teks-pengacaraan watikahpengawas

Upload: hayden-eddy

Post on 01-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mc

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

TEMPAT: Dewan Bayu SeriTARIKH: 5 ARPRIL 20151KETIBAAN TETAMU

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros

2TETAMU DIPENTAS

-Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Johor. Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

3Bismillahhirahmanirahim,

Assalamualaikum w.m.t dan salam sejahtera kepadai. Yang Dihormati Tuan Inspektor Irwanzi bin Indrosii. Yang Berusaha Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK PalohBarisan guru penolong kanan, guru-guru kanan, kaunselor, warga pendidik, barisan kepimpinan pelajar dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya jua kita dapat bersama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015.Pihak Majlis mengalu-alukan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros atas kesudian hadir pada majlis ini.

4BACAAN DOABagi memulakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon restu limpah perkenan Ilahi agar majlis ini dan kehidupan kita dilimpahi keberkatan. Majlis mempersilakan saudara _____________________ untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.########################%%%%%%%%%%%################Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara _______________ atas bacaan doa itu tadi.

Para pelajar diminta duduk.

5Ucapan alu-aluan pengacara

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015 merupakan satu acara kemuncak untuk meraikan pelajar-pelajar yang terpilih dan berketrampilan menerajui Badan Kepimpinan Pelajar. Dengan pelantikan ini, barisan pengawas diberi tanggungjawab yang amat besar untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar.

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berusaha Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Palohuntuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berusaha Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Paloh

UCAPAN PERASMI

Ada kata yang ingin diucap

Ada madah yang ingin diungkapAda cerita yang ingin dikisah

Ada harapan yang ingin didamba

Ada pesan yang ingin dititip

Ada amanat yang ingin diwasiat

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang dihormati Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros untuk menyampaikan ucapan ASPIRASI PEMIMPIN dan seterusnya merasmikan dan menyempurnakan Upacara Perasmian Majlis Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros , atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015.Mudah-mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan pengharapan beliau mendapat perhatian daripada semua yang hadir di majlis ini.

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWASSeterusnya, tibalah masa yang ditunggu tunggu iaitu penyapaian watikah pengawas. Majlis diteruskan dengan menjemput, tetamu kehormat Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros , untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas dengan diiringi TUAN HJ SAID BIN BOHARI, Pengetua SMK Paloh.################%%%%%%%%%%%%%%%%%################*tunggu sehingga pengetua dan tetamu berada ditempat sepatutnya. Dan ketua telah berada di depan pentas.

Penyampaian watikah dimulakan dengan menjemput saudara __________________ untuk menerima Watikah Pelantikan.*******IKUT SENARAI NAMA PENGAWAS*tunggu pelajar naik dan turun pentas

Seterusnya dijemput saudara ________________, untuk menerima Watikah Pelantikan.

Akhir sekali dijemput saudara ____________________ , untuk menerima Watikah Pelantikan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros dan tuan pengetua kerana telah menyempurnakan upacara penyampaian watikah pelantikan itu tadi.

BACAAN IKRAR

kalau intan dibawa berenang

ikatkan intan ke sisi pinggang

walau pahlawan sakit berjuang

bara digenggam menjadi arangKini tibalah saat kemuncak Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015 , majlis dengan ini menjemput saudara ___________________ selaku Ketua Pengawas SMK Paloh untuk mengetuai pembacaan Ikrar Pengawas. Dipersilakan.

Limau manis dimakan manisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisManis sekali hati budinyaSebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Dihormati Tuan Inspektor Irwanzi bin Indros hadir bersama-sama meraikan serta merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015 , dipersilakan , Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Paloh menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu kehormat kita. ---------------------------------------00000-----------------------------------------Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada Tn Hj Said bin Bohari

Majlis diteruskan dengan nyaniyan lagu Negaraku. Para hadirin diminta berdiri.

................lagu negaraku dimainkan................

hadirin dan hadirat sekalian,

Berkayuh dah sampai ke muara

Berenang dah sampai ke tepian

Berlari dah sampai ke garisan

Berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.

Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Program Pengawas Sekolah Rakan Jubli Emas SMK Paloh 2015.Sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.