teks pengerusi majlis persaraan guru cemerlang

10
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU CEMERLANG TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh : 08 Oktober 2014 Masa : 9.30 pagi Tempat : Perpustakaan PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin dan …………………………………. dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Puan Sarmi Bin Haji Morgin , Guru Cemerlang, SMK Tok Sera Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.

Upload: laila

Post on 07-Jul-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU CEMERLANG

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh                   : 08 Oktober 2014Masa                     : 9.30 pagiTempat                 : Perpustakaan

PERKARA/ PEMBACA

BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Tetamu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin dan …………………………………. dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Puan Sarmi Bin Haji Morgin , Guru Cemerlang, SMK Tok Sera

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Page 2: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Bacaan Doa

Jue

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Bandar Kuantan Bandara Lestari dan Salam SMK Tok Sera Berilmu Berdisplin.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Zainal Abidin Bin Mohamad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluan

Hariff

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zainal Abidin Bin Mohamad atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En Mohd Yunus Bin MahilPengetua SMK Tok Sera

Yang Berusaha Puan Haniza Binti HashimPenolong Kanan Pentadbiran SMK Tok Sera

Yang Berusaha Encik Ahmad Sukri Bin AbdullahPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Ahmad Nor Azmi Bin Mohd. AliPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati .........................................

Page 3: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,SMK Tok Sera

Yang DiraikanPuan Sarmi Bin Haji MorginGuru Cemerlang, SMK Tok Sera

Dif-dif jemputan,SeterusnyaBarisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin , Guru Cemerlang, SMK Tok Sera

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin dalam Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai guru cemerlang di SMK Tok Sera.

Ucapan Ketua Murid

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada

perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang

berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Page 4: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Majlis menjemput adik ………………………Wakil Murid SMK Tok Sera bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik …………………… atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan Multimedia

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai Puan Sarmi Bin Haji Morgin untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimediaUcapanYang DiraiGBHariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Puan Sarmi Bin Haji Morgin. Terima kasih kepada team unit ict SMK Tok Sera serta Kelab Guru dan individu yang menjayakan persebahan tersebut.Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dihormati,Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Puan Haniza Binti Hashim Guru Penolong Kanan Pentadbiran  naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara

Page 5: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati Puan Haniza Binti Hashim Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,Seperti yang kita sedia maklum bahawa hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Puan Sarmi Bin Haji Morgin Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Puan Sarmi Bin Haji Morgin tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu sarmi.Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu sarmi , selamat hari jadi…

Terima kasih diucapkan Puan Sarmi Bin Haji Morgin yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.

Seterusnya,Majlis menjemput dan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.

PersembahanKhas Gurindam Jiwa

Jue

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan Puan Sarmi Bin Haji Morgin

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang

Page 6: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Diraikan Puan Sarmi Bin Haji Morgin atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid SMK Tok Sera yang berjudul “…………………………..”. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas ………………………….  yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan. Kumpulan ini dibimbing oleh …………………………..

Penyampaian Watikah

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama pelari telah sampai ke garisan

penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh Encik Mohd. Yunus Bin Mahil, Pengetua SMK Tok Sera kepada Puan Sarmi Bin Haji Morgin

Untuk itu, majlis mempersilakan  Yang Dihormati Encik Mohd. Yunus Bin Mahil, Pengetua SMK Tok Sera naik ke pentas utama untuk menyempurnakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin untuk menerima watikah daripada Pengetua SMK Tok Sera . Dipersilakan.

Page 7: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Penyampaian Hadiah & cenderamata

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Haniza Binti Hashim Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Tok Sera mengiringi Yang Diraikan  mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……

PenutupItulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha  Puan Haniza Binti Hashim mengiringi Yang Diraikan  mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabul

Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.

Page 8: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Untuk cikgu Sarmi ……….

Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan mempersilakan Puan Sarmi Bin Haji Morgin serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk mengiringi Puan Sarmi ke beca .

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit

Page 9: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Cemerlang

Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh