini ingin menyentuh kepentingan pembangunan sukan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek JERI iaitu, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah dan secara tidak langsung, mereka juga berpeluang untuk mengembangkan bakat yang tersimpan sebelum ini. Ingin saya menekankan lagi di sini kepada semua, bahawa sukan merupakan satu platform untuk membentuk sahsiah murid-murid selain mewujudkan integrasi nasional. Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang tinggi haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan juga kakitangan sekolah. Isi 1 (Syairazie)

Upload: waslee-loard

Post on 12-May-2017

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengucapan Awam_edit

1. Selaku Timbalan Perdana Menteri, anda diminta menyampaikan ucapan pelancaran “Dasar 1Murid 1Sukan” di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ucapan tersebut menyentuh kepentingan pembangunan sukan dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Pelajaran II, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, para pendidik, dan para pelajar.

Pendahuluan (Aqmah) Integrasi nasional

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato Sri Ahmad Shabery bin Cheek, selaku Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Fuad Bin Zarkashi , selaku Menteri Pelajaran II, Yang Berbahagia Dato Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, guru-guru yang dedikasi, dan para pelajar yang disayangi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama meraikan majlis pelancaran ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang bertungkus lumus bagi memastikan pelancaran “Dasar 1Murid 1Sukan” pada pagi ini berjalan dengan lancar.

Hadirin sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) merupakan dasar yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dalam ucapan saya pada pagi ini ingin menyentuh kepentingan pembangunan sukan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek JERI iaitu, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah dan secara tidak langsung, mereka juga berpeluang untuk mengembangkan bakat yang tersimpan sebelum ini. Ingin saya menekankan lagi di sini kepada semua, bahawa sukan merupakan satu platform untuk membentuk sahsiah murid-murid selain mewujudkan integrasi nasional. Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang tinggi haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan juga kakitangan sekolah.

Isi 1 (Syairazie)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kerajaan sedar bahawa penglibatan dalam sukan itu harus bermula dari peringkat awal lagi, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Melalui sukan, bakat terpendam dalam kalangan pelajar dapat dikenal pasti dan seterusnya diasah ke peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti, ramai dalam kalangan ibu bapa di sini berpendapat bahawa hanya dengan akademik sahaja murid-murid boleh berjaya dalam hidup. Sebenarnya sukan juga boleh membuat seseorang itu berjaya. Cuba kita lihat sejarah Dato’ Lee Chong Wei. Bakat terpendamnya dalam sukan badminton sudah dikenal pasti ketika beliau di masih di bangku sekolah. Beliau seterusnya dimasukkan ke akademi sukan Pulau Pinang dan

Page 2: Teks Pengucapan Awam_edit

pencapaian beliau sehingga hari ini telah menaikkan nama negara. Begitu juga dengan Dato’ Nicol Ann David. Penglibatan dalam sukan skuash tidak menjejaskan keputusan PMR dan SPM beliau.

Melalui dasar ini juga, kita dapat melahirkan pelajar yang tidak hanya menumpukan perhatian dalam pelajaran sahaja bahkan turut terlibat dalam sukan. Sebab itulah kerajaan telah mewajibkan sebanyak 10% kelayakan ke IPTA diambil menerusi aktiviti yang berpaksikan sukan. Kerajaan yakin dan percaya, melalui dasar ini juga kita dapat melahirkan pelajar yang suka bersaing secara sihat kerana mereka akan berusaha untuk meletakkan sasaran hasil kerja mereka adalah yang terbaik.

Isi 2 (Ruszami) Softskill

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,

Selain itu sukan juga dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain contohnya semangat bekerjasama akan terjalin apabila melibatkan satu pasukan kerana mereka akan bekerjasama untuk memenangi perlawanan. Semangat bekerjasama amat penting bagi negara kita bagi mengeratkan lagi perpaduan kerana kita hidup di dalam negara yang berbilang kaum. Oleh itu tanpa adanya semangat bekerjasama antara satu sama lain nescaya negara kita akan menjadi kucar-kacir dan ini terbukti di sesetangah negara yang mengalami huru-hara apabila tiada sikap toleransi dan bekerjasama sehingga sanggup mengadakan majlis demontrasi jalanan di antara mereka disebabkan hal-hal yang kecil. Kita sememangnya ingin mengelakkan masalah seperti ini berlaku di negara kita kerana kita negara Malaysia mengamalkan corak hidup yang bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa, dan negara bak kata pepatah “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Oleh itu, melalui sukan sikap bekerjasama dapat dipupuk semenjak kita masih kecil lagi agar kita sentiasa dapat hidup di dalam negara yang harmoni dan aman makmur untuk selama-lamanya.

Di samping itu juga sukan dapat mengelakkan berlakunya masalah gejala sosial. Di negara kita terdapat banyak gejala sosial yang melibatkan golongan remaja di antaranya gejala mat rempit. Kadar statistik menunjukkan kegiatan mat rempit semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ekoran daripada masalah kegiatan seperti ini sememangnya menjatuhkan nama baik negara kita di persada dunia yang hanya disebabkan oleh mereka sahaja bak kata pepatah “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, kita haruslah menggilap bakat yang ada pada mat rempit ke arah kebaikan dengan mengalukan mereka menyertai perlumbaan yang betul dari segi undang-undang dengan menyertai sukan Moto GP dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Isi 3 (Effie) Gaya hidup sihat

Tuan-tuan dan puan-puan,

Masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2011, dilaporkan bahawa rakyat Malaysia merupakan golongan pengidap obesiti yang terbanyak

Page 3: Teks Pengucapan Awam_edit

dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Perkara yang membimbangkan inilah yang mendorong kerajaan untuk mewujudkan Dasar 1 Murid 1 Sukan, agar rakyat Malaysia khususnya para murid dapat menjalani gaya hidup sihat. Kita tahu bahawa sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani dan rohani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Namun begitu, masih ramai yang tidak melakukan aktiviti bersukan. Ramai golongan muda sekarang terutamanya kanak-kanak lebih gemar bermain permainan komputer dalam rumah berbanding dengan bersukan di luar. Saya sendiri perasan, ibu bapa sekarang lebih gemar kalau anak-anak mereka meluangkan masa duduk dalam rumah sahaja. Di sini, Ibu bapa harus sedar bahawa sukan itu bukan sesuatu perkara yang membuang masa tetapi ia adalah sesuatu yang memberi banyak manfaat kepada kita. Selain mengambil pemakanan yang seimbang, kecerdasan minda untuk proses pembelajaran turut datang daripada kesihatan badan yang cergas. Oleh sebab itu, ibu bapa dan guru harus menjadi contoh dan mendorong murid-murid untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Penutup (Syafiq)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Memang tidak dapat dinafikan lagi impak bersukan amat penting dalam pembangunan sahsiah dan akedemik khususnya kepada para pelajar sejak dibangku sekolah lagi. Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan mampu dalam menyediakan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penglibatan pelajar dalam sebarang aktiviti kesukanan mampu dalam mentransformasikan bakat yang sedia ada dalam diri pelajar kearah memenuhi keperluan atlet yang berbakat besar bagi mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan ke peringkat antarabangsa.Tambahan lagi,hubungan antara kaum menjadi lebih utuh lantaran sikap bersaing secara sihat dan mengamalkan sikap berkerjasama antara masyarakat majmuk di negara Malaysia yang bertuah ini. Pelbagai masalah kesihatan dapat dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu melalui aktiviti bersukan.

Kesimpulannya, proses untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek bukanlah satu tugas yang mudah. Perkara ini tidak akan dapat dicapai sekiranya sikap ambil mudah tersebut berada dalam jiwa dan pemikiran segelintir masyarakat bak kata pepatah, ibarat melepaskan batuk di tangga. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak dan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata untuk melaksanakan dasar ini tanpa sokongan masyarakat umum.Justeru,semua pihak perlu berganding bahu dalam membantu usaha kerajaan melaksanakan dasar ini dengan jayanya.Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bersatu kita teguh,bercerai kita roboh kerana apabila nasi sudah menjadi bubur,sudah tiada gunanya lagi.Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membaca serangkap pantun sebagai renungan kita bersama.

Pohon senduduk baru di tanam,Sayang mati di pijak pak tani;Dari duduk baik bersenam,

Page 4: Teks Pengucapan Awam_edit

Senang hati sihat jasmani.

Sekian,terima kasih.